SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

15 Jun 2013

CUEPACS HARAP ELAUN PERUMAHAN, SARA HIDUP DISELARAS TAHUN INI

Bernama15/6/2013



 BUKIT KAYU HITAM, 15 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan dapat melaksanakan penyelarasan elaun tetap perumahan dan sara hidup (Cola) penjawat awam pada tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata dua perkara itu merupakan isu tertunggak dan berharap pelarasan dibuat dengan kadar segera kerana kos sara hidup semakin meningkat.

"Kita perlu selaraskan semua elaun, termasuk elaun Cola, bagi mereka yang tinggal di kuarters," katanya kepada pemberita pada persidangan perwakilan Cuepacs Kedah Sesi 2013-2016 di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini Sabtu.

Sementara itu, Omar berkata prestasi tiga kumpulan penjawat awam yang dinaikkan gred daripada 17 kepada 27 melibatkan juruteknik, pelukis pelan dan renjer hutan bermula 1 Julai depan dipantau agensi terbabit bagi memastikan produktiviti mereka meningkat.

Beliau berkata petugas terbabit juga perlu dihantar mengikuti pelbagai latihan kemahiran sesuai dengan gred demi memastikan produktiviti mereka meningkat dari semasa ke semasa.

"Kita tidak mahu mereka naik gred tetapi hasil kerja atau produktiviti mereka tidak meningkat, sama seperti sebelumnya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Omar berkata Cuepacs juga menggalakkan penjawat awam membuat pinjaman dengan Koperasi Sektor Awam 1Malaysia (KSA1M) bagi mengelak mereka meminjam daripada 'Ah long'.

Katanya, beliau akan membawa usul itu dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Cuepacs hujung tahun ini bagi membolehkan KSA1M menyediakan peraturan atau syarat kepada peminjam.

"Kita bagi mereka (penjawat awam) pinjam (sehingga) RM3,000 dan perlu membayar pinjaman itu dalam tempoh setahun tanpa penjamin," katanya.

-- BERNAMA

96 ulasan:

Khairul Muzzamir bin Alias berkata...

Saya menyokong kepimpinan kerajaan dan juga bersyukur dengan pelarasan tersebut dan semoga ianya menjadi kenyataan untuk semua Penjawat Awam.

Tanpa Nama berkata...

Ni mana satu betul ni wahai Datuk Omar... j17/22 naik j27 atau j29... fening! fening!..

Tanpa Nama berkata...

No 3

Tanpa Nama berkata...

asskum Datuk Omar,

ini macam kerja tak selesai, apa cerita dgn gred seimbang ,mcm pemb. perikanan , pemb.kajicuaca , perancang bandar ,kajibumi , pertanian ,nampaknya dah berkecamuk
ada yang bawa juruteknik dan ada uang diletak bawa dari skim kerani , apa dah jadi datuk , tak seragam nampak , cuba datuk tanya dengan mtsu , yuran semuanya sapu , apa ni ....

Tanpa Nama berkata...

saya harap elaun cola dipanjangkan ke sabah dan sarawak...

Tanpa Nama berkata...

salam dato omar .....klu nk mohon naik gred tu jgn lak lupa gred yg bwh ni mcm yg diwar2kn tmpoh hari....gred dinaik taraf...gred 1 hngga 10....ape crite?....jgn asyik yg lain jer yg nk naik dn diiktaraf@jumud...brape lama nk tnggu?....smpi pencen ker???????

Tanpa Nama berkata...

Sabah swk dh ada epw weiii...

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Sabah swk dh ada epw weiii...
Selasa, Jun 18, 2013 11:14:00 PTG

=======================

nama pun tak sama... mana boleh disamakan... lagipun ia nya tidak adil bagi yg bergaji rendah... ambil contoh bagi yg bargaji rm1,000.00 x 25% (elaun wilaya <-- bukan elaun epw ya..) = rm250.00 sahaja.. jika bandaraya spt kuching dan miri yg layak dapat rm300 elaun cola akan kerugian rm50.00 sebulan.. rm50 x 12 bln = RM600.00.. maknanya akan rugi dlm rm600 setahun.. lagipun makin besar gaji, akan turun peratusan elaun wilayah... ada 1 ketika, pandai turunlah pulak elaun wilayah... hhuhuhuhu...

Tanpa Nama berkata...

Heran...
Blog ni takde wakil CUEPACS ke yang boleh bantu jawab persoalan yang diutarakan.
Kita ni macam syok sendiri je...
Info pun tak update....

Maklumat yang penting dan terkini takde,
Contohnya,
Kes Juruteknik naik J17 ke J27 atau J29.
CUEPACS jawab la kat Blog ni...baru blog ni update dengan isu semasa.

Jangan main-main...ini periuk nasi kami...

Skim lain pun nak komen jugak atas isu ini.
Dah la web CUEPACS tak update, Blog pun 2x5 juga.
Macam mana nak maju.

Asyik2 Juruteknik..Asyik2 Juruteknik...
Dulu Asyik2 Askar, Polis, Penguatkuasa...
Guru bila lagi? kata nak naik kan gaji lepas pilihanraya...mana?




Tanpa Nama berkata...

Betul sbh n swk ada epw, tp sapa yg dpt? Tp cola org sbh n swk yg btugas d smnjung x dpt.. so seragamkan epw d seluruh negara dan beri cola kpd smua pjwt awam yg btugas d semua bandar raya termasuk sabah n sarawak... TQ..

Tanpa Nama berkata...

