SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

24 April 2015

CUEPACS RAYU KERAJAAN PERTIMBANGKAN TEMPOH PERKHIDMATAN PELANTIKAN PEGAWAI KONTRAK - PRESIDEN

Bernama
23/4/2015

ALOR SETAR, 23 April (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini merayu kerajaan mempertimbang semula tempoh perkhidmatan pegawai lantikan secara kontrak.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata, sehingga ke hari ini, banyak aduan diterima pihaknya berhubung tempoh perkhidmatan diberikan hanya setahun ataupun 'berdasarkan tahun ke tahun' sekali gus membantutkan perancangan pekerja terutamanya yang sudah berkeluarga.

"Dalam tempoh enam bulan mereka kena rancang nak sambung perkhidmatan mereka, kita tahu setiap pekerja ada matlamat mereka nak rumah nak keluarga, nak beli kenderaan ada perbelanjaan sekolah, kalau kontrak berdasarkan tahun ke tahun, mereka tak boleh merancang, dan hilang motivasi semangat bekerja.

Usia bekerja di Malaysia dengan kelayakan lebih tinggi, amat wajar kerajaan melantik mereka ini mesti tidak kurang tiga tahun, barulah boleh merancang beli rumah, kenderaan dan perbelanjaan anak-anak," katanya.

Jelasnya, kerajaan turut wajar memberi peluang mereka yang bekerja secara kontrak untuk diberikan jawatan tetap.

Cadangan-cadangan dikemuka CUEPACS ini, kata Azih diyakini tidak akan membebankan kedudukan kewangan kerajaan, malahan CUEPACS berharap cadangan ini dibentangkan dalam Bajet 2016 dan dibawa dalam Rancangan Malaysia ke-11.

"Kita berjuang pastikan pekerja-pekerja tidak dapat kerja ini dapat kerja, manakala mereka yang dilantik kontrak ini ada jaminan, sebab mereka kerja dengan kerajaan, jadi kerajaan kena jaga dia," katanya.

-- BERNAMA

21 ulasan:

zamri rahman berkata...

1 persoalan ingin saya ajukan adalah kenapa GRED N1 BERTUKAR SKIM KE N11 TIADA APA APA KENAIKAN GAJI,SEDANGKAN TUGASAN BERTAMBAH.

siapa yang terbabit dalam situasi ini,sangat wajar untuk bersuara.

Tidak wajar jika hanya berdiam diri kerana hak penjawat awam berkaitan sangat wajar diketengahkan tapi melalui saluran yang betul.

Penyaram Bae berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
CUCU TOK MAT KELIN berkata...

LAUGAN RENTIHAN SUARA RAKYAT !!!!

Tak apa lah dato' seri,
dato' seri duduk rumah bil elektrik,
bil berjuta-juta dapat free,
biar kami merasa tarif elektrik yang semakin tinggi..

Tak apa lah dato' seri,
dato' seri pakai kereta perdana versi baru,
biar kami hutang kereta sampai mati..

Tak apa lah dato' seri,
dato' seri makan & minum mewah-mewah,
biar kami minum air tanpa gula..

Tak apa lah dato' seri,
dato' seri boleh pakai driver,
biar kami naik LRT harga tinggi..

Tak apa lah dato' seri,
dato' seri naik kapal terbang free,
biar kami masuk highway harga tol yang tinggi..

Tak apa lah dato' seri,
kami semua berkorban untuk dato' seri
sebab kami yakin kalau tiada parti dato' seri
semua bangsa akan MATI!!!

Terima Kasih dato' seri..

Tak apa lah dato seri....
PRU Kang pakoh BN jugok.
Umpama timun hendaknya
Melanggar kami terluka, Dilanggar kami cedera..
Tapi itulah nasib kami yang hina.

Tanpa elaun seperti menteri..
Makan bayar sendiri, Kereta pandu sendiri, Minyak isi sendiri, Jalan sesak kami hadap setiap hari..

Mudah pula tuan berkata,
"Jangan makan bila ayam naik harga,
Jangan minum manis bila naik harga gula,
Jangan guna jalan jika tol naik berganda,
Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia."

Kami umpama kain basahan Tuan perah habis-habisan,
Akhirnya kami kekeringan, Merana kami tuan kesenangan,
Duit sejemput kami diperas hingga rabak,
Gaji tuan sedikit pun tak boleh ditolak,
Diusul kami tuan amuk sampai koyak,
Kami senyum lihat tuan makin menggalak..

Tak mengapalah tuan
Kami terima segala ketentuan
Cuma ingat pesan Tuhan, Setiap perkara ada balasan
Nasib tuan belum ketahuan..

Tuan jangan lupa, Kami manusia biasa,
Sabar kami ada tahapnya,
Luka kecil boleh menjadi nanah juga..
Jangan sampai menjadi barah pula

Cukuplah tuan menyeksa,
Cukuplah tuan buat kami merana,
Kuasa tuan dari kami,
Naiknya tuan dari kami,
Jatuhnya tuan juga dari kami.
**fikir 2 kan lah.

ombakjahat berkata...

percepatkan semakan gaji jangan tggu hujung tahun....

Green Day berkata...

Saya dari sarawak..berkidmat dgn company jaya tiasa selama 5tahun.5tahun masih makan dengan gaji rm800.kalau dgn ada nya gst kenaikan brg cukup ke dgn gaji rm800 dato..harap dato dpt bagi kenaikan gaji sebanyak 1200.00 ke atas.jgn nak rakyat diseksakan pencapaian dikeduakan..undi lah BN,boleh ke undi dgn gaji rm800.....

Abu Bakar berkata...

Bagaimanakah dengan isu skim?

Apa dah jadi dengan isu skim?

Isu elaun perumahan atau penyediaan kuartes di kawasan bandar, apa dah jadi?

Jika isu Skim dan isu Elaun / Kuaters tak selesai atau memcapai kata putus sehingga 30 April 2015, maka kita semua BOIKOT Majlis Perhimpunan Hari Pekerja Tahun 2015.

Jika dipaksa hadir, maka perlu pakai pakaian hitam, lilitan kepala berwarna hitam, sebagai solidariti penjawat awam menentang sikap pentingkan diri sendiri pegawai atasan serta menteri yang hanya tahu menyumbat temolok sendiri sampai dah penuh dan bertaburan ke tanah pun masih tamak nak bolot lagi sedangkan golongan pelaksana dibiarkan terkontang kanting begitu sahaja.

Abu Bakar berkata...

Kepimpinan CEUPAC memang gagal, sama seperti kepimpinan kabinet Malaysia yang gagal.

Oleh itu, kepimpinan CEUPACS patutnya letak jawatan sahajalah jika isu skim dan isu kuarters / elaun perumahan di kawasan bandar tak dapat diselesaikan sebelum 30 April 2015 nanti.

Cuba kepimpinan CEUPACS sekarang ini nilai apakah perlunya anda semua bergayut kepada jawatan sekarang ini jika kamu semua tak mampu nak memberikan sumbangan yang jitu kepada perjuangan penjawat awam?

Kalau kemaruk sangat nak kuasa, harapnya kepimpinan CEUPACS boleh juga jemput agar seluruh presiden skim agar membuat kenyataan menyokong penuh kepimpinan CEUPACS sekarang ini dan bolehlah kepimpinan CEUPACS sekarang ini buat kenyataan 'I am Not Alone'.

Bawa juga sepanduk 'I Love Presiden CEUPACS', dan julanglah Presiden CEUPACS tinggi-tinggi, lepas tu nyanyi ramai-ramai sambil menari zumba.

Kepimpinan CEUPACS sekarang ini sangat lemah dan tak boleh diharap, kononnya Presiden, kononnya Timbalan Presiden, kononnya berjawatan besar dalam CEUPACS, tapi hampeh, tak boleh diharap, tak guna, buat apa semua ini?

Sedarlah semua.

Penyaram Bae berkata...

Tempoh setahun kontrak adalah terlalu singkat dan bakal merumitkan keadaan. Siapakah yg mencadangkan supaya kontrak itu hanya disambung setahun setiap tahun. Nasib kktgn kontrak diibarat sudah diambangkan kejatuhan yg total. Semua kktgn kontrak memohon agar pihak pgurusan ttinggi memberikan penekanan ke atas pkara yg berlaku ini.

khairul azhar berkata...

Salam tuan presiden. berkenaan entry terbaru pihak cuepacs yg berkenaan pekerja kontrak dalam perkhidmatan awam.untuk makluman pihak tuan, email terbaru yang diterima drpd jabatan kebajikan masyarkat malaysia mengata kan bahawa pekerja kontrak yg berjawatan pembantu perawatan kesihatan gred u11 akan ditamatkan perkhidmatan atas alasan tempat mereka telah diisi dengan kakitangan tetap. tuan,ada diantara pekerja kontrak ini yg telah bertugas melebihi 2 tahun. namun perkhidmatan mereka akan ditamatkan pd bulan jun 2015 ini. mana kebajikan mereka wahai tuan presiden. pekerja-pekerja kontrak ini kebanyakan bekerja di institusi-institusi kelolaan jkm seperti rumah kanal-kanal,rumah sri kenangan dan lain-lain institusi. jabatan kebajikan masyarakat selalu berbicara tentang kebajikan tp adakah tindakan mereka ini berkebajikan. amat berharap pihak tuan dptlah sekiranya mengusulkan perkara ini kerana mereka ini bukannya diimport drpd bangladesh ttp merupakan rakyat malaysia. sudah la tidak diberi peluang menjadi kakitangan tetap , kontrak pula ditamatkan. sekiranya tujuan cuepacs adalah untuk menjaga kebajikan kakitangan , dapatlah sekiranya pihak tuan membuktikan. sekian terima kasih

MOHD faizal berkata...

