SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

10 Mei 2009

PUSAT PULIH MAT REMPIT

Metro
Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my
10/5/2009



KUALA LUMPUR: Bagi membendung peningkatan jenayah membabitkan Mat Rempit yang semakin membimbangkan, polis akan mengkaji cadangan penubuhan pusat pemulihan khas untuk menempatkan golongan bermasalah itu.Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata kajian secara menyeluruh perlu dilakukan bagi memastikan sama ada kewujudan pusat berkenaan bersifat relevan atau sebaliknya. “Apa yang harus dititikberatkan ialah memikirkan cara terbaik untuk mengajak golongan Mat Rempit berkomunikasi dan menasihatkan mereka supaya tidak mengulangi perbuatan itu.“Sekiranya ia masih tidak menunjukkan sebarang keberkesanan, penubuhan pusat pemulihan dianggap gagal mencapai objektif disasarkan,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Khas Pegawai Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Hari Polis ke-202 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, semalam. Hadir sama, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman. Beliau berkata, cadangan itu dijangka dibincangkan dalam mesyuarat khas yang dianjurkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam masa terdekat.Menurut Musa, tanggungjawab utama bagaimanapun sepatutnya dipikul ibu bapa terutama berkaitan pendidikan dan masalah disiplin anak mereka.“Ibu bapa perlu mendidik dan mendisiplinkan anak-anak terutama remaja supaya tidak terjebak dengan aktiviti tidak bermoral seumpama itu (Mat Rempit). “Jika gagal berbuat demikian, mereka akan mudah terjerumus dengan perkara negatif sehingga sanggup melakukan kegiatan jenayah seperti meragut dan sebagainya,” katanya.

Tiada ulasan: