SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 April 2009

KOS PERUBATAN TINGGI BIMBANGKAN CUEPACS

Bernama
9/4/2009


KUALA LUMPUR

8 April (Bernama) -- Cuepacs hari ini meminta Kementerian Kesihatan supaya mengawal dan menyelaraskan caj bayaran dan rundingan perubatan di hospital dan klinik swasta.

Setiausaha Agungnya Ahmad Shah Mohd Zin berkata pada masa ini tidak ada harga siling untuk caj bayaran itu menyebabkan kadar yang dikenakan antara sesebuah hospital adalah berbeza. Sebagai contoh, ubat biasa seperti panadol dikenakan bayaran RM1.50 sebiji, konsultasi antara RM90 hingga RM150 dan pembedahan apendiks RM32,000, katanya.

Caj yang tinggi itu menyebabkan pihak insurans Cuepacs membayar kira-kira RM1 juta sebulan kepada pihak hospital yang membuat tuntutan itu.

Beliau berkata Cuepacs mempunyai polisi insurans kesihatan berkumpulan untuk anggotanya. Mereka membayar premium tahunan sebanyak RM250, secara ansuran bulanan dalam tempoh 12 bulan dan mendapat pelindungan perubatan untuk mereka dan keluarga sebanyak RM20,000. Pada masa ini terdapat 50,000 pemegang polisi insurans itu.

Ahmad Shah berkata berikutan tuntutan yang tinggi oleh hospital pada setiap bulan, pihak insurans meminta premium yang lebih tinggi.

"Setakat ini kami berjaya memujuk mereka untuk tidak menaikkan bayaran premium, tetapi kami tidak lagi boleh melakukannya.

"Inilah sebabnya kenapa kami meminta bantuan kerajaan mengawal caj bayaran itu, jadi bayaran premium adalah rendah dan kakitangan awam mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan," katanya.

-- BERNAMA

Tiada ulasan: