SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

20 April 2015

GAJI POKOK BAHARU KUMPULAN GRED 11 DIUMUM HUJUNG TAHUN

Bernama
20/4/2015



PUTRAJAYA, 20 April (Bernama) -- Kerajaan akan mengumumkan kadar gaji pokok baharu bagi 3,072 kakitangan awam kumpulan Gred 11 yang menerima gaji antara RM823 hingga RM850 pada hujung tahun ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.
Katanya kumpulan gred terendah dalam perkhidmatan awam itu yang terdiri daripada mereka yang memasuki sektor awam melalui Penilaian Menengah Rendah (PMR), antaranya pembantu am rendah, pembantu operasi dan pemandu, berpendapatan keseluruhan termasuk gaji dan elaun antara RM1,257 hingga RM1,275.

Beliau berkata ia akan merupakan semakan keempat bagi Gred 11 setelah tiga kali semakan iaitu pada tahun 2002 dengan gaji minimum RM480, 2007 (RM649) dan 2013 (RM832).

"Kerajaan memang prihatin kumpulan yang mendapat gaji minimum rendah. Kerajaan sedang merancang untuk memberi kenaikan gaji kepada mereka dan dijangka umum pada hujung tahun ini.

Kita sedang mengkaji secara menyeluruh pada satu tahap yang bersesuaian. Kita akan tengok pada keadaan semasa," katanya dalam sidang media di sini Isnin.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda sebelum ini dilaporkan berkata terdapat 400,000 penjawat awam di negara ini masih menerima gaji serendah RM805 sebulan.

Mohamad Zabidi berkata kerajaan juga akan mengumumkan semakan gaji bagi 252 skim gaji dan elaun untuk semua kumpulan kakitangan awam pada hujung tahun ini.

"Kajian semula ini dijangka diumum pada hujung tahun ini," katanya.

--BERNAMA

68 ulasan:

wan syaffrie berkata...

pembantu am rendah, pembantu operasi dan pemandu gred 11 je ke naik gaji,pembantu perawatan kesihatan gred u11 takde ke....

wan syaffrie berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

semakan biarlah adil bagi semua pihak.

Khairul Haizal berkata...

Letihla macam ni PA yang gred 17 kebawah ni la yang paling banyak buat kerja berbanding PA yang gred 17 keatas. Kerajaan sepatutnya kena ingat bahawa PA golongan pelaksana ni yang perlu diberi keutamaan berkenaan isu kenaikan gaji ni. Kalau gred 11 je naik yang 17 ni nganga je la. Dia orang uniform dapat, kasut dapat yang gred 17 ni semua kena beli sendiri beza kenaikan gaji dengan yang gred 11 ni rm15 je kena la fikir jugak.

Khairul Haizal berkata...

Entahla apa la nasib yang dok di gred 17 ni..

Khairul Haizal berkata...

Malangnya PA Gred 17. Pihak kerajaan langsung tak ambil peduli.

warga kp11 berkata...

Gred kp11 ni pn kna naikkn jgk gji kami,kami warga kp11 dh lma tnggu kenaikan..klau nk naikkn gred 11 biarlh smua bru adil,xkn pem operasi,pemandu dn pem am rndah shj yg disebut..

Mahmood Adam berkata...

untung, tak perlu susah payah menyambung pengajian, pjj ke plk ke apa, just demand je demi menampung keinginan diri yang ingin bergaya dan melaram dengan pakaian berjenama, smartphone yang terkini, kenderaan kereta motor yang hebat2.

mana taknya, masuk kerja guna upsr/pmr, lepastu tengok mereka yang guna kelulusan spm/diploma/sarjana muda bergaji mengikut taraf pendidikan yang berbelanja ikut pendapatan mereka, golongan masuk kerja guna upsr/pmr ni pun nak melaram sama juga.

hasilnya belanja bulanan selalu tak cukup dan alasan "kos sara hidup meningkat" digunakan.

lepasni tak payah la kerajaan ambil penjawat awam lepasan spm tingkatan 5 lagi dah. ambil je lulusan darjah 6 cukup sebab bila mereka dah masuk bekerja, mereka akan demand untuk naik gred. jangan terkejut lepasni yang 11 ni akan demand samarata untuk duduk sebaris dengan 17 sebagaimana 11 dahulu yang kini sudah disamataraf dengan 17.

bodoh punya kesatuan sekerja dan jpa! macam ni punya keputusan, tak payah letak PTD jadi pembuat keputusan kat situ pun takpa. letak saja gred 11 jadi KPPA dan pembuat dasar kat situ!

Mohd Samin Hussin berkata...

Bagaimana pula jawatan pembantu tadbir rendah N 11 tak naik gaji ke atau tiada buat semakan gaji.

Casia berkata...

macamana pulak dengan gred n14nyang sedia ada...dahla tak naik-naik...duk situ je

kzam berkata...

Pembantu tadbir gaji tak naik naik syik gaji n11 sampai 4 kali semak.presiden cuepacs sepatutnya org muda bukan org tua lambat membuat tindakan.

Mohd Redzuan berkata...

wah....ramai yang marah bila umum untuk n11 yer...bagi saya berbaloi lah..depa naik gred kan?? di tempat saya pemb operasi terpaksa menguruskan sampai 3 bahagian.sehingga kan ada masa terpaksa keje waktu malam.tapi tak pernah claim cuti...keje pulak hampir setiap hari di suruh ke kuala lumpur dari klang...kita tunggu je lah ape yg di umum..saya rasa naik pon tetap tak banyak..seperti n11 naik n17...sikit je.tapi yang di maklum kan hanya 3 ribu je yg bakal dapat kenaikan....pembantu operasi yang lain tak dapat ke???? saya pon tak paham. cuepacs tolong beri pencerahan.

kzam berkata...

Yg bodohnya presiden tak buat keputusan tuntutan bagi gred lain.tapi bila gred lain naik gaji ptd pun gaji naik untung tak payah. susah susah.presiden cueapac harus letak jawatan bagi golongan muda untuk meremajakan cueapacs

Mohd Redzuan berkata...

wah....ramai yang marah bila umum untuk n11 yer...bagi saya berbaloi lah..depa naik gred kan?? di tempat saya pemb operasi terpaksa menguruskan sampai 3 bahagian.sehingga kan ada masa terpaksa keje waktu malam.tapi tak pernah claim cuti...keje pulak hampir setiap hari di suruh ke kuala lumpur dari klang...kita tunggu je lah ape yg di umum..saya rasa naik pon tetap tak banyak..seperti n11 naik n17...sikit je.tapi yang di maklum kan hanya 3 ribu je yg bakal dapat kenaikan....pembantu operasi yang lain tak dapat ke???? saya pon tak paham. cuepacs tolong beri pencerahan.

Fyxoul Mejri berkata...

Salam.. Sebagai penjawat awam, saya memohon jasa baik pihak tuan supaya menaikkkan elaun bagi Pelatih dalam Latihan Program Diploma Pembantu Perubatan dan program yang lain di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Mohon pertimbangkan. TQ

Haiqal Sabtu berkata...

Bagaimana nasib kp11 yg dulu di janjikan naik ke kp17 knp bila tukar presiden meyepi tanpa berita tentang kenaikan gred

FULL Movies/Drama Online - BudakGemok[dot]com berkata...

jangan terlalu BERHARAP..sebab..takut sampai huung tahun nanti ayat seperti .."perlu disemak semula, akan dikaji, dibawa ke kabinet..bakal ditambahbaik..akan dipertimbangkan..dan yang paling best, tumpuan kerajaan untuk memacu pertubuhan ekonomi negara sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi...tengok je lah

warga kp11 berkata...

warga kp11 stuju dgn haiqal sabtu..kami gred kp11 sdh lma mnanti di naikkn kpd kp17 spt yg dijnjikn..msih mnyepi,mohon prhatian datuk aziz muda trhdap gred kp11.

AADK SANDAKAN berkata...

sepatutnya Tuan Puan mendesak kenaikan elaun perumahan yang setimpal dan elaun perumahan itu bukan berdasarkan gred gaji kerana gred gaji pasti tidak berlaku adil kepada semua penjawat awam yang berpendepatan kurang RM3000 ke bawah..sepatutnya gred gaji RM3000 ke bawah mendapat elaun rumah lebih baik walaupun tidak tinggi,kerana ianya menjadi motivasi kepada penjawat awam yang menyewa rumah atau keluarga penjawat awam yang menjawat jawatan sokongan.Sila pihak Tuan pertimbangkan dan bincangkan agar keadilan boleh disuarakan sebelum para pembuat dasar perubahan gaji terlambat menerima cadangan.tetapkan peratus ..peratusan tinggi kepada penjawat awam yang mempunyai jawatan rendah dan sederhana ..,manakala peratusan rendah kepada gred tinggi.. ianya bersesuaian kerana ..kepada pihak ceupacs tahu siapa mengerah peluh.. dan siapa mengerah minda.. sekian

Mohd Effendy berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Zainol Ahmad berkata...


pencetus semangat buat kumpulan pelaksana untuk meneruskan perkhidmatan sebagai kumpulan sokongan dalam perkhidmatan awam serta memertabatkan lagi maruah jabatan kerajaan seiring gaji swasta.

ismail azmin berkata...

perkataan keramat JPA ....

KAJI, SEMAK, KAJI, SEMAK, KAJI, SEMAK... AKHIRNYA sendiri maklum lah ya Ahli Parlimen yang naik elaun setelah lama semak utk PA...

UNTUNGGGGGGGG LAH

ary berkata...

MAHMOOD ADAM...tidak semua n11 tiada kelulusan..ada yang mempunyai stpm,diploma dan ada juga mempunyai ijazah..cuma tiada peluang lagi untuk naik pangkat..Lain kali pikir dulu sebelum komen sesuatu perkara,jangan tunjuk sangat kelemahan pemikiran anda..

Aku Anti Parti Ajaran Sesat berkata...

Salam sejahtera. Daripada presiden dok sibuk mintak naik gaji utk ahli semua, saya rasa baik diusulkan kepada PM utk naikkan elaun-elaun sedia ada. ini kerana elaun yang dinikmati oleh ahli sekarang ini dah lama berada pada tahap sekarang,dah tak sesuai dengan zaman sekarang yang mana rakyat menderita dengan kenaikan harga barang.
Terima kasih

Aku Anti Parti Ajaran Sesat berkata...

Salam sejahtera. Daripada presiden dok sibuk mintak naik gaji utk ahli semua, saya rasa baik diusulkan kepada PM utk naikkan elaun-elaun sedia ada. ini kerana elaun yang dinikmati oleh ahli sekarang ini dah lama berada pada tahap sekarang,dah tak sesuai dengan zaman sekarang yang mana rakyat menderita dengan kenaikan harga barang.
Terima kasih

aziz azmi berkata...

utk makluman gred u11 telah pon di naikkan smasa umum gaji maksimum 1/11/2013. dr rm801.xx ke RM836 kalau nak naik xkan nak melebihi gaji gred 17 RM920 plg rendah. tggu lah hjg tahun..semua ada kenaikan even 10sen.. hehehe

Kay4 berkata...

almatnya semua penjawat awam kena tunggu lagi .dah kena main lagi......ditimbang dikaji boleh diamkan penjawat awam......

Abg 11 berkata...

GRED17 jgn ada xpuas hati sgt,aku pn xpuas hati sbb gaji kamu tinggi,kami pn makan mcm kamu juga,ingat kami mkn batu ke?klu xda kami kamu semua yg GRED 17 pn xda ok...kta sama2 mkn gaji,klu engkau yg berpangkat bos mkn gaji juga...jdi yg bawah ni jgn duk melatah sgt...membabi buta...

Khairul Haizal berkata...

Bila diadakan Perhimpunan Hari Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam nanti semua tak payah pergi perhimpunan tu. Biar Presiden Ceupacs je pergi sorang. Kalau PA pergipun bukannya dapat apa pun. Buang masa ja tak ada apapun yang kita dapat.

shahzan ismail berkata...

hehe gaji pokok ni untuk yg belum masuk kerja gomen der....ni yang tengah kerja dan yg dah lama kerja ni habok pun tarak laa jawabnya....TQ cuepacs

Doksaja no berkata...

YANG MULIA ...DATUK AZIH..ADA APA2 PENGUMUMAN KAA ...1 MEI NII..? KALAU TAK DAK.. MINTAK TUAN PRESIDEN CUEPACS UNDUR DIRI BAGI LALUAN PADA ORANG LAIN...YANG LEBIH HEBAT!!

Doksaja no berkata...

KAJI PUNYA KAJI... SATU APA PUN TARAK... SEKURANG-KURANGNYA SKIM 252 TUU.. DIUMUMKAN DULU... DAH LAMA DAH DIANAK TIRIKAN... ASYIK2 SKIM GURU YANG DIPERJUANGKAN.. SPECIAL SUNGGUH SKIM NII!!.

Al Isra' Associates berkata...

Di sini saya ingin menawarkan sesiapa yang berminat untu menjadi agen Takaful/ Perunding Kewangan Takaful menyertai kami di Al Isra' Associates. Jika anda seorang yang bercita-cita tinggi untuk memilik kerjaya dan perniagaan sendiri, kedatangan anda amat dialu-alukan. Kami adalah salah sebuah agensi terbesar yang mewakili Prudential BSN. Pendapatan berterusan dan tanpa had serta KOMISYEN yg akan dibayar selama 6 tahun.

Hubungi saya 018-2558789 (Amirah) atau email RESUME anda ke usrahsaeedah@gmail.com

Hubungi saya sebagai langkah pertama untuk mengubah hidup anda!

Abu Bakar berkata...

Bagaimana pula dengan skim lain? Malahan untuk yang dah lama berkhidmat apa cerita? Inilah di JPA, tunggang langgang, caca marba, makin punahlah perkhidmatan awam di negara ini, dengan cara pengurusan atasan yang dungu yang merosakkan perkhidmatan awam yang makin hari makin kucar kacir.

Bak kata Tan Sri Sanusi Junid, kalau tak mampu nak buat seorang, maka meminta tolong seorang lagi, tak cukup minta tolong dua orang, tak cukup minta tolong 10 orang, tak cukup minta tolong 100 orang, tapi kalau dah tak mampu tak tahu, tak dapat beri komitmen, berundur sahajalah dari melingkupkan ramai orang lain lagi.

zamri rahman berkata...

sepatutnya yang sedang bekerja atau yang dah lama bekerja diberikan anjakan gaji ke hadapan selaras dengan kenaikan gaji minimum..

Sebaiknya,pihak atasan tak boleh permainkan golongan pelaksana 1 dan 2 ini sewenang wenangnya kerana golongan ini punyai ilmu pengetahuan dlam isu ini.

Justeru,pihak atasan wajib membuka 2 mata serta melihat sejelas jelasnya tangga gaji ini.

Anjakan gaji mesti diberikan kerana keadilan kepada semua penjawat awam yang terlibat.

Seperti mana janji dari tahun tahun lepas oleh pihak yang ada kuasa namun hingga hari ini masih tiada keputusan atau tiada realiti di atas kertas.Hanya cakap mulut oleh pihak tertentu.

Apa yang diharapkan oleh pelaksana 1 dan 2 adalah komitmen dan kebertanggungjawaban kerajaan dalam membuat kenyataan wajib disusuli oleh tindakan dan realiti untuk merealisasikannya.

Bukan hanya sekadar membuat kenyataan untuk menjadi penyedap didengar sahaja.

Kenapa kenaikan gaji dan elaun ahli parlimen dinaikkan tanpa mengambil kira soal ekonomi.

Begitu juga hal hal tertentu yang berkaitan implikasi kewangan tidak mengambil kira soal ekonomi.

Kenapa isu kenaikan gaji dan elaun penjawat awam pelaksana 1 dan 2 menjadi lembab dan pelbagai alasan diberikan oleh pihak tertentu.

Alasan yang diberikan saban tahun adalah sama iaitu masalah ekonomi negara.

Hanya yang celik minda sahaja cerdik dalam menilai permainan ini,ayuh semua pelaksana 1 dan 2 bijakkan diri anda untuk tidak dipermainkan oleh pihak tertentu.

Wahai PERESIDEN CUEPACS,niat perjuangan anda sangat diketahui oleh Yang Maha Pencipta.

Abu Bakar berkata...

Ini cadangan dari makmal konsultan mana pula ni? Lain macam saja cadangannya.

Jangan beri sesuatu secara terpilih kerana akan menyebakan keadaan makin caca marba.

Dalam isu gaji, bukan setakat untuk seramai 1000 orang lebih itu sahaja, tapi untuk 1.4 juta penjawat awam.

Inilah JPA, buat benda secara bertompok-tompok, ambik yang ni sikit, yang lain dibiarkan terkontang kanting tak tentu hal, lama-lama keadaan makin caca marba dan haru biru hinggakan di peringkat JPA sendiri tak tahu nak buat apa lagi untuk betulkan keadaan.

Jika KPPA yang sekarang ni dah tak mampu nak tangani isu perkhidmatan awam dengan baik, adalah lebih baik mengikut jejak langkah KPPA Abu Bakar yang bersara sebab dia sendiri puh dan pening.

ak kata Tan Sri Sanusi Junid, kalau tak mampu nak buat seorang, maka meminta tolong seorang lagi, tak cukup minta tolong dua orang, tak cukup minta tolong 10 orang, tak cukup minta tolong 100 orang, tapi kalau dah tak mampu tak tahu, tak dapat beri komitmen, berundur sahajalah dari melingkupkan ramai orang lain lagi.

Abu Bakar berkata...

Kerajaan patutnya mansuhkan sahaja makmal mangkuk apa entah itu dan tamatkan sahaja konsultan yang dibayar berjuta-juta ringgit setiap kali buat makmal yang kini dah mencecah berbilion ringgit sejak makmal mangkuk yang melingkupkan negara ini diamalkan.

Bayaran berbilion ringgit kepada para konsultan yang indah khabar dari rupa, melingkupkan negara dan perkhidmatan awam ini patutnya disalurkan kepada pembangunan negara dan boleh digunakan untuk menambahbaik perkhidmatan awam.

Sekarang ini isu gaji satu hal, tetapi banyak lagi isu, seperti kebajikan pekerja di mana kemudahan yang diberikan seperti kemudahan zaman batu, tapi pemimpin dan pegawai atasan nak hasil kerja yang bertaraf dunia.

Apa cerita ini semua? Lihatlah kemudahan komputer, kemudahan peralatan di pejabat, banyak dah usang, minta peruntukkan untuk buat pembelian baharu, beri alasan tak ada wang, perlu jimat cermat, tapi naikkan gaji orang-orang politik, kemudian orang-orang politik bawa puak-puak mereka lawatan ke luar negara, buat program untuk kepentingan politik mereka belanja berjuta-juta ringgit ada duit pula, tapi kalau nak perbaiki perkhidmatan awam, macam-macam alasan yang diberikan.

Negara ini lingkup sebab pemimpin negara tak tahu nak buat kerja dengan betul, banyak menyeleweng, merapu yang bukan-bukan. Pegawai atasan pula kaki bodek, menyokong membawa rebah, sanggup menyokong kepalsuan dengan harapan dapat naik pangkat dengan cepat.

Yang menjadi mangsa sekarang ini adalah perkhidmatan awam dan golongan penjawat awam pelaksana, terpaksa berhempas pulas menggunakan kemudahan yang ketinggalan zaman, yang selalu rosak, yang lembab untuk hasilkan kerja yang berkualiti sebagaimana kehendak pihak atasan.

Bila Si Bodoh menjadi ketua, beginilah jadinya.

Abu Bakar berkata...

Pegawai atasan dan pemimpin politik belanja wang negara untuk itu dan ini tak apa, tapi kalau penjawat awam pelaksana maklumkan dan minta peruntukkan untuk menambah baik kemudahan di jabatan, macam-macam alasan yang diberikan, katanya perlu jimat cermat, tapi pegawai atasan dan pimpinan politik berbelanja sesuka hati tak apa pula.

Yang kena berjimat cermat untuk kepentingan negara hanyalah golongan penjawat awam pelaksana sahaja, pegawai atasan dan pimpinan politik pula boleh melingkupkan wang negara untuk kepentingan mereka, syabas tahap mangkuk sahajalah!

Abu Bakar berkata...

Ekonomi negara dah tenat, tapi pihak atasan dan pemimpin politik masih nak menafikannya.

kalau mereka ambil tindakan pemulihan tak apalah, tapi mereka masih teruskan sikap boros mereka sambil menipu orang ramai.

Negara ini berhadapan menjadi seperti Greece dan beberapa negara Eropah yang lain seperti Itali, Sepanyol, Portugal, Ireland yang bergelut untuk memulihkan ekonomi akibat kecurangan pegawai atasan dan pimpinan politik yang menguruskan ekonomi seperti sampah.

Jika KPPA dan KSN serta pimpinan politik dah tak mampu tu, berundur sahajalah, daripada terus menjadi perosak, lebih baik undur diri secara terhormat (walaupun orang tak hormat pun) supaya negara ini dapat dipulihkan.

Inilah penyakit pegawai atasan dan pemimpin politik yang bila diberi nasihat tak nak dengar, bila ditegur melenting, bila dikritik naik hantu, jensi golongan yang cerdik tak boleh ditumpang, bodoh tak boleh diajar, orang macam mereka inilah, tetapi yang menjadi mangsa adalah negara dan rakyat juga.

Abu Bakar berkata...

Beli jet lebih penting, walaupun ada 7 jet, tapi penting untuk beli jet baharu, ini soal maruah pemimpin negara.

Pasal penjawat awam pelaksana tu tu tak apalah, mereka tu siapa, pangkat rendah, biarkan sahaja guna kemudahan buruk untuk buat kerja, yang penting kerja mereka kena tip top.

Inilah mentaliti pegawai atasan dan pimpinan politik yang memang tak guna!

Abu Bakar berkata...

Penjawat awam pangkat rendah tak apa biarkan sahaja, gaji tak cukup boleh kutip kangkung dalam parit, rebus dan makan. Kalau tak ada duit beli gas untuk masak, ambil kangkung tu basuh dalam air parit makan begitu sahajalah.

Penjawat awam pangkat rendah ni kena berkorban untuk negara, kena berjimat cermat dalam perbelanjaan negara.

Keutamaan adalah pembelian jet mewah yang untuk menjaga maruah pemimpin negara.

Bila Si Bodoh menjadi golongan atasan, beginilah jadinya.

zmiedeen@yahoo.com berkata...

sepatutnya kerajaan fikirkan org bawahan seperti grd 11 ini. diberi perhatian, mukin tahun 2020 gred ini akan dijumudkan kerana tak diperlukan lagi,mungkin sawta yg akan mengambil aleh bolehlah gajikan orag banglah menjadikan pekerja, brulah jimat perberlanjaan kerajaan, sini saya ingkatkan para pemimpin atasan jgnlah pdg rendah terhadap pejawat awam yg pendatan seperti ini, terlalu jauh beza atara langit dan bumi,dulu saya mejawat jawatan t.masak di MRSM dri tahun 1982-2000.lepas tu jawatan ini dijumudkan oleh MARA dan diberikan jawatan PAR kenalah cuci lonkang, tanam bunga, cuci tandas sapu sampah,amat kecil hati saya;bila berubah saja sistem SSB dan saraan Malaysia. jauhlah ketinggalan gred sbgai t masak dulu.sekarang ini jawatan tmasak diberikan N17, PAR tetap kerja sebagai kelina dan tukang kebun.diMRSM putih biji mata tegok kwan kawan yg berkerja tukang masak dikementerian kesihatan dapat perubahan gred.jawatan sebagai t masak.

sinikal berkata...

aku tengok sebahagian kat sini selamba ye ada hati nak mintak naik gaji padahal waktu orang lain sibuk kerja dia sibuk mengomen kat website cuepacs. untunglah ye... hujung bulan dapat gaji bagi la anak isteri tu makan ye... alhamdulillah...

dir40 berkata...

Salam warga kp11,bersabar banyakan berdoa Dan bersukur dengan APA yang telah di berikan.harap harap tahun depan ada berita gembira untuk kita semua. Amin....

dir40 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zamri rahman berkata...

Jika dilihat dan dibaca dalam utusan malaysia hari ni 23 April 2015,PM yang kita sayangi mengatakan EKONOMI KEKAL KUKUH DAN STABIL.

Bagaimana pulak jika tuntutan penjawat awam khasnya pelaksana 1 dan 2 yang dibuat melalui pihak CUEPACS memberi alasan berkenaan ekonomi negara yang lemah.

Wahai golongan pelaksana 1 dan 2,lihatlah dan celiklah minda anda membaca setiap kenyataan dan fahami.

Inilah laluan kita untuk bersuara hingga menjadi realiti,ambillah contoh Tun Dr Mahadhir bekas perdana menteri.Bersuara secara harmoni.

Sekadar pendapat...bacalah UTUSAN MALAYSIA

mahligai berkata...

Kerajaan telah mengumumkan gaji minimum di semenanjung RM900. pada pandangan saya, zaman sekarang kos kehidupan bukan seperti era 80an dan 90an lagi.maka wajar UPSR tangga gaji seminimum RM900.Dan SRP,PMR,SPM dan STPM juga patut di semak.Malahan bagi mereka yang mempunyai tanggungan jika sekalipun bergaji minimum RM900,jika OT dan Elaun tak ada,koyak juga dibuatnya,hemm...adakah GST menjamin harga barangan dimasa terdekat ini dan akan datang tidak sama sekali akan NAIK??

suhaimi abdullah berkata...

Yr

suhaimi abdullah berkata...

ALLAH SWT maha mengetahui akan nasib kita....

sh aiezad berkata...

pada yang kurang bnasib baik jgan lah mengeluh..sekurang2 nya anda bertuah dpat kerja di sektor kerajaan..sekurang2nya ada kenaikan,banyak keistimewaan disediakan bagi penjawat awam..bayangkan pula org yang di sektor swasta,yang bekrja di kilang,dikedai2 makan...elaun pon kdang2 x de..kenaikan gaji?belum tentu..ada jgak majikan yang bagi gaji bawah gaji manimum.mereka pon ada yang berkeluarga..ada anak..anda semua jauh lebih bertuah..cuma lontaran pendapat..

banzai zam berkata...

harapan dan trus memberi harapan kpd penjawat awam akhirnya habuk yg tinggal....lpas ni kita ramai2 pilih parti pembangkang...x salah bg peluang kat dorang utk menerajui negara..mana tahu ia akn lebih memberi manafaat dari yg sedia ada ke...insyallah

MARIANA berkata...

Setuju

Ady skywalker berkata...

Gred 11 tu skali laaaaaaaa

The Archiver berkata...

Apa yang marah sangat tu? Rezeki bukan pada gaji 100 atau 400 extra. Kita yang swasta ni gaji 3-4k pon tak cukup sebab serba serbi nak dimodal sendiri. Syukur la kerja gomen tu. Saya nak cuba join H11 nanti. 4.30 dah bole tutup kedai, malam boleh cari duit lebih. Kalau yang merungut itu ini tu cuba la bersara gomen join swasta.

The Archiver berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
The Archiver berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
The Archiver berkata...

Tuan tak baik camtu. Saya yang taraf PMR ni terasa :). Saya minat nak join H11. Kalau tuan rasa diluar gomen tuan bole dapat gaji tinggi dengan ijazah. Saya sarankan tuan cuba. Kita orang swasta tak ada masa berpolitik atau sembang hal kain tudung. Bahagia woo dok gomen.

Unknown berkata...

Sy setuju dgn ari..trus trang ye sbelum ni sy prnah bkerja dlm bdan brkanun sbgai pen.peg.tadbir..sdah 5 thun sy brkhidmat scra kontrak..lpas sy brsalin ank 1st, I just decided brhenti keje sb sy x snggup nak brpisah ngan ank2 sb keje sy tu bnyk tugas di luar...lpas tu sy dpt intrvw sbgai pem.perawatan kesihatan..I just tried..alhamdulillah bru 1 st time intrvw for that position, sy dpt keje tu..sy ade diploma n ijazah..krana prsaingan yg sengit , sy sbgai graduan universiti x bleh memilih keje klu nak brkhidmat dlm gov..sy pun bkannye nak kje sbgai PPk smpai pencen..InsyaAllah ade pluang tuk kpsl under bidang nursing sy akn blajar...biar kt blajar dri bwah..bla da naik ats bru la kt tau btapa pntingnye org2 bwahan sb mereka ni adalah komponen2 pnting dlm mgerakkan sesuatu organisation trsebut..

Hazahari Harun Ahmad berkata...

Ko ingat yg gred u11 ni taraf pmr takde spm ka?? Silap2 result spm depa lg bagus dari mahmood adam. Otak ltk kat lutut.

mohd fazreen berkata...

Kau gred paling rendah jadi jgnla cemburu dgn gred yg tggi.kalau dh bodoh tu buat cara bodoh.dhla pmr je.bangang..kau ni kuli pencacai kerajaan paling rendah jgn nl byk bunyi

mr ronsoi berkata...

Haha... Aku ada spm jea tp aku dpt gred 11 ...huhu syukur alhamdulillah..kalo allah swt kata itu rezeki yg di janjikn maka yg itu lah akn terjadi..so xyah demand2 xyah hina org yg dok bawah yg teruk reja ..bos2 lak suka lpas tgn yg kna habuan jd kambing itam org bawah..so yg dok atas jgn rasa kita bos gaji besaq smp gred 11 nek pn ampa da melompat..brsyukur la

MJ Cengkih Ceng berkata...

saya ada dploma, ada pra dploma, ada sijil mlvk tahap 1, 2 dan 3, ada siji spm dan ada sijil pmr.. tp saya gred 11. dari pandangan Encik Mohd Fazreen mengikut gred itu salah kerana ada di kalangan gred 11 ni yg lebih bijak dari Encik. zaman sekarang ni susah nak dapat kerja walaupun ada dploma. walau saya gred 11 ada sijil yg lebih tinggi. saya x memilih pekerjaan sebab itu saya berada di gred 11. saya bersyukur walaupun menjadi kuli paling rendah kerana saya tahu betapa susahnya untuk mendapat pekerjaan masa kini.. masih ramai lagi rakan saya yg ada dploma tp x dapat kerja tetap.. fikir2kanlah...

shahzan ismail berkata...

Ulaslah menggunakan akal fikiran jgn mengikut perasaan...sia sia ada kelulusan tetapi tiada adab dlm ulasan...berbanyak usaha dan doa mungkin permintaan anda masih belum dimakbul Allah..

Maruwan Isa berkata...

Kami juga yg keja gred kp11 x naik...pak guard katakan

banzai zam berkata...

Klau naik gred gaji x naik bkn la membantu namanya lain kali kalau nk membantu yg bawah ni biar la ikhlasnni x gred yg di naikan apa yg kami dpt ? Jgn la perbodohkan kami...kaji secara mendalam bru buat kputusan...jgn ikut buta2 ckp KSN tu...dia mmg x berhati perut !

haris fadzil berkata...

Xelok tuan ckp mcmtu...sy pmegang diploma pn tpksa ssh pyah cari krja...last goverment gak yg dpt wlpn sy tpksa apply gna result pmr dgn gred u3...

MShahrul Nizam berkata...

Semakan semula gaji dan elaun...sudah tiba masanya untuk disemak. Terbaikk...

MShahrul Nizam berkata...

Semakan semula gaji dan elaun...sudah tiba masanya untuk disemak. Terbaikk...