SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

22 April 2009

FOMCA ANJUR MINGGU TIDAK MENONTON TV

Berita Harian
22/4/2009




PETALING JAYA: Dalam usaha menggalakkan ibu bapa menghabiskan masa bersama anak mereka dengan melakukan aktiviti bermanfaat, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menganjurkan Minggu Tidak Menonton Televisyen di seluruh negara bermula semalam hingga 27 April ini. Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata program ini bukan bertujuan untuk menyalahkan televisyen tetapi satu daripada cara menyedarkan masyarakat bahawa banyak aktiviti bermanfaat perlu dilakukan bersama anak mereka seperti bersukan dan membaca. Beliau berkata, hasil penyelidikan Fomca mendapati tabiat menonton televisyen adalah faktor utama berlaku obesiti di kalangan masyarakat malah jika menonton terlalu lama akan menyebabkan wujudnya sikap suka menyendiri dan tidak banyak melakukan aktiviti fizikal.
“Malaysia adalah negara kedua di Asia yang menjalankan program ini selepas Jepun. Di Amerika Syarikat dan Eropah, ia bermula sejak 1995 dan mendapat sambutan sungguh menggalakkan. “Untuk permulaan, kita akan dilaksanakan program ini selama empat tahun dan ini sebahagian daripada aktiviti Kempen Konsumer Kebangsaan 2008-2012 yang dianjurkan bersama Majlis Belia Malaysia (MBM), Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs),” katanya pada pelancaran program itu di pejabat Fomca di sini, semalam.

Tiada ulasan: