SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

14 November 2012

CUEPACS TUNTUT DEREK FERNANDEZ MOHON MAAF IBARATKAN PENJAWAT AWAM "MONYET"

Bernama
14/11/2012


KOTA KINABALU, 14 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Derek Fernandez memohon maaf secara terbuka atas kenyataannya yang mengibaratkan penjawat awam sebagai 'monyet' ketika mengulas isu pertukaran Datuk Bandar MBPJ.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata Cuepacs kesal dan memandang serius kenyataan itu dan mahu ahli MBPJ itu membetulkan kenyataan itu dalam masa terdekat kerana telah menghina dan menjejaskan imej perkhidmatan awam keseluruhannya.


"Kalau betul apa yang disebut oleh saudara (Derek Fernandez)..kita mahu beliau memohon maaf secara terbuka kepada seluruh penjawat awam dan dia juga kena buat pembetulan ayat itu.


"Kalau dia tidak minta maaf maka Cuepacs akan memanggil satu mesyuarat tergempar dan kita akan buat piket di hadapan bangunan di mana beliau bertugas...kita kesal kerana belum pernah berlaku seorang ahli majlis menyebut penjawat awam sebagai "monyet'," katanya pada sidang media di Kompleks Bersepadu Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di Kepayan, dekat sini hari ini.


Omar mengulas kenyataan ahli majlis MBPJ itu berhubung pemilihan calon Datuk Bandar MBPJ oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menggantikan penyandang Datuk Mohamad Roslan Sakiman yang dinaikkan pangkat ke jawatan baharu.


Fernandez dipetik sebagai berkata dalam akhbar Malay Mail, "let's see who the candidates are. If they are going to nominate some monkeys, we will reject" (mari tengok dulu siapa calonnya. Jika mereka nak calonkan 'monyet', kami akan tolak").


Omar berkata ini adalah kenyataan "biadab" kerana beliau "tidak sepatutnya mengelar siapa sahaja pegawai yang datang sebagai "monkey" kerana ia adalah di bawah bidang kuasa pihak JPA untuk menghantar pengganti yang sesuai.


"Bukan maknanya dia datang tak sesuai dan ditolak atau bila diganti dikatakan 'monkey'...ini satu perkara yang tidak boleh terima," katanya sambil berharap perkara seumpama itu tidak berulang.


-- BERNAMA

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya pernah kena ludah,kena maki oleh public.ada polis trafik kena tumbuk oleh ahli perniagaan.....tapi ahli perniagaan tu cma kena denda seribu ringgit je...orang awamboleh complain kami,kami tak tahu nak komplen kat sapa.....kalau setakat dipanggil monyet tu saya tak rasa sangat...harap undang undang menghalang penjawat awam menjalnkan tugas dikaji,jlaskan saluran untuk enjawat awam mendapat pembelaan.selama ini kami menjeruk rasa bila kena marah oleh orang awam...

Tanpa Nama berkata...

memang monyet pun...jual negara

Tanpa Nama berkata...

apabila ahli politik di atas merujuk kepada monyet, dia hanya merujuk kepada jawatan yang bakal diisi tu. jangan putar belit.

saya seorang penjawat awam, saya tak rasa terhina pun dengan kenyataan itu sebab dia merujuk kepada orang yang ingin mengisi posisi yang dinyatakan.

anda semua tahu skim mana yang mengisi jawatan tersebut, bukan?

jadi jangan mudah melantun. aku sebenarnya suka SKIM TERSEBUT digelar sebanyak monyet.

bukannya semua skim boleh duduk posisi tersebut. jadi buat apa nak melenting????

p/s: memang monyet pun SKIM ITU.

kulub jemain. berkata...

Derek pun macam monyet sebab badan dia pun berbulu.haha.
Pandai kata orang si murtad ni.

Tanpa Nama berkata...

Setakat nk kata monyet atau berok apa lah sangat. Tok Omar jgn ambik ati sgtlah.
Jgn cpt mlenting. kecik sgt la. Dont keep in heart ya Tok.¤¤¤「 」¤¤※

beruk berkata...

ungka,lotong,babun kesian tak tersenarai

kambing berkata...

yes, you get monkeys, because you pay peanut.

kahhhh,kahh,kahh 3000000000X

Tanpa Nama berkata...

Hoi Omar u nak pi piket pasal ini...kakakaka jangan jadik orang bodohla.... Yang derek citer monyet tu pasal isu pertukaran Datuk Bandar MBPJ dan bukan semua PA...yang hang panas sangat kat bawah tu pasal apa....kalu kena dipermainkan oleh JPA baru lu pun tau..tapi apa mau buat lu berselindung disebalik selimut Cuepacs....Jangan risau tak lama lagi lu pun kena tukar..bukan dari JPA tapi PA yang bijaksana cam kami.......Count ur days...