SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

08 November 2012

CUEPACS MINTA PAMPASAN DIBERI KEPADA ANGGOTA AGENSI PENGUATKUASA BERISIKO TINGGI

Bernama
8/11/2012



KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta pampasan setimpal diberi kepada anggota agensi penguatkuasa yang berdepan risiko kecelakaan tinggi ketika bertugas.

Ia antara tujuh daripada 26 dasar yang dibangkitkan kongres itu pada pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa hujung bulan ini, kata presidennya, Datuk Omar Osman pada sidang akhbar Khamis.

Beliau berkata skim ex-gratia sedia ada tidak mesra penjawat awam, terutama agensi penguatkuasaan yang terpaksa bertarung nyawa dalam menjalankan tugas demi negara.

"Skim itu hanya memberi pampasan seandainya anggota terlibat mengalami kecederaan yang serius seperti putus tangan atau sebagainya. Untuk itu, mereka perlu diberi pampasan sewajarnya selain ganjaran insurans berkelompok memandangkan kerja yang dilakukan mereka berisiko tinggi," katanya.

Beliau berkata Cuepacs juga akan meminta kerajaan mengkaji semula skim gaji enam agensi penguatkuasa berisiko tinggi iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen, Jabatan Penjara serta agensi penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) agar selaras dengan gred gaji penjawat awam lain.



-- BERNAMA

29 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mEMANG PATUT PUN

Tanpa Nama berkata...

DAN JANGAN LUPA ELAUN CERMIN MATA YANG PERNAH DIWAR-WARKAN SUATU KETIKA DULU PADA PENJAWAT AWAM YANG HARI-HARI KERJANYA MENGUNAKAN KOMPUTER

Tanpa Nama berkata...

Elaun hanya untuk unit penguasaan saja seperti unit preventive atau special squad dlm kastam..Yang keja kat opis tu tak payah lah...

Tanpa Nama berkata...

tpm hr ni sroh ramai stdent amik cos tech n sains.. supya ramai rakyat msia pndai dlm bidang ni d mase dpan.. tapi yg x best nati bile keje gomen yg bijak pandai bdang sains n tech dok keje bwh mangkok2 arts or ptd!!! sampai kiamatle msia x maju

Tanpa Nama berkata...

SAYA MENCADANGKAN SUPAYA:-
1. Gaji dan elaun serta kemudahan2 lain Pegawai dan Anggota Bomba dan Penyelamat patut disemak semula dan perlu dilaksanakan. Ini adalah selaras dengan tugas dan peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang semakin meningkat elemen2 bahaya, ancaman dan beban tugas yang dipikul oleh setiap anggota.
2. Sinonim dengan anggota Polis yang membalas tembakan dengan tembakan, begitu jugalah sepatutnya anggota Bomba melawan API dengan tembakan AIR yang umpama 1 Peluru 1 Musuh, maka anggota BOMBA patut dilengkapi dengan pakaian kalis api yang kebal dan benar2 kalis elemen bahaya lain, kelengkapan dan jentera serta artileri yang ampuh. Ini bermakna setiap kemalangan, kebakaran, bencana dan peristiwa dapat ditangani dengan cepat, tepat dan berkesan. Sebagai contoh, kes anggota dan pegawai Bomba yang disambar api letupan tangki minyak di Kelantan baru2 ini sungguhpun operasi padam api hampir tamat namun bahaya tersebut boleh dihindari jika memakai pakaian kalis api, kalis minyak dan kalis bahan kimia (elemen hazard).
Sekian, cadangan saya. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Cupek.... Fokusssss..... Jgn mintak bnyk sgt

Tanpa Nama berkata...

Macam mana dengan pekerja penyelenggaraan elektrik cuepac tak kaji ke risiko kemalangan. Minta cuepac semak keseluruhan pekerja dalam sektor kerajaan yang menjalankan kerja yang berisiko tinggi kemalangan.

Tanpa Nama berkata...

Cuepacs cadang imbuhan tetap perumahan diselaras


PUTRAJAYA - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini mencadangkan penyelarasan imbuhan tetap perumahan kepada RM450 sebulan untuk semua penjawat awam dan penurunan kadar faedah pinjaman perumahan daripada 4 peratus kepada 1 peratus.

Timbalan Presiden Cuepacs Aziz Muda berkata cadangan tersebut antara 23 syor yang dikemukakan Cuepacs kepada Suruhanjaya Khas Mengenai Transformasi Perkhidmatan Awam.

"Satu perkara yang kita beri penekanan kepada suruhanjaya adalah isu perumahan. Ini kerana dengan lonjakan harga rumah, dengan gaji yang diterima penjawat awam pada hari ini menyebabkan mereka tidak mampu memiliki rumah.

"Jadi kita minta suruhanjaya dan kerajaan melihat perkara ini secara komprehensif," katanya kepada pemberita selepas sesi pembentangan penambahbaikan perkhidmatan awam di bangunan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di sini hari ini.

Turut dicadangkan ialah pelarasan elaun bantuan sara hidup (COLA) kepada RM400 sebulan berbanding RM150 dan RM300 pada masa ini serta cadangan menaikkan elaun tetap keraian.

Beliau berkata semua cadangan itu diharap dapat dilaksanakan tahun depan.

"Kita juga minta 22 klasifikasi perkhidmatan yang telah diberi persetujuan untuk dinaik taraf (dalam Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)) daripada gred 17 kepada gred 27 seperti juruteknik, renjer hutan, pembantu pertanian berkuatkuasa 1 Januari 2012," katanya.

Aziz berkata selain 23 syor itu, Cuepacs turut membentangkan 23 isu penjawat awam pada masa ini serta 24 cadangan penambahbaikan untuk memberi pengiktirafan kepada penjawat awam.

Katanya Cuepacs komited mengubah persepsi rakyat mengenai kualiti perkhidmatan awam demi kepuasan rakyat.

"Kami komited untuk memberi jaminan kepada kerajaan bahawa Cuepacs menyokong penuh supaya perubahan drastik dibuat untuk memperbaiki sistem penyampaian yang ada sekarang ini," katanya. - Bernama

Tanpa Nama berkata...

penambaikkan ssm mengenti spba..tak ada beritapun..naikkan elaun tetap perumahan selari dgn sewa rmah yg naik sekarang

Tanpa Nama berkata...

SAYA CADANGKAN SUPAYA MASJID DAN SURAU LAMA YANG ADA NILAI SEJARAH, WARISAN DAN PENDIDIKAN, PATUT DI BAIK PULIH DAN DIPULIHARA DEMI NILAI SENI DAN SEJARAH AGAMA ISLAM NEGARA, DEMI WARISAN ANAK BANGSA DAN AGAMA. JANGAN DIROBOHKAN MASJID DAN SURAU LAMA YANG MASIH TEGUH DAN ELOK. PERLU DIBAIK PULIH DAN DIJADIKAN WARISAN SEJARAH NEGARA.
CONTOH: DI PENDALAMAN SELANGOR, PERAK, KEDAH, MELAKA, NEGERI SEMBILAN, TERENGGANU, KELANTAN, JOHOR, PAHANG, PULAU PINANG, PERLIS, SABAH DAN SARAWAK.
1. BANGUNAN LAMA SURAU DAN MASJID DI BAIKI DAN DISEGARKAN MATA MEMANDANG DENGAN DICAT SEMULA BARU.
2. INFRASTRUKTUR DITAMBAH NILAI TETAPI KEKALKAN YANG SEDIA ADA.
CONTOH TEMPAT BERWUDUK DAN BILIK AIR/TANDAS.
3. PAPAN TANDA DAN NAMA SURAU/ MASJID DIADAKAN.
4. PERLU DIPAGAR DAN ADA PENJAGA (SIAK/BILAL/IMAM)
5. IMARAHKAN DENGAN SENTUHAN SENI DAN KHAT ASAL
TETAPI JANGAN KETERLALUAN.
6. DIBUKA DAN DIHADKAN KEPADA PELAWAT (MUSAFIR) BERAGAMA ISLAM
MULAI WAKTU SUBUH HINGGA ISYA' UNTUK SOLAT DAN IKTIQAF SEKETIKA.
7. DIKENALI SEBAGAI DESTINASI WAKTU SOLAT SEWAKTU DALAM PERJALANAN.
SEKIAN, TERIMA KASIH.

Tanpa Nama berkata...

Dah kenapa dengan orang kerja government ni.Kerja lebih sikit dah minta macam-macam.Gaji kerani kerajaan lebih tinggi dari gaji junior executive untuk kebanyakkan syarikat swasta.Tu pon tak tahu bersyukur.Orang kerja swasta dah la kerja berat.Loan susah nak dapat,gaji kecik.Korang yang kerja memain pon dapat naik gaji.phuiiiii.....dah la kerja sambil lewa.

galakkan orang merepek berkata...

flower tak nak komen ke?

mana flower ni?

flower

flower

flower

Tanpa Nama berkata...

Dah kenapa dengan orang kerja government ni.Kerja lebih sikit dah minta macam-macam.Gaji kerani kerajaan lebih tinggi dari gaji junior executive untuk kebanyakkan syarikat swasta.Tu pon tak tahu bersyukur.Orang kerja swasta dah la kerja berat.Loan susah nak dapat,gaji kecik.Korang yang kerja memain pon dapat naik gaji.phuiiiii.....dah la kerja sambil lewa.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
INI UNTUK BALASAN KEPADA ORANG YANG KOMEN NI.... HAK TUUUUUUUUUUUUUIHAAAAAAAAAAAK TUUUUUUI

Tanpa Nama berkata...

flower cuti sekolah. maklumlah dia kan cikgu.

Tanpa Nama berkata...

Cuepacs juga akan meminta kerajaan mengkaji semula skim gaji enam agensi penguatkuasa berisiko tinggi iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen, Jabatan Penjara serta agensi penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)


==================================

hidup Ceupacs.HIDUP CEUPACS.HIDUP CEUPACS....harap ada berita baik nanti.

Jab. Haiwan berkata...

BUKAN ITU SAJA DATUK OMAR!!!! JANGAN LUPA UNIT PENGUATKUASA VETERINAR@HAIWAN YANG MENGUATKUASA UNDANG2 DAN TERDEDAH KEPADA PENYAKIT BERJANGKIT YANG BOLEH DAN BANYAK KAKITANGAN YANG TELAH MAUT DIJANGKITI PENYAKIT YANG BERJANGKIT SEPERTI SELSEMA BURUNG, NIPAH DAN PELBAGAI LAGI PENYAKIT YANG BERBAHAYA DIMANA-MANA KAMI BERTUGAS....TOLONG BELA NASIB KAMI DI KEMENTERIAN PERTANIAN/JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN.

cikgu maya berkata...

harap Dato Omar dapat juga meminbangkan elaun kuatkuasa disiplin untuk guru....guru mendidik murid,tapi adakalanya guru juga dipukul oleh bapa murid,dicalar dan disepak oleh murid...kerja guru juga risiko.harap beri keutamaan kepada guru kerana tanpa guru tiadalah lahirnya PTD,jurutera,doktor dan serba mak nenek....guru memang selayaknya diberi keutamaan.

Tanpa Nama berkata...

Elaun hanya untuk unit penguasaan saja seperti unit preventive atau special squad dlm kastam..Yang keja kat opis tu tak payah lah...
.....................................
Kahkah...Fungsi Kastam semua sama saja atau berkerja ikut akta yang sama.Kena buat pencegahan atau penguatkuasaan samada di Lapangan Terbang,Pintu keluar masuk pelabuhan,Gudang dan lain-lain lagi.
Kastam ni ketinggalannya takada siapa pun nak backup.Gaji & elaun pagawai pangkat rendah jauh lebih rendah dari agensi penguatkuasa lain.Itu belum lagi cerita nak kasi pangkat.Byk halangan dari JPA.Bapak-bapak Kastam,Datuk dan juga Datuk Seri tolong ambil maklum
Ramai yg statik kat W22 wpun dah dekat 10 tahun jadi penyelia.Pegawai W17 skrg ini,ramai yang ada Diploma..
terkontang kanting takada siapa nak bela...Kastam agensi pengutip cukai,sayang tak sama LHDM.

Tanpa Nama berkata...

Aku pnh diugut bunuh anak bini hnya dsebabkan tutup kdai makan yg kotor.. Pnh juga diekori sampai ke umah dsebabkan x puas ati kn kompaun mrokok d tmpt larangan.. Member aku fogging malaria kat bukit ada yg kena sampuk n ada yg kena patuk ular.. Hmm... Semua ni bg moral keja jatuh... Kalau ada intensif tu Insya Allah la naik semangat buat kja wlaupun bahaya...

Tanpa Nama berkata...

Hang x kena hg x alami boleh la ckp... Hg belum kena sampuk iblis lg masa tgh buat kja... Bole blahhhh...

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa JKDM patut mendapat kenaikan gaji sewajarnya kerana semua warga bertungkus lumus utk mengutip cukai ! Elaun khas dan kenaikan gaji maksimum adalah wajar bg semua agensi penguatkuasaaan !

Peg Penguatkuasa... berkata...

Tak payah lah nk bagi ealaun pulak.. dia orang bukan selalu buat enforcement pun.. byk duduk kt pejabat je...Kalu keja malam dh dpt OT... tapi kalu nk bagi kami terima je....

Tanpa Nama berkata...

Asalam,
Mohon gaji Pegawai imigresen dikaji semula dan jgn menganak tirikan nasib kami....kerja2 kami juga berisiko...di pintu masuk terdedah dgn penyakit....kami menjaga tahanan spt penjara, penguatkuasaan berisiko spt polis...membuat pemeriksaan kapal ditengah laut spt APMM....hal-hal pengeluaran dokumen spt JPN....dimana letak nasib kami...pihak2 tertentu bagai hanya pandai menabur janji...tetapi tidak pernah memberi....mohon skim kami juga dikaji semula dan keluar dari gred "KP"...seperti bomba,polis, APMM dan penjara....hanya ingin menuju kearah transformasi dan laluan kerjaya yg lebih terbuka....

Tanpa Nama berkata...

satu ketika dahulu...pegawai imigresen dipintu masuk tidak diberikan elaun ketika wabak sars menular....peg. kesihatan dan peg. kastam diberi elaun tersebut....kami hanya dibekalkan topeng muka dan vaksin...sedangkan semua mereka juga menerima topeng muka dan vaksin...kenapa? seramai mana yg masuk seramai itu lah org yg kami periksa....

Tanpa Nama berkata...

kerana nila setitik rosak susu sebelanga, jgnlah kerana nila yg setitik ini nasib kami sebagai pegawai berisiko di ketepikan...mohon CUEPACS serius dlm perkara ini.....

Tanpa Nama berkata...

yang x buat kerja satu hal....yang buat kerja niii nasib memang perlu di bela....mana2 pejabat kerajaan ada yg mengular, ada yg mengipas n ada yg bertimbun kerja......

Tanpa Nama berkata...

owh! ingatkan imigresen paspot dan pintu masuk jerrr....ada penguatkuasaan, pusat tahanan dan kelaut?????

Tanpa Nama berkata...

bagi yg tak pernah kena...mungkin x kisah....2 kali cuba di tetak ketika operasi, diugut dan mcm2 lagi.....perit juga lah untuk mencari sesuap nasi dan rezeki yg halal....tapi biarlah berbaloi dgn risiko yg ditanggung........

Tanpa Nama berkata...

peg. imigresen bergaji kerani....