SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

04 November 2012

KERAJAAN TAMBAH BAIK PBS

Utusan Malaysia
Muhyiddin Yassin menerima Resolusi Khas Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) daripada Presiden NUTP, Hashim Adnan (tiga dari kiri) pada Perhimpunan Khas Guru anjuran NUTP di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Kerajaan akan menambah baik sistem penaksiran berasaskan sekolah (PBS) selepas Kementerian Pelajaran menerima banyak rungutan daripada guru-guru.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, memandangkan sistem tersebut masih baharu, sudah tentu ia akan mengambil masa untuk diadaptasi tetapi beliau mengakui ada ruang yang perlu ditambah baik."Keluhan mengenai sistem PBS ini yang disuarakan melalui Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) memang sudah dijangka. Sebelum ini pun kita dapat maklum balas daripada guru-guru mengenai beberapa masalah seperti kelewatan dan data komputer.
"Memandangkan ia sistem baharu, PBS perlu ditambah baik. Kementerian sedar dan kita akan duduk berbincang kerana sudah ada beberapa cadangan penambahbaikan dikemukakan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis Perhimpunan Khas NUTP, di sini hari ini.Yang turut hadir, Presiden NUTP, Hashim Adnan dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Sistem PBS diperkenalkan bagi menambah baik sistem penilaian ke atas pelajar dengan menggunakan standard prestasi kerana sebelum ini penilaian terhadap pencapaian pelajar terlalu berorientasi peperiksaan.Mula dilaksanakan pada tahun ini, usaha itu sejajar dengan langkah kerajaan menambah baik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan memansuhkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menjelang 2014.Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya sentiasa terbuka kepada pandangan serta cadangan guru-guru dalam usaha menambah baik PBS termasuk aspek yang dikatakan menjadi bebanan kepada tenaga pengajar.
Mengenai lapan lagi tuntutan NUTP bagi meningkatkan profesion perguruan, beliau berkata, satu mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat bagi mengkaji saranan itu dan mana yang relevan akan dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Selain itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk memasukkan cadangan yang relevan ke dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025."Kita akan berbincang, mana yang melibatkan kementerian dan relevan untuk dilaksanakan kita akan lakukan."Kementerian akan lihat, mana yang sesuai kita akan tambah tetapi sebahagian besar daripada Pelan Awal Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah hasil perbincangan dengan NUTP," katanya.

Sementara itu, ketika berucap merasmikan sambutan Hari UNESCO Malaysia dalam satu majlis berasingan di sini, Muhyiddin berkata, transformasi pendidikan yang akan dilakukan bukan sahaja bergerak seiring dengan aspirasi negara malah usaha itu juga mengambil kira cabaran dan persaingan global pada abad ke-21 ini.Katanya, langkah kerajaan mengkaji semula sistem pendidikan negara akan meletakkan Malaysia di landasan terbaik bagi bersaing dengan negara-negara yang maju. 

"Malaysia telah mengambil langkah mengkaji semula sistem pendidikan negara mulai Oktober 2011 lalu dan telah menyediakan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013-2025."Pelan ini yang menyediakan kerangka transformasi pendidikan secara menyeluruh, dijangka mampu memacu pendidikan negara ke arah pendidikan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa," katanya.

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

J juaraaa...hahah j the great

Tanpa Nama berkata...

2nd J......yessss!!

Tanpa Nama berkata...

3rd JONGOS..... YEHHHH!!!!

JUBOR berkata...

4th JUBOR!!!! warghhh!!!!

rajoo... berkata...

dikesempatan ini daya ingin mengucapkan selamat hari Deepavali kepada keluarga yang jauh.disebabkan telah mengambil cuti tahun masa kenduri itu hari,maka pada hujung tahun ini,cuti Raju sudah tinggal lagi 2 hari saja.

Boss kata tak boleh kasi habis terus sebab sekarang baru bulan 11.Raju tak dapat balik,harap tahun depan cuti raya Deepavali ditambah lagi jadi 2 hari...

jangan sedih,Raju berkhidmat untuk negara tercinta....

Tanpa Nama berkata...

tu lah mr rajoo...hari raya pun mr rajoo nak amik cuti 2 minggu...raya korban 1 minggu...krisman 1 minguu...raya cina 2 minggu...cap goh meh 1 minggu....sembahyang hantu 1 minggu.....dll

Tanpa Nama berkata...

dari dulu sampai sekarangni!!!Xhabis2 guru,polis,askar je yg kamu jaga!!!apa kamu ingat mereka sahaja yg ada hak mengundi dan mempengaruhi minda rakyat/masyarakat???AWAS!!!Aku dah mula menyampah dengan wayang/politik UMNO ni lagi..

Tanpa Nama berkata...

Yang ni bukan pasai kerja guru saja.... tapi untuk anak anak hampa..... dok kerja jawab soalan jer.... tapi masa untuk pnp kurang... ADA FAHAM....????
bayangkan satu subjek ada beratus ratus soalan PBS yang perlu diselesaikan untuk satu tahun....
Cikgu pun pening... anak anak hampa lagi pening kalau beratus ratus soalan tu X dengan jumlah subjek
Lepas ni jangan menggelabah plak kalau PIBG minta yuran lebih nak cover kertas ujian PBS...

Kalau dah tak faham jangan masuk campur tanpa pakai helmet...

Tanpa Nama berkata...

Sejak dari dulu lagi,guru atau pendidik sentiasa mendapat perhatian dari pihak kerajaan seolah-olah kerjaya ini sahaja yang banyak membantu kejayaan negara dalam pelbagai bidang.Pelbagai insentif dan penambahbaikkan diberikan saban tahun. Tetapi wajarkah kerajaan bersikap sedemikian sedangkan penjawat awam yang lain tidak kurang pentingya dalam usaha membantu kerajaan mencapai kejayaan. Kita tidak menafikan bahawa guru lah yang memberikan pendidikan kepada anak-anak di sekolah..tetapi yang nyatanya adalah kejayaan anak-anak kita adalah hanya 20% sahaja datangnya dari hasil guru atau pendidik dan bukannya 100%. Selebihnya dipengaruhi oleh faktor lain dan faktor kendiri. Apa salahnya jika pihak kerajaan bersikap adil dan saksama terhadap semua penjawat awam . Kenapa hanya guru (berijazah)sahaja yang tidak perlu ditemuduga untuk kenaikkkan pangkat ke gred DG41? Fikir-fikirkan. . .mantad tulun tokou.

Tanpa Nama berkata...

Bila ada berita pasal guru jer. mula P.A yang lain melenting.
Tahukah tuan tuan apakebenda PBS tu?
Kalau tuan-tuan nak tahu sangat tanyalah kawan atau saudara yg kerja cikgu.
Macam komen kat atas nun mmg betul PBS ni membuatkan cikgu, anak tuan puan dan tuan puan pun pening. Tak percaya tanya rakan yang ada anak tahun 1 dan 2 sekolah rendah dan tingkatan 1 sekolah menengah. sekarang dah tak pakai periksa dah. Sistem ni pakai band. Tak macam dulu.

Tanpa Nama berkata...

PBS adalah projek kerajaan terbaru selepas lembaga sudah tiada peruntukan, maka urusan penilaian main tolak dekat guru guru pergi buat, server kecil pbs buang buang ke dalam longkang, guru dah jadi siang malam perlu key in macam macam data, guru bukan lagi guru, rasa guru layak tuntut elaun kerani waktu malam...TPM yang kurang bijak, jangan main tolak semua kerja kerani kepada guru..

Tanpa Nama berkata...

PBS adalah projek kerajaan terbaru selepas lembaga sudah tiada peruntukan, maka urusan penilaian main tolak dekat guru guru pergi buat, server kecil pbs buang buang ke dalam longkang, guru dah jadi siang malam perlu key in macam macam data, guru bukan lagi guru, rasa guru layak tuntut elaun kerani waktu malam...TPM yang kurang bijak, jangan main tolak semua kerja kerani kepada guru..

Tanpa Nama berkata...

PBS adalah projek kerajaan terbaru selepas lembaga sudah tiada peruntukan, maka urusan penilaian main tolak dekat guru guru pergi buat, server kecil pbs buang buang ke dalam longkang, guru dah jadi siang malam perlu key in macam macam data, guru bukan lagi guru, rasa guru layak tuntut elaun kerani waktu malam...TPM yang kurang bijak, jangan main tolak semua kerja kerani kepada guru..

Tanpa Nama berkata...

PBS adalah projek kerajaan terbaru selepas lembaga sudah tiada peruntukan, maka urusan penilaian main tolak dekat guru guru pergi buat, server kecil pbs buang buang ke dalam longkang, guru dah jadi siang malam perlu key in macam macam data, guru bukan lagi guru, rasa guru layak tuntut elaun kerani waktu malam...TPM yang kurang bijak, jangan main tolak semua kerja kerani kepada guru..

Tanpa Nama berkata...


Naik gred tanpa temu duga

Ifwan Tun Tuah | ifwan@bharian.com.my
2012/11/08

Guru cemerlang berijazah dilantik terus DG41 tahun depan

Seremban: Guru, guru besar dan pentadbir cemerlang yang memiliki ijazah sarjana muda akan dilantik terus ke gred DG41 tanpa temuduga mulai tahun depan.

Kumpulan itu yang memperoleh ijazah melalui pengajian separuh masa atau pengajian jarak jauh (PJJ) boleh memohon terus kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran SPP untuk dikecualikan daripada ditemuduga.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan SPP itu bertujuan menyokong usaha Kementerian Pelajaran meningkatkan latihan dalam perkhidmatan kumpulan pendidik di negara ini.

Cepat proses kenaikan pangkat


“Langkah ini dibuat bagi mempercepatkan proses kenaikan gred kerana mereka terbukti cemerlang,” katanya ketika mengumumkan perkara itu dalam ucapan perasmiannya pada Persidangan Perkhidmatan Pendidikan di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi SPP, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, SPP turut mengecualikan temu duga bagi pelantikan guru baru yang cemerlang dalam akademik dan ikhtisas dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Katanya, SPP mula mengenal pasti calon terbabit ketika pemilihan awal bakal guru.

Sehubungan itu, katanya semakan semula sistem pelajaran dan organisasi IPGM dan IPT perlu dibuat bagi melahirkan warga pendidik berkualiti dan cemerlang.


2,960 orang kelompok pertama


Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata, kajian Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKPT) mendapati hanya 50 peratus pengajian disampaikan dengan berkesan atau memuaskan.

Bulan lalu, beliau mengumumkan calon guru yang bakal dipilih ialah 30 peratus di kalangan mereka dengan keputusan 9A dan berminat dalam bidang perguruan.

Beliau berkata, seramai 2,960 orang kelompok pertama graduan IPGM dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam bidang pendidikan sebelum 1 Julai, ditempatkan sementara oleh Kementerian Pelajaran mulai 16 Oktober.

Katanya, calon berijazah selepas Jun seramai 7,755, perlu mengemukakan permohonan kepada SPP mulai 1 November secara online, melalui portal SPP (untuk calon IPGM) atau JobsMalaysia (calon IPTA).
Hak Cipta Terpelihara Berita Harian 2012 Emel kami untuk sebarang maklum balas.

Tanpa Nama berkata...

Kerja mengkey in data peperiksaan murid bukan lah tugas kerani sebab kerja menilai murid bukan tugas kerani.. cuma cara dah canggih, data peperiksaan kenalah canggih takkan macanm zaman 80an kot.. semua dah online.. cuma perlu pembaikan dari segi mengurangkan sistem online yang terlalu banyak.. kadang2 nak isi profile sendiri pun berkali2 setiap kali sistem baru muncul.. pembuat sistem takda akal nak link dengan emis.. selain tu perbaiki server bagi laju supaya taklah guru2 ni nak tunggu subuh keyin markah saps/sppbs

Tanpa Nama berkata...

ciggu-cikgu-cikgu...tu la kena kerja macam pejawat awam yang lain...8 jam satu hari...baru kerja boleh selesai....mesti pandai guna komputer...baru kerja beres...tak kan kerani nak jaga semua kot...kerani cuma pelaksana, pengurusan pejabat dan hal ehwal pentabiran guru-guru jer....rekod cikgu le kena urus...sesuai dgn gaji di beri

Tanpa Nama berkata...

ciggu-cikgu-cikgu...tu la kena kerja macam pejawat awam yang lain...8 jam satu hari...baru kerja boleh selesai....mesti pandai guna komputer...baru kerja beres...tak kan kerani nak jaga semua kot...kerani cuma pelaksana, pengurusan pejabat dan hal ehwal pentabiran guru-guru jer....rekod cikgu le kena urus...sesuai dgn gaji di beri
==============
Kami mmg tahu guna komputer.... kadang kadang kertani sendiri yg minta tunjuk ajar nak guna aplikasi komputer contohnya mailmerge masa buat rombakan gaji dulu.... MASALAHNYA yg kami kesalkan aplikasi sistem online yg teruk yg menyukarkan key-in data... itu jer... kalau kami ni admin prog tersebut tahulah kami nak buat.... faham!

Tanpa Nama berkata...

Sesiapa yg tak terlibat ataupun tak tau apa-apa pasai PBS tolong buat homework dulu sebelum komen. Bidang pendidikan di m'sia dah jadi cacamerba. pihak tertinggi syok buat pengumuman tanpa memperbaiki perkara asas. Contohnya permohonan utk memberikan elaun kepada guru kanan mata pelajaran sek men gred B telah dipanjangkan pada 2008 dan sehingga sekarang tiada keputusan.Walhal tugas yg perlu dilaksanakan tiada bezanya dgn gk sek men gred A.kalau benda kecil dan seremeh ini KPM tak mampu nak selesaikan, saya rasa tak payahlah nak umum segala mak nenek dasar. Ini baru satu contoh..Nasihat sy kepada pemimpin tertinggi...tlg jgn gadaikan masa depan generasi sekarang demi kelangsungan personal agenda.

Tanpa Nama berkata...

Masalah dengan PBS ni, kalau anak ngaji di tempat mak bapak mengajar, pejam mata pun boleh dapat Band 6.

Apa der heran. Mak ajar BM. Kawan mak ajar BI. Kawan mak lagi satu ajar Math. Kawan mak yang lagi satu ajar sains. Kawan mak yang tu pulak ajar KH. Kawan baik mak pulak ajar sejarah. 9 subjek da tentu suma band 6. Jangan risau la....

Tanpa Nama berkata...

Masalah dengan PBS ni, kalau anak ngaji di tempat mak bapak mengajar, pejam mata pun boleh dapat Band 6.

Apa der heran. Mak ajar BM. Kawan mak ajar BI. Kawan mak lagi satu ajar Math. Kawan mak yang lagi satu ajar sains. Kawan mak yang tu pulak ajar KH. Kawan baik mak pulak ajar sejarah. 9 subjek da tentu suma band 6. Jangan risau la....
*********************
Ni satu lagi spesis
Tahukam anda kreteria nak dapat band 6 (band yang tertinggi)?
Sebab itulah org suruh buat homework dulu baru komen. Sikit saja aku bagi.. Band 6 ni tahap tertinggi yang mana pelajar akan membuat projek sendiri dengan kertas kerja dan presentation yang diakui oleh guru. Evidennya mmg tahap susah gaban.
Setakat yg saya pergi dengar taklimat PBS amat susah sekali pelajar biasa mendapat band 6 kecuali beberapa orang sahaja . Itupun dari sekolah terpilih seperti sekolah asrama penuh.
Study dululah sebelum terjah. Jangan tunjuk kebodohan anda di sini.

Tanpa Nama berkata...

Klu sesenang tu nak dpt band 6 mcm komen diatas, lepas ni hya anak cikgu sj akan masuk universiti. Anak2 yg lain tak dak harapan la..Mentaliti serendah ini tak payahlah nak tunjuk kat org...Buat malu saja...Lebih baik diam sbb org tak tau yg kita tak tau tapi bila komen dah sah org tau yg kita tak tau apa2 pasai pbs...

Tanpa Nama berkata...

PBS yang dilaksanakan kini adalah sistem lemah yang bakal menghancurkan negara.
PBS perlu dibaiki sistemnya kerana:

1. Sistem PBS sedang menghancurkan semua bangsa di Malaysia.
PBS bukan sahaja membebankan guru malah juga membebankan murid. Perlu diingat alam persekolahan
adalah alam dimana murid/pelajar majoritinya "perlu disuap" atau ditunjuk ajar setiap masa tidak
seperti mahasiswa yang perlu membuat kajian ilmu sendiri. Murid mengambil masa untuk memahami
suatu perkara tetapi dalam sistem PBS, pentaksiran perlu dilaksanakan selepas PnP atau sekerap mungkin
menyebabkan murid tertekan. Hal ini menyebabkan (1.) murid yang sepatutnya faham suatu topik akhirnya
gemuruh hingga tak faham. (2.) murid hanya dapat menjawab pada waktu pentaksiran tetapi kemudian
melupakannya sebab sudah dianggap tiada keperluan untuk mengingati kerana markah sudah diberi.

2. Sebaik-baik pengajaran adalah yang mempunyai musim peperiksaan. Dengan adanya peperiksaan, murid akan
sentiasa mengingati apa yang diajarkan sepanjang masa sehginggalah hari peperiksaan. Dengan sistem PBS
yang ada kini, murid tiada semangat langsung untuk mengingati apa-apa kerana mereka tiada target musim peperiksaan.
Suasana PBS adalah suasana jemu bagi mereka malah mereka menganggap PBS itu tiada apa-apa. Jika anda guru, anda
pasti memahami perkara ini. Cuma guru yang layak memberi komen berkaitan PBS.

3. Ingatlah betapa bersemangatnya anak-anak kita menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM. Malah jika melanjutkan
pelajaran ke Universiti Luar Negara pun akan ada peperiksaan semester. Bayangkan jika dari kecil dididik hidup tanpa peperiksaan,
bagaimana kehidupan mereka di universiti yang mengamalkan budaya peperiksaan? Kejutan budaya.

4. Pentaksiran Berasaskan Sekolah bermakna pentaksiran berasaskan guru. Adalah mustahil PBS
adalah sistem yang selaras kerana berbeza guru berbeza permarkahan, berbeza penilaian dan
berbeza corak pengajaran yang juga menyebabkan murid berbeza mendapat kualiti pemahaman yang berbeza. Malah lebih tragis
kerana sistem PBS membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk merasuah guru untuk memastikan markah anaknya tinggi.
Sistem ini tidak adil dan tidak selaras dan tidak sama di mana mana sekolah. Jika begini, di alam pekerjaan nanti, majikan tidak akan
mengambil pekerja berdasarkan keputusan penilaian PBS mereka tetapi cuma berdasarkan di sekolah mana mereka bersekolah.

5. Saya sangat terkilan apabila ada menteri yang menuduh guru tidak berkualiti sedangkan sistem PBS yang menyebabkan guru sugul, kurang bertenaga,
kelam kabut dan tertekan. Bayangkan pengisian markah setiap hari bagi setiap murid yang diajar. 1 kelas 34 murid. Setiap hari ajar 4 kelas. Maka 136
markah murid perlu diberi setiap hari. Bagaimana pula dengan seminggu, sebulan, setahun? Dalam 4 kelas itu, ada sahaja murid yang tidak hadir, maka
guru kena ulang balik PnP dan pentaksiran. Yang dikejar akhirnya tak dapat, yang dikendong akhirnya berciciran. Malah guru selalu kena tinggalkan kelas
untuk urusan lain, maka kacau bilau lah sistem PBS kita. Belum masuk lagi dengan buku latihan yang perlu ditanda setiap hari. Balik sekolah terus mesyuarat,
kursus taklimat. Tambah pula macam macam borang nak diisi. Nak kena online pulak, dengan server lembab dan macam macam pula kena isi onlina.
Maka guru jadi gila dengan sistem PBS dan pelbagai beban yang mengarut ngarut.

Tanpa Nama berkata...

6. Guru dalam dilema untuk memberi markah PBS kepada anak muridnya. Kalau nak diikutkan hati, semua murid nak diberi markah penuh
demi masa depan mereka. Ada juga guru yang menyatakan 100% muridnya sebenarnya layak dapat band tertinggi. Ya memang benar kebiasaannya murid akan faham sebaik sahaja
setiap PNP tetapi akan melupakannya kerana tiada keperluan memandangkan tiada peperiksaan.

7. Pendidikan Malaysia sebenarnya sudah berada diantara yang terbaik di dunia sebelum PBS dilaksanakan. Tak perlu dengar laporan dunia tentang
ranking Malaysia. Biar kita rakyat Malaysia sendiri yang menilai. Di Perancis, Jepun, China, India, Turki, Thailand, Indonesia,
Arab Saudi, Korea MAJORITI RAKYATNYA TIDAK TAHU BERBAHASA INGGERIS walaupun subjek Bahsa Inggeris diajar sejak dibangku sekolah.
Sistem KBSR dan KBSM telah membuktikan pendidikan kita berjaya membuatkan rakyatnya boleh berbahasa Inggeris. Begitu juga subjek lain. Majoriti
anak anak kita juga tahap penguasaan matematik mereka lebih baik berbanding anak-anak negara lain. Sinivers matematik kita jauh lebih tinggi daripada negara lain pada usia yang sama.
Sistem pendidikan Malaysia adalah lebih baik tanpa PBS.

8. PBS perlu dibaiki dengan mengadakan Ujian 4 kali setahun di peringkat sekolah. PBS perlu dibaiki dengan mengadakan Ujian setara/selaras seperti UPSR, PMR, SPM, STPM, STAM.
Sistem tanpa peperiksaan kini perlu dihapuskan segera sebelum terlambat.