SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

05 Oktober 2014

PERKENAL SISTEM PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT

Utusan Malaysia
4/10/2014




MOHD. Zaman Khan (dua dari kiri) memberi pandangan mengenai kebocoran soalan UPSR sambil diperhatikan oleh Mohd. Ali Hasan (tiga dari kanan), Mohd. Sharman Jaes (dua dari kanan) dan Mohamed Yusoff Mohd. Nor (kanan) pada program Bicara Persada mengenai Kebocoran Soalan UPSR:Manifestasi Apa Sebenarnya?, di UKM Bangi, Selangor, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR
KUALA LUMPUR 3 Okt. - Ibu bapa, guru serta murid-murid perlu didedahkan dengan kepentingan sistem pendidikan sepanjang hayat agar mereka tidak terlalu tertumpu kepada pencapaian akademik bagi mengelakkan insiden kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) daripada berulang.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohd. Ali Hasan berkata, hal demikian kerana sistem pendidikan UPSR sekarang yang terlalu menumpukan kepada pencapaian peperiksaan akhir tahun telah memberi tekanan kepada ibu bapa dan guru-guru.Beliau berkata, sistem pendidikan yang terlalu fokus untuk mendapat banyak A menyebabkan pembangunan dalam elemen pendidikan lain tidak dapat dilakukan dengan setimpal sehingga membawa kepada perkara-perkara negatif untuk pembangunan sosial negara.
"Saya mencadangkan jika boleh 60 peratus penilaian dalam UPSR berdasarkan peperiksaan akhir tahun, manakala 40 peratus lagi ditentukan dalam ujian dan aktiviti di sekolah masing-masing."Kita perlu transformasikan sistem penilaian peperiksaan bukan sahaja tertumpu kepada bidang akademik tetapi juga dalam bidang lain yang juga amat penting seperti kokurikulum, sukan dan kepimpinan," katanya.Beliau berkata demikian dalam Bicara Persada bertajuk Kebocoran Soalan UPSR: Manifestasi Apa Sebenarnya?, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi dekat sini hari ini.

Antara ahli panel yang mengambil bahagian ialah Pengerusi Biro Integriti Majlis Perundingan Melayu, Tan Sri Mohd. Zaman Khan; Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Shaman Jaes dan Pensyarah Fakulti Pendidikan UKM, Dr. Mohamed Yusoff Mohd. Nor.Sementara itu, Mohamed Yusoff berkata, peperiksaan UPSR perlu diberi nilai tambah agar murid tidak terlalu didedahkan dengan budaya mengejar A.
"Negara kita seharusnya mempunyai satu sistem pendidikan yang membolehkan guru-guru mengukur perkembangan, potensi dan pencapaian sebenar murid-murid yang bukan berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata."Ini kerana sistem peperiksaan sedia ada sudah baik cuma perlu tambah baik dengan meningkatkan integriti dalam pembinaan dan pengurusan kertas soalan serta mereka yang mengendalikan peperiksaan itu," jelasnya.Dalam pada itu, Mohd. Zaman berkata, budaya integriti perlu disemai dalam sistem pendidikan untuk memastikan perkara kebocoran soalan UPSR tidak berulang.
"Jika tiada budaya integriti maka mereka akan mudah melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang," jelasnya

2 ulasan:

mat legasi berkata...

Apa pandangan wakil Cuepacs di dalam Program Bicara Persada ini?

Bagi saya banyak faktor perlu diambilkira ...

adakah keghairahan guru-guru memburu kecemerlangan pelajar sambil beriltizam untuk mendapat ganjaran Kementerian Pendidikan yakni hasil kejayaan sekolah dan pelajar menyebabkan mereka terdedah kepada longgokan soalan-soalan yang dikatakan bocor?

apakah ketirisan ini bermula daripada guru atau ibubapa yang gelojoh dan cuba memintas jalan cepat meraih kejayaan pelajar, anak dan sekolah mereka?

sistem latihtubi akademik menjelang peperiksaan di sekolah perlu diubah. Latihtubi ini terdedah kepada virus soalan bocor!

kerajaan patut juga pantau kelas tusyen yang kebanyakan share holder dan tenaga pengajarnya adalah guru.

mohon maaf. ini pandangan saya. sila betulkan saya jika saya tersilap.

Budak Gemok [dot] com berkata...

saya sokong program ni

** Tonton Movie/Drama dengan Percuma secara online **