SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

20 April 2009

EPU SIAP KAJI TOL TIGA BULAN LAGI

Berita Harian
Oleh Fazli Abdullah dan S Anad Kumar
bhnews@bharian.com.my
20/4/2009




Pelbagai aspek diambil kira agar keputusan untungkan rakyat, kerajaanGEORGETOWN: Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan menyerahkan cadangan komprehensif bagi menangani isu berkaitan tol tiga bulan lagi bagi mengurangkan beban rakyat. Menteri di JPM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata cadangan yang bakal dibentangkan kepada kerajaan itu dibuat berdasarkan kajian pelbagai aspek.
Antaranya, perjanjian konsesi dan kesan ekonomi terhadap keputusan yang bakal dibuat kerajaan. "Kita sudah menerima arahan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) mengenai perkara ini. Ia menjadi keutamaan untuk EPU membentang cadangan menyeluruh bagi menyelesaikan isu yang sudah berlanjutan sebegitu lama," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di sini, semalam. Kelmarin, Perdana Menteri berkata, kerajaan mengarahkan EPU mencari penyelesaian komprehensif untuk menangani isu tol di seluruh negara bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat.
Najib berkata, beliau akan memastikan keputusan terbaik dibuat kerana ketika ini semakan kadar tol setiap tiga tahun sering menimbulkan kemarahan rakyat. Ditanya kemungkinan kerajaan mengambil alih tol, Nor Mohamed berkata, beliau tidak tahu hasil kajian itu kerana ia baru bermula. "Kajian akan dilakukan secara menyeluruh dan menyerahkan kepada kerajaan cadangan yang memberi kebaikan kepada rakyat dan kerajaan," katanya. Sementara itu, pelbagai pihak termasuk kesatuan sekerja merayu kerajaan mengambil alih syarikat konsesi tol bagi meringankan beban rakyat terutama yang berpendapatan rendah.
Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata cadangan itu juga dapat menjimatkan wang kerajaan kerana kini mereka perlu membayar pampasan jika tol tidak dinaikkan seperti ditetapkan dalam perjanjian konsesi. "Daripada kerajaan membayar pampasan berjuta ringgit lebih baik ambil alih pengurusan tol dan wang itu diperuntukkan bagi menjaga kebajikan rakyat," katanya. Omar berkata, kerajaan kemudian boleh mempertanggungjawabkan pengurusan tol di bawah Kementerian Kewangan atau Kementerian Kerjaraya. Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si
Pin pula berkata, pihaknya berharap cadangan EPU itu mengambil kira kepentingan rakyat.

Tiada ulasan: