SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

16 April 2009

500 BEKAS PEKERJA DIJANGKA HADIRI MAJLIS

Sinar
16/4/2009




BANDARAYA MELAKA – Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengadakan sambutan Hari Pekerja 2009 di Melaka 1 Mei depan. Presidennya, Omar Osman berkata, sambutan yang akan diadakan di Dataran Banda-raya itu bakal turut dihadiri kira-kira 500 bekas pekerja kontrak awam seluruh negara yang tidak disambung kontrak mereka sejak awal tahun ini. Katanya, Cuepacs akan bersama dengan bekas pekerja kontrak dan memberi nasihat yang perlu bagi mereka menghadapi tekanan akibat hilang mata pencarian. “Kita juga akan hulurkan bantuan yang perlu yang kita mampu seperti makanan sebagai tanda simpati dengan nasib yang menimpa mereka. “Sebenarnya bilangan pekerja yang tidak disambung kontrak lebih daripada 500 orang, tetapi kita sediakan 500 tempat untuk mereka di sambutan ini nanti,” katanya di sini baru-baru ini. Menurut Osman, Cuepacs kini sedang bergerak ke seluruh negara bagi bertemu dengan semua bekas pekerja kontrak awam yang diberhentikan bagi membantu mereka. Katanya, kebanyakan pekerja kontrak awam terutama yang berada di bawah kerajaan negeri dan kementerian tidak disambung kontrak sejak kegawatan ekonomi yang melanda negara. Cuepacs sebelum ini dalam kenyataannya menjangkakan kira-kira 10,000 pekerja kontrak awam akan ke-hilangan pekerjaan sehingga hujung tahun ini berikutan kegawatan ekonomi. Menurut kenyataan itu lagi, senario amat bertentangan dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pekerja kontrak awam tidak akan dibuang dalam dua pakej rangsangan ekonomi yang dibentangkan sebelum ini. Justeru, Cuepacs menyeru agar kerajaan mengeluarkan pekeliling kepada ketua jabatan agensi kerajaan agar tidak menghentikan khidmat pekerja kontrak agar mereka tidak menghadapi krisis ekonomi keluarga.

Tiada ulasan: