SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

10 April 2009

PEKERJA RENDAH AWAM DI GALAKAN SERTAI KESATUAN KERJA AWAM NEGERI PERAK

Sinar
10/4/2009

SERI ISKANDAR - Kesatuan Kerja Awam Negeri Perak menyeru kepada semua pekerja rendah awam agar segera menyertai kesatuan tersebut. Presidennya, Zakaria Taha berkata, banyak kebaikan atau faedah yang dapat diperoleh jika menjadi ahli kesatuan. Menurutnya, kesatuan itu mempunyai 1,000 ahli seluruh Perak dan sembilan cawangan setiap daerah. “Ia bertujuan membela nasib pekerja rendah awam untuk semua sektor kerajaan dari segi kenaikan gaji, elaun dan juga pangkat. “Melalui kesatuan ini, kita akan bertemu dan berbincang untuk menambahbaikkan pekerja dan membincangkan isu berkaitan pekerja,” katanya. Zakaria berkata, kesatuan itu juga telah bergabung dengan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bagi memantapkan lagi kesatuan. “Apabila kita bergabung dengan Ceupacs senang untuk berurusan dengan pihak kerajaan dalam menyalurkan masalah pekerja. “Masalah ini akan dibawa ke kongres Ceupacs termasuk masalah kenaikan pangkat dari tahap R1 ke R4 dan R3 ke R6,” katanya. Menurutnya, kesatuan itu juga memohon kepada semua ketua jabatan khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya mengaktifkan kembali Majlis Bersama Jabatan (MBJ). “JKR mempunyai ahli kesatuan yang paling ramai dan melalui MBJ inilah segala masalah boleh dibawa kepada ketua jabatan untuk dibincangkan serta dicari jalan penyelesaiannya. “Melalui MBJ ini, pekerja rendah awam mempunyai peluang untuk menyuarakan masalah masing-masing kerana mereka akan diwakili seorang pekerja untuk menyampaikan segala masalah kepada ketua jabatan. “Kita mendapat maklumat bahawa ada jabatan yang tidak melakukan MBJ ini dan kita harap jabatan tersebut segera mengaktifkannya supaya nasib pekerja rendah awam ini terbela,” katanya. Menurutnya, kesatuan itu telah memohon pada Setiausaha Kerajaan negeri (SUK) supaya melanjutkan tempoh permohonan bagi urusan kenaikan pangkat bagi jawatan gred N4 dan R4. “Hal ini kerana ada sesetengah jabatan tidak mendapat maklumat mengenai kenaikan pangkat sedangkan tarikh tutup iklan pada 10 April ini. “Kami memohon pada SUK supaya tarikh tutup permohonan itu dilanjutkan bagi memberi peluang kepada semua pekerja rendah awam memohonnya. “Ini kerana, ada pekerja dari gred R1 yang sudah bekerja selama 20 tahun tetapi masih juga tidak berpeluang naik pangkat sedangkan mereka lulus ujian Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan prestasi kerja juga memberangsangkan,” katanya.

Tiada ulasan: