SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 April 2009

CUEPACS TAK PATUT LINDUNGI DOKTOR CULAS

Berita Harian
29/4/2009



TAHNIAH dan syabas saya ucapkan kepada Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan walaupun secara kebetulan dapat ‘menangkap’ dua doktor kerajaan yang culas ketika menjalankan tugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bagaimanapun, saya kesal dengan kenyataan balas daripada Setiausaha Agung Cuepacs dalam sebuah akhbar. Memang cukup jelas kenyataan Timbalan Menteri itu bukan untuk cari publisiti, mahupun menganiaya doktor culas berkenaan. Sebaliknya, Cuepacs sebagai sebuah kesatuan yang memperjuangkan hak, kebajikan dan masa depan penjawat awam, sepatutnya sikap buruk doktor itu dipandang serius kerana perkara berkenaan akan menjejaskan integriti dan pandangan umum terhadap perkhidmatan awam.
Perbuatan culas doktor itu bukanlah kes terpencil seperti pandangan Cuepacs kerana saya sendiri pernah melalui kejadian sama di Hospital Putrajaya. Pada Ahad minggu lalu, saya memasuki wad pediatrik hospital berkenaan waktu malam (dengan kebenaran pengawal) untuk menghantar lampin anak saya yang sedang menerima rawatan di wad itu dan dengan bersahaja dua doktor muda di wad berkenaan begitu asyik sekali melayari laman web dengan menggunakan komputer di wad berkenaan. Mengikut makluman isteri saya, sepanjang hari tiada seorang doktor melawat atau melakukan pemeriksaan keadaan anak saya. Namun, saya amat berterima kasih kepada jururawat di wad itu yang sentiasa mengambil berat keadaan pesakit. Saya berharap kejadian seperti ini perlu diberi perhatian dan jangan kerana sikap segelintir kakitangan yang culas menghakis integriti keseluruhan perkhidmatan awam.

PEKERJA RAJIN,
Putrajaya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

isu ini ada pro dan kontranya. kesilapan mculas pada saya berlaku dlm semua sektor sama ada swasta mahupun kerajaan. mungkin tidak ditangkap je.

apapun tindakan mghukum tidak akan menyelesaikan masalah ini.

semoga menteri bkenaan dapat membaikki keadaan ini.

TQ

Tanpa Nama berkata...

setuju memang setuju,jangan tangkap buta aje,cuba soal-selidek bukan soal siasat apa sebabnya.Mungkin ada sebab tertentu yang jadi begitu