SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 April 2009

LEBIH RAMAI MINAT SERTAI SEKTOR AWAM BERBANDING SEKTOR SWASTA

Bernama
By:
Ramjit-->
28/4/2009




PUTRAJAYA, 28 April (Bernama) -- Penyediaan skim gaji dan sistem pencen yang semakin menarik dalam sektor awam sejak kebelakangan ini menyebabkan lebih ramai berminat menyertai sektor itu berbanding sektor swasta, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.Beliau berkata sektor awam telah mengalami perubahan yang besar dalam tempoh yang singkat di mana gaji dan kebajikan untuk sesetengah jenis pekerjaan adalah lebih baik berbanding dengan sektor swasta."Justeru itu pekerja sektor awam perlu menghargai apa kelebihan yang telah diberikan kerajaan dan berkhidmat lebih baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2009 di sini hari ini.Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya kerajaan membenarkan kakitangan sektor awam mengeluarkan lima hingga 10 peratus gratuiti sebelum bersara.Presiden CUEPACS Omar Osman berkata cadangan berkenaan bertujuan untuk meringankan beban kakitangan awam khasnya pada ketika negara menghadapi kelembapan ekonomi.Sementara itu Dr Subramaniam berkata kementerian bercadang untuk meneliti semula Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bagi memastikan penyediaan seorang pegawai keselamatan dan kesihatan oleh majikan benar-benar dipatuhi.Beliau berkata meskipun dalam akta sedia ada sudah mewajibkan majikan berbuat demikian tetapi masih ada yang gagal."Mungkin ada beberapa kaedah atau perkara yang perlu diteliti semula bagi memastikan majikan akur dan patuh dengan arahan itu," katanya.Selain itu Dr Subramaniam berkata kementerian turut menerbitkan buku panduan memulakan perniagaan: Mengurus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, diterbitkan dalam empat bahasa, Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.Ia bertujuan membantu majikan mengetahui apa yang diperlukan dan di mana boleh mendapatkan maklumat mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan, katanya.Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam yang juga Setiausaha agung MIC berkata beliau menyokong pendapat Anggota Majlis Tertinggi Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk T. Murugiah bahawa masyarakat India akan terus berpecah sekiranya banyak parti politik berasaskan kaum itu diwujudkan di negara ini.Dr Subramaniam berkata bila terlalu banyak parti ia akan menyukarkan suara kaum itu untuk lebih didengari."Dulu cuma parti MIC yang mewakili suara kaum India dan ia dapat sokongan yang banyak...dan kita bila suarakan apa jua pandangan itulah pandangan keseluruhan kaum itu."Tapi kini apabila banyak parti akan timbul soal apakah pandangan yang disuarakan itu mewakili semua atau segelintir daripada mereka sahaja. Kalau ini berterusan ia akan melemahkan lagi kuasa kaum India", katanya.Baru-baru ini bekas wartawan Malay Mail, Manuel Lopez menubuhkan parti Barisan Bertindak Demokratik India Malaysia (Mindraf).Parti itu dikatakan diasaskan pada Julai 2005 dan borang pendaftaran kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan dihantar sebelum akhir bulan ini bagi memohon kelulusan untuk membolehkan Mindraf menjadi sebuah parti yang sah.-- BERNAMA

Tiada ulasan: