SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 Mac 2010

GILIRAN ASKAR PULA NAIK GAJI

Berita Harian
Oleh Ifwan Tun Tuah
ifwan@bharian.com.my
2010/03/28

Kementerian Pertahanan kemuka rayuan kepada Perdana Menteri

PORT DICKSON: Semua pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpeluang menikmati kenaikan gaji selepas Kementerian Pertahanan membuat rayuan pelarasan gaji baru kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata kenaikan gaji pegawai dan anggota polis yang berkuat kuasa 1 Januari lalu menjadi penanda aras untuk ATM memohon kenaikan sama. “Kenaikan gaji yang dinikmati polis akan memudahkan kita memohon perkara sama dalam masa terdekat. “Kita akan membuat rayuan kepada Perdana Menteri untuk pelarasan gaji baru, malah sebelum ini ketika Perdana Menteri jadi Menteri Pertahanan pun, permohonan untuk kenaikan itu sudah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),” katanya. Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Ekspo Kerjaya, Pendidikan dan Inovasi Mindef (Kementerian Pertahanan) di Dataran Teluk Kemang, di sini semalam, beliau berkata, tidak menjadi masalah bagi pihaknya jika pelarasan gaji baru itu mengambil masa lama untuk dilaksanakan. Ini kerana, katanya, pegawai dan anggota tentera tetap berpeluang untuk mendapat tunggakan apabila pengumuman mengenainya dibuat. Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kementerian sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai nahas pesawat Pilatus PC-7 MK II Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas di sebuah kawasan hutan simpan di Sintok, Khamis lalu. “Lembaga Siasatan Khas sedang mencari punca nahas dan sudah mengambil keterangan saksi kejadian. Kita juga akan bawa bangkai pesawat ke bengkel TUDM untuk siasatan dari aspek teknikal termasuk jika ia mengalami gangguan sebelum terhempas. “Jika berdasarkan rekod, kebanyakan kemalangan berlaku disebabkan kesilapan manusia, namun saya tidak mahu membuat kesimpulan awal dan biarlah siasatan selesai sebelum kita tahu puncanya,” katanya. Beliau berkata, TUDM tidak akan menghentikan operasi pesawat jenis itu buat masa ini kerana tahap kebolehpercayaan tinggi pesawat terbabit dalam menjalani latihan.

28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah kepada semua parajurit2 negara.. dapat naik gaji lagi... kesian pulak pada chargeman gomen penambahbaikan pun masih tak terdengar kabar beritanya lagi.. kesian....

Tanpa Nama berkata...

Lepas ne byk la anak muda minta keja askar, gaji besar, keja senang..
PA lain tak merasa la naik gaji, kerja makin banyak tapi tak berbaloi dgn usaha dan gaji...

Tanpa Nama berkata...

Segunung ucapan terima kasih kepada MENHAN...
Meningkatkan semangat kami untuk terus berkhidmat. Rasa berbaloi setelah beberapa siri raya, cuti umum tinggalkan keluarga berbulan-bulan lamanya, bersengkang mata dan memerah keringat sehingga seperti tuala yang kekeringan. Tapi tetap kukuh dalam pelbagai suasana.

Kepada rakan-rakan seperjuangan di sempadanan sana, hutan rimba, samudera raya dan di luar tanah air sana yang membawa panji-panji negara, perjuangan kita tetap dihargai, cekalkan hati anda menjalani liku-liku hidup dalam melaksanakan arahan diberi walau nyawa dimain-mainkan.

Kepada PA yang lain atau warganegara yang lain... Tahukah kamu bahawa:

Artikel 132 Perlembagaan Persekutuan jelas menetapkan bahawa Perkhidmatan ATM merupakan perkhidmatan terkanan di antara Perkhidmatan Awam yang lain. Ini bermaksud kedudukan ATM lebih tinggi dari PDRM dan Perkhidmatan Awam. Dengan keputusan ini, gaji Tentera adalah lebih ‘superior’ dari gaji awam dan polis, dengan mengikut ranking seperti berikut:

- Perkhidmatan Tentera;

- Perkhidmatan Polis; dan

- Perkhidmatan Awam.

