SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

25 Jun 2013

PERDANA MENTERI AKAN TENTUKAN BONUS PENJAWAT AWAM - KSN

Bernama
25/6/2013




 PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan membuat keputusan berhubung pemberian bonus untuk penjawat awam tahun ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata keputusan itu akan dibuat Najib selaku Menteri Kewangan sempena pembentangan Belanjawan 2014 yang dijadual 25 Okt ini.

"Saya rasa kerajaan akan membuat keputusan bila kerajaan buat bajet(pembentangan Belanjawan 2014), PM sendiri akan buat keputusan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Isnin.

Seramai 1,374 petugas dari 42 Jabatan/Agensi/Bahagian Jabatan Perdana Menteri menerima anugerah itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kepada kerajaan supaya bonus melebihi sebulan setengah gaji diberikan kepada kira-kira 1.4 juta penjawat awam.

Semalam, Presiden Cuepacs

Datuk Omar Osman menyarankan kerajaan agar bonus melebihi sebulan setengah gaji atau sekurang-kurangnya sebulan setengah gaji diberikan kepada kakitangan awam dengan pembayaran setengah bulan gaji dibuat sebelum perayaan Aidilfitri nanti.

Tahun lalu, penjawat awam menerima bonus sebulan setengah gaji dengan pembayaran dibuat sebanyak tiga kali; sebelum perayaan Aidilfitri, bulan Disember dan pada Januari tahun ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Ali yang genap setahun menjalankan tugas sebagai KSN, meminta penjawat awam supaya lebih peka dan mendekati nadi rakyat dengan mengambil langkah proaktif melalui Program Jejak Mesra Perkhidmatan Awam.

"Penjawat awam (menerusi program itu) akan turun untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan membawa perkhidmatan kepada mereka.

"Ini adalah satu pendekatan baharu di mana kita tidak boleh menunggu untuk rakyat datang kepada kita dengan masalah mereka tetapi sebaliknya kita mendekati mereka," katanya.

Beliau juga mengalu-alukan maklum balas, pandangan dan cadangan membina daripada seluruh penjawat awam demi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan awam.

"Kita semua (penjawat awam) perlu senang dihubungi dan didekati. Saya berharap agar sebarang maklum balas yang ingin disampaikan dapat disalurkan melalui saluran yang bersesuaian," katanya.

-- BERNAMA

43 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

FIRST...
hai tak merasa nak dapat bonus raya kalau bulan oktober baru nak umum, itu pun belum tentu ada ke tidak. Yang pasti sekarang, bayaran untuk kontraktor byk yg sangkut kerana x ada duit.

Tanpa Nama berkata...

SECOND..
yang penting ada BONUS..

Tanpa Nama berkata...

GANGSA...,najib mesti bg punya..

Tanpa Nama berkata...

Bagi aje sama rata 3 -4 bulan bonus utk semua PA ! Patut bagi utk mengambil hati 1.4 juta PA semula yg dah merajuk ni

sixpenditagila berkata...

ksn dah dapat gelaran TAN SRI , jadi banyak la yang nak di ampunya .

Cikos berkata...

sangat tidak bersetuju pemberian bonus mengikut bulan, kerana lebih menguntungkan orang yang berpendapatan tinggi. selaraskan bonus semua gred mendapat bonus antara Rm1000 - Rm1500

Tanpa Nama berkata...

Kpi dah tercapai yg sekrg target melepasi kpi tersebut insyaallah.....

Tanpa Nama berkata...

wahai PA semua....ni nasihat aku untuk ko org semua.mm..jgn terlalu mengharap nnti kecewa kalau ape yg diharap xmenjadi....contoh dah ader....jadi brhenti la berharap ok......

Tanpa Nama berkata...

macam ni,kita bagi 2bln bonus,hari tu kan saya dah bagi januari.Jadi tinggallah sebulan lagi,don't say anything!

Tanpa Nama berkata...

