SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

13 Oktober 2014

PENJAWAT AWAM SAMBUT DINGIN BAJET 2015: ISU STRUKTUR GAJI TIDAK DIKAJI

 Malaysia Insider
OLEH SHERIDAN MAHAVERA
Published: 12 October 2014

Bajet 2015 mengumumkan bonus separuh bulan untuk penjawat awam tetapi tiada semakan struktur gaji mereka. – Gambar The Malaysian Insider, 12 Oktober, 2014.


Bajet 2015 mengumumkan bonus separuh bulan untuk penjawat awam tetapi tiada semakan struktur gaji mereka. – Gambar The Malaysian Insider, 12 Oktober, 2014.
Kumpulan mewakili kesatuan penjawat awam, Cuepacs menyambut dingin pembentangan Bajet 2015 walaupun bonus diberi dan pinjaman perumahan diperluaskan.
Isu pokok, skim struktur gaji tidak disentuh sepenuhnya dalam bajet dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat lepas.
Cuepacs mewakili 70% daripada 1.5 juta penjawat awam berkata banyak permintaan mereka bagi bantuan perumahan dan kenaikan gaji tidak dipenuhi kerajaan.

Walaupun mengalu-alukan langkah seperti memperbaiki kuarters polis dan kakitangan perubatan, kebanyakan penjawat awam lebih berharap bantuan berdepan dengan kenaikan kos sara hidup mereka. "Banyak yang kami minta tidak dipenuhi," kata presiden Cuepacs, Azih Muda kepada The Malaysian Insider.
Permintaan mereka adalah supaya tempoh pembayaran pinjaman perumahan mereka dipanjangkan.
Mereka juga meminta kenaikan elaun perumahan yang ketika ini hanya RM180 sebulan, kata Azih (gambar, kiri).
"Harga minyak baru sahaja naik dan kami berharap elaun perumahan juga naik untuk menghadapinya.
"Kami kecewa tidak mendapat kenaikan elaun perumahan. Kami merayu kepada kerajaan supaya menimbang permintaan kami untuk menaikkannya," kata beliau.
Di bawah Bajet 2015, kerajaan menaikkan kelayakan minimum bagi skim pinjaman perumahan kakitangan awam daripada RM80,000 kepada RM120,000 dan had kelayakan maksimum daripada RM450,000 kepada RM600,000.
Tambahan 5,380 unit rumah dibawah skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) juga akan dibina di Bukit Jalil, Sabah dan Kedah.
Pada masa sama, kerajaan berkata akan membelanjakan RM50 juta memperbaiki kuarters askar, polis, kakitangan perubatan dan guru seluruh negara.
Yang dialu-alukan dalam Bajet 2015 adalah inisiatif bonus separuh bulan untuk penjawat awam dengan bayaran minimum RM500 pada Januari. Manakala pesara akan mendapat bayaran istimewa sebanyak RM250.
Mengenai gaji, kerajaan berkata akan terus memperbaiki skim gaji perkhidmatan awam tetapi tidak akan ada semakan pada tahun depan.
Bagi Azih, pengumuman ini menyebabkan penjawat awam kecewa.
Majoriti penjawat awam - kira-kira 60% atau 630,000 diwakili Cuepacs - menerima gaji RM3,000 ke bawah sebulan.
Mereka terdiri daripada polis, askar, jururawat dan guru - yang membentuk majoriti dalam sektor penjawat awam.
Azih meragui kerajaan akan menunaikan janji menaikkan gaji melalui penambahbaikan dalam skim gaji perkhidmatan awam.
"Kerajaan berkata mereka hanya menambahbaik 81 daripada 252 skim. Tetapi daripada apa yang kami tahu, hanya enam daripada 81 itu sebenarnya dinaik taraf. Iaitu dalam bidang teknikal.
"Selebihnya (75 skim) tidak dinaik taraf atau tidak pernah ada kenaikan gaji."
Mengenai pemberian bonus setengah bulan, Azih berkata: "Kami sebenarnya meminta dua bulan". - 12 Oktober, 2014.

43 ulasan:

gb fiute berkata...

tahniah dgn pembemtangan baget tindasan ini...xpe penjawat awam akan membalas jasa baik Najib semasa PRU nanti...ternyata kesengsaraan dan keluhan
penjawat awam dipandang sepi...terima kasih najib...

Fozi berkata...

cuepacs dah xde makna....bubar je

azizil rahim berkata...

sudah la...gaji rm6500 naik sebab mereka ikat perut...yg bawah rm3000 ni ikat apa?ikat tali kat tiang pastu gantung leher..nk menyesal pun xguna dah

musimpanas berkata...

Bajet 2015 pada pandangan aku merupakan bajet menggalakkan rakyat berhutang. Bajet yg paling tidak berkualiti yg pernah aku dengar.

Pyanto berkata...

C'mon Ceupacs
Cucuk lebih lagi
Aku pun nak berenti la gov ni lepas habis kontrak taun depan. Nasib pekerja govmen ni mcm tak brape diendahkan. No point staying sbb takda perks n benefits yang mantap. Better take matters in ur own hands.

aaron4181 berkata...

