SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

19 Mei 2009

MODEL EKONOMI BARU MUDAHKAN TUNTUTAN PEKERJA

Utusan Ma;aysia
18/5/2009
SAIFUL BAHARI ASHARI





PUTRAJAYA 14 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak percaya tuntutan-tuntutan penjawat awam pada masa depan termasuk kenaikan gaji akan lebih dipenuhi sekiranya pendapatan negara bertambah hasil pelaksanaan model ekonomi baru berteraskan inovatif dan kreativiti.
Berucap pada perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2009 di sini hari ini, Perdana Menteri merujuk kepada kejayaan Sime Darby menterjemahkan kod genetik pokok kelapa sawit sekali gus akan menghasilkan baka baru sawit yang mengeluarkan hasil lumayan.
''Pokok-pokok kecil ini menghasilkan buah yang besar, kawasan tanaman lebih luas serta peningkatan pendapatan pekebun kecil.

''Bila pendapatan negara bertambah, saya pejam mata pun boleh terima tuntutan (pekerja). (Jadi) tak payah 'lambung' saya kata 'PM yang segak' dan ceria," katanya.
Hadir sama pada perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 pekerja awam itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden CUEPACS, Omar Osman.
Analogi itu dibangkitkan oleh Najib kerana bagi Perdana Menteri penjawat awam mesti berfikir secara keseluruhan merasai denyutan nadi rakyat dalam membantu kerajaan memajukan negara.
''Itulah sebabnya saya melakukan walkabout yang saya maksudkan sebagai tinjauan mesra.
''Di Pudu Raya misalnya, saya dapat tengok dan hidu udaranya. Baunya memang berbezalah dengan pejabat Perdana Menteri dan taklimat yang diberikan oleh Datuk Bandar, macam langit dan bumi," katanya.
Dalam aspek ini, beliau menekankan betapa pentingnya barisan hadapan atau contact point yang akan menjadi persepsi pertama pelancong terhadap Malaysia.
''Contohnya kakitangan imigresen, kalau tidak boleh bercakap bahasa Inggeris, sekurang-kurangnya ucaplah Welcome to Malaysia.
''Jabatan Imigresen memang dapat pujian, kita tidak boleh bayangkan pasport antarabangsa boleh siap dalam tempoh sejam tapi bila guna tandas wanita Imigresen, keadaan di dalamnya paling teruk...pasport siap sejam tapi bilik air dahsyat," katanya.
Kerana itu, beliau mahu pentadbiran kerajaan di Putrajaya menjadi 'show case' dalam menampilkan imej terbaik dari segi prestasi kerja sehinggalah kebersihan tandas.
Perdana Menteri juga mahu keberhasilan sesuatu kerja menjadi keutamaan berbanding pengisian semata-mata.
''Kadangkala peruntukan kos sesuatu projek misalnya bangunan lebih banyak daripada modal intelektualnyua. Dalam hal ini pemikiran kita mesti betul tapi ini tidak, peruntukan dibelanjakan untuk bina bangunan-bangunan yang hebat tetapi bila sekolah siap, kelengkapannya tidak ada.
''Rupa-rupanya dia dah 'rampas' (belanjakan) peruntukan untuk kelengkapan (peralatan) itu dengan kos diri bangunan," katanya.
Kata Najib: ''Sebab itu kita nak belanjakan wang dengan berbaloi. Bukan sekadar berbelanja tapi apa yang kita dapat daripada nilainya."

Tiada ulasan: