SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

05 Mei 2009

BELA KEBAJIKAN JAWATAN RENDAH

Metro
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my
5/5/2009




MELAKA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) merayu kerajaan mempertimbangkan penambahbaikan dalam beberapa jawatan rendah tertentu bagi menjamin kebajikan pekerja terbabit.Menurut Presidennya, Omar Osman, Cuepacs sudah mengenal pasti beberapa jawatan peringkat rendah yang memerlukan penambahbaikan segera supaya pekerja berkenaan dapat meningkatkan produktiviti selain mengelakkan rasa ketidakpuasan hati kalangan mereka.“Cuepacs kini pada peringkat akhir untuk memastikan beberapa jawatan rendah tertentu diberikan perhatian oleh kerajaan bagi penambahbaikan dalam usaha kita menjaga kebajikan pekerja dalam bidang terbabit.“Saya berharap jawatan peringkat rendah dalam sektor awam seperti operator pemprosesan data, operator mesin dan pembantu tadbir rendah dapat pembelaan sewajarnya dari segi pemberian insentif khas terutama bagi mereka yang berkhidmat pada waktu tengah malam.


“Ada ramai pekerja yang bekerja misalnya bermula jam 12.30 malam hingga 6 pagi tidak dapat apa-apa bayaran atau insentif tertentu.
“Mereka ini wajar diberi insentif atau imbuhan supaya kebajikan, keselesaan dan kesihatan mereka terjamin. Perkara ini kita sedang bincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),” katanya pada sidang media selepas majlis Sambutan Hari Pekerja 2009 anjuran Cuepacs di Dewan Taming Sari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), pagi semalam.Majlis sambutan diadakan sederhana itu dirasmikan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna negeri, R Perumal, Datuk Bandar MBMB, Yusof Jantan dan Pengerusi Cuepacs Melaka, Asran Mamat.Menurut Omar, pihaknya juga sudah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak kira-kira tiga minggu lalu dan berharap perkara berkenaan mendapat perhatian sewajarnya daripada kerajaan sebelum majlis sambutan Hari Pekerja bersama kementerian pada 14 Mei ini.Ditanya mengenai cadangan lain, beliau berkata, ia termasuk menambah cuti bersalin daripada 60 kepada 84 hari dan penambahbaikan terhadap Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).“Kami juga memohon supaya kadar Imbuhan Tetap Perumahan dinaikkan daripada RM180 kepada RM230 dan penyelarasan elaun sara hidup (Cola) untuk semua lokasi kepada RM300,” katanya.

Tiada ulasan: