SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 April 2009

120,000 PESARA GLC TERIMA PENCEN RM130

Berita Harian
Oleh Faiza Zainudin
faiza@bharian.com.my
30/4/2009




KUALA LUMPUR: Kira-kira 400,000 ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) kecewa dengan sikap pengurusan syarikat mereka yang mengabaikan kebajikan pekerja dengan membayar pencen serendah RM130 sebulan. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak kesatuan itu, Mohamed Shafie BP Mammal, berkata bayaran rendah di bawah kategori paras kemiskinan itu tidak munasabah pada masa sekarang, lebih-lebih lagi ketika dunia dilanda krisis kewangan. Beliau berkata, bayaran pencen itu terlalu rendah berbanding pencen minima kakitangan kerajaan iaitu RM720 sebulan.
Dianggarkan kira-kira 30 peratus atau 120,000 ahli kesatuan itu yang mewakili 80 GLC di seluruh negara menerima bayaran pencen RM130 sebulan meskipun berkhidmat lebih 25 tahun. “Kami memohon kerajaan mengkaji semula kadar bayaran pencen ini kerana jumlah berkenaan tidak dapat menampung perbelanjaan diri sendiri, apatah lagi menyara keluarga termasuk anak yang masih bersekolah. “Rayuan ini terpaksa dibuat kerana majikan tidak mengendahkan kebajikan kami, sedangkan mereka menerima bayaran gaji tinggi dan syarikat mencatat prestasi keuntungan memberangsangkan setiap tahun,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Turut hadir 10 wakil dari kesatuan itu yang membabitkan Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad, Pos Malaysia, Keretapi Tanah Melayu Berhad dan Syarikat Penerbangan Malaysia. Mohamed Shafie yang juga Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Telekomunikasi Malaysia (Nute) berkata, selain bayaran pencen, kesatuan juga menggesa kerajaan mengkaji semula kriteria pengambilan pekerja luar untuk berkhidmat dalam GLC. Beliau berkata, pengambilan pekerja luar secara sewenang-wenangnya terutama bagi mengisi jawatan penting sebenarnya menafikan peluang pekerja dalaman syarikat yang terbukti mempunyai pengalaman luas dan kemahiran tinggi.

Tiada ulasan: