SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

26 Mei 2009

LONGGAR SYARAT KENAIKAN PANGKAT SOKONGAN: CUEPACS

Bernama
25/5/2009




KUALA LUMPUR: Cuepacs hari ini meminta kerajaan melonggarkan beberapa syarat bagi kakitangan sokongan dalam perkhidmatan awam layak untuk naik pangkat. Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata kira-kira 176,000 kakitangan sokongan yang berkhidmat lebih 15 tahun dengan jawatan sama layak untuk dinaikkan pangkat ke gred lebih tinggi berkuatakuasa 1 Julai tetapi mereka perlu memenuhi beberapa syarat sebelum dipertimbangkan untuk kenaikkan pangkat. Beliau berkata, antara syarat berkenaan yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi surat pekeliling perkhidmatan, adalah mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus dalam laporan prestasi bagi tempoh tiga tahun lepas.
Mereka juga dikehendaki lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), mendapat pelepasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, mengisytiharkan harta, memberikan bukti mereka tidak pernah dikenakan tindakan disiplin, dan dicadangkan oleh Ketua Jabatan masing-masing. Ahmad Shah berkata, beberapa syarat itu tidak diperlukan dan sepatutnya dilakukan secara lebih bertolak-ansur. Beliau berkata, beberapa kakitangan yang memenuhi syarat hendaklah dinaikkan pangkat berasaskan kepada jawatan Khas Untuk Penyandang.
Mengenai hierarki, Ahmad Shah berkata mereka yang dinaikkan pangkat mengikut dasar baru itu hendaklah diletakkan di bawah pegawai yang sedang berkhidmat walaupun mereka berada dalam gred yang sama. Mengenai kakitangan awam yang bekerja sambilan, beliau berkata kira-kira 20 peratus atau 240,000 kakitangan awam melakukan kerja seumpamanya bagi menambah sumber pendapatan. Sebahagian mereka bekerja sebagai pemandu teksi, juru jual, pengawal dan peniaga kecil, kata beliau. Ahmad Shah menasihatkan kakitangan terbabit memastikan tidak mengabaikan tugas hakiki mereka sewaktu berusaha melaksanakan kerja sambilan mereka.
"Pendirian Cuepacs adalah yang paling utama mereka adalah kakitangan awam dan perlu memberikan yang terbaik dalam tugas mereka di sektor perkhidmatan awam," katanya. - Bernama

3 ulasan:

mat berkata...

kerajaan sepatutnya pertimbangkan dengan lebih mudah kenaikan pangkat staf/kakitangan kumpulan sokongan yang telah lama berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan. tak perlu susahkan mereka dengan pelbagai syarat.

saya berpendapat, mana-mana kakitangan sokongan yang telah lama berkhidmat (15 tahun ke atas) boleh secara automatik dinaikkan pangkat dengan syarat mereka tidak pernah melakukan aktiviti jenayah dalam perkhidmatan mereka.

Tanpa Nama berkata...

TAMBAH LAGI SATU SYARAT : KELULUSAN PENDIDIKAN ...


---- >ramai la golongan sokongan meroyan lepas ni...

Tanpa Nama berkata...

org yg ada degree dan golongan pnp pun syarat ketat nak naik pangkat ini golongan yg suka ngulat... wekkkk

belajar dah malas ada hati nak naik pangkat cepat dan dgn syarat mudah

MELAMPAU LAH GOLONGAN SOKONGAN NI