SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

05 Mei 2009

4,000 KAKITANGAN AWAM DIJANGKA HADIR SAMBUTAN HARI PEKERJA

Utusan Malaysia
04/05/2009 1:11pm




LANGKAWI 4 Mei — Sebanyak 4,000 kakitangan awam seluruh negara akan menghadiri sambutan Hari Pekerja sektor awam di Putrajaya pada 14 Mei ini.

Presiden Cuepacs Omar Othman berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan sambutan itu dan menyampaikan amanat penting kepada kakitangan awam.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup kejohanan sukan badan berkanun Malaysia di Kompleks Sukan Lada Langkawi di sini semalam, Omar berkata sambutan Hari Pekerja itu adalah pengiktirafan terhadap pengorbanan sektor awam kepada negara.

Sementara itu, Omar meminta kerajaan menimbang permohonan Cuepacs termasuk memperbanyakkan peluang kenaikan pangkat di semua gred jawatan perkhidmatan sektor awam “Kita faham kedudukan kewangan kerajaan dalam keadaan ekonomi sekarang, tapi kami memohon kerajaan menimbang sewajarnya,” katanya.

Pada masa ini terdapat 1.2 juta kakitangan sektor awam di seluruh negara.

Pada kejohanan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) muncul juara keseluruhan dengan memperoleh 35 mata. Kejohanan enam hari itu disertai 5,000 atlet dan pegawai dari seluruh negara. — Bernama

Tiada ulasan: