SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

19 Oktober 2014

KERAJAAN LAKSANA PROGRAM TINGKATKAN PERJANA KERAJAAN TEMPATAN DALAM RMK-11

Bernama
17/10/2014



KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan melaksanakan pelbagai program melalui Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) dalam usaha menempatkan kerajaan tempatan yang mesra alam serta pembangunan dan pengurusan berlandaskan masa depan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata program itu turut bertindak mewujudkan persekitaran yang mapan bagi mengurangkan kesan bencana alam dan kemusnahan alam sekitar.

Katanya hasrat kerajaan melalui strategi yang digubal adalah untuk mencapai teras pembangunan bagi kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata terdapat juga sasaran dalam RMK-10 yang belum dicapai berikutan keupayaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melaksanakannya amat terbatas disebabkan kekurangan tenaga atau peruntukan.

"Dalam tempoh RMK-11, isu-isu ini akan dikaji dan diperincikan terutamanya demi memperkasakan mutu penyampaian yang berkesan," katanya pada majlis makan malam bersempena Sambutan Jubli Emas Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) di sini, Jumaat malam.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Presiden ANULAE merangkap Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda.

Muhyiddin berkata penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) dalam kawasan PBT adalah inisiatif kerajaan bagi melaksanakan transformasi sosial pengurusan bandar memandangkan hampir 70 peratus penduduk Malaysia masa kini tinggal di bandar.

Kewujudan JPP itu setelah meneliti penglibatan penduduk bandar yang bersifat 'ad-hoc', tidak teratur seperti di luar bandar yang mempunyai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), katanya.

Beliau berkata kerajaan juga sedar banyak fungsi kerajaan Persekutuan pada peringkat tempatan serta isu perbandaran seperti kesihatan, pengangkutan, keselamatan awam, perumahan, pendidikan, alam sekitar, kepenggunaan, pengurusan strata, penyenggaraan rumah kos rendah, tidak ditangani dengan menyeluruh, segera dan sempurna.

"Dengan penubuhan JPP ini, pihak kerajaan akan mempunyai lebih banyak ruang dan peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan penduduk dan membawa isu untuk ditangani secara bersama," katanya.

Muhyiddin turut memberi jaminan supaya Ahli Majlis PBT tidak berasa tergugat dengan penubuhan JPP kerana selain kedudukan mereka terpelihara dalam Akta 171, penubuhan JPP akan mengukuhkan kesepaduan penduduk.

Berkaitan usaha meningkatkan keberkesanan PBT, Muhyiddin berkata kerajaan telah melaksanakan Sistem Penggredan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan bertujuan mengemas kini ciri-ciri PBT berprestasi tinggi.

-- BERNAMA

9 ulasan:

Unknown berkata...

Mohon Baca sebelum "Posting"

Sejak Kebelakangan ini saya melihat banyak kesilapan ejaan, walaupun ia tidak disengajakan tetapi ia perlu diperbaiki.

Bahasa Jiwa Bangsa

zamzuri berkata...

aikk mana pergi pengulas-pengulas kita semua...sunyiii jer...

Unknown berkata...

beri tumpuan pada kenaikan elaun rumah dan kenaikan gaji yang tertangguh sekian lama...
sesuai dengan keadaan semasa

eddie berkata...

Kerajaan sibuk nak laksanakan negara berpendapatan tinggi tapi penjawat awam susah dgn pelbagai bebaban hidup..CEUPACS bt apa?..elaun rumah,COLA dan kenaikan gaji tertangguh..

Unknown berkata...

kita golongan pelaksana mampu dan yakin dapat membantu kerajaan dalam memberi penerangan segala dasar kerajaan termasuk GST yang bakal dilaksanakan,namun wajib pihak kerajaan menaikkan elaun rumah serta gaji yang membanggakan sesuai keadaan semasa.
Golongan pelaksana dihimpit kos sara hidup tinggi.
Kewajaran pihak tertentu perjuangkan isu ini hingga menjadi realiti.

eddie berkata...

dalam kepala otak kerajaan hanya nk capai negara berpendapatan tinggi walaupn rakyat kais pagi makan pagi..Ini ke dikatakan kerajaan islam yg membela nasib rakyat?

mohamadmohd berkata...

Bn barang naik.harga minyak down pun hrga minyak kita tak pernah ikut turun.ngara maju konon.rakyat mampus macam ni.tun dr mahathir x pnh laksana gst.kerana dia peihatin pada rakyat.

Unknown berkata...

Kenapa blog cuepacs sekarang ni semakin sunyi je...tiada ape2 berita atau perkembangan. Dulu sewaktu dato' Omar boleh dikatakan setiap hari ade berita terbaru...atau memang sekarang ceupacs tiada ape2 program...dok melangot je. Nanti kakitangan awam dpt sumber2 blog lain marah pulak..

eddie berkata...

blog ceupacs dh takde maklumat dh nk dikongsi...adakah ceupacs dh tak mahu fight PM pasal gaji dn elaun..senyap mcm tu je..sampai bila kakitangan awam spt kami nk dibela sehingga brjaya..adakah krn gaji ahli2 ceupacs dh tinggi maka org spt kami terbiar gitu je...