Betul tu..rata2 penjawat awam bergaji di bawah aras rm3000..sa sendiri pun dah tak mampu tanggung kos hidup tinggi skrg.. dah la semua jabatan dikurang peruntukkannya..mcmna nak buat ot..bila buat kerja tp duit tggu ada bajet br dibyr..jadi nak dpt duit lebih..hmm..semua kena potong kos tp peringkat pentadbiran atasan berbelanja mcm duit rakyat tu bapa dia punya..maksud saya menteri2 semua..tak pernah pun rasa hidup susah..

sakura luncai berkata...

bajet 2015 adalah bajet kepala butuh .. puuuiiiiiihhh .....

zamri rahman berkata...

fikirkan bagaimana penjawat awam nak jelaskan tentang GST pada masyarakat jika penjawat awam sendiri yang tersepit dengan masalah kewangan.
Sekiranya Gaji dan Elaun penjawat awam dinaikkan,usaha untuk perjelas GST pada masyarakat tiada masalah.
Pihak tertentu wajib memikirkan perkara ini demi kebajikan penjawat awam yang tersepit masalah kewangan yang dihimpit oleh kenaikan harga barangan.
Justeru,ke mana kenaikan 30% yang diwar warkan.
Harap menjadi kenyataan

D'Palma Jeans berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
D'Palma Jeans berkata...

Elaun sewa rumah rm180... nak sewa reban ayam blh la rm180 sbln

cute berkata...

naik kan elaun tetap perumahan penjawat awam sebnyak RM 400 sebulan bagi gred kumpulan sokongan. kalau sewa bilik pun sekarang mana ada dapa sewa RM 180 sebulan. dan naikkanlah bantuan sara hidup sebanyak RM 500 sebulan untuk semua penjawat awam tanpa mengira gred jawatan.

cute berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
azrul nisham berkata...

Terima kasih najib bin rosmah..
tuggu ja lh PRU nnti...

azrul nisham berkata...

Btoi2... sokog sgt

azrul nisham berkata...

Btoi2...

HIRMAN LUKIN berkata...

"Kerajaan berkata mereka hanya menambahbaik 81 daripada 252 skim. Tetapi daripada apa yang kami tahu, hanya enam daripada 81 itu sebenarnya dinaik taraf. Iaitu dalam bidang teknikal.
"Selebihnya (75 skim) tidak dinaik taraf atau tidak pernah ada kenaikan gaji."(75 skim) ini hanya menerima perubahan nama dan gred jawatan saja..diharap Dato Presiden memperjuangkan hak 75 skim yang dimaksudkan.perjuangkan kenaikan elaun perumahan dan gaji penjawat awam... YB YB dapat kenaikan elaun dan gaji, kenapa tuntutan kita tidak ada langsung didalam bajet ..

Baharudin Baharom berkata...

tima kasih pm i love pm

abrashah berkata...

Tukar

abrashah berkata...

Tekad untuk tukar

abrashah berkata...

Tekad untuk tukar

syafiq roslan berkata...

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kena lagi...pas tu kena lagi..eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..tak serik-serik kena tipu dgn BN...Tipah kena tipu lagi...

Adam berkata...

PA memang nekad TUKAR kerajaan dalam PRU ke-14. Jangan fikir lagi. PA terus dibohongi sepanjang hayat....puuiiiinnngggggg.....!!!!!

John Labu berkata...

kena tipu selamanya,,,,,

koko pie berkata...

Tipah tertipu lg bang...

koko pie berkata...

Gadai barang kemas nk bg cukup untk ank2,mngadap LA dpn TV ingt bget thn ni ada la jgk knaikan gji ...tp hampeh....aiii....kalau stakat mkn kangkong free xpyh dok ckp la rm2 bang najib aiii,ekonomi LA bkn mcm dlu.....

redna59 berkata...

kata nah menambahbaik 171 daripada 252 skim. Tetapi kami rakan-rakan di jabatan kesihatan berasa hampa perkara ini tidak disentuh langsung. Apa yang anggota kerajaan minta adalah janji mesti dikota. walaupun begitu kami tetap akan menunaikan kewajipan dengan penuh tanggungjawab seperti biasa.Harap-haraplah kerajaan akan mengumumkan berita baik sebelum akhir tahun ini.

mazlan nor berkata...

Presiden dan barisan kepimpinan tidak tegas dlm perjuangkan nasib pekerja..tak mcm presiden yg lama..kalau rasa org tak layan..terus direct pegi jumpa nga PM...kemukakan apa yg tak pias hati.yg skrg nmpk slow...mcm syok sendiri jer...maaf ckp yer presiden...

gb fiute berkata...

ramai penjawat awam sudah bertekad untuk TUKAR apa yg patut di TUKAR....terima kasih PM Najib kerana memandang kami umpama melukut di tepi gantang...

gb fiute berkata...

ramai penjawat awam sudah bertekad untuk TUKAR apa yg patut di TUKAR....terima kasih PM Najib kerana memandang kami umpama melukut di tepi gantang...

SORIA AHMAT berkata...

Budget yang banyak udang disebalik mee.

blog sekolah berkata...

Dari kesimpulan ulasan semua saya baca, harap PM kena fahamlah rintihan penjawat awam dan dari saat ini kita kena jaga dan layani demi Kerajaan BN, kita jangan saat akhir masa pru 14 baru kerajaan BN nak beri itulah, nak beri inilah berjanji semua nak bagi dan tak guna dah dihadapan Penjawat Awam, semua sanggup tunjuk sokong BN tapi dalam hati siapa yang tahu undi itu adalah rahsia.Dan harap Presiden En.Aziz sila tampil atau berjumpa segera dengan PM dan kemuka semua masalah penjawat awam dan minta PM selesaikan rintihan penjawat awam sebelum menjelang tahun 2015 demi untuk BN memerintah negara ini buat selama-lamanya hingga dunia akhir zaman.

zamri rahman berkata...

penjawat awam boleh buat penjelasan tentang dasar kerajaan juga GST yang bakal dilaksanakan,namun kerajaan juga wajib bantu menaikkan gaji serta elaun penjawat awam ke tahap membanggakan kerana penjawat awam sendiri dalam kesempitan hidup terbeban masalah kewangan.
Bukan kerana penjawat awam guna lebih 1 kereta.bukan juga lebih 1 rumah.
Penjawat awam harapkan gaji dan elaun dinaikkan supaya bersemangat untuk menjelaskan pada masyarakat luar kebaikan GST.
Naikkan gaji dan elaun...

azym berkata...

susah kalau PEMIMPIN tak pernah hidup susah....berharap kepada yang tak boleh diharap....

datomusaputih berkata...

"KAMI SEBENARNYA MINTAK 2 BULAN.. DAN BANYAK PERMINTAAN KAMI TIDAK DI DENGAR OLEH KERAJAAN" kata Presiden CUEPACS sendiri. Presiden CUEPACS pun Perdana Menteri tidak endah, ini kata orang biasa mcm kita. Baget 2015 kecewa, dan kecewa!

oney_chan9 berkata...

Blog yang sangat bagus.Teruskan berusaha CUEPACS!

NOR SURIA berkata...

tolong.tolong!!!!
naik kan gaji dan elaun untuk kami AKS. Kos sara hidup yang melampau2 buat kami tertekan.jangan slogan je lebih tp tak boleh di harap.

Mohamad Hafiz berkata...

Assalamualaikum,semakan untuk jawatan pembantu tadbir terutama Pengkeranian dan operasi masih lagi sunyi. Kini terdapat pembantu tadbir yang mempunyai diploma dan ijazah tetapi peluang untuk mengembangkan perkhidmatan sangat mendukacitakan. Belum lagi menyentuh soal gaji yang mana jawatan PT N17 yang mempunyai kelulusan tinggi tidak ditawarkan tangga gaji yang setimpal dengan kelulusan berbanding jawatan PT W17. Diharap semua pihak terutama kerajaan dapat menyemak semula perkara ini supaya nasib PT (P/O) dapat dibela. Saya juga menharapkan Cuepacs untuk berterusan memperjuangkan perkara ini selepan pembentangan bajet 2015 yang mendukacita sektor awam. Kepada penjawat PT (p/o), marilah kita juga bersama memperjuangkan perkara ini dengan menghantar sebanyak mungkin cadangan dan aduan supaya suara kita dapat didengari disamping kita mempertingkatkan mutu kerja kita.

fasya Mawaddah berkata...

Tuan tanah kedawong , si najib ni bkn kisah sgt pun pasal PA golongan bawahan ni. Yg penting dia dan lembu2 tetap dpt makan sampai kenyang

Budak Gemok [dot] com berkata...

apa yang diimpikan tidak kesampaian. sabarlah.mungkin rezeki di tempat lain. setiap yg berlaku ada hikmahnya.

** Tonton Movie/Drama dengan Percuma secara online **

fiqrie fiqrie berkata...

adakah gaji penjawat awam kecil...?

kenapa jutaan pencari kerja mengharap sangat dapat kerje dengan kerajaan..?

bagi penjawat awam yang rasa gajinye kecil, letak lah jawatan, cari kerja lain.

di bidang swasta, dengan hanya berkelulusan SPM boleh dapat gai sehingga 5,000 jika berusaha.

zhangjung berkata...

ternyata nampak sangat slogan rakyat didahulukn pencapaian diutamakan,,skrg slogan tu jadi gaji menteri didahulukan,,rakyat sengsara dibelakangkn....tahniah lah najib ya...

musa3 berkata...

Salam kemaafan. Hakikatnya kalau ditanyakan kepada semua kakitangan kerajaan samaada yang sedang bekerja maupun yang telah bersara rasanya lebih ramai yang berkata gaji atau pencen yang mereka trrima tidak cukup. Jika ditambah lagi agaknya mereka akan kata cukuplah tu..sebenarnya pun tidak cukup. Sesekali tanamkan rasa bersyukur

Rie Kis berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.