SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

14 Mei 2009

PEGAWAI KUMPULAN SOKONGAN GRED LANTIKAN DITIMBANG NAIK PANGKAT

Bernama
By:
Ramjit-->
14/5/2009

PUTRAJAYA, 14 Mei (Bernama) -- Pegawai kumpulan sokongan yang berkhidmat 15 tahun atau lebih serta masih berada dalam gred lantikan akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi berkuatkuasa 1 Julai ini.Berucap pada perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di sini hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengumumkan bahawa beberapa skim perkhidmatan akan dinaik taraf juga mulai 1 Julai.Katanya langkah itu adalah sebagai menghargai sumbangan 176,066 pegawai kumpulan sokongan bagi perkhidmatan persekutuan.Kerajaan juga, katanya, bersetuju untuk menggubal dua skim perkhidmatan yang baru iaitu pegawai penyediaan makanan dan pembantu laut dan menaik taraf lapan skim perkhidmatan termasuk skim perkhidmatan operator mesin prosesan data (OMTD), pembantu tadbir rendah (PTR) dan jaga.Langkah itu akan melibatkan 20,637 penjawat awam dan turut berkuatkuasa 1 Julai.Keputusan kerajaan ini akan melibatkan kos tambahan sebanyak RM170.4 juta, kata Najib.Dalam ucapannya, Najib mahu kakitangan sektor awam memberi tumpuan kepada usaha untuk mempertingkatkan produktiviti yang akan meningkatkan hasil negara.Katanya jika hasil negara bertambah, maka pendapatan pekerja turut meningkat.Najib, yang juga Menteri Kewangan, menjelaskan bahawa beliau bukan orang yang tidak prihatin kepada golongan pekerja, dan ini dapat dibuktikan menerusi khidmat beliau ketika menerajui Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pelajaran sebelum ini."Track record saya selama ini di Kementerian Pertahanan, tanyalah perajurit kita. Di Kementerian Pelajaran, tanyalah guru-guru apa yang saya telah buat, tak pernah dalam sejarah ada kenaikan pangkat berasas tempoh para guru."Sayalah orang pertama memperkenalkan 'time-based promotion'. Bermakna kita sentiasa (memikirkan) bagaimana untuk mempertingkatkan (pendapatan) tetapi pokoknya, produktiviti dan hasil negara juga mesti ditingkatkan," katanya.Najib berkata beliau tidak mahu Malaysia kekal dikenali sebagai negara berpendapatan rendah, dan sebab itulah, kerajaan sedang merangka model ekonomi baru yang bertujuan agar negara tidak lagi berada dalam lingkaran kumpulan berpendapatan sederahana."Kita bukan negara kos pengeluarannya rendah tetapi belum berjaya melonjakkan sebagai negara berpendapatan tinggi. Oleh itu, kita perlu menggubal model ekonomi baru berasaskan kepada bidang-bidang yang boleh dicari untuk mencapai lonjakan nilai tambah negara," katanya.Najib berkata untuk mencapai lonjakan berganda, negara mesti mengubah daripada ekonomi berasaskan industri, berteraskan ilmu kepada inovasi."Apabila hasil negara bertambah, Presiden Cuepacs (Omar Osman yang turut hadir) minta, saya pejam mata, boleh beri, anytime."Sebab apabila kita sudah ada hasil, pendapatan negara bertambah, tentu sekali, kerajaan tak lupa kepada pekerja," katanya.Najib juga berkata beliau berazam untuk memupuk hubungan baik dan akrab dengan anggota pentadbiran sektor awam sebagaimana ayahanda beliau allahyarham Tun Razak Hussein yang begitu akrab hubungannya dengan kakitangan kerajaan."Saya pernah menyatakan selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri, bahawa hubungan antara kerajaan dan penjawat awam mesti berasaskan kepada satu hubungan yang bertaut pada prinsip yang lebih mendalam daripada hanya menyatakan ini satu perkongsian atau permuafakatan."Saya gunakan prinsip al-wa'ad bererti kesetiaan, saya guna al-bai'ah, bererti komitmen antara satu sama lain."Jika penjawat awam menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bahagi, komitmen yang padu, Insya-Allah, negara lebih maju pada masa akan datang," katanya.-- BERNAMA

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tetapi untuk kumpulan sokongan agak sukar mendapat tempat,,cikgulah jawatan paling senang naik pangkat

Tanpa Nama berkata...

Pasal apa cikgu keje sekerat hari je,cuti sekolah panjang boleh buat keje full time lagi,pastu 10 tahun keje time based naik pangkat,kita yang bukan cikgu ni umur dah 52 tahun pun belum naik pangkat,pasal apa ada double standard ni?