Keputusan ini dibuat berdasarkan fakta bahawa tempoh perkhidmatan Tentera adalah lebih pendek jika dibandingkan dengan perkhidmatan Polis dan Awam, di samping risiko tugas dan persekitaran tempat kerja yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, perbezaan di antara ketiga-tiga perkhidmatan itu perlulah dikekalkan dengan memberi gaji permulaan yang lebih baik kepada Angkatan Tentera

Berkhidmat untuk negara, 24 jam sehari dan 365 hari sepanjang tahun. Ini bermakna, anggota tentera mempunyai tangggungjawab untuk memberikan perkhidmatan tanpa had masa tertentu dan boleh dipanggil bila-bila masa untuk bertugas.

Anggota ATM tidak boleh meletak jawatan walaupun telah berhenti dari perkhidmatan. Mereka boleh dipanggil balik untuk berkhidmat semula sekiranya negara dalam keadaan huru hara atau terlibat dalam kancah peperangan.

Kemudahan cuti yang diberikan kepada setiap anggota ATM sekarang hanyalah suatu keistimewaan dan bukannya hak mutlak. Ini menyebabkan seseorang anggota ATM mestilah akur dengan arahan memanggilnya untuk bertugas sekiranya keadaan memerlukan walaupun mereka sedang bercuti.

Anggota ATM tidak dibenarkan sama sekali melibatkan diri atau menyertai mana-mana parti atau pertubuhan politik sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang dalam perkhidmatan.

Anggota ATM tidak mempunyai kebebasan selain daripada mengikut perintah dan arahan. Anggota ATM telah ditanamkan dengan sifat-sifat taat dan setia kepada pemerintah dan negara serta sedia berkhidmat pada sebilang masa demi mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta.

Anggota yang berkhidmat dalam mana-mana perkhidmatan ATM mestilah sihat dari segi mental dan fizikal untuk menjalani latihan serta menghadapi peperangan. Setiap anggota tentera perlu memastikan tahap kesihatan sentiasa dikekalkan pada tahap yang tinggi supaya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ATM dan negara.

jaja berkata...

askar ni sibuk nak naik gaji gak, bkn buat keje sgt....bknnnya pegi berperang pun...takde makna bagi kat diorg ni..sekadar luahan jee

Tanpa Nama berkata...

anda yang berkata askar tak buat apa2,saya cabar anda jadi seorang askar,jangan pandai berkata saja,kalau dah rezeki askar naik gaji ,jangan nak mengomen,rezeki itu datang dari TUHAN,bukan anda yang menilai,anda duduk menghadap komputer dan menilai rezeki orang lain,berdosa,ingat senang kerjaya askar,letih n penat,gali lubang buat kubu,terjun payung,jalan kaki 40km,asyik tinggalkan anak bini bebulan2,beminggu2,kdg2 hampir setahun,demi negara,,,kalau takda askar anda nak menghadap komputer yang hanya pandai mengomen orang pun takkan selamat,silap haribulan mati katak,,,

AirMan berkata...

org seperti jaja tu kemungkinan besar kalau perang memang jadi si buang dalam cerita sjn hassan tu.... mangkuk

Tanpa Nama berkata...

org macam jaja neh mana tahu apa-apa pasal ATM.. Dowang mana tahu, berapa ribu orang askar yang sudah berpencen dan mempunyai baki cuti x berbayar oleh kerajaan..hanya disebabkan Cuti hanyalah satu keistimewaan..berbalaoi kalu Tentera di beri pelarasan gaji..

pa'an kill u berkata...

org mcm jaja tu elok hantar ke thailand jadi papan sasar baju merah.time tu baru dia tau kepentingan tentera.tanpa tentera belum tentu jaja mangkuk hayun tu dapat baca komen dan mengomen dlm ruangan ni..

Tanpa Nama berkata...

betul tu..jaja xptt kata askar mcm tu..dia ingat askar ne mkn tido je dlm kem ke..tampa pgorbanan askar jaja tu x akan mersa dan menikmati keamanan.yang dia tau mkn dan tido waktu malam lps habis kerja dan makan..org mcm jaja tu kalau perang org pertama buat papan target sebelum askar tembak musuh.rasanye kalau negara ni berperang lgsg dia xda pgorbanan.ntah komputer dia pun dia x nak bawa dah untuk menyelamat kan diri dia dari terkena tembakan bom dan peluru..

ArmyBoy berkata...

pala otak ko jaja!!! ko tau ke cmne askr kje??? jgn ckp ikt sdap mlut tok nenek ko je!!!!!!!!!

Makan dan cuba. berkata...

Jaja tu mesti pernah kena 'priap' kat Mat Tiarap wawawawawaawa.Kalau tak,masakan hentam Kami ATM macam tu sekali.Nak ke jadi macam Mesir,Tunisia,Algeria?Aku walaupun askar kat KL,jiwa raga masih kuat rejimental tau.

Tanpa Nama berkata...

Kl aku msuk utan..jmpa kmunis lps tu jmpa plak si JAJA tu...aku tembak dia dulu..biar cpt mampos.

Tanpa Nama berkata...

jaja..
ko panggil sume kuage mak bapak sepupu sepapat beradik belah mak ayah mentua punye jiran atuk ko punye besan..ko kumpul sume buat solat hajat mintak bagi malaysia ni perang.ko nak tengok sapa keje sapa duk umah.tgh2 aman ni ko xyahlah pertikai kojo askar..mai la join askar kalo ko brani.ke ko ni cacat x layak jd askar

Tanpa Nama berkata...

jaja ni ikut sedap dia je kata x de keje. cuba masuk dulu dlm seminggu kalau nak tau ada keje x. kalau askar x de keje x dapat lah kau nak tidur ngan aman. nak kene jaga kat sempadan tinggal keluarga, cuti raya pun kene jaga sempadan nak pastikan x de komunis masuk nak jadikan kau lauk mereka.

Tanpa Nama berkata...

jaja jangan main ikut sedap je cakap mcm tu. kau ingat kalau dah perang masa tu naik gaji ada ke orang nak masuk askar nak g perang. aku bagi kau 10 kali ganda kenaikan gaji tu untuk kau pg perang masa tu..engkau nak ke???? fikir dulu sebelum kau nak cakap.

Tanpa Nama berkata...

bila la anggota sokongan nak naik gaji pulak...asik diorang je naik gaji...aku ni balik keje wat part time kat pasaraya pulak...setakat gaji pembantu tadbir x cukup tau...sedih la x dpt pembelaan...nak bayar ptptn lg...lain la klu jwtan setimpal ngan kelulusan mungkin boleh cover sume tu...serabut otak wei...Ya Allah murahkan lah rezeki kami...Amin...

sue berkata...

assalamualaikum.....abg2 askar jgn la marah sgt....jaja tu hanya nak luah kan je supaya ade org yg peka dgn isu ni...sume pun dah sedia maklum anggota sokongan mmg x de sape nak bela melain kan cuepacs tp x de pon org pandang...gaji pon x penahnye la naik..askar lain la sbb ade kementerian pertahanan yg bela u all...so jgn la emo sgt k...selamat berjuang abg2 askar...

Tanpa Nama berkata...

kami pun minta naik gaji juga. Askar naik, polis naik, cikgu naik, doktor naik jadi kerani dan kumpulan sokongan pun setimpallah naik..sama-sama naik, baru betul!

Tanpa Nama berkata...

kadang2 masyarakat malaysia x sedar yg atm ni lah tonggak pertahanan utama..dimana tentera ketika org awam sdg nyeyak tido, makan, bercuti,bergembira......dimana???? tdm,tudm dan tldm semua sedang menjaga keamanan sejagat.. jika tiada atm org awam nk mkn berak pn x sempat.. insaf lh wahai jaja....

Tanpa Nama berkata...

askar sekarang senang, kerja operasi kurang. kebanyakan duduk kat kem sahaja. baru kerja 10 tahun-18 tahun nak berhenti tak tahan, macm mana nak pertahan kan negara. lepas tu kata kerajaan tak bagi bantuan, tak kenang jasa mereka yang tak seberapa tu. fikir lah sendiri , berapa ratus ribu pelajar yang tak ada kerja, ini tak, berhenti sekerat jalan, suruh kerajaan bantu, kalau begitu bangkarap lah negara. lu fikr lah sendiri- berkorban kerana negara-konon.

Tanpa Nama berkata...

askar sekarang senang, operasi kurang, kebanyakan rilek kat kem, 10 tahun-18tahun ber henti tak tahan keraja. lepas tu minta bantuan kerajaan. bila tak dapat kata kerajaan tak kenang jasa. lu fikir sendiri. berapa ratus ribu pelajar yang tiada kerja, yang terpaksa kerajaan tanggung, ini sudah berhenti nak kerajaan tanggong. orang lain banyak jasa pun tak begini. berkorban untuk negara konon.

Tanpa Nama berkata...

wahai anjing anjing yang xtahu kerja askar tu apa..lu orang jangan menyalak lebih dari anjing...lu orang masuk askar pas tu baru lah korang komen..betul ker x betul...lau lu org bukan askar jangan banyak menyalak faham.....

Tanpa Nama berkata...

ni untuk jaja...ko pun satu jaja.yang ko ni menyalak lebih sgt knapa? ko ingat askar xbuat kerja? yang ko tu dapat ngadap laotop..pas tu tdo lena cam pelacur pas main tu ko ingat askar xbuat kerja lg?lu ni jaja anjing tahu x...anjing tahu hormat tuan dia..tp ko ni anjing xkenang budi..elok buat papan target jer ni...sial lu jaja..

Tanpa Nama berkata...

kepada kawan2 atm..kalau kita dapat jaja tu kita buat target jer..kita gantung kat tempat orang la lalang...sapa lalu kat situ kena ludah atau kencing atas jaja tu...mulut cam anjing menyalak lebih dari anjing....menyirat jer aku dengar komen si jaja anjing tu...mahu jer aku cari ko jaja...ko siap...atm semua kita cari si jaja tu...

daa berkata...

korang kne phm....risiko askar cmne..aku bkn askar tpi anak askar...ayah aku sntiasa kje...xknal siang malam...kasih sayang aku n mak aku kurang dpt dari ayah aku...ni soal hati....korang jgn jeles...cbe pikir terbuka...mmg tol gaji askar kne tggi dari mana2 agensi....aku guru undang2...urm..tpi knp msih xada perubahan...urm....

Unknown berkata...

Abg kakak lau rasa askr goyang kaki sy cabar msk askr...tgk abg kakk bjak pndai ni blh tahan x...sembang guna air liur kami kije pkai tnga bdn nk bg keamanan kt awak semua...lau xde askr dah lama mampuh macam lahad datu aphal nk askr msk cmpr lau awk kata askr xde kije..blh menang lahad datu sbb izin allh dn jga sbb lthan askr..xpe lathan mmpuh awk semua ni...sembang pkai akal k..nk cuba lapor askr nk tau cmne ase

Unknown berkata...

Org mcm ni sembang kecam sbb xkena tumbuk..kije senang tnpa touch body...kami ni kije bkn polis nmpk cara kije kami kije snyap..lau kije tunjuk pganas tau askr pkai sjta ape n lthan cmne mudah lah mlysia hncur phtu ko pn msk kubur..mnysal xde guna

Unknown berkata...

Ko msk askr ganti y bhntu baru ko tau sbb ape dia bhnti sbb dia xthn cara askr ko tgk pkai mata kami kije pkai bdn..aku cabr ko lpor askr nk atau jantan k x