SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

18 Mei 2009

JAKIM MOHON JAWATAN TETAP GURU KAFA

Utusan Malaysia
Oleh NORAINI NORDIN
pengarang@utusan.com.my
18/5/2009




KUALA LUMPUR 18 Mei - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengemukakan cadangan supaya seramai 33,475 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara diserap ke jawatan tetap bagi membela kebajikan mereka.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz berkata, permohonan tersebut dibuat oleh Jakim kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan sejak pertengahan tahun lalu.
''Jakim sedang menanti keputusan tersebut. Kita sangat prihatin dan amat menyedari nasib yang dialami guru KAFA.
''Isu ini menjadi keutamaan bagi memastikan semua guru KAFA dapat menikmati faedah dan kebajikan yang sama dengan pekerja-pekerja lain di negara ini.
''Saya difahamkan cadangan itu sedang dikaji dan diteliti dengan lebih mendalam,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menyerap lebih 33,000 guru KAFA di seluruh negara ke jawatan tetap supaya kebajikan mereka terbela.
Presiden CUEPACS, Omar Osman dalam kenyataannya 16 Mei lalu berkata, pada masa ini guru KAFA di seluruh negara berkhidmat secara kontrak dan tidak layak menerima kemudahan seperti pinjaman perumahan, perubatan serta cuti mengerjakan ibadah haji.
Menurut Omar, langkah menyerapkan guru KAFA ke jawatan tetap akan melayakkan mereka menerima imbuhan serta kemudahan seperti guru lain di dalam skim perkhidmatan pendidikan.
Wan Mohammad berkata, sejumlah 1.03 juta kanak-kanak Islam di negara ini mengikuti kelas KAFA di seluruh negara.
''Peranan guru KAFA sangat penting dalam mendidik kanak-kanak Islam mengaji dan mendalami Islam,'' katanya.
Beliau berkata, selain itu, Jakim juga memperjuangkan nasib penyelia-penyelia KAFA yang berkhidmat di seluruh negara.
Katanya, buat permulaan JPA meluluskan jawatan kontrak penyelia KAFA bersandarkan skim Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 pada akhir bulan lalu.
''Sebanyak 383 jawatan penyelia diperuntukkan dan Jakim sedang mengurus penyerapan pelantikan kepada penyelia berdasarkan prosedur lantikan penjawat awam.
''Sebanyak RM2.44 juta diperuntukkan untuk gaji penyelia kontrak pada tahun ini,'' katanya.

54 ulasan:

mat berkata...

kerajaan juga patut peka pada nasib ribuan staf sokongan yang berusaha lebih demi memajukan diri sendiri dalam kerjaya.

mereka telah berkorban masa, keluarga dan wang ringgit untuk terus belajar sama ada di peringkat diploma, degree atau master dsbnya. namun, tiada kenaikan pangkat sehingga segala kelulusan tersebut menjadi tidak bernilai dari segi kerjaya.

mereka ini patut diberi nilaian yang lebih kerana berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan kerjaya mereka. Jadi, apa salahnya jika mereka juga diberi imbuhan sama ada:

1. elaun khas kepada 'kelulusan' mereka.
2. atau bayaran gaji setimpal walaupun masih memegang jawatan yang sama.
3. kenaikan pangkat secara 'pertimbangan automatik' bagi jawatan setaraf yang mengalami kekosongan di mana-mana jabatan tempat staf tersebut bekerja.
4. dan sebagainya.

Tanpa Nama berkata...

assalamualikum,
perjuangan agama amat penting..
anak-anak masa depan perlu di bekalkan dengan ilmu agama yang cukup bagi menempuh halangan-halangan. gaji guru agama yang kecil menyebabkan sedikit sahaja bilangan guru kafa lelaki. mereka mempunyai keluarga untuk di tanggung. di sebabkan sedikit yang mahu memohon kualiti guru lelaki kafa juga berkurangan..
fikirkan lah yang terbaik bagi membela nasib penyampai agama...salam

Tanpa Nama berkata...

Salam....
Saya adalah salah seorang Guru KAFA di negeri Sabah yang telah berkhidmat sejak tahun 2000 hingga kini.Saya juga berkhidmat sepenuh masa sebagai Guru KAFA.Jika dilihat melalui cara bayaran elaun,Guru KAFA hanya bertugas 3 kali seminggu dan hanya 2 jam setiap kali bertugas.Tetapi bagi kami yang berkhidmat sepenuh masa mengajar 5 hari seminggu,malahan turut mengajar dalam 2 sessi pembelajaran iaitu sessi pagi yang bermula 7.30 pagi hingga 10.30 pagi dan sessi petang yang bermula pada 2.00 petang sehingga 5.00 petang.
Justeru itu,kami memohon agar dilihat ADAKAH SETIMPAL IMBUHAN YANG DIBERIKAN DENGAN APA YANG KAMI CURAHKAN??

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..saya seorang guru kafa yang bertugas di sabah. saya boleh dikatakan agak aktif dalam apa2 jua aktiviti,bukan niat saya hendak mengungkit jasa yang saya curahkan tetapi apabila melibatkan soal wang memang keadaan agak merumitkan dengan hanya rm500.saya harap jawatan guru kafa mendapat pembelaan yang sepatutnya.kalau pun sukar untuk ditetapkan,sekurang2nya naikkanlah elaun.terima kasih.wassalam.

nan berkata...

Salam pertanyaan dari saya . Isteri saya sudah mengajar selama 10 tahun hanya berbekalkan tauliah dari jawi adakah kenaikan elaun baru ini memerlukan sijil sekolah kerana isteri tidak mempunyai sijil sekolah kerana belajar setakat senawi salis kemudian dipertemuan jodoh dengan saya. tolong email kepada saya jawapan kepada persoalan ini

Tanpa Nama berkata...

saya guru jQAF...saya dapati murid2 yg pergi ke kelas KAFA lebih berpengetahuan agama dan cepat khatam qur'an..demi membentuk modal insan yg sempurna...amat diharapkan guru kafa dapat ke jawatan tetap..

Tanpa Nama berkata...

salam,, sebagai seorang guru kafa, saya amat berharap agar elaun kami dipertimbangkan semula, sesuai dengan keadaan semasa berikutan kenaikan harga barang dan semoga kenaikan itu nanti meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran kami di sekolah.

bann berkata...

Assalamualaikum..?

Untuk pengetahuan semua..emak saya mengajar Al-quran di kampung. Kami telah membuat permohonan sebagai Guru kafa di Jabatan Agama Islam Perlis. Tapi semua macam boooo..layan saja...macam tak wujud permohonan tu..untuk pengetahaun semua beliau telah mengajar selama 13 tahun..harap maklum..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum, saya seorang guru KAFA yang masih berkhidmat sejak 6tahun di Pontian,Johor juga seorang mahasiswa universiti,ingin meluahkan rasa hati yang begitu kecewa kerana kerajaan negeri seperti memandang sepi terhadap kebajikan kami contohnya baru-baru ini kami hanya memandang sahaja guru-guru agama(Sekolah Agama Kerajaan Negeri) mendapat habuan bantuan hari raya sebanyak RM500. Selain itu banyak keistimewaan dan kemudahan tidak dapat kami nikmati selama ini sedangkan kami juga bertugas di sekolah agama yang sama, diwajibkan memakai pakaian seragam mengajar walau kos pakaian tersebut ditanggung oleh kami sendiri. Segala arahan yang ditetapkan oleh bahagian pendidikan jabatan agama seperti membuat buku persedian mengajar, masa mengajar dan majlis-majlis rasmi kerajaan turut kami sertai bagi menjayakan visi dan misi kerajaan negeri. Adakah ini tidak cukup lagi pengorbanan untuk dinilai oleh pihak-pihak berkenaan? Saya difahamkan adanya peruntukan yang banyak oleh JAKIM dan kerajaan negeri terhadap kami. Tetapi kemanakah wang tersebut dialirkan? Bayangkan dengan pendapatan yang kecil, bagaimana kami hendak meneruskan hidup? Sedangkan Guru Tadika Agama Negeri(TAJ) telah dinaik taraf ke Gred DB17 sudah tentu gaji mereka lebih besar dan banyak keistimewaan dinikmati oleh mereka.

Tanpa Nama berkata...

salam,
Cadangan ke Jawatan Tetap Guru KAFA
boleh dilaksanakan jika PM dan TPM benar benar mahu merealisasikannya.

Tanpa Nama berkata...

Wakil Guru KAFA seluruh sarawak..

Terima Kasih kepada pihak JAKIM kerana yang sentiasa berjuang dan membela nasib Guru KAFA.SEMESTI nya SEmua guru KAFA Mengharapkan guru KAFA di serap ke dalam jawatan tetap.Pihak CUEPACS MESTI menyokong CADANGAN MURNI pihak JAKIM tersebut.
KAMI GURU KAFA menyokong PENUH CADangan JAKIM dan SEpatutnya KERAJAAN BERTINDAK CEPAT DAN MOHON kepada YAB PERDANA MENTERI ,TPM serta KEMENTRIAN yang berkaitan MELAKSANAKAN TUNTUTAN RAKYAT (GURU KAFA)tersebut SECEPAT YG MUNGKIN.
Harap akan di umumkan dalam BAJET 2012 AKAN DATANG.
Ini kerana cadangan tersebut sudah lama di cadangkan oleh pihak JAKIM.UTAMAKAN PENDIDIKAN AGAMA ANAK-ANAK ISLAM MALAYSIA dengan didikan AGAMA seawal usia ,bagi mengawal dan mngurangkan masalah jenayah syariah dan sivil yg semakin kritikal masa kini.

RAKYAT DI DAHULUKAN>>>>

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,sy seorang guru kafa di pahang,ingin mndapat kepastian mengapa masa mengajar kafa di antara negeri tidak sama walaupun gaji yg diterima adalah sama,kafa terengganu tetap mengajar 3hari,3jam sehari tetapi di pahang dinaikkan 5hari 3jam sehari,kenapa

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum, sebagai seorang guru kafa, saya amat berdukacita, kami tidak di beri peruntukan cuti rehat.. malah cuti bersalin pun tanpa gaji. walhal pekerja kilang pun mendapat bonus bila bersalin, islam menuntut supaya meramaikan umat. tapi apa kami mahu beri pada anak2 kami????????

Tanpa Nama berkata...

saya guru Kafa negeri Selangor bekerja selama 5 hari seminngu untuk tempoh 5 jam. amat bersyukur dengan kenaikkan gaji dr RM1000 ke RM1300. cuma apa yang saya harapkan agar status jawatan guru kafa sbg kontrak dapat di transformasikan menjadi jawatan tetap bagi membolehkan kami mendapat keistimewaan sama seperti guru berjawatan tetap. bukanlah keistimewaan yang ingin dilayan seperti bidadari, tapi cukup sekadar leh dapat kemudahan perubatan (ada GL). Saya juga merupakan seorang graduan dr IPTA yang memegang ijazah sarjana muda.saya tak minta dibayar gaji setimpal dengan kelulusan sy, tapi cukup sekadar memenuhi keperluan hidup saya spt, rumah, kesihatan (perubatan) dan "simpanan/tabungan" sbg jaminan masa depan (ada duit pencen la...) dan yang paling penting saya mampu untuk buat potongan gaji untuk membayar duit PTPTN saya untuk generasi akan datang. ;)
ini cuma pendapat saya dan saya minta maaf andai kata2 saya menyinggung mana2 pihak...maaf kan saya...

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikom,,
pendidikan agama sangat penting dalam kemajuan ekonomi sekarang ini(malas nak ulas/rayu panjang2,nampak sangat macam pengemis).apa kata tutup sahaja sekolah agama,biarkan sekolah bantuan penoh kerajaan yang menguruskan hal2 yang berkaitan agama..masa tu barulah kerajaan nampak betapa pentingnya peranan sekolah agama yang di pandang sepi selama ini.masa itu timbollah komen2 daripada guru2 bantuan penoh kerajaan..maka bertambah banyaklah masaalah sosial yang memenuhi dada akhbar yang membanggakan yang melibatkan remaja2 berketurunan melayu..fikir dan renungkanlah.dah malas nak dengar janji2 manis k------n.

Tanpa Nama berkata...

mohon ditetapkan jawatan guru kafa

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...minta disegerakan jawatan tetap guru kafa di negeri pembangkang yang memiliki Diploma Perguruan...patut didahulukan...supaya masa dan waktu yang digunakan selama 3 1/2 tidaklah sia-sia begitu sahaja.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...rasanya lebih adil jika guru kafa yang bersusah payah dan menghabiskan masa selama tiga setengah tahun menyambung pengajian untuk mendapatkan segulung Diploma Perguruan agar pelajar di Sekolah Rendah Agama mempunyai guru yang mahir mengajar....maksudnya walau tidak setanding pakar guru di sekolah kebangsaan tetapi mahir dalam bidangnya yang tersendiri..hanya untuk anak bangsa sendiri.Sokonglah kami untuk ke jawatan tetap.

iffa'izza berkata...

assalamualaikum...rasanya lebih adil jika guru kafa yang bersusah payah dan menghabiskan masa selama tiga setengah tahun menyambung pengajian untuk mendapatkan segulung Diploma Perguruan agar pelajar di Sekolah Rendah Agama mempunyai guru yang mahir mengajar....maksudnya walau tidak setanding pakar guru di sekolah kebangsaan tetapi mahir dalam bidangnya yang tersendiri..hanya untuk anak bangsa sendiri.Sokonglah kami untuk ke jawatan tetap.

Tanpa Nama berkata...

Saya adalah guru yang mempunyai ijazah sarjana muda. Saya memohon dan berharap pihak JAKIM dapat meneliti semula kelulusan guru-guru KAFA agar gaji yang dibayar mengikut kelulusan masing-masing. Ini kerana saya antara ribuan peminjam PTPTN. Gaji yang diperolehi tidak mencukupi untuk membayar pinjaman, apatah lagi untuk membeli rumah. mohon pertimbangkan.

Tanpa Nama berkata...

tsalam sejahtera, saya bersyukur kerana ditakdirkan mengandung, tetapi pada masa yang sama saya sedih kerana saya tidak mendapat gaji ketika cuti bersalin, sedangkan diwaktu tersebut saya sangat memerlukan perbelanjaan ditambah lagi dengan kekangan untuk menyekolahkan anak-anak yang lain, sangat berharap agar kafa diberi jawatan tetap dan tarik balik pemberhentian gaji kepada guru yang bersalin, kesianlah kami. saya juga menyokong agar guru-guru kafa diberi gaji mengikut kelulusan masing-masing.
sekin, sangat berharap. batu pahat.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum....
saya seorang guru kafa dari sarawak..
memohon agar jawatan guru kafa ditetapkan..agar masa depan kami terjaga jua terbela..
seperti masalah kami guru2 kafa yang hanya menerima elaun sebanyak rm800 sudah diketegorikan sebagai miskin tegar,kami hanya inginkan gaji setimpal dengan kelulusan kami,kerap sekali sehinggakan kami tidak menerima elaun selama 3 bulan,cuba bayangkan mcm mana dengan menanggung bayaran2 yang lain..begitu sengsaranya kami dan hanya mampu bersabar,tetapi prestasi menurun kerana ditimpa dengan masalah2 tersebut.sudah kerap kali berlaku..tetapi kami masih meneruskan pembelajaran seperti biasa..dengan masalah disekolah yang ditanggung juga.oleh itu,siapa yang patut disalahkan,bila membuat aduan kami ditengking pula..dengan cara menggunakan claim elaun menjadi masalah,sehinggakan kerap kali terlepas pandang,walhal..masalah itu dapat diselesaikan,tetapi tiada tindakan langsung dari pihak yang berwajib...mohon semohonnya jawatan tetap diberikan tahun depan..sebab kami guru kafa tidak mahu ada masalah dengan claim elaun itu lagi..

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum.....
saya sahabat dari seorang guru kafa juga,ya memang betul tu,,sahabat saya juga ada masalah begitu..saya hanya kesian kan dia sebab bersusah payah mencari rezeki,hanya kerana ingin menanpung keperluan,,mengharapkan gaji kafa memang tidak akan pernah cukup...sehingga dia bermacam2 kerja sudah dilakukankannya..kerja tengahmalam lepas tu smbung balik petang mengajar kafa,rasanay xcukup rehat..pernah sekali dia mengadu yang gaji mereka belom dibayar sehinggakan msuk 4 bulan..bayangkan nak makan apa,makan pasir....dia berkebolehan akan tetapi masalah keluarga membuat dia tersepit..kawan saya yang seorang tu pun,kereta kena tarik sebb tak dapat nak byar,,sudah gji 3 bulan xmasuk..cian lah dengar story mereka nie...mohon lah bagilah peluang kepada mereka untuk memperbaiki kehidupan yang lebih baik..terimksih,sip2 yang nak diceritakan

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALAIKUM.SAYA AMT SETUJU KAFA JWTN TETAP...ADA YANG BEKHIDMAT LAMA SEHINGGA 20 TAHUN TAPI MASIH KONTRAK.INI SATU DIKRIMINASI DAN PERLU PERUBAHAN ...SLOGAN RAKYAT DI DAHULUKAN PERCAPAIAN DI UTAMAKAN HANYA TINGGAL SLOGAN ,JANJI DI TEPATI HANYA TINGGAL JANJI MUNGKIRI,
LEBIH BAIK TUKAR KERAJAAN PAKATAN RAKYAT ......HIDUP2, HIDUP RAKYAT,HANCUR2 HANCUR BN

Tanpa Nama berkata...

Sya setuju....patut ke gaji guru kafa rm 800 sebulan.sedangkan guru kafa pun tugasnya seorang guru yg mdidik ank2 d sekolah..langsung x ada keistimewaan.nmpak sngt perbezaan.

Tanpa Nama berkata...

Rm 800 sebulan x mencukupi untuk menampung kehidupan di mna kos sara hdup semakin meningkat...bayangkn sekiranya ada suami istri bkerja sbg gru kafa sdah tntu x mcukupi kos sara hdup d masa kini.menampung ank2 yg bsekolah,blnja harian.setiap kli blnjawan d umumkn sya dpt bygkn kecerian gru2 kfa untuk mgumumkn knaikan elaun tp hampeh....x de d sbut lngsung smsa blnjwan..sdih dn kcewa gru2 kafa...hal2 agama d msa kni lngsung x d pndang oleh kerajaan...hal2 bkaitan agama d pndang sinis....tp peruntukan tuk bkan islam ada pla...

Tanpa Nama berkata...

Mmg patut naik gji pun..klu x naik jga.ada kta2 tuk smua gru kfa..ini kali la..kita tukar.

Tanpa Nama berkata...

Rm 800 sebulan x mencukupi untuk menampung kehidupan di mna kos sara hdup semakin meningkat...bayangkn sekiranya ada suami istri bkerja sbg gru kafa sdah tntu x mcukupi kos sara hdup d masa kini.menampung ank2 yg bsekolah,blnja harian.setiap kli blnjawan d umumkn sya dpt bygkn kecerian gru2 kfa untuk mgumumkn knaikan elaun tp hampeh....x de d sbut lngsung smsa blnjwan..sdih dn kcewa gru2 kafa...hal2 agama d msa kni lngsung x d pndang oleh kerajaan...hal2 bkaitan agama d pndang sinis....tp peruntukan tuk bkan islam ada pla...

Tanpa Nama berkata...

Diskriminasi terhadap guru KAFA tidak sewajarnya berlaku kerana sumbangan mereka dalam memberi pendidikan dan pembentukkan generasi rabbani dan madani bukanlah satu usaha yang boleh dipandang remeh dan kecil.

Tanpa Nama berkata...

Mohon agar kerajaan persekutuan / negeri mengkaji dan mempertimbangkan cadangan yang telah dibuat oleh Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam [CUEPACS] sejak 16 Mei 2009 lagi sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia yang meminta agar 33,000 guru Kelas Fardhu Ain [KAFA] diserap ke jawatan tetap supaya kebajikan guru-guru KAFA ini lebih terbel

Tanpa Nama berkata...

saya guru jQAF...saya dapati murid2 yg pergi ke kelas KAFA lebih berpengetahuan agama dan cepat khatam qur'an..demi membentuk modal insan yg sempurna...amat diharapkan guru kafa dapat ke jawatan tetap..

Tanpa Nama berkata...

saya guru Kafa negeri Selangor bekerja selama 5 hari seminngu untuk tempoh 5 jam. amat bersyukur dengan kenaikkan gaji dr RM1000 ke RM1300. cuma apa yang saya harapkan agar status jawatan guru kafa sbg kontrak dapat di transformasikan menjadi jawatan tetap bagi membolehkan kami mendapat keistimewaan sama seperti guru berjawatan tetap. bukanlah keistimewaan yang ingin dilayan seperti bidadari, tapi cukup sekadar leh dapat kemudahan perubatan (ada GL).

Tanpa Nama berkata...

Saya harap ada berita gembira buat Kami warga guru2 kafa..kalau betullah jawatan guru kafa akan ditetapkan, saya bersyukur sangat 2...sekurang-kurangnya nasib guru kafa terbela Dan...tugas seorang guru agama untuk mendidik anak bangsa bkn suatu tugas yang mudah...berilah penghargaan kpd semua guru2 kafa...

Tanpa Nama berkata...

...dari 2009 sehingga sekarang..tiada apa2 perubahan yg blaku...kafa tetap menerima alaun bulanan..rm800..rm720 bersih (srwak) sahaja. tiap2 tahun ujian d buat. alangkah baiknya jika kafa d serap k dalam jawatan skim tetap kerajaan..? jgn biarkan kami bkata..indah khbar dari rupa...kami bukannya knaikan gaji tidak dapat..apatahlagi alaun@kolar perumahan dsbgainya...nak masuk skim jwtan tetap pun...tak DAPAT2..

Laman Citra Enterprise berkata...

Diskriminasi terhadap guru KAFA tidak sewajarnya berlaku kerana sumbangan mereka dalam memberi pendidikan dan pembentukkan generasi rabbani dan madani bukanlah satu usaha yang boleh dipandang remeh dan kecil.

eryaini328 berkata...

aslkm. setakat ini 2013..masih tiada perubahan yg blaku pada warga KAFA yg masih menerima alaun bulanan rm800 (srwk) sebulan....sedangkan perkara ini telah lama dbngkitkan dari 2009 lagi..scara rasmi. tiada tanda@khbar baik dalam bajet 2013 yg lepas....yg sudah tetap dlm skim kerajaan tetap menerima imbuhan terbaru tetapi kami tetap d tampok yg lama...tiada pembelaan dari kerajaan wlaupun kami sntiasa bersuara. bermcm2 janji dtunaikan yg menelan bjuta2 RM tetapi kami tetap tidak dpedulikan....adakah sumbangan kami dalam mendidik anak bangsa tiada mata yg hendak membela...?????

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. W.B.T

Buat penyelerasan untuk gaji guru kafa wahai pihak kerajaan.

Status sebagai guru yang mengajar dan bernaung di bawah kerajaan sangat tidak wajar jika hanya menerima RM800 sahaja setiap bulan.

Program Transformasi Ekonomi yang di war-warkan tu mana? Rakyat mahu berpendapatan tinggi kan? Tidak berbaloi jika penjawat kerajaan hanya berpendapatan RM800.

GURU KAFA, bukan calang-calang jawatan.
Mahu melihat negara maju dengan tamadun peradaban yang baik seperti zaman khalifah dahulu, kenalah juga bermula dengan pendidik dalam bidang agama Islam.

Lagi 1, negara kita MALAYSIA ini beragama rasmi dengan agama Islam.
jadi JAKIM haruslah ditubuhkan sebagai KEMETERIAN. Kerana apa,
AGAMA Islam adalah agama rasmi. Bagi kebajikan sepenuhnya pada GURU-GURU KAFA..


ANDA FAHAM WAHAI KERAJAAN

farisha risha berkata...

jom semua guru2 kafa di seluruh malaysia pakat sokong pembangkang untuk PRU 2013 ni.. kami dah BOSAN!! wahai kerajaan.. untuk tahun 2013 ni tiada berita ytang menggembirakan buat kami semua guru2 kafa malah berasa sedih bila kenaikan hanya di beri oleh penjawat awam.. kami tidak meminta kami di layan seperti bidadari tapi cukuplah status jawatan kami diserap ke jawatan tetap.. semua penjawat awam di beri kenaikan gaji sedangkan kami langsung tiada kenaikan.. kenapa kami seolah2 di anak tirikan wahai PM!! mana keadilan kamu sebagai pemerintah yang adil lg saksama? adil kah kamu sebagai pemerintah??? kami dah bosan... jawatan guru KAFA bukan calang2.. tanpa didikan agama manusia boleh hanyut, tanpa agama juga sesebuah negara tidak dapat di tadbir dengan baik.. Tanggungjawab kami terlalu mulia memberi didikan agama pada anak bangsa tapi kenapa kami tidak di beri keistimewaan dan kebajikan kami tidak terbela seperti penjawat awam yang lain? nak tunggu.. ni dah masuk tahun 2013 dah wahai kerajaan langsung tiada perubahan dalam status jawatan kami (kontrak ke jawatan tetap).. kami juga berhak memperoleh keistimewaan seperti penjawat awam yan lain.. bila di lihat guru kafa di selangor yang ditadbir oleh pembangkang lebih baik dari BN mereka dapat juga bonus baru2 ni sedangkan kami? apa yg kami dapat.. nama jek negeri BN.. wahai kerajaan kami dah muak n dah BOSAN.. menanti dan terus menanti.. balik2 semak n kaji.. kte tgok PRU 13 ni lau sumua guru kafa sokong pembangkang mungkin nasib kami lebih terbela.. wahai guru KAFA jom pakat ramai2 undi pembangkang!!

Tanpa Nama berkata...

....kebajikkan Guru2 Kafa yg dbawah pemerintahan pembangkang lebih lagi TERBELA....DIHARGAI....DSANJUNG...jika d bandingkan mereka (Guru2 Kafa) yg d bawah pemerintahan kerajaan. Andaikata dtakdirkan pembangkang memegang pucuk pimpinan pusat kerajaan...DAH LAMA GURU2 KAFA DI SERAPKAM KE JAWATAN TETAP KERAJAAN...!!! TAK PAYAH NK MENGHARAP DAN MENUNGGU DARI 2009 LAGI....ASYIK2 KATA NK KAJI2 SHAJA...ITU SEMUA "WORDS" NK LEPAS TANGAN...BAK KATA STACY....AKU DH BOSAN..!!! BAJET 13 TARA GUNA...

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..dari 2009 sampai sekarang x ade kabar brita dr PM & KERAJAAN bkenaan dgn guru kafa yg konon nya akan di serap ke jawatan tetap..mane pegi PM ni..tlg lh fikir sikit kbajikan semua guru kafa..saya guru kafa..setiap pgumumn Pm ttg bajet ni setiap tahun..sy rase tmimpi2 agar jwtn guru kafa di serap ke jwtn tetap..tp lgsung xde pon pktaan jawatan guru kafa di sebut..

Tanpa Nama berkata...

saye rase bgs lagi Datuk Sri Anwar PR dr Perdana menteri malaysia..kite tgok kt selangor bwhan pmbakang elaun guru kafa rm1200 tp guru kafa di bwhn tadbir kerajaan rm800..jelas sgt sgt DSAI lbh mementingkn kbajikan rakyat bbnading najib PM malaysia..wahai semua guru kafa yg jumlah puluhan ribi di seluruh malaysia kita tukar PM kita pad PRU 13 ni..hancur bn..sya sebagai guru kafa ingin menegakn hak guru kafa n kebajikn guru yg x di anak titikn PM malaysia najib!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

bila lagi kebajikan guru kafa tbela..sedangkn jawatn kerajaan yg telah di tetap di beri lagi imbuhan baru..nape lh PM kita ni x ambik endah dgn guru kafa ni...fikirlah kbajikn kami.smpai bila nk kaji n kaji jwtn guru kafa nk di tetapkn..skrg dh thn 2013 dh..thn dpn 2014..6 thn lagi wawasn 2020..fikir lah wahai krajaan...

Tanpa Nama berkata...

kebajikkan Guru2 Kafa yg dbawah pemerintahan pembangkang lebih lagi TERBELA....DIHARGAI....DSANJUNG...jika d bandingkan mereka (Guru2 Kafa) yg d bawah pemerintahan kerajaan. Andaikan bagus nya di srawak ni pmbakang yg tadbir dr di tadbir krajaan yg x fikir kbajikn rakyat..kat erakyat di dahulukn..pencapaian di utamakn..mane nye smua kate2..tu..pmbohong

Tanpa Nama berkata...

bila lagi kebajikan guru kafa tbela..sedangkn jawatn kerajaan yg telah di tetap di beri lagi imbuhan baru..nape lh PM kita ni x ambik endah dgn guru kafa ni...fikirlah kbajikn kami.smpai bila nk kaji n kaji jwtn guru kafa nk di tetapkn..skrg dh thn 2013 dh..thn dpn 2014..6 thn lagi wawasn 2020..fikir lah wahai krajaan...

farisha risha berkata...

kepada sumua guru2 kafa marilah kita berfikir sejenak sepanjang Bn memerintah apa yg kita dapat? fikirkan.. sampai bila kita harus menanti? kebajikan guru kafa tidak pernah terbela.. ini kali kita tukar jek kerajaan untuk PRU 13.. kami dah muak najib.. kata janji ditepati.. ni dah 2013, tp kami masih di tahap miskin, yg kaya makin dikayakan, jom guru2 kafa undi PR.. ini kali kita tukar kerajaan...

Tanpa Nama berkata...

sedihnya,...bila agaknya kajian pihak kerajaan akan selesai untuk menyerap jawatan guru kafa kepada tetap?????????

Tanpa Nama berkata...

gaji guru kafa memang patut di naik dan naik ke gred s17

Tanpa Nama berkata...

guru kafa memang patut di naikkan ke gred s17 serta mendapat kenaikkan gaji

Tanpa Nama berkata...

guru kafa x dpt bonus raye lg...sedihnye..

Tanpa Nama berkata...

yaAllah!!! bukak kan lh pintu ht PM najib utk membela nasib kami guru2 kafa..

Tanpa Nama berkata...

Saya bkn arif tentang sistem kew atau bgaimn aliran keluar masuk wang JAIJ..
tp yg jd tanda tanya saya...ke mana hala wang yg tlh dipulangkan oleh guru2 yg bersalin?especially yg dh terima than minta dipulngkn semula???sdgkan yg sy tahu JAKIM tlh sedia peruntukan byrn tersebut setiap tahun....so logiknya..mn pergi peruntukan tersebut?..sy cdgkn senang saja....klu cg cuti tanpa gaji..murid xyah dtg sek..klu dtg sek pun..lebih baik guru yg ganti kelas dapat imbuhan guru yg dlm bercuti..itu lagi berbaloi..dt dipilang x tau kemana arah tuju wang tersebut..pikir2kannn

farisha risha berkata...

Jais bayar bonus sebulan gaji untuk guru kafa selangor.. pemimpin dorang adil dan negeri pembangkang yang lain memberi bonus kepada guru kafa.. tp negeri BN langsung tak
da bonus sesen pun... kenapa lah negeri BN tak pernah pk kebnajikan kami.. macam tu ker pemimpin yang adil?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum wbt...
Saya Fadhilah bt Yunus, no tel. 019-2936713.
Pada bulan Jun, saya telah hantar 2 resume untuk guru KAFA di Shah Alam bg kawasan Sungai Buloh, dan di Keramat bagi kawasan Kuang. Ada sesiapa boleh bantu saya dapatkan guru KAFA ini?
Saya tidak tahu prosedur bagaimana.
Terima kasih pada yang sudi membantu.

syaz na berkata...

assalamualaikum..

maaf sekiranya coretan saya ini mengganggu guru guru KAFA atau guru guru lain.. untuk pengetahuan semua guru guru, saya duduk bersebelahan dengan seorang guru sek agama rakyat di johor. di sini saya nak menceritakan rutin harian guru sek itu yang saya rasa tidak relevan sekiranya diberikan kenaikan gaji setimpal dengan guru sek rendah atau sek menengah biasa..

sek agama mula pukul 2, pukul 1.50 baru keluar rumah, murid sek balik kul 6.30 ptg dia kul 6.50 dah sampai rumah, sekolah agama tidak perlu sekolah ganti pada hari hari sabtu tertentu seperti sek biasa, tapi kalau tak sekolah sekolah agama pun turut tak sekolah. kadang kadang terfikir cikgu sek agama sekarang tak macam cikgu sek agama dulu yang menitik beratkan pendidikan, yang sekarang hanya nak memperjuangkan kenaikan gaji sahaja sedangkan kerja tidak setimpal mana.