SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

01 Mei 2009

BERI KOMITMEN TINGGI - MOHD ALI

Utusan Malaysia
Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my
1/5/2009



MELAKA 1 Mei - Semua penjawat awam terutama ketua jabatan perlu mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi dalam melaksanakan tugas masing-masing bagi memastikan ia dapat memenuhi kehendak rakyat.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, mereka perlu menunjukkan komitmen kerja yang tinggi supaya setiap permasalahan dapat diketahui hingga ke akar umbi.
Menurut beliau, kadangkala kelewatan untuk menyelesaikan sesuatu aduan adalah disebabkan oleh masalah yang berkenaan tidak sampai ke pengetahuan pihak atasan.
"Sebagai contoh, ada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menyerahkan tugas membuka surat aduan kepada budak pejabat sebelum diagihkan pula kepada ketua-ketua jabatan.
"Apabila jadi begini, akhirnya, budak pejabat yang lebih mengetahui keseluruhan masalah masyarakat berbanding Datuk Bandar atau Yang Dipertua PBT," katanya ketika berucap pada Perasmian Majlis Makan Malam Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Hotel Renaissance di sini malam tadi.
Hadir sama Presiden CUEPACS, Omar Osman dan Pengerusi CUEPACS negeri, Asran Mamat.
Majlis anjuran CUEPACS negeri itu turut dihadiri hampir 1,000 penjawat awam daripada pelbagai agensi kerajaan seluruh negara.
Justeru tegas Mohd. Ali, budaya kerja cara tersebut perlu diubah dan seboleh-bolehnya seseorang ketua itu perlu mengetahui masalah secara menyeluruh.
"Sebab itu, kalau ikut cara saya, saya akan buka 100 peratus surat yang diterima supaya saya tahu semua masalah yang dihadapi rakyat.
"Kalau saya tidak ingat semua kandungan surat itu pun, sekurang-kurangnya saya baca dan tahu secara am apa masalah mereka," katanya.

Tiada ulasan: