SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 April 2015

PEMIMPIN KESATUAN DIGESA LEBIH AKTIF BANTU KEBOLEH PASARAN PEKERJA


Bernama
30/4/2015



KUCHING, 30 April (Bernama) -- Pemimpin kesatuan sekerja perlu memainkan peranan lebih aktif untuk meningkatkan kebolehpasaran warga pekerja, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Beliau berkata peranan itu boleh dilakukan menerusi sokongan terhadap usaha kerajaan dalam aspek pembangunan kompetensi berteraskan pengetahuan, kemahiran serta kepakaran dalam sesuatu bidang.

"Selain itu pergerakan kesatuan sekerja harus bertindak sebagai pemandu dalam membantu mewujudkan masyarakat pekerja yang berilmu, berpengetahuan dan multilfleksibel hingga berupaya menukar maklumat dan ilmu pengetahuan kepada produk yang boleh digunakan dalam pelbagai cara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Kesatuan Pekerja 2015 di sini Khamis.

Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd Mutallib, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Saripuddin Kasim, Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia, Mustafa Ali, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Khalid Atan.

Konvensyen sehari itu dihadiri kira-kira 800 pegawai dan ahli kesatuan sekerja seluruh negara sempena sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2015 yang akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bandar raya ini esok.

Riot berkata pembangunan modal insan yang berkualiti perlu dilipatgandakan dalam memastikan sesebuah negara dapat terus berdaya saing dan berdaya tahan.

Katanya tanpa modal insan yang berkualiti, agak sukar bagi sesebuah negara mencapai matlamat yang diinginkan sama ada dalam pembangunan ekonomi ataupun dalam aspek pembangunan sosial.

"Pembangunan ekonomi yang pesat di Malaysia memerlukan guna tenaga yang banyak dan sehingga ke hari ini, jumlah pekerjaan di negara ini telah meningkat kepada 13.9 juta orang.

"Di sinilah menggambarkan sumbangan sumber manusia sebagai memenuhi peluang pekerjaan dan guna tenaga dalam industri pelbagai sektor di negara ini," katanya.

Dalam pada itu Saripuddin berkata Malaysia mempunyai 735 kesatuan sekerja berdaftar dengan 73 kesatuan sekerja didaftar di Sarawak.



-- BERNAMA

2 ulasan:

Unknown berkata...

terima kasih infonya gan........
sangat menarik dan bermamfaat......

pedang berkata...

Taik la korang