SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

14 Mei 2009

NAJIB MAHU PUTRAJAYA HEBAT PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN

Bernama
14/5/2009



PUTRAJAYA, 14 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Putrajaya menjadi model yang memaparkan kehebatan pentadbiran awam bukan sahaja daripada segi mutu perkhidmatannya tetapi juga kemudahan yang disediakan.Perdana Menteri berkata langkah itu bagi menjadikan Putrajaya sebagai lambang kepada negara luar untuk Malaysia sebagai sebuah negara yang hebat daripada pelbagai aspek."Saya mahu Putrajaya menjadi showcase kepada kehebatan sektor awam, dari segi pejabatnya, bilik airnya dan sebagainya. Saya tidak mahu orang memperlekehkan Malaysia sebab kita nak jadi negara maju. Saya nak orang kata Malaysia hebat dan berjaya."Sebab itu, kita mesti baiki semua aspek, dari segi prestasi, produktiviti, dan kerja kuat. Jika tak jaga semua ini, bagaimana gambaran kepada Malaysia," katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di sini, Ahad.Majlis yang bertema "1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Presiden Cuepacs Omar Osman.Najib berkata masyarakat perlu diterapkan dengan nilai-nilai ketepatan dalam segala apa yang dilakukan.Perdana Menteri juga berkata bahawa baru-baru ini beliau telah membaca ruangan surat kepada editor dalam akhbar dan satu daripada maklumat balas ialah mengenai pujian kepada Jabatan Imigresen yang telah menambah baik perkhidmatannya kerana dapat menyiapkan pasport antarabangsa dalam tempoh sejam."Jadi, tahniah kepada Jabatan Imigresen. Tetapi esoknya, saya terkejut membaca surat yang mengatakan tandas wanita di Jabatan Imigresen paling kotor. Jadi, belumlah lengkap lagi (usaha penambahbaikan)," katanya.-- BERNAMA

Tiada ulasan: