SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

24 Mei 2009

CUEPACS MAHU KERAJAAN TIMBANG KENAIKAN PANGKAT KUMPULAN PENGURUSAN/PROFESIONAL

Bernama
By: Ramjit-->

SERDANG, 22 Mei (Bernama) -- Cuepacs meminta kerajaan menimbang kenaikan pangkat untuk pegawai kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang masih berada dalam gred lantikan walaupun sudah lama berkhidmat.Presidennya Omar Osman berkata beliau telah membangkitkan perkara itu dalam pertemuan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) semalam dan diberitahu perkara ini turut dalam kajian.Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata permintaan itu adalah kerana terdapat kakitangan awam dalam kumpulan itu yang masih berada dalam gred lantikan, walaupun ada yang sudah lama berkhidmat tetapi kenaikan pangkat adalah terhad.Beliau menyambut baik pengumuman Perdana Menteri pada 14 Mei lepas bahawa pegawai Kumpulan Sokongan yang berkhidmat 15 tahun atau lebih serta yang masih berada dalam gred lantikan akan dipertimbangkan kenaikan ke gred lebih tinggi mulai 1 Julai ini, dan berharap pertimbangan yang sama diberi kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional."Mungkin JPA nak selesaikan ini dulu (untuk pegawai sokongan) dan akan melihat kumpulan yang satu lagi (pengurusan dan profesional) kemudian," katanya.Omar berkata dalam pertemuan semalam, Cuepacs turut meminta JPA menimbang mengadakan satu peperiksaan khas dalam Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang lebih mudah bagi membolehkan mereka yang berkhidmat lebih 20 tahun dalam kumpulan sokongan dan terlibat dalam pengumuman perdana menteri itu, dapat peluang lulus dengan lebih baik dan seterusnya dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat.Antara syarat untuk kumpulan sokongan yang berkhidmat 15 tahun ke atas atau lebih serta masih berada dalam gred lantikan untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred lebih tinggi ini ialah mereka mesti mendapat markah 80 ke atas tiga tahun berturut-turut dalam penilaian prestasi dan mesti lulus PTK sekurang-kurangnya aras tiga."PTK sistem sekarang ini susah sikit untuk lulus bagi mereka yang sudah lama itu, macam sudah berkhidmat 20 atau 25 tahun. Mereka nampak seperti dah kecewa...jadi kalau ada ujian khas dalam konsep PTK tapi lebih mudah sikit, mereka ada peluang lulus dan peluang pertimbangan kenaikan pangkat," katanya.Omar berkata kumpulan sokongan ini membabitkan 175,000 kakitangan sektor awam.Mengenai pegawai kumpulan A yang ingin menceburi politik, Omar berkata kongres itu tetap tidak bersetuju dan mahu mereka meletak jawatan jika ingin berbuat demikian.

-- BERNAMA

3 ulasan:

mat berkata...

kami belajar terus sampai dapat diploma, degree atau master...jawatan masih kerani juga (N17). lulus pun dah lama. pangkat tak naik-naik..

kami harap ada apa-apa insentif daripada pihak kerajaan untuk orang seperti kami ni.

mungkin sesuai bagi elaun khas berdasarkan kelulusan kami itu ataupun bayar gaji setaraf dengan kelulusan biar pun jawatan yang sama, contoh, kerani tapi gaji berdasarkan taraf diploma.

mohon pertimbangan en Omar Osman dan PM Najib.

mat berkata...

kerajaan juga patut peka pada nasib ribuan staf sokongan yang berusaha lebih demi memajukan diri sendiri dalam kerjaya.

mereka telah berkorban masa, keluarga dan wang ringgit untuk terus belajar sama ada di peringkat diploma, degree atau master dsbnya. namun, tiada kenaikan pangkat sehingga segala kelulusan tersebut menjadi tidak bernilai dari segi kerjaya.

mereka ini patut diberi nilaian yang lebih kerana berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan kerjaya mereka. Jadi, apa salahnya jika mereka juga diberi imbuhan sama ada:

1. elaun khas kepada 'kelulusan' mereka.
2. atau bayaran gaji setimpal walaupun masih memegang jawatan yang sama.
3. kenaikan pangkat secara 'pertimbangan automatik' bagi jawatan setaraf yang mengalami kekosongan di mana-mana jabatan tempat staf tersebut bekerja.
4. dan sebagainya.

Tanpa Nama berkata...

kami berharap pihak cuepacs pantau dasar kenaikan pangkat kerana kenaikan pangkat hanya dimonopoli oleh skim tertentu sahaja.

Berkhidmat 3 tahun dah naik 44, mangku gred 48. berkhidmat 5 tahun dah naik 48 / mangku 52. Adakah berkualiti berkhidmat 3 tahun naik gred 44 dan 48.

Bagi yang ada diploma, degree, master, di minta kerajaan tawarkan secara automatik kepada golongan tersebut tanpa adakan peperiksaan\temuduga dan sebagainya kerana golongan ini sudah ada pengalaman dan sudah terikat dengan peraturan penjawat awam.