SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

02 Oktober 2014

28 PEMBANTU MAKMAL IPTA TERIMA SIJIL BRIDGING PROGRAM

Utusan Malaysia
1/10/2014

Sebahagian daripada 28 Pembantu makmal yang menamatkan pengajian selama setahun setengah dalam majlis Graduasi Bridging Program di Tanjung Malim, baru-baru ini.

TANJUNG MALIM 30 Sept. - Sebanyak 28 pembantu makmal institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang menamatkan kursus selama setahun setengah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima sijil sempena majlis Graduasi Bridging Program di Dewan Auditorium Utama UPSI di sini baru-baru ini. Mereka menamatkan kursus empat semester dengan mengikuti kelas pada setiap hujung minggu sepanjang tempoh ditetapkan itu. Kursus berkenaan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran berkaitan sains dan kemanusiaan.

Graduan terdiri daripada kumpulan pembantu makmal kakitangan UPSI, Fakulti Sains dan Teknologi (Fizik, Kimia, Biologi) dan Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan. Fakulti Sains dan Matematik serta Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan mengendalikan peralatan berteknologi tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran di UPSI bagi memastikan bakal guru yang mempunyai pengetahuan tentang teknologi terbaharu.Majlis dirasmikan Pro-Canselor UPSI, Tan Sri Yahaya Ibrahim.Sementara itu, dalam majlis sama, UPSI turut mengurniakan Anugerah Khas Pembelajaran Sepanjang Hayat kepada bekas Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja. Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Bridging Program adalah satu konsep pembelajaran sepanjang hayat dalam mentransformasikan pengajian tinggi untuk kelestarian hari esok.Program itu mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan dan pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada 2007.

Kehadiran bekas Presiden CUEPACS dalam majlis konvokesyen itu memberikan semangat kepada pembantu makmal IPTA tentang perjuangan untuk skim gred mereka dinaikkan kepada Penolong Pegawai Sains yang masih belum selesai. Majlis tersebut turut dihadiri oleh semua wakil IPTA dan Majlis Gabungan Penolong Pegawai Sains (Gajum) serta Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal.

Tiada ulasan: