SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

21 Mac 2010

KAJI SEMULA JAWATAN PEMBANTU MAKMAL SAINS DI SABAH

Bernama
21/3/2010

SANDAKAN, 19 Mac (Bernama) -- Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Sabah diminta mengkaji semula jawatan pembantu makmal sains yang dilihat tidak dinaik taraf untuk memenuhi keperluan dan status sekolah di negeri ini.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata langkah itu penting berikutan jawatan pembantu makmal sains yang sedia ada dilihat tidak setaraf dengan sekolah-sekolah di negeri ini yang kebanyakannya telah dinaikkan taraf kepada sekolah cemerlang atau sekolah bestari.

Katanya daripada 500 pembantu makmal sains di seluruh negeri ini, hanya tiga orang sahaja memegang gred C22 dan selebihnya masih gred C17."Ini dilihat jauh ketinggalan berbanding di Semenanjung dengan lebih 30 orang menyandang gred C26," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penubuhan Kesatuan Pembantu Makmal Sains (KPMS) Negeri Sabah di sini Jumaat.Omar berkata beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri bagi mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya.Beliau berkata masalah lain yang dihadapi oleh pembantu makmal sains di negeri ini adalah mereka yang masih dalam status sementara atau kontrak biarpun telah berkhidmat lebih 20 tahun.Katanya adalah wajar jika golongan itu diserap kepada jawatan tetap berdasarkan prestasi mereka yang cemerlang selama ini.-- BERNAMA

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukan di sabah saja, malah di negeri lain pun sama 2x5. memang ptut jpa, kpm prihatin ckit

Bior adil berkata...

kpm n jpa perlu prihatin dengan perjawatan pembantu makmal c17 ini.jawatan lain dah dinaiktaraf tp jawatan p.makmal c17 spt diturun taraf smpikn kj2 am spt meyapu lantai pon dah jd tugas hakiki dah skrg ni.dmana keadilan sdgkan par di pejabat pon skrg dah x pegang penyapu!klu d pjbt tugas
pembersihan ble diserahkan pd pekerja swasta knp tidak di makmal? jgn dianak tirikan perjawatan pembantu makmal.KPM N JPA tolong prihatin!!

cikmas berkata...

Salam.
Antara yang paling perlu diberi perhatian ialah pembantu makmal di IPTA.Patut mereka layak dibari elaun kritikal berdasarkan bebanan tugas dan risiko mereka semasa menjalankkan tugas harian meraka.

cikmas berkata...

Salam.
Antara yang paling perlu diberi perhatian ialah pembantu makmal di IPTA.Patut mereka layak dibari elaun kritikal berdasarkan bebanan tugas dan risiko mereka semasa menjalankkan tugas harian.

Abu Israel ex-siswa berkata...

pembantu makmal IPTA apa yg sibuknya... aku 6 tahun dok IPTA bgelumang dengan lab, rilek sgt keje pembantu makmal IPTA.. mcm xde keje je.. semua student kena buat sendiri,,

Tanpa Nama berkata...

Semoga kenaikkan Time Based dapat dilaksanakan dgn segera tuk Pem Makmal...

kamalsmc the real berkata...

Tahniah kepada cecupak kerana akhirnya PA dapat naik gaji hasil daripada perjuangan kita yang terus menerus. Hoorey naik gaji!

Bacalah berita gumbira ni di Utusan Malaysia... yay!!!

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0324&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

Pemerhati berkata...

Aku setuju kalau PM dinaikan taraf tapi aku harap mentaliti mereka pun mesti upgrade jugak. Jangan kecilkan skop tugas dan terlalu berkira. Ambil tahu hal sekolah atau IPTA dan sekeliling. Ini sekolah buat majlis maulidur rasul ajak sama-sama memeriahkan pun banyak alasan... dan ada yang tanya boleh claim OT tak? Bila dipanggil mesyuarat staf sokongan mintak diadakan masa kerja... kalau tak asyik tengok jam aje...

Unknown berkata...

cadangan hanya tinggal cadangan..
korang ingat korang ni smua siape haa..korang ingat ade ke "ORG2 BESO" kt atas tu yg nk baca cadangan2 korang ni smua..sory la wei..xde maknanye..korang fikir lah sendiri..
ape2 pn,kite tetap PM....

Tanpa Nama berkata...

Salam... Dah lama dah PM ne perlu dinaik taraf terutama sekali PM C17..Keje PM serba boleh..Time keje je orang buat tak nampak..KSKM peerlu angresif perjuangankan hak ahli2nye..teruskan semangat jangan tenggelam dengan angaan2 mat jenin..

Yuniza Abdullah Abraham berkata...

tugas pembantu makmal yang mencabar..bergelumang dengan bahaya yang x di sangka2..harap upgred jawatan pembantu makmal, sume dapat elaun spt PAP,PT dan PPM yang keje x merbahaya mana sangat pun ada elaun tapi PM masih dianak tirikan...saya kerja hari2 dari 7.30am - 5.00pm pun orang masih x nampak... siapa kata PM x de kerja..sendiri fikirlah..