Gaji Pokok RM1000-RM2000 = Elaun Perumahan Minimum RM450

Gaji Pokok RM2001-RM3000 = Elaun Perumahan Minimum RM650

Gaji Pokok RM3001-RM4000 = Elaun Perumahan Minimum RM850

Gaji Pokok RM4001 ke atas = Elaun Perumahan Minimum RM950

SAYA SETUJU SANGAT CADANGAN INI!!

Tanpa Nama berkata...

Apa pula. Orang Semenangjung mana boleh beli tanah di Sabah. NT lah apa lah. Tahulah hang anti dengan orang Semenanjung. Dengki lah tu.

Tanpa Nama berkata...

EPW kepada orang Sabah? Orang sabah duduk rumah sendiri pun nak epw? Dapat beli tanah tanam kelapa sawit dah kaya raya pun nak epw? (org semenangjung tiada tanah -NT). Tak cukup-cukup lagi nak dengki orang Semenanjung? Tulis nama pun tak nak tulis bin dan binti ada hati...

Tanpa Nama berkata...

Memanglah elaun wilayah pandai (boleh) turun. Gaji pokok berlainan untuk 15%, 17.5% dan lain-lain. 44 biasanya 15% sahaja. 41 kadar 15% di Sabah.

Tanpa Nama berkata...

dah... dah... jagan banyal citer.... yang penting skang naikan.... elaun tetap perumahan tahun ini jugak... bermula dari 1Jan 2013.... aku dah tak tahan dah nagan elaun RM 180 sebulan... sewa bilik kat kampong pun tah lepas..... wei macha...macha... Mana dia orang nak bela nasib kita ni wadui....ai... dah hamper buntu dah isu ni masih tak selesai...

SIXPENDITAGILA. berkata...

minta pihak cuepacs pandang pekerja bawahan dulu .. tanya apakah masalah dan kerumitan pekerja bawahan gred 1hingga 17 . terlalu banyak perbezaan dari segi mutu kerja dan gaji .. pekerja bawahan nie la yang banyak membantu men jayakan sesebuah jabatan atau sekolah . di minta juga pihak cuepacs tidak melayan lebih gred DGA 32 hingga DG44 .. mereka nie nak gaji lebih , mutu kerja macam happrak . menyusahkan orang bawahan .. cepat naikan elaun rumah dan elaun sara hidup bagi pekerja bawahan .. E

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya admin blog ni tak boleh nak jawab pasal yg betul2 tahu permasalahan adalah presiden cuepacs. Masalah utama sekarang ni presiden cuepacs byk sangat berahsia dgn penjawat awam....

Tanpa Nama berkata...

penipu je cuepacs ni...jng nak percaya sangat..elaun perumahan takkan kerajaan nak naikkan...tiada kepentingan utk golongan atas mereka

Tanpa Nama berkata...

Orang semenanjung bukan nak sangat tinggal di Sabah. Kerana semakin lama di SAbah, mereka semakin rugi. Sila rujuk

http://www.eghrmis.gov.my/wp_content2/pekeliling/pp91/pp91bil09/pp9109-lampiran%20d.pdf

Di sini cuba kita lihat imbuhan tetap perumahan untuk kumpulan pengurusan dan profesional di muka surat 25.

Gaji 3872 ke atas mendapat elaun 750. Ini tidak termasuk cola. Bayangkan berapa RM orang semenanjung rugi sekiranya mereka tinggal di Sabah lebih 8 tahun. Ini kerana selepas 8 tahun, gaji di Semenanjung melebihi gaji di Sabah.

Kerajaan sengaja buat begini kerana orang baru sahaja yang mahu ditempatkan di kawasan yang jauh (sabah dan sarawak)

Tanpa Nama berkata...

Orang semenanjung bukan nak sangat tinggal di Sabah. Kerana semakin lama di SAbah, mereka semakin rugi. Sila rujuk

http://www.eghrmis.gov.my/wp_content2/pekeliling/pp91/pp91bil09/pp9109-lampiran%20d.pdf

Di sini cuba kita lihat imbuhan tetap perumahan untuk kumpulan pengurusan dan profesional di muka surat 25.

Gaji 3872 ke atas mendapat elaun 750. Ini tidak termasuk cola. Bayangkan berapa RM orang semenanjung rugi sekiranya mereka tinggal di Sabah lebih 8 tahun. Ini kerana selepas 8 tahun, gaji di Semenanjung melebihi gaji di Sabah.

Kerajaan sengaja buat begini kerana orang baru sahaja yang mahu ditempatkan di kawasan yang jauh (sabah dan sarawak)

Rabu, Jun 19, 2013 10:06:00 PG
------------------------
Org yg buat kenyataan ni, klau tak tau baca @ faham pasal pekeliling jgnlh nak merapuh....buang karan jak....tau tak apa itu epw ( Elaun Perumahan Wilayah ) org Sabah yang bertugas di Sabah tak dibayar EPW kami di Sini hanya dibayar ITP....EPW tu hanya org yg bertugas di luar Wilayah je...faham apa itu Wilayah?

sixpenditagila berkata...

betoi tu .. presiden cuepacs nak jaga perut dan kroni-kroni dia saja .. yang bawah lantak la . kita gulingkan presiden cuepacs .. gantikan dengan orang muda yang lebih memahami nasib golongan bawahan ...

Tanpa Nama berkata...

Jadi engineer tapi elaun perumahan RM180

http://imej.spa.gov.my/dev/pdf/BrosurKumpulanSokonganI.pdf

Tanpa Nama berkata...

sampai bila isu elaun perumahan ini berterusan... hanya kata-kata sahaja selama ini tapi tidak pernah pun dinaikkan..ini kalilah...

Tanpa Nama berkata...

terima kasih jasa mu dikenang harapan penjawat awam tahun ini 2013 cola/itp

Tanpa Nama berkata...

Maybe siapa yang memberi cadangan atau kritik kerajaan dikatakan pembangkang. Anda tidak akan dilayan

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130619/dn_01/Tidak-perlu-layan-pembangkang

Tanpa Nama berkata...

itp ikut gaji pokok 15% dari gaji pokok atau minimum rm400
ada berani ke

Tanpa Nama berkata...

salam, datuk omar saya sangat kecewa ngan elaun rumah bagi jabatan berunifom terutamanya jabatan bomba yg tinggal d quarters bomba kerana rm435 d potong selaras dengan yg mempunyai quarters yg baik ber banding dengan sebilangan besar balai-balai yg mempunyai quarters yg kurang selesa utk d huni dan dah usang,serta elektrik perlu d bayar sendiri...xpelah kalu gaji besar ini baki lagi.....harap pihak cuepacs dapat pantau perkara ni...harap kebajikan kami d beri perhatian....tq...

Tanpa Nama berkata...

Sy sokong sixpendeta''kita di gred 1-17,keja teruk.org atas yg dpt nama.

Tanpa Nama berkata...

Salam..
Gred juruteknik yg naik ni skim J aje ke.Nak tanya sebab tak berapa jelas info tu.Ada apa2 syarat untuk kenaikan ke..
-Budak Baru-

wok yoh berkata...

Jika tak puas hati dgn gaji dan elaun sila duduk kat negara lain wahahahaha..

Tanpa Nama berkata...

Selaras, jgn xselaras; biar segala2nya diselaraskan supaya yg xbersekolah tinggi xkecewa kerana dpt menikmati taraf hidup spt mana dinikmati pegawai2 tinggi selama ini. Disyorkan itp rm800 bg kumpulan pelaksana, rm1000 utk kumpulan p&p. Anda berani? Namun yg pasti penyewa2 rumah sekarang tengah berkira2 tentang kadar sewa baru yg bakal dikenakan keatas penyewa jika kerajaan naikkan itp. Inilah yg tak bestnya, back to square one. Kenaikan yg tak membawa makna dari kuasa beli walaupun dlm slip gaji nampak amaun gaji yg diterima tlh meningkat tapi kuasa beli dan menabung masih kekal sama kerana kenaikan harga barang dan sewa rumah. Inilah hakikat kehudupan; selagi kita bernyawa masalah tetap ada. Justeru bersyukurlah dgn apa yg ada semoga ada cahaya yg lebih terang diakhirat kelak.

Tanpa Nama berkata...

Aku lapar..seminggu tak makan.
Simpan duit dah lame dah tp tak kawen2 lagi.
Hutang blaja tak habis2 laie..
Bglah FT17 naik gred sama dgn skim yg lain.
hidup ini penuh diskriminasi.
diskriminasi ada dimana-mana.
ape pun tahniah pd yg dah dpt naik gred.
Feeling so down with FT scheme.

Tanpa Nama berkata...

Mana ada orang atasan hirau pasal orang bawahan... tengoklah elaun perumahan pun.... susah nak naik... sabar ada batasnya... tak heran... la... perkara mcm ni diwarwarkan... tapi semua haprak... habuk pun tara..

Tanpa Nama berkata...

Heran...
Blog ni takde wakil CUEPACS ke yang boleh bantu jawab persoalan yang diutarakan.
Kita ni macam syok sendiri je...
Info pun tak update....

Maklumat yang penting dan terkini takde,
Contohnya,
Kes Juruteknik naik J17 ke J27 atau J29.
CUEPACS jawab la kat Blog ni...baru blog ni update dengan isu semasa.

Jangan main-main...ini periuk nasi kami...

Skim lain pun nak komen jugak atas isu ini.
Dah la web CUEPACS tak update, Blog pun 2x5 juga.
Macam mana nak maju.

Asyik2 Juruteknik..Asyik2 Juruteknik...
Dulu Asyik2 Askar, Polis, Penguatkuasa...
Guru bila lagi? kata nak naik kan gaji lepas pilihanraya...mana?
??????????????????????????????????????????????????????????????????????
itu janji pembangkang la
Kerajaan ada janji ka? Bila?

Unknown berkata...

gred 1-16 kenaikan rm80 setahun
gred 17 rm95 setahun
gred 41 rm225 setahun
gred 44 rm250 setahun
gred 48 rm270
gred 52 rm290
gred 54 rm320
jusa c - jusa a =9% setahun
turus 3- turus 1 = 7%setahun

andai kata jusa c bergaji rm10k keenaikan gaji = rm900
tahun berikutnya rm10900 x 9% = rm981 maknanya kwnaikan gaji berganda setiap tahun

Tanpa Nama berkata...

Tgk statistik la org mn yg yg byk keje d sbh n swk... ada smpai yg x nak pindah n blk..

GRED j berkata...

HARAP GRED LAIN YANG SELAMA INI MEMPERSENDA PERJUANGAN GRED J BERSABAR DAN MERENUNG DIRI SENDIRI.SELAMA INI KOME TERTAWAKAN GRED J,KOME HINA GRED J.....

SEKARANG GRED J TELAH BERJAYA,GRED J AKAN TERUS MENDOAKAN AGAR PERJUANAGN KALIAN AKAN BERJAYA,ITUPUN KALAU BERJUANG,KALAU SETAKAT NAK KUTUK GRED LAIN MACAM KALIAN BUAT PADA GRED J DULU DAN GRED SENDIRI TAK DIPERJUANGKAN ITU NAMANYA MENGHABISKAN BERAS.

HIDUP J....BARULAH SEKARANG GRED LAIN YANG HINA KAMI DULU MULA KEPANASAN,MULA KATA "KAMI PUN PENTING JUGA...zzzz"

apapun gred J tak akan tertawakan kalian..sebab cara berfikir gred J bukan sebegitu...

Tanpa Nama berkata...

Blog ni takde wakil CUEPACS ke yang boleh bantu jawab persoalan yang diutarakan.
Kita ni macam syok sendiri je...
Info pun tak update....

Maklumat yang penting dan terkini takde,
Contohnya,
Kes Juruteknik naik J17 ke J27 atau J29.
CUEPACS jawab la kat Blog ni...baru blog ni update dengan isu semasa.

Jangan main-main...ini periuk nasi kami...

Skim lain pun nak komen jugak atas isu ini.
Dah la web CUEPACS tak update, Blog pun 2x5 juga.
Macam mana nak maju.

Asyik2 Juruteknik..Asyik2 Juruteknik...
Dulu Asyik2 Askar, Polis, Penguatkuasa...
Guru bila lagi? kata nak naik kan gaji lepas pilihanraya...mana?






Selasa, Jun 18, 2013 11:51:00 PTG

La... ni faham ke tidak ni.... bila masa pulak "asik2 juruteknik".. dh lama skim juruteknik tak berubah... baru nk naik sekali kamu kata asik2 juruteknik... kamu ni ikut perkembangan semasa ke...ke kamu ni tak tau ape2? Dah lama dah kami tunggu,,..

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
Mana ada orang atasan hirau pasal orang bawahan... tengoklah elaun perumahan pun.... susah nak naik... sabar ada batasnya... tak heran... la... perkara mcm ni diwarwarkan... tapi semua haprak... habuk pun tara..

Rabu, Jun 19, 2013 7:42:00 PTG

BETUL TU

KERAJAAN TAK FAHAM-FAHAM LAGI KE PA TAK UNDI BN KERANA ITP PERUMAHAN YANG TAK DINAIKKAN? ELAUN RUMAH SIAPA LAH TU YANG DINAIKKANNYA????

Tanpa Nama berkata...

Kenapa gred juruteknik sahaja yang naik, kenapa tidak semua gred 17, macamana, sijil yang dimiliki oleh juruteknik disamakan dengan diploma. bagaimana pula dengan kakitangan lain yang gred 17 yang mempunyai kelayakan sehingga master tidak diberi peluang yang sama. adakah sijil juruteknik lebih tinggi daripada diploma, ijazah dan master yang dimiliki gred 17 yang lain. bukan nak pertikai kenaikan, itu adalah rezeki daripada Allah, namun dimanakah keadilan kepada pejawat gred 17 yang lain, beban tugas semua adalah sama, malah malah ada gred 17 lain yang mempunyai beban tugas yang lebih serta berisiko kenapa tak dinaikkan sama ????????????

Tanpa Nama berkata...

Salam Cuepacs,

Bagaimana pula dengan W17 dan N17 yang juga punyai Sijil Politeknik...

Tanpa Nama berkata...

GRED j berkata...
HARAP GRED LAIN YANG SELAMA INI MEMPERSENDA PERJUANGAN GRED J BERSABAR DAN MERENUNG DIRI SENDIRI.SELAMA INI KOME TERTAWAKAN GRED J,KOME HINA GRED J.....

SEKARANG GRED J TELAH BERJAYA,GRED J AKAN TERUS MENDOAKAN AGAR PERJUANAGN KALIAN AKAN BERJAYA,ITUPUN KALAU BERJUANG,KALAU SETAKAT NAK KUTUK GRED LAIN MACAM KALIAN BUAT PADA GRED J DULU DAN GRED SENDIRI TAK DIPERJUANGKAN ITU NAMANYA MENGHABISKAN BERAS.

HIDUP J....BARULAH SEKARANG GRED LAIN YANG HINA KAMI DULU MULA KEPANASAN,MULA KATA "KAMI PUN PENTING JUGA...zzzz"

apapun gred J tak akan tertawakan kalian..sebab cara berfikir gred J bukan sebegitu...
Khamis, Jun 20, 2013 8:18:00 PG

Yela bro..gred J ni memang bagus.yang cantik, yang wangi sume gred J.yg hodoh, buruk, yg busuk sume gred yg lain.korang aje yg betul.ape punya manusia lah nie.tak penah plak aku dgr gred lain kutuk gred J.hampeh betul lah..

Tanpa Nama berkata...

wok yoh berkata...
Jika tak puas hati dgn gaji dan elaun sila duduk kat negara lain wahahahaha..
Rabu, Jun 19, 2013 5:24:00 PTG


Duk jadi warganegara Israel pun lg bagus.Paling tidak rakyat dia di lindungi.Ini tidak..prfff

Tanpa Nama berkata...

ape citer kat bwh ni..melalut jer..~>

Tanpa Nama berkata...
Apa pula. Orang Semenangjung mana boleh beli tanah di Sabah. NT lah apa lah. Tahulah hang anti dengan orang Semenanjung. Dengki lah tu.