Macam mana nak beli rumah,dah lebih 30 tahun kerja umur sudah tua dan dekat nak pencen pun ,gaji ada ler 3 ribu lebih sikit.Nak tunggu gaji maksimum transformasi memang tidak ada harapan pun.Nak naik pangkat dengan gaji yang tak berapa sen,tak harap pun sangat sebab nampak sangat Jabatan atau agensi tidak adil atas alasan ada kengkangan.Jawabnya kena sampai umur 60 tahun ler atau kerja sampai mati.Begini ler nasib kumpulan sokongan.Orang itu cakap lebih jer nak bela nasib kumpulan kami.Tapi hakikatnya ada diskrimanasi JPA segenap segi.Yang untung tetap P&P ke atas,Cikgu,PTD dan gred tinggi ler.Pangkat naik,gaji naik ribu ribu.Golongan ini ler penghisap darah sebenarnya atau memanipulasi kedudukan untuk jaga perut sendiri.Orang politik lagi haprak semuanya..

Tanpa Nama berkata...

Dalam kelas, cikgu tadika tanya soalan, "Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi tinggal di atas pokok?"

Adik Mi angkat tangan dan jawab, "Kosong cikgu". "Kenapa kosong Mi?" tanya cikgu.

"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."

"Salah! Jawapannya tentulah 2 Mi, 3 tolak 1 sama dengan 2. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir".

Sehabis kelas, Cikgu belanja Adik Mat makan aiskrim. Adik Mi tetiba bertanya, "Cikgu, ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu style telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?"

Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mi. Cuba berlagak neutral cikgu menjawab, "Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu kot".

"Salah cikgu, yang pakai cincin kahwin laa yang dah kahwin. Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir"

Tanpa Nama berkata...

Dalam kelas, cikgu tadika tanya soalan, "Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi tinggal di atas pokok?"

Adik Mi angkat tangan dan jawab, "Kosong cikgu". "Kenapa kosong Mi?" tanya cikgu.

"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."

"Salah! Jawapannya tentulah 2 Mi, 3 tolak 1 sama dengan 2. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir".

Sehabis kelas, Cikgu belanja Adik Mat makan aiskrim. Adik Mi tetiba bertanya, "Cikgu, ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu style telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?"

Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mi. Cuba berlagak neutral cikgu menjawab, "Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu kot".

"Salah cikgu, yang pakai cincin kahwin laa yang dah kahwin. Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir"
?????????????????????????????????????

i like ice cream cornetto very sweety and delicious nyam nyam nyam nyam nyam

Tanpa Nama berkata...

I like karipap basah very2 eeeemmmmm nyammm nyammmmm...

Tanpa Nama berkata...

Ada ke tak bonus raya thn ni yer..huhu..

Tanpa Nama berkata...

Mayat Tak Diterima Bumi Di Pahang

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.
Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut.

Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.

Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.

Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.

Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.
Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.
Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,

Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :
1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas – RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin – RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi – RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah – RM 0.50 sebungkus
Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.

Aku pun terkena...Hahahaha..

Tanpa Nama berkata...

Saya mencadangkan supaya pihak CUEPACS mengusulkan kepada PM jika ada rezeki pemberian bonus kepada penjawat awan untuk raya tahun ini tidak perlu mengikut gred. Selaraskan bonus semua gred mendapat bonus antara Rm1000 - Rm1500. Tidak perlu sebualn atau setengah bualan gaji. Saya rasa itu lebih flaksibel.

Tanpa Nama berkata...

Saya mencadangkan supaya pihak CUEPACS mengusulkan kepada PM jika ada rezeki pemberian bonus kepada penjawat awan untuk raya tahun ini tidak perlu mengikut gred. Selaraskan bonus semua gred mendapat bonus antara Rm1000 - Rm1500. Tidak perlu sebualn atau setengah bualan gaji. Saya rasa itu lebih flaksibel.

Tanpa Nama berkata...

Bagi la bonus untuk raya...kesian penjawat awam yang gaji rendah dan mempunyai anak yang ramai..duk fikir macaman nak berjimat lagi..kebanyakan barang naik harga termasuk ayam...

Tanpa Nama berkata...

Dah pilihan raya.. takda makna yer dah dgb bonus raya..

Tanpa Nama berkata...

Kalau kerajaan tak bg bonus, alamat kalah BN pru-14 nanti..hargai jasa 1.4 juta P.A..

