Utusan Malaysia
27/04/2009 5:18pm
KUALA LUMPUR 27 April — CUEPACS hari ini menyatakan rasa “kesal mendalam” terhadap cara Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan menangani kes dua orang doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang didapati “culas" bertugas.
Saravanan sepatutnya lebih berhati-hati dan diplomasi, daripada hanya menghebohkannya di akhbar, kata setiausaha agung CUEPACS, Ahmad Shah Md. Zin.
“Memang sebagai seorang ahli politik, beliau meraih beberapa poin, tapi siapa yang teraniaya?” tanya Ahmad Shah.
Beliau mengulas kejadian semalam di unit kecemasan hospital itu, di mana Saravanan “mengesan” seorang doktor sedang membaca surat khabar dan seorang lagi membuat kerja sendiri ketika ramai pesakit menunggu di luar.
Beliau berkata, walaupun CUEPACS tidak akan membiarkan kakitangan awam yang tidak menjalankan kerja dengan baik, tetapi dalam kes ini, adalah amat tidak adil bagi Saravanan menghebohkan kejadian itu yang mungkin merupakan hanya satu kes terpencil.
Ahmad Shah berkata, sebagai tanda beradab, Saravanan boleh membawa perkara itu kepada Pengarah hospital dan Menteri Kesihatan daripada menghebohkannya kepada media dan seluruh dunia. - Bernama
1 ulasan:
saya seakan-akannya tidak percaya dan kesali statement begini boleh keluar dari mulut seorang setiausaha agung CUEPACS anda tak sepatutnya menyatakan perkataan tersebut,ini mungkin satu kes terpencil bagi encik tapi kerana kes terpencil inilah yg selalu memjatuhkan imej kakitanggan awam.kes 2 org doktor di ER ini telah membuka mata kita semua adakah ini hanya berlaku di HKL sahaja ??? tanggungjawab seorang doktor adalah menyelamatkan seberapa nyawa yg boleh.saya berpendapat encik sepatuh memberi teguran yg sekeras-kerasnya kpd semua kaki tanggan awam supaya lebih bertanggungjawab semasa berkerja dan bukannya melindungi mereka dengan cara yg tidak wajar sebegini.
Catat Ulasan