SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

05 November 2012

KSN CABAR PENJAWAT AWAM BERI IDEA TINGKAT KECEKAPAN JABATAN

Bernama
5/11/2012


LANGKAWI, 5 Nov (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa mencabar penjawat-penjawat awam agar berani memberi pandangan atau idea bagi mempertingkat kecekapan operasi peringkat jabatan dan sekaligus mengurangkan pergantungan pada kajian konsultan.

Katanya, sejak akhir-akhir ini banyak jabatan kerajaan mendapatkan khidmat konsultan swasta untuk membuat kajian bagi meningkatkan kecekapan dan kelicinan operasi mereka.


"Kita ada KIK (Kumpulan Inovatif dan Kreatif) yang seharusnya digunakan bagi menghasilkan projek inovasi selain dijadikan platform untuk mengenalpasti projek yang boleh melonjak mutu perkhidmatan awam ke tahap lebih baik.


"Idea-idea mereka bukan sekadar dibentangkan dalam pertandingan malah wajar ada usahasama antara jabatan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan untuk dimanfaatkan demi kepentingan bersama," kata Ali dalam ucapan merasmikan konvensyen KIK peringkat kebangsaan ke-29 di sini.


Menurutnya kerjasama antara agensi-agensi kerajaan sebagai contoh mengatasi kelembapan proses kelulusan lesen sektor pembinaan yang mengambil masa sehingga 140 hari dipendekkan sehingga 20 hari.


-- BERNAMA

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kadang kala, banyak pendapat penjawat kumpulan pelaksana memberikan idea lebih bakh, tapi pengawai atasan tidak dpt menerimanya. dianggap ianya tidak berguna dan menyusahkan.

Tanpa Nama berkata...

KIK sekadar menghabiskan boreh.Hanya nak masuk & menang pertandingan.Habis KIK,balik buat kerja macam biasa,tak praktik pun.Itu hakikat yang bonar.

Tanpa Nama berkata...

Poorraahh..!! berlakon jea tue, minta pendapat konon, kalau tak 1.4 juta PA, khususnya PA sokongan yg buat protes tentang SBPA, tak batallah jawabnya, pulak tue wujudkan exit polisi untuk menindas dan memberhentikan PA yg tak sehaluan dengannya, 1.4 juta PA, berhati-hati dgn penambahbaikan SSM yg baru nie, kot-kot ada exit polisi yang dijenamakan semula, penjenamaan semula..

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul la...saya nak cadangkan 25 tahun perkhidmatan boleh bagi 60% bayaran pencen , tak payah tunggu 30 Tahun....sbb kami dah bosan dan ditinda oleh Pegawai atasan...kami cuma golengan pelaksana jer...tiada pembelaan.

Tanpa Nama berkata...

Dah tau.... Cabaran ni hnya alat untuk Ali nk lepaskn diri jerr....kot2 nnti kputusan kajian tk mmuaskn hati pa......sudah pasti Pa akn disalahkan

Tanpa Nama berkata...

Tu lah PTD... Ngabih kn boreh... Hapuskn kistmwaan dorg...

teraniaya berkata...

mcm maner nak tingkatkan kecekapan..dah sorang jer kat ofis..kaki & tgn da x cukup..da bgtau kat atasan pun xder tindakan..public da complain xder respon..aku jga yg kene marah ngan public

Tanpa Nama berkata...

pigidah KSN.

benda senang. cadangan aku adalah: kakitangan sokongan sedang berkhidmat yang mempunyai kelulusan lebih tinggi diberi kenaikan ke gred lebih tinggi dalam sesebuah jabatan.

tapi biasala. PTD hingusan di SPA/JPA akan kata mereka ini perlu bersaing sama rata dengan fresh grad, CGPA tak hebat macam mereka jangan bla bla bla dan sebagainya.

jadi kepada KSN, berdiri depan cermin, cabar diri sendiri tu supaya melihat semula cadangan-cadangan yang dah melambak lambak dibuat oleh penjawat awam terutamanya kakitangan sokongan. apa tak cukup brilliant ke cadangan tu yang boleh membantu sesuatu jabatan itu meningkat kecekapannya disebabkan mempunyai pegawai-pegawai yang pernah berkhidmat bermula dari bawah??

kalau dah jumud tu, jumud juga, tak boleh buat apa dah.

Tanpa Nama berkata...

KSN pun ptd mehhhh... xkan ada apa nyer. mmg tipikal ptd.

Tanpa Nama berkata...

cadangan ialah , nasihat kat kementerian kewangan supaya jaga sikit kbajikan pekerja,jngan nk jaga duit kroni2 je...isu yg panas skrg ialah nak kasi bank urus pinjaman perumahan,,,satu demi satu hak n keistimewaan PA nak ditarik,, ape la bongoknye nak kasi kat bank,,nk nyusah PA lagi ada,kitaorang PA dah panas dah ngan org atasan ni,,,kami nak BPP teruskan urusan pinjaman perumahan, pikir la nasib kemudian hari kalo serah kat bank..jngan nk pikir duit abis je...duit xpaedah kat kroni xpikir lak...

Tanpa Nama berkata...

terbaik la cdangan dari EN/PN pasal pinjaman perumahan, kami pun cadang camtu...kerajaan kelantan leh kasi pnjaman kat pekerja dia,tanpa serah bank,n tanpa riba,0% faedah... hasil xde la bnyak cam pusat.. arap2 kekalkan sedia ada, arap KSN nasihat Kem Kewangan, batalkan urusan ngan bank.. kami PA dah xpercaya 200% kat bank walau ape alasan sekalipun

Tanpa Nama berkata...

abih tu PTD yang kononnya hebat buat kerja apa... cabar dulu PTD tu yang terhebat di Malaysia..

Tanpa Nama berkata...

Pelantikan ke gred lantikan mana boleh bagi sesuka hati sahaja brother..kalau pelantikan ke gred kenaikan pangkat tak apa lah,itu pun masih perlu bersaing juga dgn orang lain. Pengisian di gred lantikan perlu diiklan,open competition. Kalau degree kita tu cemerlang jgn la takut,kecuali degree 'kita' tu cgpa/pangkat rendah (bersyukur dulu,baru tuhan tambah nikmat)asyik berkomplen saja.

Tanpa Nama berkata...

Aku cadangkan kepada KSN/JPA/SPA supaya PPT yg berpegalaman dan ada kelulusan tu dinaikkan pangkat ke M41, barulah ada gabungan antara pegawai baru dan yg dah ade pengalaman, organisasi akan jadi kuat... Tgklah organisasi spt PDRM, Guru dan Lain-lain yg ada kenaikan pangkat dr kakitangan bawahan.. Organisasi akan jadi HEBAT dan terus dicintai... Tapi malangnya bagi PTD kerana menyekat dan tidak memberi peluang kpd kakitangan yang berpegalaman ini.

Zasss berkata...

Setuju Dato'Sri. Tapi bekalkanlah kami dengan PTD yang bagus. Bukan setakat gaya dan rupa elok tapi otak kosong.

Tanpa Nama berkata...

memang tepat sekali kalau tengok PTD hari ini dipilih dalam kalangan mereka yang ada rupa dan gaya.. macam pilih model atau artis laa pulak.. bila dihantar kerja takleh buat.. otak pulak kososng.. perangai mcm sial...

Tanpa Nama berkata...

cadangan aku bro., KSN.,
1. Jumud semua jawatan.
2. PA dilihat pada nombor ie Gred.
3. Ngko tulis jer diblkg tuh eg Pegawai gred 27 (Pentadbiran). @ Pegawai 44 (PTD) @ Pegawai 48 (Jurutera).
4. Pencen awal diberi insentif.

Tanpa Nama berkata...

kretif invatif kononnn KSN ada staf poli yang kreatif inovatif pandai baiki mesin fotistate risograph dll jimat kan duit rakyat tapi kementerian pengajian tinggi yang KSU nya botak huduk dengan bag tatertib buang saje je.. dedah rasuah pun salah kee.. tak tau le budak tu ada anak bini nak di tanggungg.. kaki songlap lepas pulak naik pangkat lagi tuuu dapat belajar di ranggung kerajaaan bila bijak nanti menyamun lee kerja pegawai atasan nii.. dunia dunia.. yg berkuasa boleh beli olang.. KSN tengok kes politeknik niii KSU KPT tau jangan buat bodohhh.. pengarah kena tukar boleh tolak lagi..hairann..

Tanpa Nama berkata...

iBanyak idea orang bawah yang boleh menaikkan kecekapan jabatan, akan tetapi bila dikemukakan bayak alasan yg diberi pegawai atasan, selalunya tiada bajet,orang bawah bt kerja orang bawah, kalau orang atasan dengar pun dia akan kata idea dia sendiri.

Tanpa Nama berkata...

senang je..bagi gaji ikut kelulusan..spm,stp, diploma, degree, master, phd... tak akan timbul penyakit hasad dengki...nak beri pelarasan gaji, beri sama rata...dan tidak ada gaji maksimum hingga umur 55, sebagai motivasi unt pekerja lama..gaji sebaris.

Tanpa Nama berkata...

bohong belaka.. saja nak menyedapkan hati penjawat awam..sebenarnya ikut suka hati segelintir pegawai saja yg ada kepentingan diri, anak atau pemimpin politik.idea orang dah berlambak2..