Tanpa Nama berkata...

sangat tidak bersetuju pemberian bonus mengikut bulan, kerana lebih menguntungkan orang yang berpendapatan tinggi. selaraskan bonus semua gred mendapat bonus antara Rm1000 - Rm1500
_______________________________________________

saya sgt999x stuju...
contoh
1/ x52 - RM7,774
2/ x27 - RM 2,300
tu belum tunjuk R1...
shian wooo...jauh beza...

Tanpa Nama berkata...

Dapat bonus setengah bulan gaji....dpt lagi BR1M2.0.... waoooooh..... meletop sakan raye ler ni tahun..ini kalilah! TUKAR keta baru! Kan keta pun turun harga tapi bunga tinggi..hahahahhahaa.....

Tanpa Nama berkata...

yg gred 17 ke bawah x payah lh ckp n ulas banyak2 kat cni.. diaorg x layan pun.

Tanpa Nama berkata...

harap2 ada la bonus raya... dpt 1/2 bulan jadik la....

Tanpa Nama berkata...

BERITA TERKINI

Semua PA akan menerima saguhati wang raya rm1000 minima n 1/2 bulan gaji pd 1.8.2013

Dharap semua PA diseluruh Malaysia dpt meredakan kegelisahan n tambahkan senyuman sbb peniaga2 baju2 raya n kuih2 raya langsir n perabot2 akan tersenyum lebar dgn berita ini...

Tanpa Nama berkata...

Ye leer tuuu...mane malaysia nk ambik duit byk2...nk hutang lg keeerrr?syukurlah dh dpt kgt awl..jgn hrp lebih2..

Tanpa Nama berkata...

Yg bagi berita terkini ni betul ke?????... :tak elok menipu bulan2 posa ni...

Tanpa Nama berkata...

Berita terkini: bonus akan dibayar 1 1/2 bulan, tetapi bayaran di bayar 2 kali, semasa perayaan aidilfitri dan seisi naik sekolah tahun depan..harap maklum.. dr PTD PRIHATIN..

Tanpa Nama berkata...

Betullllll pak.... tipu dapat ape pak? Dapat dosa kan.... hahhhh tahupun.... pengumuman bonus tsbt akan di umumkan oleh PM kita yg kita sayangi n dikasihi slps pilihanraya kecil Kuala Besut pd 24.7.2013 bila BN menang besar pd waktu tsbt n ke esokan harinya PM akan umumkan duit raya utk PA n dibyr pd 1.8.2013. Sama2lah kita berdoa agar kerusi Kuala Besut dipertahan oleh BN n menang dgn majoriti lebih besar. Kalau menang besar silap2 minima rm1500 atau 1bulan gaji. Apa2pun minima rm1000 n 1/2 bulan gaji itu sudah ddlm tgn. Bersabarlah yerrrr 1.8.2013 ni pejam celik pejam celik sat aje dah tiba....

Dari JUSA A yg perihatin yg bakal mjd YB pd PRU 14

Tanpa Nama berkata...

sedap la org gred atas bayar ikot bulan..yg bawah ni jgak dpat laa 500..patotnya bagi la secara adil..xpon bior yg gaji besau dapat 500 yg gred bawah dapat 1000..

Tanpa Nama berkata...

janji sbb nk menang pilihanraya besut..sama mcm jnji nk trunkn hrga kreta masa nk menang pru aritu

Tanpa Nama berkata...

Klu bnr bgai d kata Alhamdulillah..apapun ini msh d kira rumors..mlainkn dh bkti kukuh..

P/s : msh mghrp agar ada bonus raya dr PM..

Tanpa Nama berkata...

sedap la org gred atas bayar ikot bulan..yg bawah ni jgak dpat laa 500..patotnya bagi la secara adil..xpon bior yg gaji besau dapat 500 yg gred bawah dapat 1000..
Jumaat, Julai 12, 2013 11:49:00 PTG

Padan muka kau, dulu suruh berlajar malas, lembab, hisap rokok, main perempuan, hidu gam-ganja, tengok aku gred N48-pegawai tadbir kalau dpt bonus RM 3 ribu, gaji aku skg RM 6 ribu,, barulah boleh pakai mercedes, bmw, audi, rumah banglo RM 1-2 juta, bini umur 25 tahun, bini muda baik punya, bergetah, makwe umur 24 tahun, meleleh air liur, kad kredit RM 100 ribu, melancong ke euro, bali, us, uk dsbnya, sarapan pagi di hotel 5 star, karaoke kat paraside, blues wave,, delexu johor bahru, kau ada..!!! memekak jea kau nie, jgn bagi muka kat PA golongan bawahan, mereka semua nie pejcaicai angkat najis, kotor-buruk keadaannya, geli betul..!!!

