SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

26 Mei 2009

LONGGAR SYARAT KENAIKAN PANGKAT SOKONGAN: CUEPACS

Bernama
25/5/2009




KUALA LUMPUR: Cuepacs hari ini meminta kerajaan melonggarkan beberapa syarat bagi kakitangan sokongan dalam perkhidmatan awam layak untuk naik pangkat. Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata kira-kira 176,000 kakitangan sokongan yang berkhidmat lebih 15 tahun dengan jawatan sama layak untuk dinaikkan pangkat ke gred lebih tinggi berkuatakuasa 1 Julai tetapi mereka perlu memenuhi beberapa syarat sebelum dipertimbangkan untuk kenaikkan pangkat. Beliau berkata, antara syarat berkenaan yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi surat pekeliling perkhidmatan, adalah mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus dalam laporan prestasi bagi tempoh tiga tahun lepas.
Mereka juga dikehendaki lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), mendapat pelepasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, mengisytiharkan harta, memberikan bukti mereka tidak pernah dikenakan tindakan disiplin, dan dicadangkan oleh Ketua Jabatan masing-masing. Ahmad Shah berkata, beberapa syarat itu tidak diperlukan dan sepatutnya dilakukan secara lebih bertolak-ansur. Beliau berkata, beberapa kakitangan yang memenuhi syarat hendaklah dinaikkan pangkat berasaskan kepada jawatan Khas Untuk Penyandang.
Mengenai hierarki, Ahmad Shah berkata mereka yang dinaikkan pangkat mengikut dasar baru itu hendaklah diletakkan di bawah pegawai yang sedang berkhidmat walaupun mereka berada dalam gred yang sama. Mengenai kakitangan awam yang bekerja sambilan, beliau berkata kira-kira 20 peratus atau 240,000 kakitangan awam melakukan kerja seumpamanya bagi menambah sumber pendapatan. Sebahagian mereka bekerja sebagai pemandu teksi, juru jual, pengawal dan peniaga kecil, kata beliau. Ahmad Shah menasihatkan kakitangan terbabit memastikan tidak mengabaikan tugas hakiki mereka sewaktu berusaha melaksanakan kerja sambilan mereka.
"Pendirian Cuepacs adalah yang paling utama mereka adalah kakitangan awam dan perlu memberikan yang terbaik dalam tugas mereka di sektor perkhidmatan awam," katanya. - Bernama

24 Mei 2009

CUEPACS MAHU KERAJAAN TIMBANG KENAIKAN PANGKAT KUMPULAN PENGURUSAN/PROFESIONAL

Bernama
By: Ramjit-->

SERDANG, 22 Mei (Bernama) -- Cuepacs meminta kerajaan menimbang kenaikan pangkat untuk pegawai kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang masih berada dalam gred lantikan walaupun sudah lama berkhidmat.Presidennya Omar Osman berkata beliau telah membangkitkan perkara itu dalam pertemuan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) semalam dan diberitahu perkara ini turut dalam kajian.Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata permintaan itu adalah kerana terdapat kakitangan awam dalam kumpulan itu yang masih berada dalam gred lantikan, walaupun ada yang sudah lama berkhidmat tetapi kenaikan pangkat adalah terhad.Beliau menyambut baik pengumuman Perdana Menteri pada 14 Mei lepas bahawa pegawai Kumpulan Sokongan yang berkhidmat 15 tahun atau lebih serta yang masih berada dalam gred lantikan akan dipertimbangkan kenaikan ke gred lebih tinggi mulai 1 Julai ini, dan berharap pertimbangan yang sama diberi kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional."Mungkin JPA nak selesaikan ini dulu (untuk pegawai sokongan) dan akan melihat kumpulan yang satu lagi (pengurusan dan profesional) kemudian," katanya.Omar berkata dalam pertemuan semalam, Cuepacs turut meminta JPA menimbang mengadakan satu peperiksaan khas dalam Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang lebih mudah bagi membolehkan mereka yang berkhidmat lebih 20 tahun dalam kumpulan sokongan dan terlibat dalam pengumuman perdana menteri itu, dapat peluang lulus dengan lebih baik dan seterusnya dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat.Antara syarat untuk kumpulan sokongan yang berkhidmat 15 tahun ke atas atau lebih serta masih berada dalam gred lantikan untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred lebih tinggi ini ialah mereka mesti mendapat markah 80 ke atas tiga tahun berturut-turut dalam penilaian prestasi dan mesti lulus PTK sekurang-kurangnya aras tiga."PTK sistem sekarang ini susah sikit untuk lulus bagi mereka yang sudah lama itu, macam sudah berkhidmat 20 atau 25 tahun. Mereka nampak seperti dah kecewa...jadi kalau ada ujian khas dalam konsep PTK tapi lebih mudah sikit, mereka ada peluang lulus dan peluang pertimbangan kenaikan pangkat," katanya.Omar berkata kumpulan sokongan ini membabitkan 175,000 kakitangan sektor awam.Mengenai pegawai kumpulan A yang ingin menceburi politik, Omar berkata kongres itu tetap tidak bersetuju dan mahu mereka meletak jawatan jika ingin berbuat demikian.

-- BERNAMA

CONSIDER PROMOTION FOR MANAGEMENT AND PROFESIONAL GROUP : CUEPACS

Bernama
24/5/2009

SERDANG, May 22 (Bernama) -- Cuepacs wants the government to consider raising the rank of officers in the management and professional group, those who are still in an appointed grade although they have served for a long time.Its president Omar Osman said he had raised the issue with the Public Service Department (PSD) at a meeting Thursday, and was told the matter was being reviewed.He said the request was made because there were employees in the management and professional group who were still in their appointed grade for years because of limited chances for promotion.He said Cuepacs welcomed the prime minister's announcement on May 14 that officers in the support group who worked for 15 years or more, but were still in the same grade, would be considered for a higher grade starting July 1, and hoped the same would be done for officers in the management and professional group."Maybe the PSD wants to settle this first (support officers) and will later look at the other group (management and professional)," he said at a news conference in Dewan Besar, Universiti Putra Malaysia, here Friday.Omar said at the meeting Thursday, Cuepacs also asked the PSD to consider a special exam similar to the Competency Level Assessment (PTK) but it should be easier to allow those who had served for more than 20 years in the support group to get a better chance for promotion.Among the requirements for the support group who have served for more than 15 years is to score 80 marks and above for three years consecutively in the performance assessment and pass the PTK at least at level three."The PTK system now is more difficult for those who have served 20 to 25 years. They seem to have given up ... so if there is a special test that is easier, they have a chance of passing and being considered for promotion," he said.Omar said the support group involved 175,000 employees in the public sector.-- BERNAMA

22 Mei 2009

DUA ORANG PEMIMPIN KESATUAN GABUNGAN CUEPACS TERIMA BINTANG NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN.

Media Cuepacs
22/5/2009





KUALA KANGSAR 12 MEI-PRESIDEN KESATUAN PEKERJA-PEKERJA LEMBAGA AIR PERAK,SAUDARA ZAINAL BIN ISMAIL DAN TIMBALAN PRESIDEN KESATUAN PEKERJA AWAM KERAJAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN,SAUDARA IZHAM BIN KU ZAIFAH,ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA 266 ORANG YANG TERSENARAI BAGI PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN DAN BINTANG NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN SEMPENA PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE-81 DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK,SULTAN AZLAN SHAH.

SAUDARA ZAINAL TELAH DIANUGERAHKAN DARJAH KEBESARAN AHLI MAHKOTA PERAK(AMP)SEMENTARA SAUDARA IZHAM TELAH DIANUGERAHKAN PINGAT JASA KEBAKTIAN (PJK).ISTIADAT YANG PENUH GILANG GEMILANG ITU TELAH BERLANGSUNG PADA SELASA 17 JAMADILAWAL 1430H BERSAMAAN 12 MEI 2009 BERTEMPAT DI BALAI RONGSERI,ISTANA ISKANDARIAH KUALA KANGSAR BERMULA JAM 8.00 PAGI.ISTIADAT PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN DAN BINTANG NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN BAGI SIRI KEDUA INI TELAH DISEMPURNAKA
N OLEH DYTM RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN,RAJA DR. NAZRIN SHAH.ISTIADAT PENGANUGERAHAN DARJAH DIMULAKAN DENGAN PENGANUGERAHAN DARJAH DATO'PAHLAWAN TAMING SARI (DPTS)YANG MEMBAWA GELARAN "DATO'PAHLAWAN" KEPADA SEORANG PENERIMA,INI DIIKUTI DENGAN PENGANUGERAHAN DARJAH PADUKA CURA SIMANJA KINI (PCM) KEPADA 3 ORANG PENERIMA,DARJAH PADUKA MAHKOTA PERAK (PMP) KEPADA 13 ORANG PENERIMA,DARJAH AHLI CURA SIMANJA KINI (ACM) KEPADA 7 ORANG PENERIMA,DARJAH AHLI MAHKOTA PERAK (AMP)KEPADA 67 ORANG PENERIMA,PINGAT PEKERTI TERPILIH (PPT) KEPADA 79 ORANG PENERIMA,PINGAT JASA KEBAKTIAN (PJK) KEPADA 91 ORANG PENERIMA DAN DIAKHIRI DENGAN PENGANUGERAHAN PINGAT LAMA PERKHIDMATAN (PLP) KEPADA 3 ORANG PENERIMA.MAJLIS TELAH SELAMAT DISEMPURNAKAN PADA JAM 11.30 PAGI DAN DIIKUTI DENGAN MAJLIS SANTAPAN TENGAHARI.

SAUDARA ZAINAL 53, ATAU LEBIH DIKENALI DENGAN GELARAN 'YEOP AYOR'DIKALANGAN RAKAN-RAKAN DIDALAM KESATUAN GABUNGAN CUEPACS MELAHIRKAN SYUKUR KEHADRAT ILAHI KERANA DENGAN KEIZINANNYA BELIAU TELAH DIPILIH UNTUK DIANUGERAHKAN DARJAH AHLI MAHKOTA PERAK.BELIAU YANG TELAH BERKHIDMAT SEBAGAI PEMBACA METER GRED N14 SELAMA HAMPIR 30 TAHUN DI LEMBAGA AIR PERAK MENYIFATKAN PENGANUGERAHAN INI MERUPAKAN SATU PERANSANG KEPADA BELIAU UNTUK BERKHIDMAT DENGAN LEBIH GIGIH DAN DEDIKASI KEPADA MASYARAKAT SELAKU SEORANG PENJAWAT AWAM.SELAIN MEMEGANG JAWATAN PRESIDEN KESATUAN PEKERJA-PEKERJA LAP,BELIAU TURUT AKTIF SEBAGAI SETIAUSAHA KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN KUALA KANGSAR BERHAD.SEBELUM DIANUGERAHKAN DARJAH AHLI MAHKOTA PERAK,SAUDARA ZAINAL TELAH DIANUGERAHKAN PINGAT PEKERTI TERPILIH (PPT) OLEH DYMM SULTAN PERAK BEBERAPA TAHUN YANG LALU.BELIAU SEMEMANGNYA SEORANG YANG PERAMAH,MERENDAH DIRI,MUDAH MENGHULURKAN BANTUAN DAN SEORANG YANG AMAT MUDAH DIKENALI HAMPIR SEGENAP MASYARAKAT DIDAERAH KUALA KANGSAR TERUTAMA KAKITANGAN AWAM.

SAUDARA IZHAM MEMANJATKAN SYUKUR KEHADRAT ILAHI DAN UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA JURUTERA DAERAH JABATAN KERJA RAYA KUALA KANGSAR IR. WAN AHMAD SHUKIMAN BIN WAN JA'AFAR SELAKU MAJIKAN BELIAU YANG TELAH MEMILIH BELIAU UNTUK DIANUGERAHKAN PINGAT JASA KEBAKTIAN.INI KERANA BELIAU MERASAKAN LEBIH RAMAI LAGI CALON-CALON DARI JKR KUALA KANGSAR YANG LEBIH LAMA BERKHIDMAT LAYAK DIPERTIMBANGKAN UNTUK PENGAUNGERAHAN TERSEBUT.BELIAU MERASA SUNGGUH BERTUAH KERANA DIDALAM USIA 34 TAHUN DAN BARU BERKHIDMAT SELAMA 12 TAHUN,BELIAU TELAH DIBERI PENGANUGERAHAN PINGAT TERSEBUT.BERTUGAS SEBAGAI SEORANG PEKERJA AWAM R1 DIBAHAGIAN SELENGGARAAN JALAN JKR KUALA KANGSAR BELIAU AMAT TIDAK MENJANGKA PEMBABITAN AKTIF BELIAU DIDALAM KESATUAN SEKERJA TELAH MENARIK MINAT JURUTERA DAERAH JKR KUALA KANGSAR UNTUK MENCALONKAN BELIAU UNTUK DIANUGERAHKAN PINGAT TERSEBUT.BELIAU BERAZAM UNTUK MENJALANKAN TUGAS YANG DIAMANAHKAN DENGAN SEBAIK MUNGKIN SELAKU SEORANG KAKITANGAN AWAM DAN SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN KESATUAN.BELIAU JUGA MENGUCAPKAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA PRESIDEN KESATUAN BELIAU SAUDARA ZAKARIA BIN TAHA DAN PRESIDEN CUEPACS,TN HJ OMAR BIN HJ OSMAN YANG BANYAK MEMBERIKAN SOKONGAN,KEPERCAYAAN DAN DORONGAN KEPADA BELIAU UNTUK MENJALANKAN TUGAS SELAKU PENGERUSI CAWANGAN KUALA KANGSAR,TIMBALAN PRESIDEN,AJK GRED MAHIR SEPARUH MAHIR DAN TIDAK MAHIR CUEPACS DAN AJK GRED MAHIR,SEPARUH MAHIR DAN TIDAK MAHIR MBK S&T.

SELAIN SAUDARA IZHAM,3 ORANG AHLI KESATUAN PEKERJA AWAM KERAJAAN NEGERI PERAK CAWANGAN KUALA KANGSAR TURUT DIANUGERAHKAN PINGAT JASA KEBAKTIAN DIDALAM MAJLIS TERSEBUT.MEREKA ADALAH SAUDARA MIYOR NORDIN BIN ABDUL TALIB 55,PEMANDU KENDERAAN R3,SAUDARA MOHD HANAFIAH BIN ZAINUL ABIDIN 46, PEKERJA AWAM R1 DAN SAUDARA MOHD MUSTAFA BIN SHAZALI 49,PEKERJA AWAM R1.KETIGA-TIGA MEREKA ADALAH DARI JABATAN KERJA RAYA KUALA KANGSAR.SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PENERIMA DARJAH DAN PINGAT KEBESARAN.PENGAANUGERAHAN INI JUGA TELAH MENGHARUMKAN NAMA KESATUAN DAN CUEPACS.



20 Mei 2009

TIMUR: KESEDAR BATAL HASRAT AMBIL ALIH STONG RESORT

Berita Harian
Oleh Ramli Ibrahim
bhkb@bharian.com.my
19/5/2009




GUA MUSANG: Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) membatalkan hasrat mengambil alih pengurusan Stong Resort yang terletak di kaki Gunung Stong dekat Dabong di sini, berikutan kegagalan rundingan dengan Kerajaan Kelantan. Pengurus Besar Kesedar, Mohd Arshad Ismail, berkata rundingan dengan Kerajaan Pas Kelantan gagal ekoran pelbagai syarat dikenakan yang tidak boleh diterima oleh Kesedar walaupun Gunung Stong terbiar sejak kebelakangan ini. Beliau mengakui sebelum ini Kesedar dipelawa mengambil alih pengurusan Stong Resort itu supaya perubahan dapat dilakukan bagi menarik lebih ramai pengunjung kerana Gunung Stong menempatkan Air Terjun Jelawang yang juga air terjun tertinggi di Asia Tenggara.
“Dalam rundingan dengan kerajaan negeri, segala cadangan Kesedar ditolak, sebaliknya diletakkan banyak syarat lain yang Kesedar tidak boleh terima,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Kesedar Gua Musang. Terdahulu, beliau memberi taklimat pembangunan Kelantan Selatan kepada 60 ahli Cuepacs Kelantan yang diketuai Pengerusinya, Shamsudin Mohd Noor. Mohd Arshad berkata, Kesedar mengenal pasti beberapa kawasan menarik di Hulu Kelantan yang boleh dibangunkan sebagai destinasi pelancongan termasuk Gunung Stong tetapi banyak yang tergendala kerana tidak mendapat kerjasama kerajaan negeri.
Bagaimanapun, katanya, Kesedar akan terus memberi tumpuan kepada industri pelancongan itu supaya dapat membuktikan usahanya menarik pelancong dari dalam dan luar negara mencapai matlamat. “Kita sejak dulu mengatur pelbagai program membabitkan peneroka dan penduduk tempatan bagi menghidupkan suasana persekitaran dengan memberi peluang kepada mereka menjalankan perniagaan berasaskan keluaran hasil kampung. “Selain itu, Kesedar juga menggalakkan lebih banyak inap desa untuk memudahkan masyarakat luar, merasai suasana hidup di kampung dan disajikan dengan masakan tradisional Kelantan,” katanya. Katanya, walaupun beberapa tempat pusat peranginan itu terbiar kerana kurang kemudahan asas, namun Kesedar merancang untuk membaik pulihnya bagi keselesaan pengunjung.
“Kita memang merancang membangunkan semula Gunung Stong apabila diserahkan kepada Kesedar sepenuhnya, namun lain pula yang berlaku apabila banyak masalah timbul ekoran tidak mendapat keputusan terbaik kedua-dua pihak,” katanya.

19 Mei 2009

MODEL EKONOMI BARU MUDAHKAN TUNTUTAN PEKERJA

Utusan Ma;aysia
18/5/2009
SAIFUL BAHARI ASHARI





PUTRAJAYA 14 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak percaya tuntutan-tuntutan penjawat awam pada masa depan termasuk kenaikan gaji akan lebih dipenuhi sekiranya pendapatan negara bertambah hasil pelaksanaan model ekonomi baru berteraskan inovatif dan kreativiti.
Berucap pada perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2009 di sini hari ini, Perdana Menteri merujuk kepada kejayaan Sime Darby menterjemahkan kod genetik pokok kelapa sawit sekali gus akan menghasilkan baka baru sawit yang mengeluarkan hasil lumayan.
''Pokok-pokok kecil ini menghasilkan buah yang besar, kawasan tanaman lebih luas serta peningkatan pendapatan pekebun kecil.

''Bila pendapatan negara bertambah, saya pejam mata pun boleh terima tuntutan (pekerja). (Jadi) tak payah 'lambung' saya kata 'PM yang segak' dan ceria," katanya.
Hadir sama pada perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 pekerja awam itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden CUEPACS, Omar Osman.
Analogi itu dibangkitkan oleh Najib kerana bagi Perdana Menteri penjawat awam mesti berfikir secara keseluruhan merasai denyutan nadi rakyat dalam membantu kerajaan memajukan negara.
''Itulah sebabnya saya melakukan walkabout yang saya maksudkan sebagai tinjauan mesra.
''Di Pudu Raya misalnya, saya dapat tengok dan hidu udaranya. Baunya memang berbezalah dengan pejabat Perdana Menteri dan taklimat yang diberikan oleh Datuk Bandar, macam langit dan bumi," katanya.
Dalam aspek ini, beliau menekankan betapa pentingnya barisan hadapan atau contact point yang akan menjadi persepsi pertama pelancong terhadap Malaysia.
''Contohnya kakitangan imigresen, kalau tidak boleh bercakap bahasa Inggeris, sekurang-kurangnya ucaplah Welcome to Malaysia.
''Jabatan Imigresen memang dapat pujian, kita tidak boleh bayangkan pasport antarabangsa boleh siap dalam tempoh sejam tapi bila guna tandas wanita Imigresen, keadaan di dalamnya paling teruk...pasport siap sejam tapi bilik air dahsyat," katanya.
Kerana itu, beliau mahu pentadbiran kerajaan di Putrajaya menjadi 'show case' dalam menampilkan imej terbaik dari segi prestasi kerja sehinggalah kebersihan tandas.
Perdana Menteri juga mahu keberhasilan sesuatu kerja menjadi keutamaan berbanding pengisian semata-mata.
''Kadangkala peruntukan kos sesuatu projek misalnya bangunan lebih banyak daripada modal intelektualnyua. Dalam hal ini pemikiran kita mesti betul tapi ini tidak, peruntukan dibelanjakan untuk bina bangunan-bangunan yang hebat tetapi bila sekolah siap, kelengkapannya tidak ada.
''Rupa-rupanya dia dah 'rampas' (belanjakan) peruntukan untuk kelengkapan (peralatan) itu dengan kos diri bangunan," katanya.
Kata Najib: ''Sebab itu kita nak belanjakan wang dengan berbaloi. Bukan sekadar berbelanja tapi apa yang kita dapat daripada nilainya."

PENGUMUMAN PM SUNTIK SEMANGAT BARU KEPADA PEKERJA KUMPULAN SOKONGAN

Berita Harian
18/5/2009





KESATUAN Pekerja-Pekerja Awam Perak menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan bersetuju memberi kenaikan pangkat khas untuk penyandang (KUP) bagi pegawai kumpulan sokongan yang berkhidmat lebih 15 tahun. Kenaikan pangkat secara KUP itu meliputi kakitangan perkhidmatan negeri, pihak berkuasa berkanun persekutuan dan negeri serta, pihak berkuasa tempatan dan menggubal dua skim baru dan menaikkan taraf lapan skim perkhidmatan termasuk operator mesin prosesan data, pembantu tadbir rendah dan jaga mulai 1 Julai. Kesatuan kami terharu dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang prihatin serta memberi penghargaan kepada kakitangan awam khususnya pekerja awam yang berpendapatan rendah.
Semoga peluang kenaikan pangkat itu memberi sedikit keselesaan kepada pekerja awam yang sudah lama menunggu. Saya, selaku Presiden Kesatuan Pekerja Pekerja Awam Perak yang turut serta dalam Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Putrajaya dapat menghayati ucapan Perdana Menteri yang bernas. Perdana Menteri memberi suntikan semangat baru kepada kakitangan awam dan pengamatan saya, Perdana Menteri prihatin dan masalah kakitangan awam khususnya pekerja bawahan. Perdana Menteri juga menyampaikan ucapan dengan penuh diplomasi dan berhemah bagi menyampaikan hasrat dalam memberitahu kepada kakitangan awam perkara yang tidak dapat kerajaan tunaikan masa ini ekoran kelembapan ekonomi negara.
Kesatuan Pekerja-Pekerja Awam Perak yang bergabung dengan Cuepacs terbabit secara langsung dengan 10 perkara tuntutan Cuepacs kepada pihak kerajaan dan Perdana Menteri menjelaskan dengan rasa tanggungjawab dan berhemah untuk menyatakan yang kerajaan buat masa ini tidak dapat memenuhi semua tuntutan itu. Kami pekerja bawahan berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri dan menerimanya dengan ikhlas. Saya meminta semua kakitangan awam bekerja dengan jujur dan ikhlas dalam meningkatkan produktiviti serta penuh iltizam seperti diamanahkan kerajaan. Terima kasih sekali lagi kepada Perdana Menteri dan kerajaan.
ZAKARIAN TAHA, Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Awam Perak.

MINDA PENGARANG: KERAJAAN SENTIASA BERUSAHA TINGKAT TARAF PERGURUAN

Berita Harian
17/5/2009




PROFESION perguruan kini diberi pengiktirafan kerajaan menerusi Skim Gred Khas C dan Pengetua Jusa C serta gred lain yang membolehkan ramai guru menikmati gaji lebih tinggi berbanding 10 atau 20 tahun lalu. Latihan diterima juga semakin baik dan kini hampir semua guru sekolah menengah dan lebih 50 peratus di sekolah rendah mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda, berbanding sebelum ini dengan kelayakan mereka sekadar diploma atau sijil perguruan. Dengan itu, guru lebih berpengetahuan mendidik pelajar. Ramai juga di antara mereka kini mempunyai ijazah sarjana dan doktor falsafah. Kita bangga kerana guru di Malaysia mempunyai kelayakan akademik tinggi berbanding rakan mereka di negara membangun lain seperti India, Pakistan, Thailand, Indonesia dan China. Sememangnya, dari segi kelayakan, guru kita cukup berkelayakan. Sebagai menghargai dan memberi penghormatan kepada guru, kelmarin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa kerajaan sudah meluluskan pertambahan 2,141 kuota jawatan guru dan pengetua cemerlang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di sekolah menengah di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta. Dengan itu, kerajaan berharap insentif berkenaan mendorong mereka mengamalkan budaya kerja lebih cemerlang. Dengan penambahan kuota itu, perjawatan untuk guru dan pengetua cemerlang meningkat daripada 5,984 sebelumnya kepada 8,125 sekarang. Bagaimanapun, mungkin sesetengah pihak masih tidak berpuas hati dengan pertambahan itu jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan warga pendidik, iaitu 370,000 seperti disuarakan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP). Sudah tentu kerajaan atau lebih tepat lagi Kementerian Pelajaran mempunyai alasan tersendiri untuk tidak menambah jumlah yang lebih banyak buat masa ini. Hakikatnya, ia adalah satu langkah yang baik dan kerajaan sudah tentu tidak dapat memenuhi semua tuntutan NUTP, seperti juga pelbagai permintaan lain dikemukakan oleh badan seperti Cuepacs atau Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) yang sesetengahnya sukar dipenuhi kerajaan, sekurang-kurangnya buat masa sekarang ketika negara berdepan keadaan ekonomi muram. Apapun, ini tidak bermakna kerajaan tidak peka dan pasti kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya apabila tiba masanya nanti seperti tuntutan NUTP yang mahukan elaun sara hidup (Cola) dan elaun guru besar serta pengetua yang diperjuangkannya sejak lebih tiga tahun lalu, dinaikkan. Memang benar pertambahan kuota jawatan guru dan pengetua cemerlang itu dinikmati sebahagian kecil guru, tetapi kita yakin dari semasa ke semasa, Kementerian Pelajaran akan mempertimbang untuk menambahkan jumlahnya. Untuk layak memohon guru dan pengetua cemerlang ialah mencapai tempoh perkhidmatan sehingga 10 tahun. Namun, kita juga mengalu-alukan persetujuan kerajaan mewujudkan jawatan guru cemerlang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang berkhidmat di sekolah rendah. Semua langkah itu untuk kebaikan dan masa depan pelajar sendiri, bagi memastikan mereka mendapat ilmu berguna daripada guru yang cemerlang.

18 Mei 2009

KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI KUMPULAN SOKONGAN YANG TELAH BERKHIDMAT 15 TAHUN

JPA
18/5/2009
Pelaksanaan Kenaikan Pangkat Pegawai Kumpulan Sokongan Yang Telah Berkhidmat 15 Tahun Dan Lebih Dalam Skim Perkhidmatan Dan Perkhidmatan Semasa

Klik Disini : http://www.jpa.gov.my/docs/se/2009/se14052009.pdf

STAFF CRY FOUL OVER GOVT OVERTIME

NST
17/5/2009



JOHOR BARU: Are civil servants being shortchanged of their overtime payments?
Cuepacs president Omar Osman alleged that of late, many government agencies had not been paying the full amounts of the overtime hours claimed by workers.Omar claimed the agencies had reduced overtime to less than 50 hours per month for a worker. He said some had even been offered replacement off-days in lieu of the overtime hours."Many of them are low-income earners. So working overtime could help supplement their livelihood. We need money to survive nowadays."We have yet to suffer from a severe recession. There are no instructions issued on this matter on cutting down overtime claims," he said after opening the Peninsular Malaysia Immigration Services Federation meeting on Friday
Omar said some civil servants had resorted to working at night markets since their overtime hours had been reduced.Omar said he would meet Prime Minister Datuk Seri Najib Razak soon to discuss the matter.

JAKIM MOHON JAWATAN TETAP GURU KAFA

Utusan Malaysia
Oleh NORAINI NORDIN
pengarang@utusan.com.my
18/5/2009




KUALA LUMPUR 18 Mei - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengemukakan cadangan supaya seramai 33,475 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara diserap ke jawatan tetap bagi membela kebajikan mereka.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz berkata, permohonan tersebut dibuat oleh Jakim kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan sejak pertengahan tahun lalu.
''Jakim sedang menanti keputusan tersebut. Kita sangat prihatin dan amat menyedari nasib yang dialami guru KAFA.
''Isu ini menjadi keutamaan bagi memastikan semua guru KAFA dapat menikmati faedah dan kebajikan yang sama dengan pekerja-pekerja lain di negara ini.
''Saya difahamkan cadangan itu sedang dikaji dan diteliti dengan lebih mendalam,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menyerap lebih 33,000 guru KAFA di seluruh negara ke jawatan tetap supaya kebajikan mereka terbela.
Presiden CUEPACS, Omar Osman dalam kenyataannya 16 Mei lalu berkata, pada masa ini guru KAFA di seluruh negara berkhidmat secara kontrak dan tidak layak menerima kemudahan seperti pinjaman perumahan, perubatan serta cuti mengerjakan ibadah haji.
Menurut Omar, langkah menyerapkan guru KAFA ke jawatan tetap akan melayakkan mereka menerima imbuhan serta kemudahan seperti guru lain di dalam skim perkhidmatan pendidikan.
Wan Mohammad berkata, sejumlah 1.03 juta kanak-kanak Islam di negara ini mengikuti kelas KAFA di seluruh negara.
''Peranan guru KAFA sangat penting dalam mendidik kanak-kanak Islam mengaji dan mendalami Islam,'' katanya.
Beliau berkata, selain itu, Jakim juga memperjuangkan nasib penyelia-penyelia KAFA yang berkhidmat di seluruh negara.
Katanya, buat permulaan JPA meluluskan jawatan kontrak penyelia KAFA bersandarkan skim Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 pada akhir bulan lalu.
''Sebanyak 383 jawatan penyelia diperuntukkan dan Jakim sedang mengurus penyerapan pelantikan kepada penyelia berdasarkan prosedur lantikan penjawat awam.
''Sebanyak RM2.44 juta diperuntukkan untuk gaji penyelia kontrak pada tahun ini,'' katanya.

17 Mei 2009

CUEPACS MAHU 33,000 GURU KAFA DISERAP

Utusan Malaysia
15/5/2009


REMBAU 15 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menyerap lebih 33,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara ke jawatan tetap supaya kebajikan mereka lebih terbela.
Presidennya, Omar Osman berkata, pada masa ini guru KAFA di seluruh negara berkhidmat secara kontrak dan tidak layak menerima kemudahan seperti pinjaman perumahan, perubatan serta cuti mengerjakan ibadah haji.
Jelas beliau, langkah menyerap guru KAFA ke jawatan tetap akan melayakkan mereka menerima imbuhan serta kemudahan seperti guru lain di dalam skim perkhidmatan pendidikan.
"Guru-guru KAFA berperanan penting mendidik anak-anak tentang ilmu agama namun mereka seperti dianaktirikan," jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Ramah Mesra Bersama Presiden CUEPACS di Sekolah Kebangsaan Kundor, Pedas dekat sini hari ini.
Hadir sama guru besar sekolah tersebut, Abdullah Abd. Rahman.
Pada masa ini, terdapat 33,475 guru KAFA dan 247 penyelia di seluruh negara menerima elaun bulanan RM500 iaitu kadar yang tidak pernah dinaikkan sejak kelas itu dimulakan pada 1990.
Bagaimanapun, di Wilayah Persekutuan, elaun tersebut telah dinaikkan kepada antara RM1,000 dan RM1,200 bermula Januari lalu.
Osman menambah, lantikan guru KAFA secara kontrak adalah tidak adil dan menimbulkan banyak masalah kepada golongan berkenaan.
Menurut beliau, CUEPACS menerima banyak rungutan serta keluhan berhubung isu taraf jawatan kontrak dan kebajikan guru KAFA yang tidak terbela.
"Lebih malang lagi, terdapat sebahagian guru KAFA yang tidak disambung kontrak perkhidmatan sedangkan mereka perlu menjelaskan ansuran pinjaman kenderaan atau perumahan kepada institusi kewangan.
"Malah, ada yang berkhidmat secara kontrak lebih daripada 20 tahun. Sampai bila keadaan ini perlu berterusan?" katanya.
Sehubungan itu, ujar Omar, penyerapan guru KAFA ke jawatan tetap akan membolehkan mereka menjalani kehidupan lebih selesa dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajaran.
Kata beliau, sekiranya cadangan tersebut diluluskan, ia akan dianggap sebagai 'hadiah istimewa' kepada guru KAFA di seluruh negara yang meraikan Hari Guru esok.
Dalam pada itu, jelas Omar, kakitangan kerajaan dari kumpulan sokongan yang aktif berpolitik dinasihatkan supaya memohon kelulusan bertulis daripada ketua jabatan masing-masing sekiranya perlu menghadiri program parti semasa bertugas.
Ujarnya, kakitangan terbabit perlu mengutamakan tugas hakiki dan sebaik-baiknya menyertai kegiatan politik di luar waktu bekerja.

16 Mei 2009

ALLOW PARTIAL ACCESS TO GRATUTITY

The Star
16/5/2009



CUEPACS’ proposal that civil servants who have served 10 years and more be allowed to withdraw 10% of their gratuity to spur domestic consumption in hard times merits consideration.
There are around one million civil servants in the country and most of them are low wage earners. Allowing them to spend 10% of their gratuity on designated purposes will contribute towards boosting the economy.
The Government should entertain this proposal, but with a proviso.
Civil servants should only be allowed to withdraw their gratuity for such purposes as education for their children, purchase or downpayment for houses and for the purchase of unit trusts from Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Recently, PNB launched the Amanah Saham Malaysia and Amanah Saham Wawasan 2020. Many civil servants were eager to buy the unit trusts because of the good returns, but were unable to do so for lack of money.
I believe civil servants should be given some flexibility or leeway like their counterparts who are contributors to the Employees Provident Fund.
Allowing civil servants this additional privilege will go a long way towards enhancing their quality of life.
The Prime Minister is seeking civil service reforms. Can this gratuity proposal also be included as part of the reforms?
Offering civil servants such perks will in the long run contribute towards enhancing productivity of the public sector.

JAMES GONZALES,
Kuala Lumpur
.

15 Mei 2009

CUEPACS SETUJU KAKITANGAN SOKONGAN NAIK PANGKAT

Berita Harian
14/5/2009





PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Sektor Awam (Cuepacs) menyifatkan langkah kerajaan menimbang untuk menaikkan pangkat kakitangan sokongan dalam perkhidmatan Persekutuan sebagai suntikan semangat untuk penjawat awam meningkatkan produktiviti dan khidmat. Presidennya, Omar Osman, berkata pihaknya menerima baik kesediaan kerajaan itu kerana ia adalah perkara yang ditunggu-tunggu oleh lebih 100,000 kakitangan dalam kumpulan itu sejak tiga tahun lalu. "Ia adalah motivasi kepada mereka dan Cuepacs berharap sebagai balasan, kakitangan berkenaan akan bekerja bersungguh-sungguh dan meningkatkan integriti," katanya.
Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bahawa kira-kira 176,066 pegawai kumpulan sokongan bagi perkhidmatan persekutuan yang berkhidmat lebih 15 tahun akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat menerusi kaedah Khas Untuk Penyandang (KUP) berkuat kuasa 1 Julai ini. Omar berkata, kerajaan bertindak adil terhadap kakitangan terbabit menerusi langkah itu kerana ada antara mereka yang sudah berkhidmat dalam gred sama antara 25 hingga 30 tahun tanpa dapat merasai nikmat kenaikan pangkat. "Cuepacs mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan terhadap langkah itu," katanya.

200,000 KAKITANGAN AWAM NAIK GAJI

Berita Harian
14/5/2009




PUTRAJAYA: Lebih 200,000 kakitangan awam mendapat durian runtuh apabila kerajaan bersetuju memberi kenaikan pangkat Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi pegawai kumpulan sokongan yang berkhidmat lebih 15 tahun serta menggubal dua skim baru dan menaik taraf lapan skim perkhidmatan, mulai 1 Julai ini. Kenaikan pangkat secara KUP itu turut meliputi kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan, manakala skim baru membabitkan Pegawai Penyediaan Makanan dan Pembantu Laut. Lapan skim perkhidmatan yang akan dinaik taraf pula termasuk Operator Mesin Prosesan Data, Pembantu Tadbir Rendah dan Jaga.
Mengumumkannya pada Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di sini semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata langkah itu sebagai penghargaan kerajaan terhadap sumbangan kakitangan awam selama ini. Beliau berkata, 176,066 pegawai kumpulan sokongan dalam perkhidmatan Persekutuan yang berkhidmat lebih 15 tahun akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat secara KUP, manakala 20,637 lagi penjawat awam terbabit dalam pelaksanaan dua skim baru dan lapan skim yang akan dinaik taraf. "Keputusan kerajaan ini akan membabitkan kos sebanyak RM170.4 juta," katanya pada majlis anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri Kabinet dan Presiden Cuepacs, Omar Osman. Sementara itu, surat edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam menjelaskan, kenaikan pangkat secara KUP itu turut diperluaskan kepada kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan. "Bagaimanapun, keputusan ini tidak menjejaskan urusan kenaikan pangkat bagi mengisi kekosongan hakiki yang telah ditetapkan dalam skim perkhidmatan," katanya. Ismail berkata, kenaikan pangkat bagi kumpulan berkenaan juga mempunyai lima syarat lain termasuk memperoleh markah 80 peratus ke atas bagi Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tiga tahun terkini serta lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
Bagaimanapun, kenaikan pangkat itu tidak membabitkan pegawai dalam Skim Lepasan Diploma yang mempunyai kaedah kenaikan pangkat lain. Terdahulu, Perdana Menteri dalam ucapannya, mahu kakitangan awam menumpukan usaha meningkatkan produktiviti berasaskan inovasi dan ekonomi pengetahuan, sekali gus mampu menambah hasil negara. Beliau berkata peningkatan hasil negara juga membolehkan pendapatan pekerja ditingkatkan secara lonjakan berganda. "Saya bukanlah orang yang tidak prihatin terhadap pekerja. Rekod saya selama ini di Kementerian Pertahanan, tanyalah perajurit kita. Di Kementerian Pelajaran, tanyalah guru-guru apa yang saya telah buat, tak pernah dalam sejarah ada kenaikan pangkat berasaskan tempoh. “Sayalah orang pertama memperkenalkan 'time-based promotion'. Bermakna kita sentiasa (memikirkan) bagaimana untuk mempertingkatkan (pendapatan) tetapi pokoknya, produktiviti dan hasil negara juga mesti ditingkatkan," katanya. Beliau berkata, kerajaan boleh menjadi popular jika menaikkan gaji kakitangan awam setiap tahun, tetapi langkah itu tidak boleh dilakukan. "Bagaimanapun, jika hasil negara meningkat, kerajaan tentu tidak akan melupakan pekerja. Cuepacs minta (kenaikan gaji), pejam mata pun saya boleh luluskan, tak payah dia nak lambung (puji) saya katakan saya Perdana menteri yang segak dan ceria,” katanya berseloroh. Perdana Menteri juga berkata, penjawat awam dan anggota pentadbiran perlu bekerjasama secara dua hala dengan masing-masing saling menjaga kepentingan. "Kita perlu melihat keseluruhan hala tuju negara dan perlu sama-sama faham. Kerajaan perlu faham denyutan nadi rakyat," katanya.

14 Mei 2009

NAJIB MAHU PUTRAJAYA HEBAT PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN

Bernama
14/5/2009



PUTRAJAYA, 14 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Putrajaya menjadi model yang memaparkan kehebatan pentadbiran awam bukan sahaja daripada segi mutu perkhidmatannya tetapi juga kemudahan yang disediakan.Perdana Menteri berkata langkah itu bagi menjadikan Putrajaya sebagai lambang kepada negara luar untuk Malaysia sebagai sebuah negara yang hebat daripada pelbagai aspek."Saya mahu Putrajaya menjadi showcase kepada kehebatan sektor awam, dari segi pejabatnya, bilik airnya dan sebagainya. Saya tidak mahu orang memperlekehkan Malaysia sebab kita nak jadi negara maju. Saya nak orang kata Malaysia hebat dan berjaya."Sebab itu, kita mesti baiki semua aspek, dari segi prestasi, produktiviti, dan kerja kuat. Jika tak jaga semua ini, bagaimana gambaran kepada Malaysia," katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di sini, Ahad.Majlis yang bertema "1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Presiden Cuepacs Omar Osman.Najib berkata masyarakat perlu diterapkan dengan nilai-nilai ketepatan dalam segala apa yang dilakukan.Perdana Menteri juga berkata bahawa baru-baru ini beliau telah membaca ruangan surat kepada editor dalam akhbar dan satu daripada maklumat balas ialah mengenai pujian kepada Jabatan Imigresen yang telah menambah baik perkhidmatannya kerana dapat menyiapkan pasport antarabangsa dalam tempoh sejam."Jadi, tahniah kepada Jabatan Imigresen. Tetapi esoknya, saya terkejut membaca surat yang mengatakan tandas wanita di Jabatan Imigresen paling kotor. Jadi, belumlah lengkap lagi (usaha penambahbaikan)," katanya.-- BERNAMA

20 PERATUS KAKITANGAN AWAM AKAN MEMANFAAT

Bernama
14/5/2009




KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Lebih 20 peratus kakitangan awam dalam kumpulan sokongan akan menerima manfaat daripada keputusan kerajaan untuk menaikkan pangkat selepas 15 tahun perkhidmatan, kata setiausaha agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd Zin, Khamis.Dalam mengalu-ngalukan keputusan kenaikan pangkat berdasarkan tempoh untuk kakitangan sokongan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, katanya ini ialah sudah lama dalam perkhidmatan awam kerana beratus-ratus merasa kecewa dengan tahap kenaikan gaji maksimum sehingga mereka bersara.Najib semasa berucap kepada kakitangan awam pada perhimpunan khas mengumumkan bahawa kenaikan pangkat untuk pegawai kategori ini akan dipertimbangkan pada 1 Julai.Ahmad Shah berkata sistem baru itu akan membantu memberikan motivasi kepada kakitangan dan menjadikannya lebih produktif.Kini ada di antara mereka yang telah berkhidmat lebih 30 tahun tidak dinaikkan pangkat kerana jawatan untuk kenaikan pangkat adalah terhad di jabatan tertentu.Ahmad Shah berharap syarat kenaikan pangkat tidak akan diperketatkan, pada hakikatnya beliau berkata ia adalah terbaik jika kenaikan pangkat dilakukan secara automatik untuk mereka yang telah berkhidmat lebih 15 tahun dalam gred tertentu.Katanya kerani, penyelia dan pegawai penguatkuasa yang akan menerima manfaat daripada keputusan ini dan Cuepacs kini menunggu syarat-syarat itu dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Bernama difahamkan bahawa JPA telah mengeluarkan pekeliling perkhidmatan berkaitan kenaikan pangkat ini. Mereka dijangka menerima dalam masa sehari atau dua hari, menurut jurucakap JPA.Sementara itu, Presiden Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam, Ibrahim Ahmad yang sangat gembira dengan pengumuman bahawa kakitangan awam dalam kumpulan sokongan dengan lebih 15 tahun pengalaman, layak untuk dinaikkan pangkat.Ini kerana kesatuan itu telah memperjuangkan untuk peluang tersebut sejak 30 tahun lepas atau hasrat mereka telah dipenuhi.Beliau berkata langkah terkini oleh kesatuan itu ialah mengemukakan satu memorandum kepada kerajaan pada Ogos lepas yang mewajarkan pegawai dalam kategori ini hendaklah dinaikkan pangkat dan mencadangkan bahawa mereka diberikan peluang tersebut sekurang-kurangnya selepas 20 tahun perkhidmatan."Apa yang kita terima sekarang melebihi apa yang kita minta," kata Ibrahim kepada Bernama.Pada masa sekarang, pegawai kastam dalam gred W17 ke W40 tidak dapat peluang kenaikan pangkat ini sungguhpun sesetengahnya telah berkhidmat lebih 30 tahun dalam gred yang sama.Belia berkata daripada 4,000 pegawai kastam dalam gred itu, lebih 800 telah berkhidmat lebih 25 tahun dan akan bersara dan masih berada dalam gred yang sama.Gred W17 bermula dengan gaji RM821 dan maksimum dalam masa 24 tahun kepada RM2,152.Di bawah cadangan skim itu yang diumumkan Najib, pegawai berkenaan kini mempunyai peluang untuk terus ke gred W22 selepas berkhidmat 15 tahun dengan permulaan gaji RM1,916 dan maksimum RM2,839.Ibrahim berkata selain itu, kesatuan tersebut juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan untuk memasukkan semula sistem anugerah kepada pegawai yang merampas barang-barang di mana cukai tidak dibayar.Beliau menjelaskan bahawa pegawai berkenaan menikmati anugerah ini antara 10 peratus dan 30 peratus nilai barang-barang yang dirampas sehingga April 2004, apabila dengan tiba-tiba ia ditarikbalik.Kesatuan itu juga meminta elaun kerja giliran untuk pegawainya yang terpaksa bertugas mengikut giliran di lokasi dengan keadaan penghidupan yang tidak memuaskan.Sementara itu Presiden Kesatuan Kebangsaan Profesion Perguruan (NUTP) P. Ramanathan, 67, menyifatkan Najib sebagai sangat bertolak ansur dan ikhlas yang benar-benar menjaga kebajikan pekerja.Ramanathan seorang guru dan aktivis kesatuan yang disanjung tinggi, yang mengetuai beberapa perbincangan dengan Najib apabila beliau menjadi Menteri Pendidikan pada 1996, berkata: "saya dapati beliau sangat peka dan prihatin mengenai nasib guru dan beliau membantu menyelesaikan banyak masalah."Beliau berkata Najib akan diingati oleh guru kerana memperkenalkan kenaikan pangkat mengikut tempoh, yang akan perluaskan kepada kakitangan awam lain berkuatkuasa 1 Julai.-- BERNAMA

PEGAWAI KUMPULAN SOKONGAN GRED LANTIKAN DITIMBANG NAIK PANGKAT

Bernama
By:
Ramjit-->
14/5/2009

PUTRAJAYA, 14 Mei (Bernama) -- Pegawai kumpulan sokongan yang berkhidmat 15 tahun atau lebih serta masih berada dalam gred lantikan akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi berkuatkuasa 1 Julai ini.Berucap pada perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di sini hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengumumkan bahawa beberapa skim perkhidmatan akan dinaik taraf juga mulai 1 Julai.Katanya langkah itu adalah sebagai menghargai sumbangan 176,066 pegawai kumpulan sokongan bagi perkhidmatan persekutuan.Kerajaan juga, katanya, bersetuju untuk menggubal dua skim perkhidmatan yang baru iaitu pegawai penyediaan makanan dan pembantu laut dan menaik taraf lapan skim perkhidmatan termasuk skim perkhidmatan operator mesin prosesan data (OMTD), pembantu tadbir rendah (PTR) dan jaga.Langkah itu akan melibatkan 20,637 penjawat awam dan turut berkuatkuasa 1 Julai.Keputusan kerajaan ini akan melibatkan kos tambahan sebanyak RM170.4 juta, kata Najib.Dalam ucapannya, Najib mahu kakitangan sektor awam memberi tumpuan kepada usaha untuk mempertingkatkan produktiviti yang akan meningkatkan hasil negara.Katanya jika hasil negara bertambah, maka pendapatan pekerja turut meningkat.Najib, yang juga Menteri Kewangan, menjelaskan bahawa beliau bukan orang yang tidak prihatin kepada golongan pekerja, dan ini dapat dibuktikan menerusi khidmat beliau ketika menerajui Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pelajaran sebelum ini."Track record saya selama ini di Kementerian Pertahanan, tanyalah perajurit kita. Di Kementerian Pelajaran, tanyalah guru-guru apa yang saya telah buat, tak pernah dalam sejarah ada kenaikan pangkat berasas tempoh para guru."Sayalah orang pertama memperkenalkan 'time-based promotion'. Bermakna kita sentiasa (memikirkan) bagaimana untuk mempertingkatkan (pendapatan) tetapi pokoknya, produktiviti dan hasil negara juga mesti ditingkatkan," katanya.Najib berkata beliau tidak mahu Malaysia kekal dikenali sebagai negara berpendapatan rendah, dan sebab itulah, kerajaan sedang merangka model ekonomi baru yang bertujuan agar negara tidak lagi berada dalam lingkaran kumpulan berpendapatan sederahana."Kita bukan negara kos pengeluarannya rendah tetapi belum berjaya melonjakkan sebagai negara berpendapatan tinggi. Oleh itu, kita perlu menggubal model ekonomi baru berasaskan kepada bidang-bidang yang boleh dicari untuk mencapai lonjakan nilai tambah negara," katanya.Najib berkata untuk mencapai lonjakan berganda, negara mesti mengubah daripada ekonomi berasaskan industri, berteraskan ilmu kepada inovasi."Apabila hasil negara bertambah, Presiden Cuepacs (Omar Osman yang turut hadir) minta, saya pejam mata, boleh beri, anytime."Sebab apabila kita sudah ada hasil, pendapatan negara bertambah, tentu sekali, kerajaan tak lupa kepada pekerja," katanya.Najib juga berkata beliau berazam untuk memupuk hubungan baik dan akrab dengan anggota pentadbiran sektor awam sebagaimana ayahanda beliau allahyarham Tun Razak Hussein yang begitu akrab hubungannya dengan kakitangan kerajaan."Saya pernah menyatakan selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri, bahawa hubungan antara kerajaan dan penjawat awam mesti berasaskan kepada satu hubungan yang bertaut pada prinsip yang lebih mendalam daripada hanya menyatakan ini satu perkongsian atau permuafakatan."Saya gunakan prinsip al-wa'ad bererti kesetiaan, saya guna al-bai'ah, bererti komitmen antara satu sama lain."Jika penjawat awam menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bahagi, komitmen yang padu, Insya-Allah, negara lebih maju pada masa akan datang," katanya.-- BERNAMA

NAJIB MAHU DIKENALI SEBAGAI PERDANA MENTERI RAKYAT

Bernama
By:
Ramjit-->
14/5/2009




PUTRAJAYA, 14 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mahu dikenali sebagai "Perdana Menteri Rakyat" yang mesra dengan rakyat dan dapat memahami kehendak rakyat."Saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan akan terus bersama-sama dengan rakyat," kata Perdana Menteri sambil menegaskan tidak sepatutnya wujud anggapan bahawa beliau merupakan anak golongan bangsawan."Kita mesti lihat kepada hala tuju negara, kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya," katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Khamis.Majlis yang bertema "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Presiden Cuepacs Omar Osman.Sehubungan itu, Najib berkata sebaik sahaja beliau mengambil alih pentadbiran negara, agenda pertama yang dilakukan ialah "turun padang" yang disifatkannya sebagai tinjauan mesra seperti di Puduraya."Saya melawat Puduraya kerana sebahagian besar rakyat menggunakan Puduraya, terutama nak balik kampung, cuti raya."Saya tengok, dan bukan sahaja tengok dengan kepala dan mata saya sendiri keadaan di situ, tetapi juga dapat menghidu udara dan bau di situ. Saya katakan berbeza dengan taklimat yang diberikan oleh Datuk Bandar berbanding (apabila) turun dan melihat keadaan sebenar di Puduraya."Banyak bezanya, macam bumi dan langit," kata Perdana Menteri.Najib berkata oleh sebab itu, beliau mahu turun padang dan tidak mahu sebarang formaliti seperti hamparan merah, bunga manggar dan tanpa krew tv (media).Katanya beliau akan tetap turun padang kerana mahu meninjau sendiri bagi menyelesaikan masalah rakyat.Katanya kerajaan akan membuat penambahbaikan di Puduraya yang menjadi tumpuan rakyat untuk menggunakan perkhidmatan bas untuk jangka pendek dan jangka sederhana.-- BERNAMA

STAY FOCUSEB ON JOB

NST
14/5/2009






Omar Osman says civil servants must let politicians resolve their disputes
PUTRAJAYA: Civil servants in Perak have been told not to get carried away with political developments in the state but remain focused on their jobs.
Cuepacs president Omar Osman said he sympathised with about 70,000 government servants who were indirectly affected by the political instability in the state."My advice to them is to remain patient and calm. Do not get involved in any political protests or demonstrations whatsoever but concentrate on your work. "Let the politicians resolve the disputes. On your part, just continue with your jobs and responsibilities," he said when commenting on the political turmoil in the Silver State.Omar said he received numerous complaints from Cuepacs leaders and members in the state that their productivity and performance would be affected if the current political turmoil was not resolved immediately.
"They (civil servants) must continue to support the government of the day and also remain faithful to the Perak Sultan, Sultan Azlan Shah." Omar also said they should remain committed and work closely with the government to achieve the prime minister's vision of 1Malaysia, "people first, performance now" concept."If they are serious about achieving the vision, then there should be no problem. Remain apolitical and non-partisan and the question of your productivity or performance affected will not arise," he said.