SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

05 Februari 2013

100,824 PENCARI KERJA DI SABAH DAFTAR SPA TAHUN LEPAS

Bernama
5/2/2013


SANDAKAN, 5 Feb (Bernama) -- Sebanyak 100,824 pencari kerja di Sabah mendaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tahun lepas bagi menyertai sektor perkhidmatan awam.
Timbalan Pengerusi SPA Datuk Segarajah Ratnalingam berkata jumlah itu termasuk 9,567 pemohon dari Sandakan.

Daripada jumlah keseluruhan itu, 4,595 mendapat lantikan termasuk 379 pemohon dari daerah ini, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sesi Interaksi dan Karnival Kerjaya anjuran SPA, di sini Selasa.

Menurut beliau lantikan itu meliputi pelbagai jawatan yang ditawarkan SPA membabitkan beberapa kementerian dan jabatan kerajaan.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Segarajah berkata selari dengan pelaksanaan transformasi kerajaan, suruhanjaya itu melaksanakan Transformasi SPA tanpa melibatkan pertambahan peruntukan kewangan, perjawatan dan pindaan undang-undang.

-- BERNAMA

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PEMOHON BAGI SABAH & SARAWAK BANYAK..TAPI LEPAS INTERVIEW YG DAPAT SEDIKIT..INI TELAH BERLAKU..PATUT ADA KUOTA DIBERI UTK SABAH & SARAWAK..MASIH KENA JAJAH INDIRECTLY KITA NI

Tanpa Nama berkata...

Segala2nya utk sabah dan sarawak dikebas utk bangunkan semenanjung. Amat tidak adil kerajaan BN ni. Andaikan segala hasil yg sabah dan sarawak ada tidak disalurkan kpd semenanjung, sabah dan sarawak tentu tak semundur skrg. Peluang pekerjaan yg ada dilaman sabah dan sarawak pun dikebas oleh semenanjng. Tak hebat mana pun mereka bekerja jika dibandingkan dgn org tempaan.

Tanpa Nama berkata...

Cuepacs sibuk pasal angka banyak yg memohon..yang penting berapa org yg dapat kerja bagi rakyat sabah $ Sarawak selepas interview...YB Parlimen dari sabah $ sarawak patut ada statistik berapa jumlah yg dpt kerja dlm Perkhidmatan Awam utk jawatan2 kosong sepanjang tahun...Jgan tidur saja masa persidangan dewan atau isi perut sendiri saja...


Tanpa Nama berkata...

BERITA YANG AKU TERKEJUT:
Cuepacs berkata hampir 50,000 kakitangan kontrak dalam perkhidmatan awam seluruh negara.

MENGAPA AKU TERKEJUT.!
1.Sebab Pegawai dan Kakitangan kerajaan (termasuk jawatan kontrak) ialah mata dan telinga kerajaan.
2. Sebab pegawai dan kakitangan jawatan kontrak tidak di'iktiraf' sebagai penjawat awam kerajaan, dan diberi tugasan yang tidak melibatkan 'penurunan tugas' atau 'perwakilan kuasa'.
3. Sebab jawatan kontrak dibaharui setiap 2 tahun sekali dan diberi ganjaran 'pencen KWSP' setiap 2 tahun sekali.
4. Sebab 'tempoh khidmat' jawatan kontrak tidak dimasukkira dalam pengiraan pencen apabila bersara sekiranya berjawatan tetap kerajaan
5. Sebab 'pesara' jawatan kontrak boleh membocorkan rahsia kerajaan apabila meninggalkan jawatan kontrak.
6. Sebab 'Kerajaan' cuai apabila mengkaji dan membuat dasar penjawat kontrak bagi pengambilan pegawai dan kakitangan kerajaan jawatan kontrak, demi mengurangkan beban kewangan pengurusan kerajaan.
7. Sebab 'Kerajaan' kini cuai sekali lagi apabila membuat dasar 'pembekuan pengisian jawatan kosong dan pengurangan/penjumudan jawatan pegawai dan kakitangan kerajaan'.
8. Sebab 'Kerajaan' boleh membuat dasar pengambilan 'orang asing' untuk mengisi jawatan2 tertentu dalam kerajaan, sedangkan rakyat atau orang awam masih RAMAI yang berkelulusan, berkelayakan, berwibawa dan berketrampilan' untuk mengisi jawatan2 yang dicadang diisi oleh 'orang asing'.
9. Sebab dasar Kerajaan yang 'double-standard' terhadap rakyat sendiri yang taat setia dan mencari kerja dengan Kerajaan tidak dapat layanan yang sepatutnya.
10. Sebab dasar Kerajaan yang 'cuai' boleh membahayakan aspek "KESELAMATAN NEGARA" semaada akibat orang asing dan orang dalam lepasan jawatan kontrak diluar kerajaan.

SEKIAN kata hati seorang pesara gred 52 yang taat setia dengan dasar kerajaan walaupun sudah pencen dan seorang wira yang tidak mahu dicanang dan didendangkan.

Tanpa Nama berkata...

ELAUN WILAYAH BAGI PENJAWAT AWAM DI SARAWAK & SABAH PATUT JUGA DINAIKKAN KALAU TIDAK MEREKA MENERIMA COLA....

Tanpa Nama berkata...

Kat sabah mintak kerja 100 000 orang. Dapat kerja 5000 orang. Maknanya 95000 lagi masih menanam anggur. Teruk betul, kerajaan BN tak mampu bagi kerja yang mencukupi untuk rakyat!

KISAH BENAR berkata...

KISAH BENAR. ada seorang kakitangan SEDANG BERKHIDMAT ini menjalani PAC setelah lulus peperiksaan. ada seorang panel itu KENAL dia, tetapi untuk menjaga integriti kedua-dua pihak, beliau tidak menegur peserta tersebut ketika sesi ujian, begitu juga dengan peserta tersebut yang tidak menyapa ahli panel tersebut.


setelah sebulan apabila keputusan diumumkan, jawapannya adalah MENDUKACITAKAN. apa yang menghairankan selang beberapa hari, panel tersebut menceritakan kepada beliau bahawa beliau sepatutnya LAYAK, bukan disebabkan faktor KENALAN, tetapi kerana beliau layak disebabkan beliau mempunyai keupayaan fizikal yang sebenarnya mampu menyaingi kemampuan fizikal budak-budak yang lebih muda daripadanya. ada yang baru tamat pengajian berusia sekitar 23 tahun tak lepas lari 2.4km, pancit di tengah jalan, namun beliau mampu menghabiskan larian tersebut dan menduduki antara 5 TERBAIK. panel tersebut juga berkata bahawa beliau sepatutnya lulus PAC tersebut kerana markah beliau memberangsangkan.


nampaknya TANGAN GHAIB yang wujud dalam SPA/JPA telahpun mengubah keputusan tersebut.

ada 1 lagi kisah benar dimana seorang lagi rakan penjawat awam SEDANG BERKHIDMAT yang memasuki skim PTD yang berlari 2.4km ketika sesi PAC. ada seorang peserta hingus meleleh berusia awal 20-an yang lari terkedek-kedek macam minah semput yang disapa oleh seorang panel: AWAK NI ANAK SAUDARA DATUK XXX KAN? TAK PAYAH LA LARI SANGAT, NAMA DAH ADA NI.

ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. yakjud & makjud memang banyak berleluasa di dalam perkhidmatan awam yang sepatutnya melaksanakan amanah yang diberi dengan telus. lihatlah bagaimana tangan-tangan ghaib ini merosakkan sistem sedia ada.

jadi kepada tuan-tuan puan-puan sekalian terutama yang sedang berkhidmat di dalam kumpulan sokongan yang mempunyai kelulusan sarjana muda/sarjana yang bercita-cita untuk mendapatkan jawatan di dalam kumpulan P&P, selain daripada perlu bersaing SAMA RATA dengan graduan baru, anda juga perlu kuat mental untuk menghadapi dugaan seperti di atas, iaitu SENTUHAN DARI TANGAN-TANGAN GHAIB.

Tanpa Nama berkata...

Bukan Rakyat SABAH pun mereka tu..... Pendatang Asing sebenarnya...

lll berkata...

aku sokong KISAH BENAR... aku dengar ada juga anak2 pilipina yang ada ic dah kije kerajaan ni... mak bapak diaorang dah laa PENCEROBOH dapat pula kerja kerajaan... atuk nenek aku dulu berjuang untuk kemerdekaan negara ni dipinggirkan... aku rasa kerajaan kena siasata latarbelakang PENCEROBOH2 ni...

Tanpa Nama berkata...

Sebagai Rakyat Bumiputera Sabah,saya sangat Hampa dengan SPA dan JPA,kerana Anak Saya yang memohon Pelbagai Jawatan daripada Gred 17,27 dan 41 Semuanya TIDAK MELEPASI SYARAT-SYARAT SEMASA, Yang di Keluarkan oleh SPA. Saya mahu TAHU APA KAH SYARAT SEMASA YANG TERSIRAT Tetapi TIDAK TERSURAT, Adakah Syarat tersebut Untuk Menidakkan HAK RAKYAT SABAH UNTUK BERKHIDMAT DI JABATAN PERSEKUTUAN, Kalau itu AMALAN SPA Lebih BAIK SPA TUTUPKAN SAHAJA PERMOHONAN UNTUK RAKYAT SABAH. Kerana KAMI buat perhitungan pada PILIHAN RAYA KE 13.