Harap cuepacs dapat membela kebajikan pekerja kontrak...

MOHD faizal berkata...

Harap cuepacs dapat membela kebajikan pekerja kontrak...

shukur Nordin berkata...

Shukur Nordin

assalam...
diharap sangat kebajikan staff kontrak/sambilan dpt dibela tambah lagi yang semakin hampir dengan tempoh tamat perkhidmatan dan di masa sekarang bukan senang nak cari kerja, kos sara hidup meningkat. Jika hendak dinilai dgn keputusan spm memang susah hendak dapat pekerjaan.Nilai lah seseorang itu atas pengalaman kerja dan tanggungjawab jawatan yang disandang.

Semoga tuan presiden dapat memberikan kabar berita gembira kepasa staff kontrak/sambilan.terima kasih.

Harap Tuan Presiden

ismail azmin berkata...

perlu diingatkan kepada pekerja kontrak / sambilan. walaupun cuepacs mempertahankan anda semua tetapi perkataan 'kontrak/sambilan' tu sendiri membawa maksud tidak tetap. Anda semua hendaklah cuba untuk mendapatkan jawatan tetap. Kalau tak carilah kerja lain yang berjawatan tetap dan janganlah mengharapkan jawatan kontrak tersebut. Itu semua kena telah maklum semasa anda semua menerima jawatan tersebut. So janganlah salahkan jabatan tersebut.

ismail azmin berkata...

cuepacs sepatutnya membela jawatan-jawatan tetap dahulu disebabkan mereka semua adalah pembayar yuran keahlian persatuan yang bernaung dengan cuepacs. Utamakanlah mereka dahulu sebelum melangkau kepada pekerja-pekerja yang lain walaupun begitu cuepacs boleh bersuara untuk MENOLONG mereka sebaiknya dan JANGAN SEKALI-KALI MENAFIKAN AHLI-AHLI YANG MENCARUM KEPADA CUEPACS untuk membela mereka.

- sebagai renungan dan peringatan kepada cuepacs supaya halatuju yang betul. tq. maaf kalu terasa

rasa bosan menunggu berkata...

kepala otak kau la,gred u11 ni ape citer,beban keja makin bertambah,tapi gaji tak naik2 pun,gampang kau buat apo letak jawatan lagi baik la,kepada najib kau tunggu la bn tumbang nanti,jum ramai2 gred 11 boikot ari pekerja nanti,yang keja shif semua ambik cuti rehat.tengok hospital boleh kerja ke tanpa kami

zamri rahman berkata...

kita perlukan saluran yang direct ke pihak kerajaan,tapi sekarang kita hanya melalui wakil iaitu CUEPACS.

Jika cuepacs tidur maka terbantut segala suara penjawat awam pelaksana 1 dan 2.Jika cuepacs lantang membawa suara golongan ini ke pihak kerajaan dan bersungguh sungguh dalam mempastikan kenaikan gaji dan elaun elaun dinaikkan dalam tahun 2015 ini maka sudah pasti kita tidak perlu pengganti selain cuepacs.

CUEPACS sangat wajar lebih tegas terhadap tuntutan yang dibuat terhadap kerajaan,bukan sekadar menjadi penyedap didengar dan sekadar melepaskan batuk di tangga atau lebih membimbangkan lagi adalah mendapat tawaran untuk menutup dari bersuara.

Wajar diberi perhatian oleh golongan ini

mohd nasir berkata...

TAK GUNA KITA NAK MELALAK KT SINI..BUKAN SAPA PUN PEDULI SUARA KITA YANG DAH MAKIN X DAK SUARA NI...TERIAK MCM MANAPUN..MINYAK TETAP DOK NAIK HARGA GAK WALAU MINYAK DUNIA MENJUNAM..MELOLONG PUN X GUNA, GST TETAP MENEKAN RAKYAT GAK WALAU DICANANG SANA SINI TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT..APA KUASA KITA..KAT SINI SUARA KITA X DIDENGAR PUN..

Ahmad Nadzri berkata...

Penjawat awam ...mmg kecewa pada 1 mei 2015....tuhan lbh mengetahui

Ahmad Nadzri berkata...

Penjawat awam ...mmg kecewa pada 1 mei 2015....tuhan lbh mengetahui

CUCU TOK MAT KELIN berkata...

Hampeeehh-hhh

Muhammad Saiful berkata...

Maafkan, saya ingin bertanya..
Jenis-jenis kontrak yang ada dalam perkhidmatan awam ialah contract for service dan contract off service.. Apakah penerangan 2 jenis kontrak ini dan apakah yang membezakannya?? Mohon sesiapa yang arif dapat memberi penjelasan.. Sekian terima kasih.