SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

01 Mac 2010

GURU AGAMA JOHOR RAYU CUEPACS BANTU TUNTUTAN NAIK GAJI

Berita Harian
1/3/2010




UNTUK makluman, kami Guru Agama Kerajaan Negeri Johor Gred DGA26 yang berkhidmat di bawah Jabatan Agama Johor, Bahagian Pendidikan adalah lantikan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor (SPAJ). Kami mohon jasa baik Cuepacs menyelesaikan masalah anjakan gaji lulusan Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) pada aras IV yang masih tidak dapat kenaikan itu bermula 2006 sehingga 2008. Semua maklumat guru berkenaan sudah dihantar kepada Pengarah Jabatan Agama Johor untuk kenaikan anjakan gaji.
Untuk makluman, kami sedia maklum syarat anjakan gaji seperti berikut:

4.1 Lulus PTK aras IV.

4.2 Laporan Prestasi Tiga Tahun berturut-turut.

4.3 Kelulusan Ketua Jabatan (Pengarah Jabatan Agama Johor).

Bagaimanapun, syarat ketiga menyebabkan kami tidak menerima anjakan itu dengan alasan ketua jabatan mengatakan itu haknya untuk meluluskan atau tidak. Kami tidak puas hati kerana sudah bersungguh-sungguh mengambil peperiksaan dan lulus tetapi tidak mendapat kenaikan berkenaan. Kami juga ingin hak seperti penjawat awam lain. Harapan kami Cuepacs dapat membantu menyelesaikan masalah ini supaya kami tidak lagi menunggu bulan jatuh ke riba.


GURU AGAMA,
Kerajaan Negeri Johor
Gred DGA29.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya guru-guru agama dibawah kerajaan negeri johor sudah lama tertindas dari segi kebajikannya.sebagai contoh sehingga kini terdapat ramai guru-guru agama kontrak (DB 17) yang masih belum disahkan jawatan walaupun telah berkhidmat selama melebihi 10 tahun.Guru-guru ini tidak dapat menerima kenaikan gaji tahunan dan juga lain-lain keistimewaan sebagai seorang penjawat awam.Dengan gaji pokok berjumlah RM 1200.00 guru-guru ini bolehlah dikatakan setaraf dengan kakitangan awam kategori pembantu am rendah.Selama ini kerajaan negeri terlalu berbangga dengan sistem pendidikan agama yang telah bertapak selama lebih sedekad dan menjadi contoh dan ikutan oleh negeri-negeri lain tetapi malangnya kebajikan guru-guru agama langsung tidak di jaga.Memang benar guru-guru ini telah di arahkan untuk menyambung pelajaran peringkat diploma dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri,tetapi apa yang berlaku ramai dikalangan mereka ditawarkan kursus ini setelah mengabdikan diri selama 10 tahun.dan ada juga yang telah habis pengajian tetapi terus tidak disahkan dalam jawatan sehingga melebihi 5 tahun.Sampai bila perkara ini akan berlarutan?jangan sampai guru=guru agama ini berpaling tadah menyokong pembangkang dalam pilihanraya kelak(bunga-bungan dah ada).Inilah kelemahan pentadbiran bahagian pendidikan Jabatan Agama Johor yang perlu diperbaiki segera.