SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

19 Jun 2013

KAKITANGAN AWAM PANTAU HARGA BARANG

 Utusan Malaysia
 19/6/2013

PULAU PINANG 19 Jun - Kira-kira 35,000 ahli Skuad Pengguna yang terdiri daripada penjawat awam di seluruh negara akan memantau harga barangan dan perkhidmatan bagi memastikannya tidak naik berikutan kenaikan gred gaji mereka mulai 1 Julai ini.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, tiada sebab dan adalah tidak adil untuk peniaga atau pengusaha perkhidmatan menaikkan harga produk masing-masing disebabkan kenaikan gaji kakitangan awam.

Menurutnya, golongan itu seharusnya bersyukur kerana kenaikan gaji kakitangan awam akan meningkatkan kuasa beli seterusnya menambah keuntungan mereka."Mulai hari ini, Skuad Pengguna yang ada kad keahlian boleh melapor terus kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atau CUEPACS mengenai nama syarikat yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga barang terutama barangan terkawal," katanya di sini hari ini.

Mengenai Bajet 2014 yang akan dibentangkan pada 25 Oktober ini, Omar berharap kerajaan dapat memberi tumpuan kepada tiga perkara membabitkan kebajikan kakitangan awam untuk diberi penambahbaikan. Tiga perkara tersebut adalah elaun tetap perumahan, elaun bantuan sara hidup (COLA) dan kebenaran mengeluarkan gratuiti apabila mencecah umur 50 tahun.

11 ulasan:

Khairul Muzzamir bin Alias berkata...

Saya menyokong jika COLA, ITP diselaraskan dan dinaikkan. Tahniah kepada CUEPACS. Saya menyokong dari belakang.

Tanpa Nama berkata...

saya berharap agar dapat dilaksanakan secepat mungkin..

Tanpa Nama berkata...

pantau jangan tak pantau... kakitangan semua, kita baikot mana2 harga barang yang naik selama seminggu.. insyallah harga akan turun..

sixpenditagila berkata...

nak pantau macam mana dato . cite sikit ? apa kelebihan kakitangan awam nak ambil tindakan .. nak ke x nak kena beli jugak barang-barang harian walaupun mahal ..

Tanpa Nama berkata...

kalau kenaikan gaji hanya diceritakan di PEKELILING.. org luar takan (sukar) tahu... kalau masuk paper.. semua org dlm M'sia mahupun luar Negara akan tahu... tunggulah penangan harganaik nanti... mesti naik punya... paling kurang seposen, bila campur semua belanja.. jadi cam tak naik gaji kita... hehehehe... taun depan cuepac mintak lagi... dan akan pusing-pusing sampai kiamat... org yg gaji kecillah yg akan slalu jdi mngsa dan jatuh sakit (dpt sakit hati)...

pemimpin cuepac, org JPA mahupun org politik akan dapat nama setiap kali permintaan ditunaikan oleh kerajaan...

next time.. boleh tak tolong SENYAP!... buat edaran dalaman sahja... semua PA akan lebih hrgai...

Tanpa Nama berkata...

Harap semua pengguna menggunakan kaedah boikot/pulau terhadap mana2 peniaga yg sewenang2nya menaikkan harga barang. Ini sajalah cara yg berkesan utk menghancurkan peniaga tamak. Setiap kali kerajaan mengumumkan kenaikan gaji PA mesti diikuti dgn kenaikan harga barang meskipun PA belum pun terima gaji yg dinaikkan. Sudah tiba masanya kita bersepakat memulaukan para peniaga yg tidak berperikemanusiaan ini.

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan Siaran Ulangan Setiap Kali Penjawat Awam Mendapat Imbuhan TAPI Harga barang Naik Juga...

Tanpa Nama berkata...

Kita sbg pengguna harus bersepakat/bekerjasama menangani kenaikan harga barang spertimana para peniaga bersepakat menaikkan harga barang setiap kali gaji dinaikkan. Kenapa kita sbg pengguna harus tunggu dan membiarkan penyangak2 ini mengaut keuntungan sesuka hati tanpa ada perasaan kasihan terhadap org ramai yg miskin. Presiden ceupacs harus membuat kempen besar2an tanpa jemu setiap masa utk memboikot barangan yg dinaikkan sesuka hati. Ceupacs jgn cuma berjuang utk kenaikan gaji PA tapi harus mencari jln menangani masalah kenaikan harga barangan. Harus diingat kenaikan gaji tidak membawa sebarang faedah jika ia diikuti dgn kenaikan harga barang. Asas ekonomi yg mudah difahami. Ayuh.... kita sama2 perangi kenaikan harga barang sampai bila. Sudah tiba masanya kita mengajar peniaga yg tidak berhati perut ini.

Tanpa Nama berkata...

kah..!!kah..!! jadi pencaicai kau org,nak tambah satu kerja lagi bagi kakitangan awam, satu kerja pulak nak pantau harga brg, mana perginya kakitangan hal ehwal pengguna, tido kea, tempat kami muka pun tak pernah nampak, lagi kan nak memantau brg..!! ha..!!ha..!! balik tido lagi baik..

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kepada cuepacs dalam memperjuangkan cola dan elaun perumahan kakitangan awam. saya mohon jasa baik presiden cuepacs lihat kepada kakitangan awam yang duduk di kuaters, jika boleh elaun perumahan ditolak mengikut kelas yang diduduki oleh kaki tangan awam.
Contoh ITP bagi seorang yang bukan siswazah ialah RM180. Buat masa ini semua ITP ditolak, jika ada kenaikan ITP sekarang, jika boleh, ITP ditolak mengikut kelas kuaters yang diduduki. Selamat bertugas dan memperjuangkan hak kakitangan awam. Terima Kasih.

Tanpa Nama berkata...

saya tertarik dengan ulasan saudara/I. saya tinggal di kuaters.semua elaun rumah saya dipotong(250).Kemudian elaun cola juga dipotong separuh(150).hasil daripada aduan saya pada cuepacs tempoh hari nampaknya telah diberi perhatian.Harap2 keputusannya elaun cola tidak ditolak bagi yang tinggal di kuaters.memadai hanya ITP shj dtolak.