Tanpa Nama berkata...

PENJAWAT AWAM KONTRAK BILA DAPAT PEMBELAAN KERAJAAN?

SAMPAI SEKARANG TIDAK KEDENGARAN LAGI ISU INI..

KAKI KAKITANGAN GRED S41 MASIH TERTUNGGU2 PEMBELAAN KERAJAAN...

ORG LAIN TERSENYUM PUAS DAPAT NAIK PANGKAT TAPI KAMI MASIH MENGHITUNG HARI KONTRAK AKAN TAMAT TIDAK LAMA LAGI...

Tanpa Nama berkata...

PENJAWAT AWAM KONTRAK BILA DAPAT PEMBELAAN KERAJAAN?

SAMPAI SEKARANG TIDAK KEDENGARAN LAGI ISU INI..

KAKI KAKITANGAN GRED S41 MASIH TERTUNGGU2 PEMBELAAN KERAJAAN...

ORG LAIN TERSENYUM PUAS DAPAT NAIK PANGKAT TAPI KAMI MASIH MENGHITUNG HARI KONTRAK AKAN TAMAT TIDAK LAMA LAGI...

Tanpa Nama berkata...

Sapa kata cikgu keje sekerat hari?
Kau dah jadi cikgu ke? Elok kau jadi cikgu dulu.....baru tau

BESARI BIN MD DAUD berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mat berkata...

kerajaan juga patut peka pada nasib ribuan staf sokongan yang berusaha lebih demi memajukan diri sendiri dalam kerjaya.

mereka telah berkorban masa, keluarga dan wang ringgit untuk terus belajar sama ada di peringkat diploma, degree atau master dsbnya. namun, tiada kenaikan pangkat sehingga segala kelulusan tersebut menjadi tidak bernilai dari segi kerjaya.

mereka ini patut diberi nilaian yang lebih kerana berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan kerjaya mereka. Jadi, apa salahnya jika mereka juga diberi imbuhan sama ada:

1. elaun khas kepada 'kelulusan' mereka.
2. atau bayaran gaji setimpal walaupun masih memegang jawatan yang sama.
3. kenaikan pangkat secara 'pertimbangan automatik' bagi jawatan setaraf yang mengalami kekosongan di mana-mana jabatan tempat staf tersebut bekerja.
4. dan sebagainya.

Tanpa Nama berkata...

Saya amat bersetuju dengan cadangan PM baru kita untuk tidak mengabaikan staf sokongan yang berkhidmat lebih dari 15 tahun. Para pembaca bayangkan sekiranya mereka khususnya PRA(Pekerja Rendah Awam)yang sudah mencecah penghujung tangga gaji, tetapi masih berbaki 5 hingga 6 tahun sebelum pencen, sedangkan gaji tidak meningkat, apakah perasaan mereka untuk menghabiskan sisa 5 hingga tahun tersebut.
Bila melihat kepada penjawat sektor awam yang lain,banyak peluang yang boleh meereka lalui untuk nenigkatkan taraf hidup,namum mereka..?
Sama-samalah kita membantu nasib sesama kita dalam memastikan negara menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang.

Tanpa Nama berkata...

kalau boleh timbang-timbangkanlah staf sokongan penyelia asrama n17 di kementerian pelajaran bahagian matrikulasi yang telah lulus ptk1 cemerlang dan ptk 2 lulus penuh namun belum ada tawaran untuk kenaikan pangkat walaupun telah bertugas 10 tahun Harap dapat perhatian sewajarnya

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju guru perlu pembelaan tetapi bagaimana dengan kumpulan sokongan seperti di anak tiri kalau diperhatikan kerja staf sokongan memang bukan mudah tetapi guru-guru selalu mendapat perhatian lebih dari kumpulan sokongan....

Tanpa Nama berkata...

kalau boleh kenaikan pangkat n17 ke n 22 tak perlulah tunggu 15 tahun bagi yang berkhidmat 10 tahun perlu dipertimbangkan jika ada kekosongan supaya seimbang dengan ptr sama tahun berkhidmat 10tahun yang telah mendapat opsyen jumud n17

Tanpa Nama berkata...

saya bersetuju dengan mat kalau ada kekosongan kenaikan pangkat tempat kerja sendiri boleh ditingkatkan tak payahlah transfer tempat lain supaya bila gred dah naik bolehlah beri idea untuk menambahbaikan itu lebih baik bagi pegawai yang baru mendapat kenaikan pangkat tempat baru tetapi tak tahu apa nak dibuat....