SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 Mei 2009

CUEPACS MAHU 33,000 GURU KAFA DISERAP

Utusan Malaysia
15/5/2009


REMBAU 15 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menyerap lebih 33,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara ke jawatan tetap supaya kebajikan mereka lebih terbela.
Presidennya, Omar Osman berkata, pada masa ini guru KAFA di seluruh negara berkhidmat secara kontrak dan tidak layak menerima kemudahan seperti pinjaman perumahan, perubatan serta cuti mengerjakan ibadah haji.
Jelas beliau, langkah menyerap guru KAFA ke jawatan tetap akan melayakkan mereka menerima imbuhan serta kemudahan seperti guru lain di dalam skim perkhidmatan pendidikan.
"Guru-guru KAFA berperanan penting mendidik anak-anak tentang ilmu agama namun mereka seperti dianaktirikan," jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Ramah Mesra Bersama Presiden CUEPACS di Sekolah Kebangsaan Kundor, Pedas dekat sini hari ini.
Hadir sama guru besar sekolah tersebut, Abdullah Abd. Rahman.
Pada masa ini, terdapat 33,475 guru KAFA dan 247 penyelia di seluruh negara menerima elaun bulanan RM500 iaitu kadar yang tidak pernah dinaikkan sejak kelas itu dimulakan pada 1990.
Bagaimanapun, di Wilayah Persekutuan, elaun tersebut telah dinaikkan kepada antara RM1,000 dan RM1,200 bermula Januari lalu.
Osman menambah, lantikan guru KAFA secara kontrak adalah tidak adil dan menimbulkan banyak masalah kepada golongan berkenaan.
Menurut beliau, CUEPACS menerima banyak rungutan serta keluhan berhubung isu taraf jawatan kontrak dan kebajikan guru KAFA yang tidak terbela.
"Lebih malang lagi, terdapat sebahagian guru KAFA yang tidak disambung kontrak perkhidmatan sedangkan mereka perlu menjelaskan ansuran pinjaman kenderaan atau perumahan kepada institusi kewangan.
"Malah, ada yang berkhidmat secara kontrak lebih daripada 20 tahun. Sampai bila keadaan ini perlu berterusan?" katanya.
Sehubungan itu, ujar Omar, penyerapan guru KAFA ke jawatan tetap akan membolehkan mereka menjalani kehidupan lebih selesa dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajaran.
Kata beliau, sekiranya cadangan tersebut diluluskan, ia akan dianggap sebagai 'hadiah istimewa' kepada guru KAFA di seluruh negara yang meraikan Hari Guru esok.
Dalam pada itu, jelas Omar, kakitangan kerajaan dari kumpulan sokongan yang aktif berpolitik dinasihatkan supaya memohon kelulusan bertulis daripada ketua jabatan masing-masing sekiranya perlu menghadiri program parti semasa bertugas.
Ujarnya, kakitangan terbabit perlu mengutamakan tugas hakiki dan sebaik-baiknya menyertai kegiatan politik di luar waktu bekerja.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kepada dato omar smpai skrng guru KAFA x diserap pun dlm krajan

Tanpa Nama berkata...

dengar kata guru kafa akan diserap jawatan tetap .berita pada 27.1.2012. betul ke?

Tanpa Nama berkata...

ini omongan kosong atau betul? kalau betul bersyukur lah pada Ilahi kerna telah memperkenankan doa kami.disamping itu juga ribuan terima kasih kepda CUEPAC atas kesungguhan mereka dalam memperjuangkan agama islam

Tanpa Nama berkata...

terima kasih atas kesudian pihak cuepacs..hanya guru kafa yang faham dilema kafa..tanpa taraf jawatan tetap...gaji bertaraf elaun..xlayak mntak loan..dan berbagai2 lagi masalah berbangkit..amat sukar bagi kami untuk meneruskan survival hidup...apatah lagi bagi yang menetap di KL ni...

Tanpa Nama berkata...

sampai sekarang hampeh..dunia dah akhir zaman, agama dipandang sebelah mata, bila mati semua cari yang pandai ilmu agama juga..huh