SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

13 April 2009

CUEPACS MAHU NASIB 50,000 DIBELA

Berita Harian
Oleh Nasir Abd Wahab
anasir@bharian.com.my
13/4/2009




Cuepacs harap kerajaan bantu kakitangan kontrak di sektor awam MELAKA: Cuepacs mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertindak segera membela nasib kira-kira 50,000 pekerja kontrak sektor awam yang kini berdepan kehilangan pekerjaan apabila kontrak mereka ditamatkan secara berperingkat mulai Jun ini. Presidennya, Omar Osman, berkata Cuepacs sudah mengutus surat untuk bertemu Perdana Menteri dan masih menunggu jawapan daripadanya.
"Saya merayu supaya kerajaan membela nasib 50,000 anggota sektor awam yang ketika ini berkhidmat secara kontrak atas dasar perikemanusiaan, saya baru dapat aduan di Kelantan ada beberapa kes isteri sudah meninggalkan suami yang ditamatkan pekerjaan. "Tidak cukup dengan itu, ada keluarga tidak mampu menyekolahkan anak selepas ditamatkan kontrak oleh majikan," katanya kepada media selepas menghadiri mesyuarat khas Majlis Tertinggi Cuepacs, di sini, semalam. Mesyuarat khas itu sempena sambutan Hari Pekerja Peringkat Cuepacs di Melaka pada 1 Mei ini.
Omar berkata, trend pemberhentian pekerja kontrak banyak berlaku pada peringkat agensi kerajaan negeri dan setakat ini dianggarkan kira-kira 3,000 pekerja kontrak sektor awam seluruh negara sudah diberhentikan, manakala 10,000 lagi akan mengalami nasib sama menjelang 30 Jun ini. Menurutnya, langkah agensi kerajaan tertentu menswastakan perkhidmatan sejak tahun lalu banyak merugikan pekerja kontrak tempatan sebaliknya memberikan pekerjaan tertentu kepada warga asing. Omar juga berkata, Cuepacs akan membantu kerajaan membaiki mutu perkhidmatan awam menerusi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dengan menyalurkan laporan salah laku mana-mana ketua jabatan terus kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Sambil menyambut baik usaha Perdana Menteri memperkenalkan KPI, Omar berkata, ia usaha bijak yang boleh membawa kepada penambahbaikan mutu per-khidmatan awam, sekali gus menaikkan moral kakitangan awam.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apabila sudah timbul kes isteri meninggalkan suami kerana kehilangan pekerjaan, ini adalah suatu perjara yang amat dahsyat!

jika frasa ini diambil, maka lebih ramai lagi pasangan yang merancang hendak berkahwin akan berpisah, suami isteri akan bercerai, anak-anak pun akan terabai.

maka ketika itu institusi keluarga di malaysia akan berpecah belah.

akan timbul lagi kes-kes jenayah kerana berdepan dengan kekangan tiada pekerjaan.

mohon jasa baik cuepacs perjuangkan nasib kami pekerja kontrak kerajaan.

mengapa cepat benar pengisian dan pengumuman jawatan kosong ketika ramai rakyat kehilangan pekerjaan?

sepatutnya kerajaan mengutamakan pekerja kontrak terlebih dahulu, selepas itu barulah kepada mereka yang baru sahaja hendak memohon kerja dengan sektor awam.

kami tidak pernah luntur semangat untuk kerajaan memberi status tetap kepada kami...

kepada perdana menteri dato' seri najib tun razak, ini adalah suara-suara yang berpuluh ribu diakar umbi yang mahukan pembelaan daripada perdana menteri.

jika tidak, maka kami yang "tertindas" ini akan lebih gemar mengundi "mereka" yang lebih peka mendengar rintihan kami...

ini bukan saya yang kata, tapi sudah kedengaran suara-suara seperti ini bergema...

Tanpa Nama berkata...

maybe boleh diserap sekiranya agong sendiri yang titahkan... lg senang...