SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 April 2009

JPA TAK LAYAN TUNTUTAN CUEPACS

Berita Harian
23/4/2009




KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak akan melayan sebarang tuntutan dikemukakan Cuepacs khususnya yang membabitkan implikasi kewangan sehingga ekonomi negara benar-benar pulih dan mampu mengharungi cabaran akibat tempias krisis ekonomi dunia. Malah, tindakan supaya ditangguhkan dulu tuntutan itu sudah disuarakan kepada pemimpin Cuepacs ketika dialog antara kedua-dua pihak di Putrajaya 20 Mac lalu. Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Ismail Adam, berkata delegasi diketuai Setiausaha Agung kongres itu, Ahmad Shah Mohd Zin juga bersetuju dengan permintaan untuk tidak memberi tekanan kepada kerajaan khususnya dalam isu kewangan selepas mengambil kira keadaan ekonomi negara.
“Adalah tidak wajar untuk Cuepacs membuat tuntutan pada masa ini yang boleh mendatangkan implikasi kewangan. “Tidak berbangkit isu berhubung apa-apa tuntutan boleh memberi tekanan kepada kerajaan khususnya dari aspek kewangan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Kelmarin, akhbar melaporkan Cuepacs percaya tuntutan supaya semua kakitangan menerima kadar Cola sama akan dipenuhi kerajaan.
Ahmad Shah dipetik sebagai berkata, Cuepacs mengharapkan pengumuman mengenainya dibuat ketika Sambutan Hari Pekerja Sektor Awam pada 14 Mei ini. Turut dilaporkan, Cuepacs bukan menuntut kenaikan kadar elaun, tetapi hak kakitangan awam untuk mendapat kadar Cola yang sama berbanding ketika ini diberikan mengikut kawasan kerja. Ismail berkata, isu Perdana Menteri akan mengumumkan berita gembira berhubung tuntutan kadar Cola tidak berbangkit kerana kedua-dua pihak sudah mencapai kata sepakat untuk tidak menyentuh lagi mana-mana tuntutan. Malah, katanya dialog bulan lalu hanya menyentuh isu mengkaji semula cadangan balas kongres itu mengenai PTK yang kini masih di peringkat penelitian jabatan.

Tiada ulasan: