SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

11 Oktober 2014

BAJET 2015, MENSEJAHTERAKAN GOLONGAN PEKERJA TERMASUK PENJAWAT AWAM

Bernama
10/10/2014



KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Hasrat kerajaan untuk memperluas program MyBrain 15 kepada penjawat awam dan kakitangan badan berkanun yang ingin melanjutkan pengajian secara separuh masa di institusi pengajian tinggi tempatan dilihat membantu mempertingkat produktiviti mereka dalam perkhidmatan.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda berkata cadangan itu adalah langkah terbaik kerajaan kerana dapat memberi peluang kepada penjawat awam untuk sentiasa menaik taraf diri mereka.

"Manakala had kelayakan minimum pinjaman perumahan dinaikkan daripada RM80,000 kepada RM120,000 dan had kelayakan maksimum yang dinaikkan daripada RM450,000 kepada RM600,000 menunjukkan kerajaan masih prihatin terhadap penjawat awam walaupun elaun perumahan tidak dinaikkan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mengulas pemberian bonus setengah bulan gaji atau bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam, Azih berkata Cuepacs agak terkilan kerana harapan untuk mendapat bonus dua bulan tidak tercapai dan pemberian bonus setengah bulan gaji tidak memadai bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau bayaran minimum RM500 dan meningkatkan had kelayakan minimum dan maksimum pinjaman perumahan serta memansuhkan wang proses pinjaman perumahan dalam Bajet 2015 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia Datuk Shamsuddin Bardan berkata pengumuman kerajaan untuk mengkaji semula Akta Kerja 1955 dan Akta Perburuhan berkaitan adalah sesuai dengan peredaran masa agar majikan mempunyai fleksibiliti dalam pengurusan sumber manusia.

"Ini merupakan saranan MEF sejak dahulu kerana akta yang sedia ada lebih memenuhi keperluan pada era 50-an dan 60-an yang menjurus kepada bidang pertanian dan perladangan.

Sekarang negara kita berpaksikan ekonomi, perkhidmatan dan berinovatifkan modal insan. Jadi penggubalan akta ini pasti dapat meningkatkan mutu pekerja dan majikan sekali gus memastikan kebajikan pekerja terbela," katanya.

Beliau juga berkata pengumuman berkaitan mengoptimumkan kapasiti latihan syif berganda bagi program sepenuh masa adalah cadangan terbaik kerajaan untuk melahirkan pekerja mahir menjelang 2020 seperti disasar.

Dalam Bajet 2015, kerajaan turut mengumumkan akan mempertingkat program di institusi latihan kemahiran Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang membabitkan lepasan Sijil Kemahiran Malaysia, graduan universiti dan kolej serta pekerja industri, terutama pekerja separuh mahir.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Khalid Atan pula menyifatkan Bajet 2015 sebagai menjaga dan mengambil kira kebajikan semua golongan masyarakat, termasuk pekerja.

Beliau berkata Sistem Insurans Pekerjaan yang diperkenal adalah tindakan wajar kerajaan bagi membantu golongan pekerja terutama melalui pemberian bantuan saraan sementara serta latihan semula dan mempertingkat kemahiran.

Khalid bagaimanapun meminta kerajaan memberi penjelasan lanjut berkaitan penggubalan Akta Kerja 1955 dan berharap ia memberi impak positif kepada pekerja.

Bagi membantu golongan pekerja yang diberhentikan, Najib turut mengumumkan Sistem Insurans Pekerjaan dan peluang latihan semula dalam Bajet 2015.

-- BERNAMA

20 ulasan:

aaron4181 berkata...

Hmmm...ye la..
Apa2 saja la labu..baik pada perkhabaran tp hakikatnya...hmmm tuhan je yg tahu..

Colour Eden berkata...

How To Buy Your New Car

Colour Eden berkata...

Cara Menjimatkan Penggunaan Minyak Petrol Kereta

John Labu berkata...

realitinya..tiada siapa ikut cakap orang yg lemah..begitu jg dgn cuepacs..ia badan yg sgt lemah..apapun yg dituntut..tidak akn ditunaikan..kerana cuepacs sebuah badan yg amat lemah..itulah realitinya.

FIRE berkata...

Apa cerita tuntutan elaun perumahan dinaikkan dan penambah baikkan baki skim??

The brain freezer berkata...

Harga beli rumah dinaikkan tapi bolehkah kita bayar ansuran?

art g'man berkata...

PA yang sedia ada master tak diiktirafpun! Gaji tak dinaikkan. Bagi kat gred lantikkan. Apa maknanya. Belakonkah kamu? Nak naik taraf apa....? Cukup-cukuplah beretorik...

art g'man berkata...

PA yang sedia ada master tak diiktirafpun! Gaji tak dinaikkan. Bagi kat gred lantikkan. Apa maknanya. Belakonkah kamu? Nak naik taraf apa....? Cukup-cukuplah beretorik...

Asraff Asraff berkata...


IPOH 18 Ogos - Kerajaan sedang melakukan semakan penambahbaikan 171 skim perkhidmatan kakitangan awam dan keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan pada pembentangan Bajet 2015, Oktober ini.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Azih Muda berkata, ia melibatkan kelayakan masuk ke sektor awam bermula daripada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga ke peringkat ijazah.. Katanya, setakat ini, kerajaan selesai melakukan kajian semula terhadap 81 skim.

"Harapan kita agar skim ini bukan sahaja diumumkan pada pembentangan Bajet 2015, malah tidak akan berlaku seperti sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang lalu, walaupun diluluskan kerajaan namun dibatalkan selepas banyak pihak tidak setuju."Oleh itu, semakan semula kali ini diharap memberi kepuasan kepada semua pihak dan semakan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang kini berada di peringkat akhir dilihat menunjukkan tanda positif," katanya. 

Ini lah janji..aku x akan lupa...janji tinggal janji...

Asraff Asraff berkata...

Boleh..bg golongan yg duit bnyak..cam menteri..sbb depa dah naik jusa c..kita dengar dan tengok je ok..nk buat sory x ada masa nk layan..

Asraff Asraff berkata...

Betul3x...klu x lemah mana ada cakap sembang gah tp bila sampai masa snyap...lpas tu bila ada yg kena bidas skit tkut nampak suport satu dua kerja ok balik..tu dia la cuepc..

DINISH PS berkata...

Kaji kaji kaji kaji sampai semua yang senior pencen. Kita tetap tanggung impak kenaikan harga. tak ada yang kesan seta merta untuk atasi beban ini.

DINISH PS berkata...

we public and public servants as well as private sector workers going to face hard time due to price hike. Good luck to all MP . Your pay or elaun rise ease your financial burdens due to petrol price hike.

zulkifflee mdzain berkata...

Bodek kuat presidrn ceupacs ni..tukar pimpinan ceupacs

Adam berkata...

Kesihan benor PA. Janji...janji...janji....terus janji tak ditepati.Ha..ha...ha...Macam kami Penjawat Kerja Sendiri peduli apa...!

MANA JANJIMU NAJIB...?
1. Guru-guru yang ada Ijazah diumumkan dilantik ke DG42 bulan Julai lalu...? Mana...?
2. Guru yang ada master dan PHD akan diberi kenaikan gaji....Mana...?
3. Elaun Rumah PA janji konon dah diluluskan, tapi mana...?

MANA JANJIMU MAHYUDDIN...?
1. Mengurangkan beban tugas guru...mana...? Habuk tak dak...

Janji harga minyak naik, tapi dua kali naik dalam tempuh setahun.

Mana janju wahai omno janji tidak ditepati....!!!!!

Rubber berkata...

rakyat, penjawat awam d dahulukan dgn kesusahan

musimpanas berkata...

Rumusan bajet 2015 hanyalah satu sahaja yg aku nampak. Kerajaan menggalakkan rakyat berhutang. Bajet paling teruk pernah aku dengar. Aku xtau la sapa yg sokong bajet tu spt dalam TV kata. Hakikatnya aku xjumpa seorang pon yg memuji bajet 2015.

Zulkifli bin Osman berkata...

Apa yg ditambahbaik tu. Cer datuk presiden cita sikit.

Penyaram Bae berkata...

Elaun rumah x naik ,tp hrga rmh diturunkn.itu hnya utk pnjwt awam yg diam di bandar.tp bkn bg pjwt awam yg berada di luar bndr. Terima kasih boss sbb xnaikkn elaun rmh. Bajet yg msejahterakn pjwt awam di bndr shja. Bkn yg di luar bndr.

Budak Gemok [dot] com berkata...

bersama-sama kita berdoa agar satu masa nanti permintaan cuepacs akan dilaksanakan.

** Tonton Movie/Drama dengan Percuma secara online **