SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

21 April 2009

PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN CUTI BERSALIN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

JPA
21/4/2009
Kakitangan Awam akan menikmat kemudahan penambahbaikan cuti bersalin yang akan dikuatkuasakan pada 1 Mei 2009. Kemudahan adalah seperti berikut:


a. Pegawai boleh menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila
masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin;

b. Pegawai perlu mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital/ klinik Kerajaan atau
swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin bagi membolehkan Ketua Jabatan
meluluskan permohonan Cuti Bersalin dengan menggunakan borang seperti di Lampiran
surat pekeliling perkhidmatan ini;

c. Tempoh Cuti Bersalin yang diambil lebih awal dari tarikh dijangka bersalin ini adalah termasuk
di dalam jumlah 60 hari Cuti Bersalin yang diperuntukkan kepada pegawai;

d. Kemudahan Cuti Bersalin yang diambil lebih awal ini disediakan sebagai suatu pilihan kepada
pegawai. Pegawai yang tidak berhasrat menggunakan kemudahan Cuti Bersalin lebih awal
boleh menggunakan Cuti Bersalin tertakluk kepada kaedah sedia ada iaitu bermula dari
tarikh pegawai bersalin sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 2 Tahun 1998 atau pindaannya dari semasa ke semasa; dan

e. Ketua Jabatan hendaklah memastikan kemudahan Cuti Bersalin yang diambil lebih awal ini
direkod di dalam Buku Perkhidmatan pegawai.

Untuk Keterangan lanjut rujuk pekeliling JPA : (klik disini)

公務員の5%がひんぱんに欠勤=官公労連会議

2009/04/23 12:05
JST配信


【ポートディクソン】 公務員の5%がひんぱんに欠勤し、中には3カ月も出勤しない者もいる。官公労連会議(CUEPACS)のアハマド・シャー書記長によると、こうした「不良公務員」の多くは支援グループ2(グレード1―17)に属する下級公務員で、清掃夫や庭師などが多いという。こうした不良公務員の存在はCUEPACSでも問題視しており、各省庁との会合でも解決に向けての協力を求められているという。アハマド・シャー書記長は労働者に組合が直接指導するのも可能だとした上で、まずは各省庁が問題の多いグループをターゲットに労働倫理や規 則に関するセミナーを開催することが先決との考えを示した。

BLACK SHEEP IN CIVIL SERVICE

NST
21/4/2009




PORT DICKSON: About five per cent of civil servants have frequently stayed away from work and there are also those who have been absent for up to three months.
Cuepacs secretary-general Ahmad Shah Mohd Zin said most of them were from the support group two (grade 1-17).This is lowest rung of the civil service and the workers include sweepers and gardeners.Ahmad Shah said this problem was brought to the attention of Cuepacs, the umbrella body for civil service unions, at a meeting with ministries and goverment departments which had sought the union's assistance to deal with the problem. "We have no problem speaking to the workers, but we feel it would be better for the ministries and departments concerned to have a seminar, especially for this target group.
"Workers in this group only need to pass their Form Three and are not exposed to or aware of certain work ethics and regulations," he said after the opening of the Armed Forces General Workers Union meeting here yesterday.The meeting was opened by Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

LIMA PERATUS KAKITANGAN AWAM PONTENG KERJA

Berita Harian
Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my
21/4/2009




PORT DICKSON: Kira-kira lima peratus kakitangan awam terbabit dalam gejala ponteng kerja dengan ada kes tidak datang bekerja hingga tiga bulan. Setiausaha Agung, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Ahmad Shah Mohd Zin, berkata kebanyakan kakitangan terbabit adalah kumpulan sokongan dua (gred 1-17) yang bekerja di luar pejabat dan tidak perlu menggunakan kad perakam waktu. Katanya, masalah ini diketahui ketika Cuepacs menghadiri mesyuarat bersama kementerian serta jabatan kerajaan dan meminta kerjasama pemimpin kesatuan menyedarkan ahli supaya tidak melakukan perbuatan itu.
“Kami tiada masalah untuk memenuhi permintaan itu, tetapi berpendapat lebih baik kementerian dan jabatan kerajaan mengadakan seminar kesedaran khusus kepada kumpulan pekerja yang terbabit dalam gejala itu. “Kelayakan akademik kumpulan pekerja terbabit adalah tamat sekolah rendah atau Sijil Rendah Pelajaran (sekarang Penilaian Menengah Rendah) dan mereka tidak terdedah serta mengetahui peraturan kerja seperti Perintah Am,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian mesyuarat agung Kesatuan Pekerja Awam Angkatan Tentera Malaysia di sini, semalam. Perasmian dilakukan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Ahmad Shah berkata, kementerian dan jabatan kerajaan perlu mendedahkan kakitangan kumpulan terbabit mengenai Perintah Am supaya pengetahuan mereka berhubung peraturan kerja dapat dipertingkatkan. Mengikut Perintah Am, katanya tindakan disiplin termasuk buang kerja boleh diambil terhadap pekerja yang tidak datang bekerja melebihi tiga hari. Sementara itu, katanya Cuepacs percaya tuntutan supaya semua kakitangan awam menerima kadar elaun sara hidup (Cola) yang sama akan dipenuhi kerajaan. “Cuepacs berharap ketika Sambutan Hari Pekerja Sektor Awam pada 14 Mei depan, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) akan mengumumkannya,” katanya.
Katanya, Cuepacs bukan menuntut kenaikan kadar elaun, tetapi hak kakitangan awam untuk mendapat kadar Cola yang sama berbanding ketika ini diberikan mengikut kawasan kerja. “Ini adalah hak kakitangan awam tanpa mengira sama ada di bandar atau luar bandar. Takrifan Cola sendiri ialah elaun sara hidup untuk menampung perbelanjaan kos perumahan, pengangkutan dan makanan. Cuepacs mendapati kadar harga makanan di luar bandar lebih mahal berbanding bandar,” katanya.

20 April 2009

EPU SIAP KAJI TOL TIGA BULAN LAGI

Berita Harian
Oleh Fazli Abdullah dan S Anad Kumar
bhnews@bharian.com.my
20/4/2009




Pelbagai aspek diambil kira agar keputusan untungkan rakyat, kerajaanGEORGETOWN: Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan menyerahkan cadangan komprehensif bagi menangani isu berkaitan tol tiga bulan lagi bagi mengurangkan beban rakyat. Menteri di JPM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata cadangan yang bakal dibentangkan kepada kerajaan itu dibuat berdasarkan kajian pelbagai aspek.
Antaranya, perjanjian konsesi dan kesan ekonomi terhadap keputusan yang bakal dibuat kerajaan. "Kita sudah menerima arahan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) mengenai perkara ini. Ia menjadi keutamaan untuk EPU membentang cadangan menyeluruh bagi menyelesaikan isu yang sudah berlanjutan sebegitu lama," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di sini, semalam. Kelmarin, Perdana Menteri berkata, kerajaan mengarahkan EPU mencari penyelesaian komprehensif untuk menangani isu tol di seluruh negara bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat.
Najib berkata, beliau akan memastikan keputusan terbaik dibuat kerana ketika ini semakan kadar tol setiap tiga tahun sering menimbulkan kemarahan rakyat. Ditanya kemungkinan kerajaan mengambil alih tol, Nor Mohamed berkata, beliau tidak tahu hasil kajian itu kerana ia baru bermula. "Kajian akan dilakukan secara menyeluruh dan menyerahkan kepada kerajaan cadangan yang memberi kebaikan kepada rakyat dan kerajaan," katanya. Sementara itu, pelbagai pihak termasuk kesatuan sekerja merayu kerajaan mengambil alih syarikat konsesi tol bagi meringankan beban rakyat terutama yang berpendapatan rendah.
Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata cadangan itu juga dapat menjimatkan wang kerajaan kerana kini mereka perlu membayar pampasan jika tol tidak dinaikkan seperti ditetapkan dalam perjanjian konsesi. "Daripada kerajaan membayar pampasan berjuta ringgit lebih baik ambil alih pengurusan tol dan wang itu diperuntukkan bagi menjaga kebajikan rakyat," katanya. Omar berkata, kerajaan kemudian boleh mempertanggungjawabkan pengurusan tol di bawah Kementerian Kewangan atau Kementerian Kerjaraya. Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si
Pin pula berkata, pihaknya berharap cadangan EPU itu mengambil kira kepentingan rakyat.

FOLLOW JPJ' LEAD DEPTS URGED

The Star
20/4/2009




JAYA: The move by the Road Transport Department (JPJ) to have its promotion list vetted by the Malaysian Anti-Corruption Commis- sion (MACC) should be adopted by all government agencies and departments, Centre of Public Policy Studies chairman Tan Sri Ramon Navaratnam said.
There should also be a strong political will to ensure the practice of vetting the civil service was constantly adhered to, he added.
He was commenting on Transport Minister Datuk Seri Ong Tee Keat’s announcement yesterday that JPJ enforcement staff members being considered for promotions would be screened by the MACC. The move was part of JPJ’s efforts to develop integrity as a key value in the department.
“It has not been fully practised in the past. This announcement resuscitates the principle,” he told The Star.
Navaratnam, a former Transport Ministry secretary-general, pointed out that it had always been the practice of the civil service to check the records of its officers.
“The only thing new here is the direct involvement of the MACC. I expect it to exercise greater diligence and higher standards in scrutinising candidates for promotion to ensure they are civil servants of high integrity,” he said.
On new JPJ recruits being spared from the screening, Navaratnam described it as a good move.
“It is not practical to vet the employment list. Those starting out fresh do not have track records yet. What is important is that the leaders and head of departments must be clean,” he said.
Meanwhile, Cuepacs president Omar Osman hoped that the move to vet civil servants would not affect their morale and make them feel “as if they could not be trusted.”
“Every agency or department has a selection committee that looks into promotions of civil servants.
“The committee would know their background and their eligibility. As long as they are serving well, and are not being investigated by the MACC, they are assumed to be clean,” he said.
Fomca secretary-general Muham-mad Sha’ani Abdullah, however, disagreed, saying that civil servants had no right to say anyone was interfering with their work if the intention was to improve efficiency in the delivery system. “It is the priority of the Government to ensure that the civil service is clean. When there is no transparency, the people will not be convinced,” he said, adding that the move should not just be confined to JPJ officers but across the civil service.

MTUC MINTA BARISAN MENTERI TURUN PADANG SEBELUM RANGKA KPI

Bernama
By:
Ramjit-->
20/4/2009




PETALING JAYA, 17 April (Bernama) -- Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Jumaat mencadangkan supaya Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi perkhidmatan awam harus menekankan kepada soal perancangan, penyelarasan, keberkesanan dan produktiviti.Setiausaha Agungnya G. Rajasegaran berkata sebelum kaedah KPI dibangunkan, adalah penting bagi pemimpin tinggi kerajaan seperti menteri, timbalan menteri, ketua setiausaha dan ketua jabatan turun padang bagi merasai apa yang dilalui oleh rakyat.Beliau memberitahu Bernama di sini Jumat bahawa pegawai atasan berkenaan sering diberi keutamaan ketika berurusan dengan jabatan kerajaan dan mereka tidak mengetahui kesukaran yang dilalui oleh rakyat biasa."Jadi adalah penting untuk pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan supaya sentiasa turun padang dan mengetahui secara dekat kelemahan dan cara menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan awam," katanya.Rajasegaran, bagaimanapun, mengakui banyak jabatan kerajaan telah melakukan penambahbaikan dalam sistem penyampaiannya tetapi masih ada banyak ruang memperbaiki lagi sistem perkhidmatan bermutu tinggi.Beliau memuji langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan inisiatif memperkenalkan KPI kepada semua anggota Kabinet dan berharap usaha itu akan dikekalkan dan berjaya membawa perubahan.Rajasegaran berkata walaupun apa juga hasil keberkesanan konsep KPI namum pada dasarnya rakyat biasa harus menikmati sistem penyampaian perkhidmatan awam yang sebaik mungkin.Sementara itu, setiausaha agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Ahmad Shah Mohd Zin, berkata pihaknya masih menunggu garis panduan KPI dari Ketua Setiausaha Negara."Sebaik sahaja menerima panduan itu, kami mampu memberi input," katanya.

17 April 2009

PELUANG KENAIKAN PANGKAT DAN MENIKMATI GAJI LEBIH TINGGI

Media Cuepacs
17/4/2009

TEMA HARI PEKERJA CUEPACS 2009 : KEBAJIKAN PEKERJA DIBERI KEUTAMAAN

Melaka : Mesyuarat Khas Majlis Kongres CUEPACS sebulat suara menerima “Cadangan Tambahan Tangga Matagaji Sector Awam Mengikut Klasifikasi/Gred” yang telah dibentangkan oleh Puan Lok Yim Pheng , Timbalan Setiausaha Agung 1 pada mesyuarat Bil 4 sesi 2007-2010 yang telah diadakan di Hotel Lisbon, Jalan D’Albuqueque, Portuguese Settlement Ujong Pasir, Melaka, pada 11hb April 2009.Diantara Isu-isu yang dibincangkan bersama termasuklah perkara-perkara tuntutan CUEPACS dan perbincangan dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Malaysia.Presiden CUEPACS, Tuan Haji Omar Osman yang mempengerusikan mesyuarat telah menerangkan beberapa perkara utama berkaitan isu-isu semasa. Diantaranya:

i) Maklumbalas/Penambahbaikan PTK
ii) Kenaikan COLA & Imbuhan Tetap Perumahan
iii) Kenaikan Pangkat Kumpulan Sokongan II
iv) Pekerja Kontrak/Sementarav) Sambutan Hari PekerjaPenambahbaikan PTK,

Pihak CUEPACS akan menyerahkan Memorandum Khas kepada KPPA dan menjangkakan menerima keputusannya daripada Jabatan Perkhidmatan Awam sebelum 30hb Mei 2009. Penambaikan PTK telah diputuskan semasa mesyuarat khas di Hotel Sungai Petani Inn iaitu tidak akan menerima keseluruhan pakej butiran pindaan ke atas Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai 1 Januari 2009 dengan mengambil pendekatan mewujudkan Jawatankuasa Penyemakan bagi menambahbaikan kandungan yang terkandung didalam surat pekeliling kerana 40 peratus daripada 34 perkara yang dikemukakan itu tidak memuaskan.Berkaitan tuntutan COLA dan Imbuhan Tetap Perumahan, ianya masih dalam peringkat penelitian Pihak Pembendaharaan Malaysia.”Pemantapan dan Penambaikan Skim Perkhidmatan Awam” adalah salah satu tajuk strategi yang akan dicadangkan bagi isu kenaikan pangkat kumpulan sokongan. Cadangan-cadangan dan strategi ini telah dibincangkan bersama dalam mesyuarat tersebut. Ahli-ahli Kongres diberi peluang memberi cadangan dan idea-idea tambahan bagi penambahanbaikan cadangan tersebut.
Mengikut rekod pekerja kontrak dan sementara, seramai 50,000 kakitangan awam kontrak kini bertugas diseluruh negara termasuk dibawah pihak berkuasa tempatan (PBT). CUEPACS bimbang dengan situasi berkenaan dan menjangka seramai 10,000 kakitangan awam kontrak bakal kehilangan pekerjaan menjelang Jun. Malah ada yang telah berkhidmat selama 28 tahun tetapi ditamatkan kontaknya. Terbaru laporan bahawa 80 pegawai Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bakal menerima nasib yang sama ditamatkan perkhidmatannya.
Melaka Bandaraya Bersejarah, bakal dikujungi oleh semua gabungan CUEPACS dari seluruh Malaysia. Sambutan Hari Pekerja yang akan diadakan pada 1hb Mei 2009 bakal menyaksikan “perubahan”. 3 Anugerah bakal disampaikan iaitu Anugerah Tokoh Pemimpin, Anugerah Kesatuan Aktif dan Anugerah Tokoh Wanita Cemerlang.Kita tunggu perubahan-perubahan itu nanti.
Tarikh-tarikh penting aktiviti CUEPACS:

1. 30hb April 2009, Jam 2.00 petang(Taklimat Ekonomi di Universiti Putra Malaysia)
2. 30hb April 2009 Jam 8.00 malam ( Majlis Makan Malam di Melaka)
3. 1hb Mei 2009 ( Sambutan Hari Pekerja di Melaka)
4. 2hb Mei 2009 (Sambutan Hari Pekerja di Bukit Jalil)
5. 14 hb Mei 2009 (Hari Pekerja Sektor Awam 2009) tertakluk kepada perdana menteri

KU AZMI
Presiden KESKA

16 April 2009

500 BEKAS PEKERJA DIJANGKA HADIRI MAJLIS

Sinar
16/4/2009




BANDARAYA MELAKA – Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengadakan sambutan Hari Pekerja 2009 di Melaka 1 Mei depan. Presidennya, Omar Osman berkata, sambutan yang akan diadakan di Dataran Banda-raya itu bakal turut dihadiri kira-kira 500 bekas pekerja kontrak awam seluruh negara yang tidak disambung kontrak mereka sejak awal tahun ini. Katanya, Cuepacs akan bersama dengan bekas pekerja kontrak dan memberi nasihat yang perlu bagi mereka menghadapi tekanan akibat hilang mata pencarian. “Kita juga akan hulurkan bantuan yang perlu yang kita mampu seperti makanan sebagai tanda simpati dengan nasib yang menimpa mereka. “Sebenarnya bilangan pekerja yang tidak disambung kontrak lebih daripada 500 orang, tetapi kita sediakan 500 tempat untuk mereka di sambutan ini nanti,” katanya di sini baru-baru ini. Menurut Osman, Cuepacs kini sedang bergerak ke seluruh negara bagi bertemu dengan semua bekas pekerja kontrak awam yang diberhentikan bagi membantu mereka. Katanya, kebanyakan pekerja kontrak awam terutama yang berada di bawah kerajaan negeri dan kementerian tidak disambung kontrak sejak kegawatan ekonomi yang melanda negara. Cuepacs sebelum ini dalam kenyataannya menjangkakan kira-kira 10,000 pekerja kontrak awam akan ke-hilangan pekerjaan sehingga hujung tahun ini berikutan kegawatan ekonomi. Menurut kenyataan itu lagi, senario amat bertentangan dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pekerja kontrak awam tidak akan dibuang dalam dua pakej rangsangan ekonomi yang dibentangkan sebelum ini. Justeru, Cuepacs menyeru agar kerajaan mengeluarkan pekeliling kepada ketua jabatan agensi kerajaan agar tidak menghentikan khidmat pekerja kontrak agar mereka tidak menghadapi krisis ekonomi keluarga.

15 April 2009

HENTIKAN SALAHKAN SYARIKAT PENGANGKUTAN, PEMANDU

Berita Harian
15/4/2009



KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak membidas sikap agensi penguat kuasa sering menuding jari kepada syarikat pengangkutan awam dan pemandu apabila berlaku kemalangan maut seperti kes terbaru membabitkan sebuah bas ekspres dua tingkat yang mengorbankan enam orang di Bukit Beruntung, Rawang, kelmarin. Menurut mereka, setiap kali berlaku kes sedemikian, akan timbul kenyataan mengenai syarikat pengangkutan atau pemandu mempunyai saman atau waran tangkap sedangkan agensi penguat kuasa sepatutnya sudah mengambil tindakan awal yang boleh mencegah tragedi seperti itu. Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Ashfar Ali, berkata pengusaha atau syarikat bas ekspres sentiasa memeriksa rekod dan latar belakang individu sebelum mengambil bekerja tetapi masalah dihadapi ialah rekod itu tidak dikemaskini.
“Kita tidak puas hati kerana bila kemalangan, pihak berkuasa menuding jari dan mendakwa kita tidak ambil berat soal keselamatan. Kadang-kala pihak berkuasa juga tidak mengemaskini maklumat saman pemandu. Ada selepas tiga atau empat tahun, baru keluar saman... lima atau enam saman sekali gus. “Masa kami semak (latar belakang pemandu), tiada rekod (saman) tetapi selepas itu ada pula,” katanya sambil mempersoalkan kenapa lesen pemandu masih boleh diperbaharui walaupun mempunyai banyak saman atau waran tangkap. Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi kelmarin, enam orang termasuk pemandu sebuah bas ekspres maut, manakala tiga lagi parah apabila kenderaan dua tingkat membawa 32 penumpang itu hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbalik di Kilometer 443 Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran Bukit Beruntung.
Semakan polis mendapati pemandu kedua bas ekspres itu mempunyai lapan saman kerana kesalahan memandu laju, manakala pemandu bas utama yang maut dalam kejadian berkenaan mempunyai enam saman dan lima waran tangkap bagi kesalahan sama. Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman yang turut kesal dengan sikap menuding jari seperti itu, berkata agensi penguat kuasa seharusnya menumpukan kepada langkah memperketat dan melaksanakan peraturan dengan serius dan tegas. “Selalunya, semua pihak sibuk memberi cadangan supaya menubuhkan jawatankuasa atau peraturan baru (jika berlaku kemalangan maut) tetapi kemudian tiada penguatkuasaan berterusan sehingga pemandu yang ada waran tangkap pun masih boleh terus memandu. “Sepatutnya polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan agensi penguat kuasa lain mementingkan pelaksanaan undang-undang berterusan, bukan menuding jari pihak yang terbabit dalam kemalangan saja,” katanya.
Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pihak berkuasa sepatutnya tidak melengahkan tindakan undang-undang ke atas pemandu bas ekspres yang mempunyai banyak saman dan waran tangkap atas kesalahan lalu lintas kerana tugas mereka membabitkan kepentingan serta keselamatan orang awam. “Semua pihak terbabit termasuk syarikat bas ekspres sendiri mesti berhenti daripada saling menuding jari, sebaliknya memikul tanggungjawab serta bekerjasama bagi mengelak risiko kejadian tidak diingini,” katanya. Katanya, sudah sampai masa mekanisme khusus dibentuk bagi menangani kes kemalangan maut termasuk mewajibkan pemandu bas ekspres dengan lebih tiga saman lalu lintas menghadiri kaunseling, selain menjalani tempoh pengawasan yang membolehkan lesen digantung jika mengulangi kesalahan dalam tempoh itu.

13 April 2009

CUEPACS MAHU NASIB 50,000 DIBELA

Berita Harian
Oleh Nasir Abd Wahab
anasir@bharian.com.my
13/4/2009




Cuepacs harap kerajaan bantu kakitangan kontrak di sektor awam MELAKA: Cuepacs mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertindak segera membela nasib kira-kira 50,000 pekerja kontrak sektor awam yang kini berdepan kehilangan pekerjaan apabila kontrak mereka ditamatkan secara berperingkat mulai Jun ini. Presidennya, Omar Osman, berkata Cuepacs sudah mengutus surat untuk bertemu Perdana Menteri dan masih menunggu jawapan daripadanya.
"Saya merayu supaya kerajaan membela nasib 50,000 anggota sektor awam yang ketika ini berkhidmat secara kontrak atas dasar perikemanusiaan, saya baru dapat aduan di Kelantan ada beberapa kes isteri sudah meninggalkan suami yang ditamatkan pekerjaan. "Tidak cukup dengan itu, ada keluarga tidak mampu menyekolahkan anak selepas ditamatkan kontrak oleh majikan," katanya kepada media selepas menghadiri mesyuarat khas Majlis Tertinggi Cuepacs, di sini, semalam. Mesyuarat khas itu sempena sambutan Hari Pekerja Peringkat Cuepacs di Melaka pada 1 Mei ini.
Omar berkata, trend pemberhentian pekerja kontrak banyak berlaku pada peringkat agensi kerajaan negeri dan setakat ini dianggarkan kira-kira 3,000 pekerja kontrak sektor awam seluruh negara sudah diberhentikan, manakala 10,000 lagi akan mengalami nasib sama menjelang 30 Jun ini. Menurutnya, langkah agensi kerajaan tertentu menswastakan perkhidmatan sejak tahun lalu banyak merugikan pekerja kontrak tempatan sebaliknya memberikan pekerjaan tertentu kepada warga asing. Omar juga berkata, Cuepacs akan membantu kerajaan membaiki mutu perkhidmatan awam menerusi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dengan menyalurkan laporan salah laku mana-mana ketua jabatan terus kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Sambil menyambut baik usaha Perdana Menteri memperkenalkan KPI, Omar berkata, ia usaha bijak yang boleh membawa kepada penambahbaikan mutu per-khidmatan awam, sekali gus menaikkan moral kakitangan awam.

CUEPACS AKAN TEMUI PM BERHUBUNG KEBAJIKAN KAKITANGAN AWAM

Bernama
13/4/1009



MELAKA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam masa terdekat untuk mengemukakan beberapa cadangan bagi memantapkan prestasi dan kebajikan kakitangan sektor awam. Presidennya, Omar Osman, berkata pihaknya sudah menghantar surat untuk mengadakan pertemuan itu dan sedang menunggu jawapan. Katanya, antara cadangan yang dikemukakan ialah mengenai Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), penswastaan sektor awam, mengkaji semula kemudahan perubatan kepada kakitangan awam yang sedang berkhidmat dan pesara, Elaun Sara Hidup (COLA) dan pemberhentian kakitangan kontrak.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Tertinggi Cuepacs dan mesyuarat khas Anggota Majlis Kongres Cuepacs di sini, hari ini. Katanya, Cuepacs memberi sokongan padu kepada kerajaan baru di bawah kepimpinan Najib dan berharap kerajaan dapat memantapkan aspek kebajikan warga sektor awam. Sementara itu, Omar berkata Cuepacs menganggarkan 3,000 kakitangan kontrak di seluruh negara diberhentikan sejak Januari tahun lalu hingga sekarang berikutan kegawatan ekonomi.
Katanya, setakat ini terdapat kira-kira 50,000 kakitangan kontrak iaitu 20,000 kakitangan di bawah lantikan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) manakala baki 30,000 orang adalah lantikan kementerian, kerajaan negeri, jabatan dan agensi. "Kakitangan kontrak lantikan JPA dan SPA tidak ada masalah kerana dia sambung kontrak tetapi yang menjadi masalah (pemberhentian) ialah lantikan kementerian, kerajaan negeri, jabatan dan agensi," katanya. Beliau berkata, ada antara ketua jabatan dan agensi memberi alasan penamatan kontrak disebabkan bajet tidak cukup atau bajet tidak ada, prestasi tidak baik dan masalah kesihatan. "Alasan tak ada bajet, masa itulah prestasi tak baik, masalah kesihatan dan lain-lain lagi. Ia adalah jawapan yang tidak boleh diterima. Sedangkan semasa Datuk Seri Najib membentangkan mini bajet yang lepas jelas menyatakan bahawa kesemua pekerja kontrak tidak akan diberhentikan," katanya. - Bernama

CUEPACS WANTS TO MEET NAJIB OVER WELFARE OF CIVIL SERVANTS

Bernama
By:
Ramjit-->



MELAKA, April 11 (Bernama) -- Cuepacs will meet Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak soon to make proposals to improve the civil service and improve the welfare of civil servants.Its president Omar Osman said a letter seeking a meeting with Najib had been sent and that he was still waiting for a reply.The proposals were on the competency assessment test (PTK), privatisation of the public sector, review of medical facilities for civil servants and retirees, cost of living allowance (COLA) and the retrenchment of contract staff," he said after chairing a Cuepacs council special meeting here Saturday.Omar said about 3,000 contract staff had been retrenched nationwide since Jan last year due to the economic slowdown.The civil service has about 50,000 contract staff of which 20,000 are under the Public Service Department (JPA) and the Public Service Commission (SPA) and another 30,000 are under ministries, state governments and agencies."Contract staff appointed by JPA and SPA have no problems as their contracts are renewed but this is not the case for those appointed by ministries, state governments and agencies."Omar said heads of departments and agencies often cite lack of budget, poor performance and health as reasons for non-renewal of contracts."Lack of budget, poor performance and health are answers that we cannot accept. Datuk Seri Najib said when presenting the mini budget that all contract staff will not be retrenched," he added.-- BERNAMA

10 April 2009

CUEPACS KEDAH GOLF TOURNAMENT 2009

Cuepacs Bahagian Negeri Kedah berhasrat dapat mengumpulkan ahli-ahli dan rakan-rakan untuk berkenalan dan beramah-mesra sambil beriadah dalam satu acara khususnya di kejohanan Golf yang dianjurkan ini. Disamping itu juga sumbangan yang dihulurkan bagi menjayakan kejohanan ini dapat membantu melicinkan pengurusan Cuepacs Bahagian Negeri Kedah terutama dalam program R & D, pendidikan dan kebajikan ahli di Negeri Kedah.

Tarikh : 25 April 2009

Tempat: Darul Aman Golf & Country Club, bandar Darul Aman, Jitra, Kedah Darul Aman

Yuran Penyertaan: RM200.00

Hadiah Utama: NAZA SURIA GS 1.1 L

Jawatankuasa Penganjur

Pengerusi : Sdr. Othman B. Hamid (0134217040)
Naib Pengerusi : Sdr. Senu B. Hashim (0194703955)
Setiausaha: Sdr. Wang Heng Suan (0194560777)
Pen. setiausaha: Sdr. Mohd Yusof B. Youp (0194608755)

Bendahari: Sdr. Ibrahim B. Idris (0124471738)

Ahli Jawatankuasa

Sdr. Tarmizi B, Tajudin
Sdri. Rosmawati Bt. Mustafa
Sdr. Johari B. Saad

YM Ku Azmi Ku Ibrahim (0134394154)
Sdr. Zulkifli B. Hamid
Sdr. Mohd Fadzil B. Md Isa.

PEKERJA RENDAH AWAM DI GALAKAN SERTAI KESATUAN KERJA AWAM NEGERI PERAK

Sinar
10/4/2009

SERI ISKANDAR - Kesatuan Kerja Awam Negeri Perak menyeru kepada semua pekerja rendah awam agar segera menyertai kesatuan tersebut. Presidennya, Zakaria Taha berkata, banyak kebaikan atau faedah yang dapat diperoleh jika menjadi ahli kesatuan. Menurutnya, kesatuan itu mempunyai 1,000 ahli seluruh Perak dan sembilan cawangan setiap daerah. “Ia bertujuan membela nasib pekerja rendah awam untuk semua sektor kerajaan dari segi kenaikan gaji, elaun dan juga pangkat. “Melalui kesatuan ini, kita akan bertemu dan berbincang untuk menambahbaikkan pekerja dan membincangkan isu berkaitan pekerja,” katanya. Zakaria berkata, kesatuan itu juga telah bergabung dengan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bagi memantapkan lagi kesatuan. “Apabila kita bergabung dengan Ceupacs senang untuk berurusan dengan pihak kerajaan dalam menyalurkan masalah pekerja. “Masalah ini akan dibawa ke kongres Ceupacs termasuk masalah kenaikan pangkat dari tahap R1 ke R4 dan R3 ke R6,” katanya. Menurutnya, kesatuan itu juga memohon kepada semua ketua jabatan khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya mengaktifkan kembali Majlis Bersama Jabatan (MBJ). “JKR mempunyai ahli kesatuan yang paling ramai dan melalui MBJ inilah segala masalah boleh dibawa kepada ketua jabatan untuk dibincangkan serta dicari jalan penyelesaiannya. “Melalui MBJ ini, pekerja rendah awam mempunyai peluang untuk menyuarakan masalah masing-masing kerana mereka akan diwakili seorang pekerja untuk menyampaikan segala masalah kepada ketua jabatan. “Kita mendapat maklumat bahawa ada jabatan yang tidak melakukan MBJ ini dan kita harap jabatan tersebut segera mengaktifkannya supaya nasib pekerja rendah awam ini terbela,” katanya. Menurutnya, kesatuan itu telah memohon pada Setiausaha Kerajaan negeri (SUK) supaya melanjutkan tempoh permohonan bagi urusan kenaikan pangkat bagi jawatan gred N4 dan R4. “Hal ini kerana ada sesetengah jabatan tidak mendapat maklumat mengenai kenaikan pangkat sedangkan tarikh tutup iklan pada 10 April ini. “Kami memohon pada SUK supaya tarikh tutup permohonan itu dilanjutkan bagi memberi peluang kepada semua pekerja rendah awam memohonnya. “Ini kerana, ada pekerja dari gred R1 yang sudah bekerja selama 20 tahun tetapi masih juga tidak berpeluang naik pangkat sedangkan mereka lulus ujian Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan prestasi kerja juga memberangsangkan,” katanya.

09 April 2009

KOS PERUBATAN TINGGI BIMBANGKAN CUEPACS

Bernama
9/4/2009


KUALA LUMPUR

8 April (Bernama) -- Cuepacs hari ini meminta Kementerian Kesihatan supaya mengawal dan menyelaraskan caj bayaran dan rundingan perubatan di hospital dan klinik swasta.

Setiausaha Agungnya Ahmad Shah Mohd Zin berkata pada masa ini tidak ada harga siling untuk caj bayaran itu menyebabkan kadar yang dikenakan antara sesebuah hospital adalah berbeza. Sebagai contoh, ubat biasa seperti panadol dikenakan bayaran RM1.50 sebiji, konsultasi antara RM90 hingga RM150 dan pembedahan apendiks RM32,000, katanya.

Caj yang tinggi itu menyebabkan pihak insurans Cuepacs membayar kira-kira RM1 juta sebulan kepada pihak hospital yang membuat tuntutan itu.

Beliau berkata Cuepacs mempunyai polisi insurans kesihatan berkumpulan untuk anggotanya. Mereka membayar premium tahunan sebanyak RM250, secara ansuran bulanan dalam tempoh 12 bulan dan mendapat pelindungan perubatan untuk mereka dan keluarga sebanyak RM20,000. Pada masa ini terdapat 50,000 pemegang polisi insurans itu.

Ahmad Shah berkata berikutan tuntutan yang tinggi oleh hospital pada setiap bulan, pihak insurans meminta premium yang lebih tinggi.

"Setakat ini kami berjaya memujuk mereka untuk tidak menaikkan bayaran premium, tetapi kami tidak lagi boleh melakukannya.

"Inilah sebabnya kenapa kami meminta bantuan kerajaan mengawal caj bayaran itu, jadi bayaran premium adalah rendah dan kakitangan awam mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan," katanya.

-- BERNAMA

07 April 2009

MAJIKAN WAJIB BERI PELEPASAN PEKERJA MENGUNDI

Utusan Malaysia
7/4/2009



KUALA LUMPUR 6 April - Majikan di sektor awam wajib memberi pelepasan kepada kakitangan mereka untuk keluar mengundi pada pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Air, esok.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman (gambar) berkata, jumlah hari pelepasan bertugas itu perlu mengikut jarak pejabat dan tempat mengundi.
"Jika pejabat terletak di dalam kawasan pilihan raya atau negeri sama, kakitangan boleh diberikan pelepasan setengah hari atau satu hari.
"Bagi kakitangan yang bekerja jauh atau di negeri lain, mereka perlu diberi pelepasan sekurang-kurangnya dua hari bagi membolehkannya pulang awal ke tempat pengundian," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika mengulas hak pekerja yang layak mengundi di tiga kawasan berkenaan esok.
Omar menambah, pelepasan yang diberikan itu tidak boleh digantikan dengan bekerja pada hari lain.
"Pelepasan ini adalah keistimewaan yang wajib diperoleh pengundi atau disebut sebagai cuti tanpa rekod dan majikan tiada hak untuk mengarahkan ia diganti pada hari lain.
"Sekiranya ada kakitangan yang tidak mendapat pelepasan, mereka perlu melaporkannya kepada CUEPACS dan aduan itu akan dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tindakan susulan," katanya.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud berkata, majikan perlu membenarkan kakitangan untuk keluar mengundi esok walaupun pada hari bekerja kerana ia adalah peraturan pilihan raya dan tanggungjawab rakyat.
"Pekerja yang layak mengundi di mana-mana tiga kawasan itu perlu melaporkan kepada pihak berkuasa dan MTUC jika majikan tidak memberi pelepasan berbuat demikian.
"Bagaimanapun, setakat ini MTUC belum menerima sebarang aduan berhubung kegagalan atau kedegilan majikan memberikan pelepasan kepada kakitangan yang akan mengundi pada pilihan raya berkenaan," katanya.
Esok, seramai 55,426 pemilih layak membuang undi pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak manakala 35,140 pemilih bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah dan 8,006 pemilih untuk DUN Batang Air, Sarawak.

06 April 2009

CUEPACS WELCOME NAJIB AS PM

NST
Hamidah Atan
3 April 2009



PUTRAJAYA: Cuepacs, the umbrella union for the country's 1.3 million civil servants, yesterday hailed Datuk Seri Najib Razak's appointment as a boost for the public sector.
Its president, Omar Osman, said Najib, who has held various portfolios before his formal
appointment as prime minister today, had proven his mettle as a caring and grassroots-based leader."When he was the defence minister, he did a lot for the soldiers, just like when he was the education minister."Under his guidance and supervision, Felda has become what it has set out to be. Most Felda settlers are now out of the poverty cycle, with their children having carved a niche in their own fields."Omar said he strongly believed that Najib had all the traits and capabilities to take the country to greater heights.
"We civil servants will remain loyal and supportive of his new policies and agenda. "Under him, we hope the relationship between employers-workers and the government will remain strong, open and effective," he said.

03 April 2009

90 PEKERJA DIPECAT MAHU DISERAP SEMULA

Sinar
3/4/2009

AIR KUNING – Seramai 90 pekerja kontrak bagi jawatan Pekerja Awam Gred R1 (54) dan Jaga Gred R1 (36) di Jabatan Pelajaran Negeri Perak telah diberhentikan serta merta berikutan kesan kegawatan ekonomi yang melanda dunia sekarang ini. Seorang pekerja, Murthia Ali Mohamad berkata, mereka yang diberhentikan telah bekerja di jabatan itu selama 14 hingga 15 tahun dan apa yang mengecewakan ialah tiada pampasan diberikan. Katanya, alasan pemberhentian mereka pula ialah tiada lagi keperluan untuk pengisian jawatan tersebut. "Kerja-kerja pembersihan dan perkhidmatan kawalan keselamatan telah pun diswastakan. "Pihak yang berkenaan memberitahu terdapat beberapa masalah teknikal untuk pelantikan semula pekerja belum dapat diatasi dan sebagai jalan penyelesaian, pekerja-pekerja kontrak ini diberhentikan," katanya. Murthia berkata, pemberhentian serta merta itu adalah tidak patut kerana rata-rata yang diberhentikan mempunyai tanggungan. “Sekarang kami tidak bekerja, kami ada tanggungan seperti anak yang masih bersekolah dan pinjaman pembelian rumah dari pihak bank. Bagaimana kami hendak bayar?” katanya. Menurutnya lagi, mereka telah menandatangani kontrak sehingga Disember 2010 dan apabila berlakunya perkara sedemikian, maka pihak yang berkenaan melanggar kontrak tersebut. "Hal ini bertentangan dengan kenyataan dari Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang menegur sesetengah agensi kerajaan yang kurang mengambil berat berkaitan nasib pekerja kontrak yang telah lama berkhidmat dalam sektor awam," katanya. Murthia berharap supaya pekerja kontrak ini dapat diserap kembali ke sektor awam sebagai pekerja tetap kerana kebanyakan pekerja mempunyai pengalaman yang luas berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan mereka selama ini.

01 April 2009

PENGIKTIRAFAN SEKTOR AWAM

Utusan Malaysia
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
rencana@utusan.com.my

ABDULLAH Ahmad Badawi (kiri) diiringi Yong Poh Kon (Pengerusi bersama Pemudah mewakili Sektor Swasta) dan Mohd. Sidek Hassan (Pengerusi bersama Pemudah mewakili Sektor Awam) (tengah) semasa menghadiri pembentangan laporan tahunan Pemudah 2008 di Putrajaya, Februari lalu.
SEBAGAI nadi utama kepada pengurusan dan pentadbiran, penggerak agenda kerajaan dan penyampai perkhidmatan awam, kumpulan pekerja di sektor awam menjadi tulang belakang pembangunan negara.
Kerana itu juga, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebaik-baik menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 31 Oktober 2003, meletakkan kecekapan penyampaian awam sebagai antara agenda utama di bawah kepimpinan beliau.
Kerenah birokrasi, pembangunan modal insan dan peningkatan integriti pula menjadi sebahagian daripada komponen tumpuan Abdullah dalam memperkasakan sektor tersebut.
Ia antara lain bertujuan memastikan setiap mekanisme perkhidmatan awam bergerak dengan pantas dan berfungsi dengan berkesan seterusnya membolehkan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik.
Pembangunan modal insan bertaraf antarabangsa pula bertujuan melahirkan kakitangan awam kelas pertama yang tidak hanya cekap dan bijak menjalankan tugas, malah dikagumi oleh masyarakat dunia.
Paling utama, penyampaian sektor awam itu dilaksanakan dengan penuh integriti dan bermaruah, sekali gus bebas daripada unsur-unsur rasuah dan korupsi yang tidak hanya mencemar imej kerajaan, malah merosakkan bangsa.
Adalah jelas tumpuan yang diberikan jentera Abdullah adalah untuk menghapuskan stigma ‘kemudahan kelas pertama, mentaliti kelas ketiga’ yang sinonim dengan perkhidmatan awam.
Ini kerana masyarakat berpendidikan dan moden hari ini semakin bijak dan kritis dalam menilai kecekapan penyampaian awam.
Mereka juga mempunyai banyak saluran untuk bersuara dan melampiaskan perasaan tidak puas hati dengan penyampaian awam yang tidak berkualiti.
Justeru, sektor perkhidmatan awam perlu benar-benar cekap kerana ia melambangkan imej, maruah dan integriti kerajaan.
Kerana kepentingan itu juga, Abdullah dan jentera Kabinetnya dari semasa ke semasa mengumumkan penambahbaikan kepada sistem penyampaian perkhidmatan awam menerusi pelbagai intensif.
Antaranya Abdullah mengisytiharkan tanggal 5 November setiap tahun sebagai Hari Integriti Kebangsaan dan ia disambut pertama kali pada 2004.
Serentak dengan sambutan itu, Konvensyen Integriti Nasional turut dianjurkan bertujuan membincangkan mengenai hala tuju agenda integriti negara.
Abdullah turut memperkemaskan peranan anggota Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) yang terdiri daripada pegawai kanan kerajaan dan tokoh-tokoh swasta.
Pemudah antara lain bertanggungjawab mengurangkan kerenah birokrasi dalam beberapa aspek penyampaian perkhidmatan awam supaya pelaksanaannya lebih berkesan.
Namun, tumpuan utama kerajaan Abdullah pastinya terhadap usaha meningkatkan integriti dengan memerangi gejala rasuah secara habis-habisan.
Selepas diuar-uarkan sejak sekian lama, akhirnya penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menggantikan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) terlaksana pada 1 Januari lalu.
Penubuhan SPRM juga bermodelkan agensi-agensi anti rasuah berwibawa di dunia seperti Independent Commission on Anti-Corruption (ICAC) di Hong Kong dan Independent Commission Against Corruption di New South Wales, Australia.
Ia disokong oleh beberapa mekanisme check and balance seperti Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah. Tujuannya supaya badan ini mampu menjalankan tugas dengan lebih berkesan, telus dan akauntabiliti.
Turut dibentuk bersama-sama SPRM ialah dua buah panel iaitu Panel Penilaian Operasi (PPO) dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR).
Kedua-dua panel ini akan memastikan keputusan siasatan SPRM dilakukan dengan telus di samping menggerakkan aktiviti mendidik orang ramai menentang rasuah.
Terdahulu pada 2 Mac 2004, Abdullah melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), juga dengan tujuan untuk memerangi gejala rasuah.
PIN antara lain bertanggungjawab membimbing dan menggaris usaha-usaha ke arah memantapkan lagi integriti di semua peringkat dan lapisan masyarakat.
Ia termasuk mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara berkesan. Dalam masa yang sama, PIN digerakkan untuk meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian, perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi.
Bersama-sama PIN, sebuah badan yang menggalakkan urus tadbir berkesan, akauntabiliti dan kecekapan sektor awam serta swasta agar bebas daripada amalan negatif termasuk rasuah turut ditubuhkan. Badan itu dikenali sebagai Institut Etika Awam Nasional (IEAM).
Memperkemaskan peranan PIN dan IEAM ialah Institut Integriti Malaysia (IIM) yang bertanggungjawab mendidik dan menggalakkan rakyat Malaysia meletakkan nilai-nilai integriti dalam setiap aspek kehidupan.
Dalam menghargai sumbangan kakitangan awam sebagai pelaksana utama agenda kerajaan, kumpulan ini turut diberikan imbuhan secara langsung.
Antaranya seperti yang diumumkan sendiri oleh Abdullah sewaktu berucap pada majlis Anugerah Kualiti Sektor Awam 2008.
Penambahbaikan seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-pekerja Sektor Awam itu termasuk pertukaran skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada skim pencen.
Langkah itu membolehkan kira-kira 40,000 kakitangan awam membuat pilihan pertukaran tersebut bermula 1 Februari lalu.
Turut diumumkan ialah bayaran ex-gratia kepada ibu bapa anggota perkhidmatan awam bujang yang meninggal dunia dalam perkhidmatan bermula 1 Januari lalu.
Terdahulu pada perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Abdullah mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam berkuatkuasa 1 Julai 2007.
Kenaikan yang disifatkan terbaik dalam sejarah perkhidmatan awam itu menyaksikan peningkatan gaji antara 7.5 peratus hingga 35 peratus membabitkan kira-kira 1.02 juta kakitangan awam. Serentak dengan kenaikan itu, kerajaan turut menaikkan kadar bantuan sara hidup (COLA) sebanyak 100 peratus.
Adalah jelas agenda meningkatkan sektor perkhidmatan awam seperti yang ditekankan Abdullah adalah menjunjung pendekatan telus dan terbuka yang sering diutamakan beliau.
Ia juga merealisasikan hasrat Abdullah untuk mengajak rakyat bekerja bersama-sama beliau dan bukannya bekerja untuk beliau.
Ternyata usaha Abdullah mendapat pengiktirafan apabila kecekapan negara kini berada di tangga ke-19 dalam IMD World Competitiveness Report 2008, iaitu meningkat empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.