SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

19 Ogos 2013

NAJIB PERTAHAN AIRASIA, BANYAK SUMBANG KEUNTUNGAN KEPADA NEGARA

Malaysia Insider
OLEH MD IZWAN
August 19, 2013
Latest Update: August 19, 2013 05:08 pm
PM mempertahankan AirAsia kerana banyak beri sumbangan kepada negara di sidang akhbar di Kementerian Kewangan. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 19 Ogos, 2013.PM mempertahankan AirAsia kerana banyak beri sumbangan kepada negara di sidang akhbar di Kementerian Kewangan. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 19 Ogos, 2013.























Datuk Seri Najib Razak mempertahankan syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia yang diberi tekanan oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dan badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), serta menegaskan tiada sekatan dikenakan kepada penjawat awam atau rakyat Malaysia untuk menggunakannya. Perdana Menteri berkata, AirAsia juga penyumbang keuntungan kepada negara dan tindakan untuk memboikotnya bukan sesuatu yang digalakkan. "Kita tidak boleh sekat kakitangan awam guna AirAsia."AirAsia pun syarikat orang Malaysia dan milik rakyat Malaysia, sebahagian besar di mana keuntungan AirAsia juga keuntungan kepada negara kita," kata Najib dalam sidang media di Kementerian Kewangan apabila ditanya mengenai kakitangan awam yang menggunakan AirAsia tetapi tidak memilih syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS).

Kontroversi perbalahan antara AirAsia tercetus selepas ketua pegawai eksekutif anak syarikatnya, AirAsiaX, Azran Osman Rani dilaporkan meluahkan rasa jengkelnya terhadap isu perkauman yang dimainkan editor akhbar tersebut.Beliau dilaporkan turut mengkritik Perkasa sebagai pertubuhan tidak relevan yang menyebabkan orang Melayu berfikiran sempit.Utusan Malaysia juga menegaskan tidak akan menyiarkan sebarang iklan syarikat tersebut sehingga Azran meminta maaf kepada mereka.

Selain itu, Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman dan dua lagi pertubuhan menyertai panggilan untuk memboikot AirAsia dan AirAsia X, selain menyaran menggunakan Malaysia Airlines (MAS) dan anak syarikatnya Firefly semasa cuti sekolah dua minggu.Beberapa kumpulan turut dilaporkan memberi alasan sama untuk menyokong kempen boikot AirAsia seperti Kesatuan Pegawai Eksekutif (Kepak) dan Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), lapor akhbar tersebut.

Untuk menyokong dakwaan mereka terhadap perkhidmatan pesawat tambang murah itu, Utusan turut melaporkan di muka hadapan tentang seorang lelaki mengadu syarikat penerbangan itu enggan menerbangkan mayat arwah ibunya dari Jogjakarta ke Kuala Lumpur walaupun beliau telah membeli tiket sebelum ini. AirAsia mengatakan mereka tidak mempunyai lesen untuk menerbangkan mayat.

Sebagai respon, akhbar Utusan telah memainkan komen-komen dari pemimpin Perkasa, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan aktivis pro Umno yang menyelar Azran, mengatakan beliau angkuh dan Melayu lupa daratan.- 19 Ogos, 2013. 

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AKU LA FIRST KALI NEH


RGDS,
ZACK...HAHAHA

Kekasih berkata...

Saya sokong sepenuhnya Air Asia.

Tanpa Nama berkata...

ke 3 pun oklah heheheh...isu ape ni...emmmm tak bes...hidup BN

Tanpa Nama berkata...

SAYA LEBIH SETUJU PERTAHANKAN MAS..TETAPI DALAM MASA YANG SAMA TIDAK SALAH PERKHIDMATAN AWAM MENGGUNAKAN KEDUA-DUA AGENSI PENERBANGAN SAMA ADA MAS MAHUPUN AIR ASIA....KEKUATAN MARKETING DAN STRATEGI PERNIAGAAN ADALAH BERGANTUNG KEBIJAKSANAAN LEMBAGA PENGARAH DLM SYARIKAT KEDUA-DUANYA...MAS KENA BELAJAR KEKUATAN DAN PENGARUH AIR ASIA...DAH NAMANYA PERNIAGAAN..PERLU BIJAK BERSAING DAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN YG SESUAI..TIDAK BOLEH BERGANTUNG PADA PENGARUH KERAJAAN SEMATA-MATA....BIJAK BERNIAGA..MACAM AIR ASIA..AGAR MAS BOLEH MAJU KEDEPAN...PENGURUSAN AIR AISA MEMANG TERBAIK...BIJAK MENGGUNAKAN PENDEKATAN DAN PELUANG...SEBAB TU KEUNTUNGAN SEMANGKIN MENINGAT...ANDAI MAS DISWASTAKAN SY TIDAK HAIRAN ANDAI SAHAM-SAHAM MAS DIBELI OLEH AIR ASIA..MAYBE MAS BOLEH DIMILIKI OLEH AIR ASIA...(setakat pandangan je)

"LU MENIAGA GUA PUN MENIAGA...SIAPA PANDAI MENIAGA DIA UNTUNG LAAH...LU RUGI APE MAU CAKAP MANYAK"

Tanpa Nama berkata...

melayu pun tak boleh tolong..ramai jadi penganggur...mak,ayah.adik beradik,menantu saudara,kaum kerabat pun dapat kerja kerajaan sebab pakai kebal,ketua nye ayah pasang kebal..cuba fikir..bila nak tolong org lain klu benda mcm nie berlaku sekarang..betul bro, kami sokong 100%, perkara ini berlaku bagi kerajaan negeri spt johor, kedah , di mana pegawai-pegawai tadbir yg dilantik berdasarkan kaum-kerabat, anak beranak, saudara-mara dan kroni, di mana sekiranya bapak berpangkat besar anaknya akan menjawat jawatan di dalam kerajaan negeri, khususnya pegawai tadbir negeri, manakala anak-anak org kebanyakkan dinafikan haknya walaupun mempunyai kelulusan yg baik, begitu kakitangan golongan bawahan yg mempunyai kelulusan ijazah dan master serta mempunyai pengalaman belasan tahun dinafikan untuk menjawat tersebut malah temuduga tersebut hanya syarat saja untuk menutup mata kakitangan tersebut, perlantikan berdasarkan kroni itulah menyebabkab kerajaan negeri mengalami defesit kewangan negeri, kebanyakkan mereka yg dilantik tiada mempunyai pengalaman kerja yg luas, lemah daya permikiran, berfikiran masih kebudak-budakan, kurang matang, tidak hersungguh-sungguh,serta ilmu yg kurang dalam sesuatu jabatan, rasuah, emosional, tidak menjaga kebajikan perkerja bawahannya, berkepentingan, tiada moral dan rosak akhlak serta akhir sekali kurang ilmu agama, sebab itulah kami tidak berapa berminat menyokong kerajaan sedia ada, insya'Allah PRU-14 nanti johor dan kedah nanti akan jatuh ke tangan PR..

Tanpa Nama berkata...

Di dalam organisasi anda berapa ramaikah yg berpendapatan tinggi bermaksud gaji melebihi RM 7,000, itulah yg dikatakan berpendapatan tinggi, adakah rakyat akan dpt mencapai berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, kenaikan harga barangan kini telah membebankan seluruh rakyat malaysia kecuali mereka yg berpendapatan tinggi seta berpendapatan serderhana tinggi. Kenaikan harga barang kini naik sehari demi sehari, barangan keperluan spt beras, gula, susu tin, susu bayi, bawang besar dan kecil, ikan, daging, telur, susu tepung, tepung gandum, serbuk kopi-teh, majerin, gas dapur, minyak masak, dan paling teruk kenaikan harga ayam, ini adalah keperluan rutin harian yg diperlukan oleh seisi keluarga untuk keseimbangan kesihatan, kalau sesiapa nak boikot, dia boikotlah seorang diri , tak masuk akal, tak payah isi gula minum kopi-teh, tak payah isi santan masak rendang .. itu belum lagi keperluan harian untuk berkerja spt minyak kereta-motor, tol, bayaran parking kereta, rumah kediaman,kenderaan kereta-motor,keperluan pakaian dsbnya.. Begitu juga dengan kenaikan harga kereta nasional spt myve, pesona, inspira, preve, viva, Bagi perjawatan Turus, Jusa, Gred 41-54, PM, TPM, YB, Menteri, bagi mereka tiada masalah kerana mereka tergolong di dalam yg berpendapatan tinggi, bagaimana pula mereka yg gred R3-32, berpendapatan rendah serta rakyat jelata yg bertungkus-lumus menampung keluarga yg sekian hari harga barangan keperluan semakin naik, tiada turunya, jadi fikir-fikirkanlah.. inilah natijahnya jikalau urus tadbir negara, negeri tidak di urus dengan cara yang berlandaskan Al-Quran dan sunnah SAW.

Tanpa Nama berkata...

MAS seharusnya belajar dengan air asia untuk menguruskan syarikat penerbangan. amat malang kepada MAS kerana sudah lama bertapak, tapi makin hari makin merudum & pernah bangkrap tapi mereka bernasib baik kerana diselamatkan oleh kerajaan. walhal air asia baru saja bertapak dalam industri, sudah terkenal dan membuat untung besar.

sebenarnya MAS boleh untung besar kalau takda keparat-keparat yang merompak hasil keuntungan MAS. lihat saja la beberapa tahun lepas ada isu beberapa orang pegawai MAS yang tiba-tiba "meletak jawatan" lepas kantoi mempunyai pendapatan bulanan sehingga mencecah ratusan ribu ringgit!

MAS juga harus belajar dari GLC lain seperti TM, TNB, petronas bagaimana untuk menguruskan syarikat dengan betul tanpa perlu bergantung sangat dengan kerajaan.

jika tidak, elok tutup saja syarikat ini ataupun gantikan kesemua ahli lembaga pengarahnya dengan mereka yang benar-benar berjiwa korporat, bukan berjiwa keparat!