SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

16 April 2015

CUEPACS MAHU GAJI MINIMUM RM1.200

Kosmo




Seorang kakitangan awam merakam gambar Azih (dua dari kiri) dan Mohamad Zabidi (tiga dari kiri) selepas Majlis Perhimpunan Penjawat Awam dan Taklimat Isu-Isu Semasa di CIDB, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan menetapkan gaji minimum penjawat awam sebanyak RM1,200 sebulan berikutan peningkatan kos sara hidup yang dihadapi mereka ketika ini.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, cadangan itu wajar dilaksanakan segera memandangkan gaji minimum penjawat awam ketika ini berada di bawah paras garis kemiskinan.
Justeru, beliau berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat memberi khabar gembira kepada penjawat awam pada 1 Mei ini sempena sambutan Hari Pekerja.
“Gaji minimum penjawat awam ketika ini bermula daripada RM805 sebulan dan ia masih di bawah paras garis kemiskinan yang ditetapkan kerajaan iaitu RM850.

Tiada ulasan: