SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

17 April 2015

JPA NAFI LEBIH 400,000 PENJAWAT AWAM TERIMA GAJI ANTARA RM805 DAN RM820

Bernama
17/4/2015



KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan terdapat 400,000 hingga 800,000 penjawat awam daripada Kumpulan Pelaksana yang masih menerima gaji antara RM805 hingga RM820 sebulan.

JPA dalam kenyataan hari ini berkata gaji terendah dalam Perkhidmatan Awam ialah bagi gred 11 iaitu antara RM832 hingga RM850.

Menurut kenyataan itu, jumlah pendapatan keseluruhan untuk kelompok berkenaan yang meliputi gaji dan elaun adalah antara RM1,257 dan RM1,275.

"Menurut rekod rasmi kerajaan, jumlah penjawat awam yang menerima gaji RM850 ke bawah ialah seramai 3,072 orang," katanya.

Semalam, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda dilaporkan berkata terdapat 400,000 penjawat awam di negara ini masih menerima gaji serendah RM805 sebulan.

Azih berkata mereka yang menerima gaji seperti itu kebanyakannya terdiri daripada pembantu am dan pemandu yang masuk ke perkhidmatan awam menggunakan kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Sementara itu, Azih ketika dihubungi Bernama berkata gaji antara RM832 hingga RM850 itu masih dikira berada di bawah garis kemiskinan dalam situasi peningkatan kos sara hidup pada masa ini.

"Sekarang kita bercakap pasal gaji pokok bukannya ambil kira soal campur dengan elaun perumahan, elaun khidmat awam dan elaun sara hidup. Elaun bukan pendapatan sebenar...macam mana penjawat awam yang dapat kuarters kerajaan, sudah tentu elaun perumahan kena tarik balik, tidak dapat," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengulangi tuntutan CUEPACS supaya kerajaan menaikkan gaji penjawat awam dalam kelompok gaji terendah sekurang-kurangnya 35 peratus atau menetapkan RM1,200 sebulan sebagai gaji minimum mereka.

Azih berkata peningkatan gaji boleh menjadi pendorong kepada penjawat awam meningkatkan produktiviti kerja dan menunjukkan prestasi yang baik sekaligus mewujudkan modal insan bersikap positif.

"Makan kena cukup dan hidup selesa. Lagi pula dengan gaji pokok RM800 lebih sebulan ini mampukah mereka hendak beli rumah yang berharga RM150,000 di bawah PPA1M (Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia)?. Jawapannya memang tidak mampu," katanya.

-- BERNAMA

4 ulasan:

rasa bosan menunggu berkata...

pembantu perawatan kesihatan u11 tolong naik kan,gaji basic kami 800 lebih juga,duduk quarters sebab bekerja jauh dari kampung,jangan nak kaji je,sampai bila?gaji menteri takyah nak kaji terus naik sampai puluh2 ribu boleh pula.jangan ckp je,hari buruh ni jum ramai2 yg keja shif ambik cuti suruh menteri gaji tinggi keja,gaji tinggi tp kerja ntah ape2,najib sial tolong ambik tahu ok,slogan ape yg kau pakai,rakyat ke atau poket menteri kau orang yg nak penuh,dasar pemimpin yahudi

rasa bosan menunggu berkata...

presiden cuepacs lebih baik kau letak jawatan.najib takkan dengar keluhan kami nie,sebab kau ni pondan.cakap kat kedai kopi je lagi baik kau nie,tengok negara lain,menteri taknak dengar dia orang akan berkeras,baru betul,otak kau ni macam lembu..duk kaji,menyalah tapi takde apa2 pun kami dapat,yang kaya bertambah kaya,yang miskin ni makin miskin.buat najib setan,tunggu sumpahan dari kami yg teraniaya,amin

gayong serantau berkata...

Presiden Cuepacs ok...tak payah letak jawatan..PM tu yang kena letak jawatan mahathir suruh.

zamri rahman berkata...

Sewajarnya keputusan dari PM,PM sebenarnya ada kuasa untuk memberi jawapan rentetan tuntutan yang diutarakan oleh pihak CUEPACS.

Yang pasti,penjawat awam pelaksana 1 dan 2 tak akan kaya raya seperti mana pihak pihak tertentu oleh kerana kenaikan gaji dan elaun ini.

Apa yang golongan ini harap adalah dapat menanggung keluarga yang sekarang dihimpit oleh pelbagai kos sara hidup yang tinggi.

Sejak dari tahun 2008,telah banyak perkataan sebagai penyedap didengar sahaja dilontarkan kepada penjawat awam pelaksana 1 dan 2 namun hingga kini belum menjadi realiti tentang kenaikkan gaji dan elaun.

Pelaksana 1 dan 2 tak boleh mendengar sahaja segala kenyataan yang dibuat oleh menteri menteri atau pihak tertentu,kita perlukan tindakan yang membawa kepada realiti.

Apakah pihak atasan hanya boleh mendengar sahaja tanpa melihat kualiti golongan ini....??????

Sudah tentu tidak,begitu juga pelaksana 1 dan 2.Maka fikir fikirkanlah jika anda benar benar seorang yang BERIMAN kepada ALLAH.

Sesungguhnya Allah MAHA MENGETAHUI NIAT PERJUANGAN ANDA.