SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

07 November 2012

GURU IJAZAH SECARA SEPARUH MASA, PJJ, BOLEH NAIK GRED DG41 TANPA TEMUDUGA

Bernama
7/12/2012


SEREMBAN, 7 Nov (Bernama) -- Guru, guru besar dan pentadbir cemerlang yang memperoleh ijazah sama ada secara separuh masa atau di bawah program Pengajian Jarak Jauh akan dilantik terus ke Gred DG41 tanpa perlu menghadiri temuduga, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Rabu.

Timbalan Perdana Menteri berkata guru berkenaan boleh memohon terus kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk dikecualikan daripada proses temuduga.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut mengumumkan calon guru yang berprestasi cemerlang pada tahap akademik dan ikhtisas selepas menamatkan pengajian juga akan dilantik terus tanpa proses temuduga sebagai guru pelatih mulai tahun depan.

Bulan lepas beliau mengumumkan bahawa calon guru yang bakal dipilih ialah 30 peratus dalam kalangan mereka dengan keputusan 9A dan berminat dalam bidang perguruan.

Beliau berkata seramai 2,960 orang kelompok pertama graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam bidang pendidikan sebelum 1 Julai, ditempatkan sementara oleh Kementerian Pelajaran mulai 16 Okt.

Mereka akan ditemuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bermula hari ini hingga 6 Dis, katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2012 anjuran SPP di sini.

Beliau berkata bagi calon berijazah selepas Jun seramai 7,755, perlu mengemukakan permohonan kepada SPP bermula 1 Nov secara online, melalui portal SPP (untuk calon IPGM) atau JobsMalaysia (calon IPTA).

Bulan lepas Muhyiddin mengumumkan bahawa seramai 10,715 orang graduan IPGM dan IPTA yang telah dan bakal menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan sekiranya berjaya dalam temuduga, akan dilantik ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Siswazah(PPS) Gred DG41.

Beliau berkata kerajaan sedang berusaha melaksanakan pakej kerjaya guru baharu dalam beberapa fasa bagi meningkatkan kualiti keguruan yang merangkumi usaha meningkatkan standard kemasukan, meningkatkan peluang pembangunan profesional berterusan mengikut keperluan individu.

"Ini membolehkan guru maju dalam kerjaya berdasarkan prestasi dan kompetensi, serta mewujudkan budaya kecemerlangan profesionalisme berasaskan teladan rakan setugas," katanya.

Bagi mengukuh laluan kerjaya guru, Timbalan Perdana Menteri menyarankan SPP supaya mengambil langkah pragmatik untuk mengekalkan bakat terbaik dan antara langkah itu ialah guru mengajar mengikut opsyen bagi meningkatkan motivasi dan prestasi serta peluang kenaikan pangkat.

Sebaliknya bagi memastikan profesion keguruan adalah terdiri dari kalangan yang terbaik, dasar pemisah hendaklah dilaksanakan secara berkesan sejajar dengan transformasi keguruan sebagai profesion pilihan, katanya.

Muhyiddin berharap hasil persidangan ini dapat dipertimbang sebagai input ke dalam laporan pembangunan pendidikan 2012-2025 yang sedang dikemaskini.

"Saya juga ingin mencadangkan bahawa hasil persidangan ini dapat diperinci untuk dijadikan pelan tindakan yang bersepadu melalui pelaksanaan satu makmal khusus dianggotai anggota dari Kementerian Pelajaran, SPP, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), PEMANDU, MoF dan lain-lain yang difikirkan sesuai.

"Saya berharap agar persidangan ini akan menjadi medan terbaik untuk mengenal pasti idea-idea yang kreatif dan inovatif selaras dengan dasar transformasi negara bagi meningkatkan kualiti sistem pelajaran negara.

"Pengubahsuaian atau penambahbaikan dalam perkhidmatan pelajaran yang berterusan, terutama dalam aspek peningkatan kemahiran dan latihan adalah penting kerana ia kunci utama kepada kecekapan perkhidmatan pelajaran," katanya.

Sebanyak 10 kertas kerja dibentangkan pada persidangan tiga hari itu.



-- BERNAMA

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cara perlantikan yang sy kurang faham.cemerlang yang macam mana tu

Tanpa Nama berkata...

Macam mana ni cikgu..Byak keistimewaan d beri kpd kamu..Jgan abai mendidik anak bangsa & jgan mengajar sambil lewa saja...tumpu kan profesionalisme sebagai pendidik..d bandar byak guru utamakan pendapatan sampingan sebagai guru tuition..

Tanpa Nama berkata...

Ngajr tuisyen pon kena komplen,,esok kalau dh x de org nk wat tuisyen pon komplen juga

Tanpa Nama berkata...

Untung jadi Guru.. Kami PA dari kumpulan lain, dah berbelas tahun dapat Ijazah, tapi tak juga naik pangkat...Pergi Exam, kemudian assesement.. Temuduga x dipanggil.. Nk jagi pendidik pun dh terlewat... Tapi khabarnya PTD lg cepat naik pangkat. Sekurang-kurangnya guru boleh juge naik pangkat

Tanpa Nama berkata...

Dunia ni tiada yang adil....sekarang ni pun, yang kaya akan terus kaya...yang miskin terus terpinggir dan terabai ...apatah lagi PA pun dibeza-bezakan macam yang lain tak menyumbang apa-apa....pemimpin dahulu pun tak macam pemimpin sekarang ni kalu buat dasar...pilih kasih...

Tanpa Nama berkata...

Tak habis2 Guru didahulukan . Ingatlah doa orang yg teraniaya . Mengapa Profesion Guru perlu disanjung & ditaburi dgn keistimewaan ? Keadilan akan kunjung tiba juga .

Tanpa Nama berkata...

Barakah dalam mencari rezeki .

Tanpa Nama berkata...

INI DISKRIMINASI...KPD PENJAWAT AWAM..
KALAU GURU DPT IJAZAH BOLEH LOMPAT TERUS TANPA T/DUGA..TP KLAU PNJWAT AWAM DPT DEGREE TNGGU SMPAI MATI PUN TENTU DPT NAIK GRED...APAKAH DISBBKAN JUMLAH GURU2 ITU RAMAI DAN MENGUNDI BN DIBERI KEISTIMEWAAN ITU?????TPM MESTI LIHAT DGN MATA YG TERANG...KAMI PNJWAT AWAM ADA 1.4 JUTA KALI DGN ANAK BINI KALI DGN MENTUA...DAH BERAPA RAMAI...KAMI JUGA AKAN MENENTUKAN BN TERUS BERKUASA ATAU TIDAK JIKA INILAH CARA KERAJAAN MELAYAN PNJWAT AWAM..
KITA SBGAI PNJWAT AWAM KENA FIKIR KERANA HIDUP DAN MATI KITA DISINI...KALAU KJAAN SDAH BUAT PILIH KASIH MCM INI BUAT APA KEKALKAN..
BAGI KPD YANG BERHATI PERUT...
KITA TNGGU HINGGA JAN.INI...APA ALASAN KJAAAN BAGI KEISTIMEWAAN ITU KPD GURU2...
MEREKA DIATAS SENANG LENANG..KITA RAKYAT TANGGUNG DERITA...

Tanpa Nama berkata...

sokong tersgt , kenapa cikgu sahaja diberikan keistimewaan dari segi naik pangkat , macam mane dengan PA lain yang dah ada ijazah tapi tak naik2 pangkat dari mula masuk keje sampai sekarNG just guna paras gaji diploma .. ini memang tidak adil , dah lah kenaikan pangkat cikgu time based 8 tahun je ... harap kerajaan bersikap adil jangan sayang cikgu sgt , PA lain pun berkhimat untuk negara n anak bangsa juga , jangan igat kuasa memilih hanya ada pada cikgu semata2 , semua keistimewaan bagi kepada cikgu tp saki baki bagi kepada PA lain .harap kerajaan kaji semula dan bertindak adil lah untuk semua PA.