Rabu, Jun 19, 2013 6:53:00 PG
Tanpa Nama berkata...
EPW kepada orang Sabah? Orang sabah duduk rumah sendiri pun nak epw? Dapat beli tanah tanam kelapa sawit dah kaya raya pun nak epw? (org semenangjung tiada tanah -NT). Tak cukup-cukup lagi nak dengki orang Semenanjung? Tulis nama pun tak nak tulis bin dan binti ada hati...

Rabu, Jun 19, 2013 6:56:00 PG

Tanpa Nama berkata...

weii jngn jadi sengal..jangan tak tau pegawai yang di tukar ke Sabah melantun-lantun cepat naik pangkatnya..ada yang dalam tempoh 5 tahun dah 2 kali naik pangkat.. kita bukan anti semenanjung tp kalau dah tahap gred 17 pun nak hantar ke Sabah apakah jadahnya...

Tanpa Nama berkata...
Orang semenanjung bukan nak sangat tinggal di Sabah. Kerana semakin lama di SAbah, mereka semakin rugi. Sila rujuk

http://www.eghrmis.gov.my/wp_content2/pekeliling/pp91/pp91bil09/pp9109-lampiran%20d.pdf

Di sini cuba kita lihat imbuhan tetap perumahan untuk kumpulan pengurusan dan profesional di muka surat 25.

Gaji 3872 ke atas mendapat elaun 750. Ini tidak termasuk cola. Bayangkan berapa RM orang semenanjung rugi sekiranya mereka tinggal di Sabah lebih 8 tahun. Ini kerana selepas 8 tahun, gaji di Semenanjung melebihi gaji di Sabah.

Kerajaan sengaja buat begini kerana orang baru sahaja yang mahu ditempatkan di kawasan yang jauh (sabah dan sarawak)

Rabu, Jun 19, 2013 10:06:00 PG

sixpenditagila berkata...

pemikiran presiden makin bangsat .
apa yang di perjuangkan dan yang di minta hanya untungkan dirinya dan rakan-rakan serta kroni2nya .
kalau takde orang bawahan takkan hang boleh dok atas .

Tanpa Nama berkata...

Gred J... Gred Juboq

aidono berkata...

CER ... CER CUPEKS UBAH SIKIT STATEGI PERJUANGAN... BERJUANG TETAP BERJUANG.. SKET JE UBAH SUPAYA MANFAATNYA DIPEROLEH SELURUH RAKYAT MALAYSIA NEH..

PERJUANGKAN TURUNKAN HARGA MINYAK JE CUKUPLE.

Tanpa Nama berkata...

Kami di gred J tak pandang rendah pada lain2 gred. Cuma segala yang kami terima kini adalah hasil usha gigih kami memperjuangankan jawatan juruteknik sejak lebih daripada 20 tahun dulu dan kini hampir menjadi kenyataan. Diharap lain2 gred yang tidak berpuas hati dengan gred sediada janganlah berputus asa turuskan perjuangan sepertimana yang dilakukan oleh gred juruteknik.

Juruteknik Tuadah berkata...

Sabo Bro Juruteknik...jangan syok sendiri, tunggu hitam putih daripada JPA...Banyak kali dah kita terkena...Bukan setahun dua...dua puluh tahun dah terkena.

Hairan?...nak di implementasikan bulan Julai...sekarang 20hb Jun...Pekeliling pun x nampak. Jangan jadi terkena lagi udah la.
Silap2 pencen dengan J22 la...

MTSU senyap sahaja...x kemaskini pun sebarang berita di Blog atau laman sesawang? Apa jadi?






Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum n salam sejahtera pada PA semua...dengar cite skim J je naik...ape macam skim juruteknik yg lain..belajar sama2...bila keje J je naik...x laku la sijil poli yg lain...Kalau juruteknik dalam semua bidang naik dengan gred yg sama berdasarkan kelulusan, barulah adil...Di harapkan pihak tertentu dapat kaji semula sebelum 1 julai ini..

Tanpa Nama berkata...

Cuba la realistik sikit kawan. Jgn jd bangang mcm pecacai PR. Cuba tgk negara jiran, baru saja naik harga minyak... Perjuangan yg sia2 buat apa? Tak guna bro... Yg penting ekonomi maju, negara aman, kjaan stabil, gaji naik, harga brg2 terkawal. Masih ada subsidi minyak, susu, tepung, gula...

Tanpa Nama berkata...

Aku dgr kadar elaun ITP, COLA ni semua dh ada cuma tunggu nk umum! Ni semua gara2 mau 'political mileage' pak menteri yg berkenaan. Cuba laa buat kerja tu ikhlas, berniat nk bantu rakyat... Dpt jugak pahala. Ni semua mau nama, pangkat - rakyat jugak yg merana! Dpt naik 2 kenaikkan pun heboh satu dunia masuk surat khabar "Kakitangan Awam Naik Gaji"... Padahal dpt la RM80-RM320 saja! Pastu ada pulak malaun bg statement " kakitangan awam akan pantau kenaikkan harga barang..."! Cittt....pooooddaahhh mcm SIAL!! Dh heboh satu dunia abih mcm mana harga brg2 x naik???

Tanpa Nama berkata...

J 17 nak naik pg j27...mimpi je la..

Tanpa Nama berkata...

Weiiii.... .epw tu untuk yg keje kt semenanjung.....bg yg keje kt sarawak n sabah plak?diorg xde cola la....xtau pekeliling ke

Tanpa Nama berkata...

Dengor criter...tak jadi up grade juruteknik sbb ini kali la kena tipu lagi...
pekeliling belum ada so lain kali jer la....kita j kana thipu lagi...puiiiiiii puiiiiiii puiiiiiiiiiiooo

Tanpa Nama berkata...

Jangan sangka kami juruteknik tidak memiliki diploma,ijazah atau master.high skill level untuk international wokers pun ada.cuma yang diminta selaraskan yang mempunyai kemahiran diberi tangga gaji mengikut skill yang ada.tidak ada keberatan untuk duduk di kerusi juruteknik nie. Yang kami mahu imbuhan setimpal kelayakan yang ada.

Tanpa Nama berkata...

Om diatas gred apa? Sikap positif menjadikan diri ada. Sentiasa dalam positif, jika sebaliknya kawan2 yang lain boleh menilainya.sabar ye kawan diatas.hidup beteraskan pedoman.guna la akal....

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulilah..sekurang2nya ada usaha.jika tidak dinaikan gred,dapat elaun kritikal jadilah. Terima kasih union.gred perlaKsana lain mari kita bersatu.,NKRA tetap terlaksana, janji pentadbir. Rakyat didahukan, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Tanpa Nama berkata...

Bukan senang nak up grade juruteknik.sekurang2nya beterimakasih kepada cuepacs kerna mengambil tahu sikit tentang sosio gred j.janganla terlalu bergantung harap yang belum pasti.yakin pada pentadbir negara jika yang diminta x dapat,yang lain pasti menanti keseluruhannya.maju negara berpendapatan tinggi isi rumah 2020.basmi kemiskinan bandar kurang pendapatan bawah rm3000.PM janjikan 1juta rumah mampu milik terlaksana dalam masa 5 tahun.

Tanpa Nama berkata...

Okeyla tu..penjawat awam kena pantau harga barang bagi yang punya tugas. Cuba nengok fail meja sendiri.ada fm kan. Jangan salahkan org lain.

Tanpa Nama berkata...

Jangan sangka kami juruteknik tidak memiliki diploma,ijazah atau master.high skill level untuk international wokers pun ada.cuma yang diminta selaraskan yang mempunyai kemahiran diberi tangga gaji mengikut skill yang ada.tidak ada keberatan untuk duduk di kerusi juruteknik nie. Yang kami mahu imbuhan setimpal kelayakan yang ada. * saya setuju dengan kenyataan ni, walaupun saya di gred 17 , saya ada diploma elektronik dan boleh buat wiring dan cheack wiring , ada pengalaman kerja hampir 2 tahun dalam elektrikal dan lain2 kemahiran.

Tanpa Nama berkata...

NAMPAKNYA RAMAI PA DALAM BLOG NI YANG MASIH DENGKI TAK HABIS2 DENGAN GRED J NI YEE...ITULAH RUPA NYA...

pelukis pelan J17 berkata...

kepada gred2 lain tu diharap bersabarla ye...rezeki masing-masing...jangan ada perasaan dengki dan irihati, Gred J tetap dihatiku...:-)

Tanpa Nama berkata...

Gred J ni buat keja apa? Setakat pi buat lawatan tapak, buat report nak naik gred 27? Nama ja juruteknik, yg buat keja semuanya kontraktor...

Tanpa Nama berkata...

Gred J ni buat keja apa? Setakat pi buat lawatan tapak, buat report nak naik gred 27? Nama ja juruteknik, yg buat keja semuanya kontraktor...
==================================================
KALAU JAHIL/TAK FAHAM TENTANG KERJA JURUTEKNIK DUDUK DIAM2 DAH LAA..

MOHD ZAKRY berkata...

Assalamualaikum Datuk Omar,
Saya Pen.Peg.Penyelidik, Q27 berasa terkilan kerana tiada kajian pemberian elaun kritikal terhadap gred di Kump.Sokongan ini. Kenapa hanya gred Q41 ke atas shj yg diberi elaun kritikal sedangkan kami juga terlibat dgn kerja2 seperti mereka. Kami juga menjalankan tugas2 penyelidikan dan pembangunan. Kami juga terlibat dgn kerja2 pengendalian mesin2, peralatan2 ujian, pengujian2 bahan, pengumpulan data2 dan banyak lagi. Kami secara terang2 terdedah kpd bahaya yg boleh mendatangkan kecederaan.
Dgn ini saya bagi pihak kumpulan sokongan Penyelidikan & Pembangunan memohon spy pihak CUEPACS dpt mengambil perhatian dan tindakan segera utk membantu kami.
Sekian, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...saya nk bertanya ni...yg dengki sgt dgn gred j knape???xcaye dgn rezeki Allah ke sahabat yg dengki ni...dari mngutuk x tentu pasal...g ambil tikar sembahyang...mohon d murahkan rezeki...lg bgs dari kondem gred org lain...

Tanpa Nama berkata...

PELARASAN MMG ADA, TAPI TAHUN 2017 LA...

Tanpa Nama berkata...

Memanglah kontraktor yg buat tp yg verify semua kerja kontraktor tu juruteknik..kau ingat senang ke kerja juruteknik nie..

Tanpa Nama berkata...

apakah bangangnya ada org di sini tak tau nak bezakn Elaun Wilayah (EW) dgn Elaun Perumahan Wilayah (EPW)...

