SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 April 2009

CUEPACS CADANG PENGELUARAN 10 PERATUS GRATUITI

Berita Harian
27/4/2009



GEORGETOWN: Cuepacs meminta kerajaan membenarkan kakitangan awam mengeluarkan 10 peratus daripada jumlah ganjaran perkhidmatan masing-masing sebelum mereka bersara. Presidennya, Omar Osman, berkata pengeluaran itu bagi membolehkan kira-kira 1.3 juta kakitangan awam menampung perbelanjaan mereka lebih-lebih lagi ketika ekonomi dunia tidak stabil. "Pada 1998 ketika ekonomi negara tidak stabil, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, memberi RM500 kepada kakitangan awam untuk berbelanja bagi merancakkan ekonomi.
"Kini Cuepacs hanya minta kerajaan benarkan kami keluarkan 10 peratus atau setidak-tidaknya lima peratus daripada gratuiti kami," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah berkaitan isu semasa Cuepacs di Universiti Sains Malaysia di sini, hari ini. Omar berkata, dengan adanya wang hasil pengeluaran itu, ia dapat menghalang kakitangan awam daripada berhutang dengan pihak tidak bertanggungjawab seperti ceti haram. Katanya, cadangan itu sudah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan pihaknya juga telah menerima maklumat balas yang ia akan dipertimbangkan.
"Kita harap kerajaan dapat meluluskannya," katanya. - Bernama

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PEKERJA KONTRAK KERAJAAN NK BUAT PINJAMAN PUN SUSAH SEKARANG NI...