Tanpa Nama berkata...

Hrp saudara xbrpuasa hr ni..Alhamdulillah wlupun pgkt sya lbh tgi dr saudara..tp sya xbongkak mcm saudara..sya doakn tiada lg knaikn pgkt utk saudara..doa ini utk kbaikn saudara sbnrnya..klu 48 pun dah meroyan mcm nih..naik 52 rsnya jd gila terus..dh gila nnti duit byk pun xde guna sedara..hehe..

Tanpa Nama berkata...

Betul......betul......betul.......

Tanpa Nama berkata...

Betul tu....tp mcm xcaya ada jgk pegawai tinggi yg boleh mengungkapkan kata2 spt itu. stress kot dgn org bawah. cian dia.
Pendapat saya, kakitangan sokongan jgn pandang serong dgn keputusan kerajaan wlupun kami bergaji tinggi, kami telah berkorban dr bangku sekolah hingga ke universiti. di tambah lg jika kami berhutang untuk belajar. Susah payah mak ayah menanggung kami belajar...giliran kami membalas pengorbanan mereka dan menjadi contoh kepada generasi akan datang.

Tanpa Nama berkata...

Kalau minima rm1000 @ 1/2 bulan gaji mmg kurang adil. Sebab apa, yg gaji rendah seronoklah gaji bulan tu dapat berdouble2. BR1M pn dapat. Kami ni, BR1M pn x layak, bonus raya lebih kurang je. Mmg x adil. Mesti ramai penjawat awam gred bawah yg x setuju dgn apa yg sy katakan ni.

Kalau nak bonus besar, gaji besar senang je. Sambung belajar. X lah nak sakitkan hati org gred tinggi sama nilai bonus dengan anda. Fikirlah. Apa yg x adilnya kalau ikut bulan? Bg sy lebih tak adil jika disama ratakan nilai bonus tu.

Tanpa Nama berkata...

Bagi laa brp pun..klu bg saya..sya xkisah asalkn ada imbuhan bulih buat mmampung sikit sbyk blanja raya..itu sdh cukup memadai..

Tanpa Nama berkata...

Betulllll tu aku sokong... aku j48 n bini2 aku dg52 n dg48 n dg44 sbb aku ada 3 bini. Rugi ler kalau di byr sama rata. Bagi aku byr ikut bulan itu lebih adil n seadil2nya. Kalau dibayar 2bulan bonus fuyoooooooo usahkan kata nak tukar perabot baru.. aku nak tambah bini baru lg satu bg cukup kuota pun boleh ni.... heheeeeee

Tanpa Nama berkata...

Cmon la pak najib... kengkawan swasta bonus 5-6 bln ... PA dpt sebulan jadilah

Tanpa Nama berkata...

Bonus macam biasa.. lepas pru 12 PA tk waras asyik nk bonus aje.. dekat pru 13 PA patut dihargai dgn bonus.. Jadi kalau mimpi nk bonus tunggu 4 tahun lagi dekat pru 14.. Melayu mudah lupa

Tanpa Nama berkata...

mintak bersabo semue....
PENGUMUMAN BONUS AKAN DILAKUKAN SELEPAS PILIHANRAYA KECIL KUALA BESUT. kalu xde.. tu paham2 jerlah.

sekarang seme jentera sedang dikerahkan ke kuala besut sempena sambutan ramadhan disane... meriah sungguh kuala besut... harga barang disaner terkawal

jadikkan bulan ramadhan memohon keberkatan dan rahmat...

coretan_kencana berkata...

mudah2n keberkatan bulan Ramadhan ni diumumkan pembayaran bonus sebelum raya... berapa pun asalkan ada syukur alhamdulillah..