Bernama
11/6/2013
Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin menyampaikan anugerah Darjah Kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa di Istana Negeri di sini hari ini.KOTA KINABALU, 11 Jun (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini menerima anugerah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK), darjah kebesaran tertinggi Sabah, di Istana Negeri di sini.
Beliau menerima anugerah yang membawa gelaran 'Datuk Seri Panglima' itu daripada Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin, sempena Hari Jadi Rasmi Yang Dipertua Negeri tahun lepas.
Selain itu penerima anugerah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran 'Datuk' ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Kamarlin Ombi, Datuk Mohamad Farid Linggi, Datuk Shah Headan Ayoob Hussin Shah, Datuk Glens Reynolds, Datuk John Lo Thau Fah dan Datuk Sim Men Kin @ Andrew Sim.
Seramai 23 individu lain dikurniakan Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) antaranya Ketua Biro Bernama Sabah Newmond Tibin, anggota majlis tertinggi Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tailin Mainan dan dua bekas pemain bola sepak kebangsaan James Wong serta Hassan Sani.
Wong merupakan bekas penyerang kebangsaan yang menjaringkan gol kemenangan Malaysia (hantaran Hassan), sekali gus mengatasi Korea Selatan untuk layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow.
Antara penerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK) pula ialah jaguh angkat berat negara Aricco Jumith dan bekas juara bina badan Sabah Justine Sompong.
Hadir sama di majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan Negeri Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Johnny Mositun, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman dan Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Abu Bakar Hassan. -- BERNAMA

6 ulasan:
Tahniah Datuk.
Tahniah Tan Sri KSN
Tahniah
Tahniah KSN. You deserve it
sepatutnya James Wong dan Hassan Sani dah mendapat gelaran Datuk
taniah ksn ..
rajin2 turun padang , buat kerja biar ikhlas . tengok2kan keperluan pekerja bawahan . yang mana kurang dan x cukup tolong tambah . biar kemesraan terjalin antara ksn dan pekerja bawahan .
Catat Ulasan