SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

12 April 2015

SYOR KWSP TIDAK RESIONAL - CUEPACS

Utusan Online
12/4/2015

Bekas Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman (kanan) Presiden CUEPACS yang Baru, Azih Muda (tengah) dan Timbalan Presiden 1 CUEPACS, Zainal Ismail mengankat tangan selepas keputusan pemilihan pada Majlis Konvensyen Tritahunan CUEPACS ke-26 di Menara PGRM, di sini hari ini.Gambar : Riduan Rizal AhmadPemberita : Saifulizam / Zul MansorAZIH ( tengah ) dan Zainal ( kiri ) serta Omar mengangkat tangan selepas keputusan pemilihan CUEPACS diumumkan di Kuala Lumpur semalam .
 
KUALA LUMPUR 11 April - Cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya hampir kepada usia persaraan 60 tahun adalah tidak rasional kerana perkara itu melibatkan hak pekerja.
Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Zainal Ismail berkata, perkara itu juga perlu dibincangkan bersama pihak-pihak berkepentingan sebelum sebarang keputusan dibuat.
Katanya, tempoh pengeluaran tersebut adalah tidak relevan memandangkan pada usia itu kebanyakan pekerja memerlukan wang untuk pelbagai rancangan seperti menampung kos perubatan dan sara hidup.
“Dalam isu ini, KWSP tidak berhak menentukan keputusan kerana ia melibatkan hak ahli mereka,” katanya yang dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, cadangan itu dibuat kerana kaji selidik bebas yang dijalankan oleh pakar ekonomi serta penyelidikan dalaman KWSP menunjukkan rata-rata orang cenderung untuk menghabiskan simpanan persaraan mereka dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas membuat pengeluaran penuh.
Sementara itu, Zainal berkata, KWSP perlu meneliti cadangan tersebut secara terperinci dengan mengambil kira implikasi sekiranya pekerja ingin bersara awal.
“Kita perlu meneliti daripada segala aspek. Bagaimana jika seseorang pekerja bersara awal dan ingin menggunakan wang simpanan KWSP mereka. Adakah mereka harus menunggu sehingga berusia 60 tahun,” katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), N. Gopal Kishnam berkata, cadangan tersebut tidak praktikal untuk dilaksanakan kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kekeliruan kepada pencarum.
Beliau turut mencadangkan pengeluaran wang caruman KWSP sebagai satu pilihan sama ada pada usia 55 tahun atau 60 tahun, bukannya ditetapkan umur mandatori.
“Mana-mana ahli KWSP yang ingin kekal dan mengeluarkan wang simpanan mereka pada usia 60 tahun adalah terpulang kepada mereka namun KWSP tidak harus menghalang pencarum yang mahu mengeluarkan wang pada usia 55 tahun,” katanya.

Bekas Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman (kanan) Presiden CUEPACS yang Baru, Azih Muda (tengah) dan Timbalan Presiden 1 CUEPACS, Zainal Ismail mengankat tangan selepas keputusan pemilihan pada Majlis Konvensyen Tritahunan CUEPACS ke-26 di Menara PGRM, di sini hari ini.Gambar : Riduan Rizal AhmadPemberita : Saifulizam / Zul MansorAZIH ( tengah ) dan Zainal ( kiri ) serta Omar mengangkat tangan selepas keputusan pemilihan CUEPACS diumumkan di Kuala Lumpur semalam .NOTATERBITANKOSMOJUMAAT20 DISEMBER 2013MUKA 6***ARCHIVED BY KNR
KUALA LUMPUR 11 April - Cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya hampir kepada usia persaraan 60 tahun adalah tidak rasional kerana perkara itu melibatkan hak pekerja.
Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Zainal Ismail berkata, perkara itu juga perlu dibincangkan bersama pihak-pihak berkepentingan sebelum sebarang keputusan dibuat.
Katanya, tempoh pengeluaran tersebut adalah tidak relevan memandangkan pada usia itu kebanyakan pekerja memerlukan wang untuk pelbagai rancangan seperti menampung kos perubatan dan sara hidup.
“Dalam isu ini, KWSP tidak berhak menentukan keputusan kerana ia melibatkan hak ahli mereka,” katanya yang dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, cadangan itu dibuat kerana kaji selidik bebas yang dijalankan oleh pakar ekonomi serta penyelidikan dalaman KWSP menunjukkan rata-rata orang cenderung untuk menghabiskan simpanan persaraan mereka dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas membuat pengeluaran penuh.
Sementara itu, Zainal berkata, KWSP perlu meneliti cadangan tersebut secara terperinci dengan mengambil kira implikasi sekiranya pekerja ingin bersara awal.
“Kita perlu meneliti daripada segala aspek. Bagaimana jika seseorang pekerja bersara awal dan ingin menggunakan wang simpanan KWSP mereka. Adakah mereka harus menunggu sehingga berusia 60 tahun,” katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), N. Gopal Kishnam berkata, cadangan tersebut tidak praktikal untuk dilaksanakan kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kekeliruan kepada pencarum.
Beliau turut mencadangkan pengeluaran wang caruman KWSP sebagai satu pilihan sama ada pada usia 55 tahun atau 60 tahun, bukannya ditetapkan umur mandatori.
“Mana-mana ahli KWSP yang ingin kekal dan mengeluarkan wang simpanan mereka pada usia 60 tahun adalah terpulang kepada mereka namun KWSP tidak harus menghalang pencarum yang mahu mengeluarkan wang pada usia 55 tahun,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/syor-kwsp-tidak-rasional-8211-cuepacs-1.80020#sthash.Hp82WyMf.dpuf

11 ulasan:

Made in Pahang berkata...

Pekeliling baru penyelarasan kenaikan gaji...3%

berita baik utk kumpulan pengurusan
pertambahan kenaikan gaji rm34 minima gred 41..maksima mungkin sehingga rm 100

Berita pedih dan syahdu utk kump sokongan...kenaikan hanya antara rm3 dan maksima bawah rm10...

Apa ini... kami kumpulan sokongan yg betul betul tersepit dgn gst naik x sampai rm 10 maksima..

Buatlah sesuka hati...lepasni buatlah lagi satu pekeliling kump pengurusan naik gaji dua kali setahun dan kumpulan sokongan dua tahun sekali
korang buatlah pekeliling yg boleh mengenyangkan tembolok sendiri ni...Takpa buatlah...

kump sokongan 2 berkata...

Kita kumpulan sokongan ni yang banyak terhimpit dengan sitiuasi hidup sekarang, takpe lah wahai kawan kawan ku kump sokongan, kita buktikan kuasa kita di pru14 nanti, kita tunjukkan kuasa dan suara kita, kerja harus diteruskan walau seribu sesalan tapi tiba saat itu kita raikan kemenangan bagi golongan kump sokongan hampir 1 juta ni, teguh kan pendirian masing2 insyaallah....

hantuu berkata...

Memgaruttt

ombakjahat berkata...

cuepacs harap bantu kumpulan sokongan bawahan seperti kami ni... kos sara hidup makin naik... harap semakan gaji dapat dilakukan secepat mungkin... kos hidup makin naik x padan dengan gaji....

Cg Man berkata...

Mangkuk ayun kaki tembolok...

Cg Man berkata...

Mangkuk ayun kaki tembolok...

gayong serantau berkata...

Gaji pak Menteri dah naik berpuluh ribu..pegawai kumpulan pengurusan pun sama...kita kumpulan perlaksana ni yang teruk bekerja hanya setakat 3% nilai usaha kita selama ini...

kump sokongan 2 berkata...

Saya amatlah berharap kabinet BN yang menerajui hala-tuju dan mengurus-tadbir negara, jgnlah menganggap kami rakyat Malaysia ini mata buta, telinga pekak atau otak kosong/tak pandai menilai atau berfikir dgn setiap skandal yang telah dibongkar.

Bila nak mengeluarkan sesuatu hujah atau alasan, fikir2lah kalau diikutkan pakar2 kewangan, ekonomi, pentadbiran, pengurusan dan sebagainya adalah ramai di sebelah pihak rakyat. Lihatlah sendiri, syt. korporat2 swasta yang berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa. Tokoh2 korporat ini, kalau ikut cara BN untuk menguruskan syt mereka kemungkinan besar dah lama bakrap atau guling tikar.

Kebanyakan rakyat warga kota dah amat arif dgn cara BN "menguruskan" kewangan negara... lepas satu satu skandal dibongkarkan... dan pihak menteri2 akan terus memberikan pelbagai ulasan atau alasan bagi menutup pelbagai kelemahan yang sebenarnya telah mendedahkan kewibaan mereka masing2.

Jangan nanti bila tak undi BN atau UMNO di PRU14, keluar pula perkataan tak patriotiklah, menderhakalah, tak mengenangkan budilah dan mcm2 lagi. Sampai bila rakyat perlu hidup dalam kesempitan sementara melihat dari satu skandal bersambung ke satu skandal dibongkar.. sampai bila... sampai bila!

Pihak yang membuat skandal tidak diambil tindakan berat/serius yang mempu mengerun mereka... malahan mereka akan "diselamatkan".. wang rakyat dah lesap.. mereka yg buat skandal pun menjadi jutawan express... Lama kelamaan nama mereka akan lesap juga di media... lepas itu timbul lagi satu demi satu skankal yg tak kesudahan.

Lihatlah berkaitan skandal 1MDB sekarang seperti yg disenaraikan dalam beritasemasa.com ini...

Ya Allah, hanya dengan Engkau sahajalah kami memohon pertolongan dan perlindungan.. selamatkanlah kami daripada TERUS DITIPU DGN PELBAGAI CARA DAN BERIKANLAH TAUFIK DAN HIDAYAH KEPADA PEMIMIPIN2 AGAMA ISLAM KAMI SUPAYA MEREKA BERIMAN DAN BERTAQWA KEPADA ENGKAU YA ALLAH DAN MEGURUS-TADBIR NEGARA KAMI MALAYSIA SEPRTIMANA ENGKAU REDHAI. AAMIIIN AAMIIIN YA RABBAL AALAMIIIN.

Lan berkata...

tapi -tapi.. anak - anak buah saya pakai kereta kia sportage, ford ecosport, toyota vios, kia sportage.... Tegur juga kenapa pakai kereta mahal sangat dan jawapan diterima...kereta pinjam bos. Saya pakai proton sahaja, tak berani ambil banyak hutang. Tapi tidaklah semua kakitangan bawahan macam tu.