Tanpa Nama berkata...

aduyaii korang ni sibuk nak gaduh gaduh pasal gred J lah gred W lah..buat tambah dosa jer org yg komen tu bkan bleh ubah apa apa pun..minta la dgn menteri di bawah jabatan baru btul..macam polis dapat..pada masa tu sblm pru 13.. datuk zahid hamidi jaga kdn dia minta untuk polis jadi banyak la polis dapat


Tanpa Nama berkata...

disrmh sewa aku sbln rm 450 dapat elaun rmh 180jerr..rumah tahap ni jer aku mampu sewa rmh uzur dua bilik..anak anak terpaksa tidur ruang tamu sbb blik x ckup..apa boleh buat dah x mampu nak sewa rmh lain dah..camana ni tlg tlg bila lah rasanya nak merasa duduk rmh selesa yg ada 3 bilik pun dah okey..cakap kat anak anak sabarlah dulu tunggu sampai elaun rmh naik nanti kita sewa rmh lain

Tanpa Nama berkata...

Setuju sesangat...klu nk selaras bg sama mn boleh kan...nma pun belajaq teruk tetiba skim bwh yg xp bljq sama plak ngn yg p bljr

Tanpa Nama berkata...

Sbb dato cuepacs kita kn skim j juga....mau tau tu

Tanpa Nama berkata...

Kat sarawak dan sabah kan dah ada BIW kadar lebih besar dari Semenanjung. Mcm tu lagi xbersyukur.

Tanpa Nama berkata...

nama pun tak sama... mana boleh disamakan... lagipun ia nya tidak adil bagi yg bergaji rendah... ambil contoh bagi yg bargaji rm1,000.00 x 25% (elaun wilaya <-- bukan elaun epw ya..) = rm250.00 sahaja.. jika bandaraya spt kuching dan miri yg layak dapat rm300 elaun cola akan kerugian rm50.00 sebulan.. rm50 x 12 bln = RM600.00.. maknanya akan rugi dlm rm600 setahun.. lagipun makin besar gaji, akan turun peratusan elaun wilayah... ada 1 ketika, pandai turunlah pulak elaun wilayah... hhuhuhuhu...
Selasa, Jun 18, 2013 11:32:00 PTG

===============================

betul2.. nampak sangat tidak adil.. mcm mana pandai turun.. nampak sangat ada diskriminasi di sini.. apa salahnya dibagi peratusan yang tetap... aku sampai sekarang elaun wilayah masih bawah rm300 sedangkan elaun cola bagi bandaraya adalah rm300 sebulan..

Tanpa Nama berkata...

HARAP PERMUDAHKAN LAGI KENAIKAN PANGKAT PTD... SEKAT KENAIKAN PANGKAT PPT.. PALING KUAT N36 JE, WALAUPUN ADE KELULUSAN IJAZAH ATAU MASTER. KERANI BOLEH NAIK SAMPAI N 36, DGN SYARAT PERGI KPSL ATAU ADA DIPLOMA.. PPT TAK BOLEH CAMPUR PTD DAN SKIM TAK BOLEH DISAMAKAN W/PUN DI PEJABAT DAN DALAM TURUTAN KERJA YANG SAMA... itulah pengamatan dan pandangan yg sama nampak... KPSL N41 ade, Tapi Perjawatan Takde..

Tanpa Nama berkata...

untuk makluman mtsu akan bermesyuarat dgn jpa mengenai kenaikan juruteknik pada 27/6/13. harap bersabar kerana pekeliling lmbt keluar tapi kuatkuasa tetap julai. ini sumber dari su agung mtsu mr samuel.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah perjuangan berkenaan elaun cola bagi yang tinggal di kuaters diberi perhatian oleh Cuepacs..

Tanpa Nama berkata...

Bagus la bersidang pada 27 hb ni...dengan harapan semua bidang juruteknik naik gred...jangan J sahaja...kelayakan J ade juga pada semua juruteknik yag lain...harap mengerti perasaan juruteknik yg lain...jgn J ade kesatuan Dia je ade kenaikan...itu fungsi MTSU....bawa semua juruteknik naik gred berdasarkan kelayakan yg mereka ade...baru semua puas hati..TQ

Tanpa Nama berkata...

Takkan gred J aje naik gaji dan gred org lain pun sama juga ! Ini tak adil utk gred lain ! Gred lain pun ada beban tugas juga ! Ceupacs ni tak adil lah

sixpenditagila berkata...

bagaikan anjing menyalak khinzir . anjing habis suara , khinzir buat tenggen je . kata khinzir , walaupun aku hodoh orang tetap suka aku . itulah di ibarat pekerja gred 1 hingga 16 . bila minta naik gaji dan gred jawatan labgsung tak di layan .

Tanpa Nama berkata...

Tok najib bg kumpulan pelaksana cuti belajar bergaji penuh bntu mn yg nk tingkt keupayaan tenaga kerja bkemahiran tinggi ni

Tanpa Nama berkata...

Org bawah sape nk pndang bro
Da barat ajar mcm tu ko undi ko kena la terima

Tanpa Nama berkata...

Salam,nak minta tolong cuepac minta dkt pm supaya selaraskan elaun kritikal ma(pmbntu perubatan) dari 10% dari gaji pokok ke 15% sma dgn jururawat atau lebih lg jd 20% sbb peranan MA lg berat tanggungjawab nk pikul brbnding jururawat...tq...hrp cuepac prihatin.

Tanpa Nama berkata...

hai jawapannya golongan staff di bawah Gred 41 je lah yang merasai kenaikan Imbuhan Tetap perumahan, sebab apa dalam CEUPACS ini rata2 yang memegang jawatan Exco tertinggi adalah mereka yang berada di Gred 40 kebawah. Mereka hanya perjuangan kumpulan ini sahaja atas dasar, kumpulan ini menerima gaji yang kecil. Kenapa semasa zaman Pak Lah bagi kenaikan yang banyak kepada kumpulan ini mereka tidak melalak. Sya mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada tahun 1997 masa tu Gred 48 atau Gred 2 ITP RM700 kini tahun 2013 setelah 16 tahun saya berkhidmat ITP tetap sama RM700. Jadi kalo pihak CEUPACS mahu memperjuangkan ITP untuk semua penjawat awam, janganlah perjuangan Gred 40 kebawah.

Penjawat Awam N17 berkata...

Aku gred N17.

Gred 22, 27, 41, 44, 50 keatas . semua kerja diorang, pas kat aku. diorang goyang kaki borak2 depan aku sambil makan kacang. gelak sana sini. aku tak tahu diorang suruh tanya orang lain. tapi aku sedar N17 ni dah namanya KULI. aku redo je lah.

Gaji banyak kerja macam hape.. Kesenangan Allah bagi takkan kekal lama nye der..
Gaji sikit kerja banyak Allah mesti akan kasi ganjaran.

Tak payah tunggu kerajaan. Diorang orang atasan. semuanya sama. goyang je kaki, durian jatuh atas kepala.

Apa yang penting, ikhlas, sabar, doa dan tawakal = Ganjaran Allah..

sekian
BERKHIDMAT, BERILMU, BERBAKTI.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum datuk omar.kalau boleh selaraskan elaun kola dgn perumahan.x kira di A,B,atau C.jgn fikir yg keje di kawasan pendalaman x byk guna duit datuk.harap tolong penjawat awam yg berkhidmat di pedalaman ini.tq

Tanpa Nama berkata...

Kahhhhh kahhhhh kahhhhhh lawak lawak kontraktor yg buat kerja. Nmpk sgt tk penah p site tengok projek. Aku j17 ler bro... yg buat kerja adalah mat indon n jgk mat bangla. Kontraktor hanya lepak ngan j17 kt warung kat dlm site tu aje sambil sembg2 bc paper n tengok2 kot2 j29 ka j41 ka j52 dtg site n boleh panggil ajak join minum sekali. Itu lah rutin harian j17. Sbb tu lah aku tak hairan gaji tak naik ka.. gred tak naik ka walaupun dah 30tahun dok merayu2 mcm hamba abdi. Sbb j17 ni kerja pg 1jam aje n pastu hilang n ptg satgi kul 5ptg baru nmpk btg hidung kat site sampai kul 7ptg. Jadi j17 ni kerja sehari 3jam aje n pastu claim OT 2jam. Cukup bulan kontraktor bg bln2 rm1000 + gaji rm3000 + OT rm1500 jumlah rm5500 sbb itulah JPA tkmau bg j17 ni naik gred ataupun naik gaji. Sbb JPA dah kaji dah yg j17 ni atas kertas aje gaji rendah. Tp dluar kertas gaji j17 ni melebihi gaji j44. Ini fakta... sbb itulah j17 boleh duduk rumah banglo n boleh pakai honda civic fd2.. ini aku citer ke atas diri aku... sbb kita bkerja j17 ni nk kena pandai.. org bg ambik n mintak jgn.... slmt lah dunia akhirat. Yg dok kena tangkap rasuah tu sbb suka dok meminta2 tu yg kena.... mcm aku tk pernah minta... slmt sampai skrg walaupun dah kerja 13tahun. Bln dpn naik pulak j22 heheheeeeeee senangnyerrr dlm hati...

Tanpa Nama berkata...

Sy stuju sgt dgn pdpt anda, jgn pilih kasih.

Tanpa Nama berkata...

Btl la..tu. org atas mkn dng, kita bwh mkn tulang je. Nak buat cam mn.

Tanpa Nama berkata...

Paling manang ini urang...semua dia tau kalau cakap belakang...klu depan tiada hasil....sabah/srawak la..tanah nt la....gaji dia mau sama dengan gred atasan la, pasal dia yg buat semua...pasal elaun itu la, elaun ini la...lain kali kalau kena suruh sekolah belajar betul-betul...bukan main-main buli jadi orang atasan..Allah bagi rezeki bersyukurla jgn salahkan org lain/ gred/ negeri/ segala-gala..kita perjuangkan nasib kita sama-sama dengan berhemah...kau ini urg pandai dari kau pun kau marah....INI YG KAMI CAKAP "PALING MANANG"....

Tanpa Nama berkata...

Jgn bermimpi la kerajaan nak bagi cmtu..huhu

Tanpa Nama berkata...

Setuju. Dia langsung tak faham perkataan wilayah. Org tempatan Sabah hanya dibayar ITP rm 250 aje.

maryan sani berkata...

Hello, Saya Puan Maryan sani pemberi pinjaman pinjaman peribadi. Syarikat kami menyediakan pinjaman pada kadar rendah sebanyak 2% anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda, atau anda
memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan anda, membayar bil dan menambah kemudahan syarikat anda? Anda telah ditolak oleh bank-bank dan institusi kewangan lain? perkhidmatan
Ini akan memberikan kedua-dua individu, syarikat-syarikat, lelaki dan wanita perniagaan peluang untuk meneroka dalam perniagaan varoius mereka dan kami tidak tergesa-gesa costomers kami untuk membayar pinjaman mereka sebaliknya kita memberi mereka lebih masa untuk membayar laon mereka telah yang mereka telah dikumpulkan. Walau bagaimanapun, peluang kewangan di muka pintu anda dan kemajuan anda adalah peroity kami, jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel di: maryansaniloancompany@gmail.com